Anda di halaman 1dari 42

Bidadari Tengku Hael | Faijaa

1
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

EPILOG
5 tahun kemudian

Seorang kanak-kanak perlahan menyelinap masuk


kedalam sebuah bilik, Dia berjalan penuh berhati-hati
tidak mahu menghasilkan sebarang bunyi, Dia mendekati
katil sebelum mula memanjat perlahan.

Apabila berjaya naik keatas, Dia berdiri ditepi satu susuk


tubuh sasa yang kelihatan sedang meniarap dan masih
terlena, Seketika senyuman penuh makna terukir
dibibirnya.

2
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

“PAPA! BANGUN! PAPA! BANGUN!” Melompat sepuas


hati dia diatas katil tersebut, Mahu membangunkan
papanya yang masih sedap tidur itu. Terangkat-angkat
kepala bapanya dibuat, Semakin galak pula dia
melompat melihat itu. Suka!

“Tengku Nash Hilmansyah...”

“Yeay, Papa dah bangun!” Suara serak basah milik


papanya yang sudah menyeru namanya seperti
memberi amaran kepadanya dihiraukan, Malah
ceria saja dia apabila mendengar suara garau
papanya itu.

Terpisat-pisat Tengku Hael dibuatnya, Diangkat


kepalanya mata masih sepet dan dipandang
anaknya yang masih galak melompat itu, Lemah
terus Tengku Hael. kepala kembali disembam ke
katil.

3
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Tengku Nash terhenti melompat apabila melihat


tingkah papanya yang kembali menjatuhkan kepala
itu, Tidak menunggu lama terus dia naik keatas
belakang tubuh tegap papanya yang terdedah itu,
Dia menyambung pula melompat disitu.

“Wakeup papa wakeup...”

PAK !

PAK !

Berbunyi apabila tangan kecil itu bertemu dengan


belakang tubuh Tengku Hael. Terketap-ketap gigi
Tengku Hael menahan rasa.

“Argh haha!” Terjerit sebelum tergelak apabila laju


saja papanya berpusing lalu dia ditarik dan kini
tubuh kecilnya sudah selamat masuk kedalam
pelukkan papanya. Semakin kuat ketawanya
apabila Tengku Hael sengaja mengeratkan
pelukkan terhadapnya.

4
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

“Kacau papa kan? Ambik ni.” Tengku Hael bertindak


mengeratkan lagi pelukkan terhadap tubuh kecil
itu, Mahu membuat si kecil rimas. Geram je dia.
Everyday budak ni kacau dia tau! Ada je tingkah
budak kecik ni.

“Papa!”

Tengku Nash mula menjerit dia sudah tenggelam


sepenuhnya dalam pelukkan papanya, Dan dia
sudah mula rimas!

Tengku Hael tersenyum senget.

“Auw Nash!” Terjerit Tengku Hael apabila budak kecil


itu bertindak menggigitnya. Jelas kekekan kecil dari
Tengku Nash. Tengku Hael laju saja menolak kepala
anaknya menjauhi dadanya. Dipegang lembut kepala
budak itu sebelum memandang kedadanya yang
sudah kemerahan akibat digigit anaknya

5
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Mengecil pandangan Tengku Hael menatap anaknya


kembali, Tersenggih-sengih sudah budak itu

“Oh main kasar eh? Sini. Sini.” Tengku Hael bertindak


bangun sikit dari baringnya dan tangannya laju
menarik anaknya sebelum digeletek pinggang
kecil itu, Bergema suara Tengku Nash didalam
antara merayu dan mengadu kegelian.

“Su--sudah papa! Nash ke--kencing. Nash nak


terkencing dah!” Adu Tengku Nash sambil cuba
menepis dan mengelak dari papanya. Tercungap-
cungap budak itu mencari nafasnya. Tengku Hael
memberhentikan perbuatannya.

“Jangan kencing!” Laju Tengku Hael memberi


amaran, Anaknya ini bukan boleh percaya
sangat. Kalau dia kata nak kencing memang
dia akan kencing, pernah Tengku Nash buat
hal. Kencing atas kereta dia! Sengaja! Bukan
tak boleh tahan! Tapi budak ni sengaja.

6
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Sabar jelah...

“Nash kencing dah.”

“Nash kencing atas ni papa tak bawa jumpa fatin.”


Ugut Tengku Hael sebelum menyandarkan
belakangnya dikepala katil, Alis tebalnya
dijungkit kearah anaknya itu, Tangan juga
naik melipat kedada bidangnya.

“Mana boleh!”Cemburut terus wajah tampan itu,


Dipandang papanya tak puas hati.

“Ha jangan kecing. Nak kencing pergi tandas sana.”


Muka sengaja ditayang garang, Mata juga sudah
mencerlung tajam menatap anaknya. Payah kalau
Tengku Nash kencing atas ni, Habis dia.

Tengku Nash mencebik kecil sebelum mula


mengesot mahu ketepi katil. Nak turun! Nak
kencing!

7
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

“Nash tak kencing dah ni, Nak kencing dalam tandas.


Papa bawa Nash pergi rumah fatin ye papa.” Tengku
Hael hanya mengangguk-angguk. Layankan sajalah
budak ni. Matanya hanya menghantar setiap langkah
Tengku Nash yang sudah berjalan menuju ke bilik
air itu, Tergeleng Tengku Hael.

Macam-macam budak ni.

Dia menghembus nafas perlahan sebelum kedua


tangannya meraup wajahnya, Dia merengangkan
segala ototnya sebelum bangun dari katil.

KLAK !

Tengku Hael lantas memalingkan kepala kearah


pintu mebelum senyuman lebar terukir dibibir
apabila melihat gerangan yang baru saja
membuka pintu bilik mereka.

8
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

“Sayang!” Ceria saja suara Tengku Hael kedengaran


sebelum dia laju melangkah mendekati susuk tubuh
kecil yang hanya tercegat dihadapan pintu bilik mereka.
Sampai saja dihadapan gerangan tersebut tidak teragak
tangan Tengku Hael meraih tangan kecil itu sebelum
ditarik perlahan supaya masuk kedalam.

“Good morning abang.” Lembut saja suara gerangan


tersebut mengucapkan itu, Dan semakin lebar
senyuman Tengku Hael, Mereka berhenti ditengah
bilik mereka sebelum Tengku Hael bertindak
menghadap kearah gerangan tersebut.

“Good morning too my beautiful wife.” Ucap Tengku


Hael kembali kearah isterinya. Yah isteri
kesayangannya.

Naylea Syazal.

Naylea tersenyum apabila Tengku Hael melabuhkan


kucupan dipipinya lepas saja habis mengucap itu.
Terasa hangat saja bibir Tengku Hael menyentuh
pipinya.

9
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

“Euw abang cium Nay? Abang tu belum mandi tau.”

“Sayang euw kan abang?”Kedengaran sedikit berjauh


hati suara Tengku Hael, Naylea tersenggih tak bersalah
mendengar itu, Terus saja kedua tangannya dibawa
melilit keleher suaminya sebelum kaki dijengket
dan tidak teragak-agak dia melabuhkan kucupan
dipipi suaminya.

Tangannya menjalar kebelakang kepala Tengku Hael


sebelum ditolak lembut bagi mencantumkan dahi
mereka, Tengku Hael sudah tersenyum suka. Terus
kedua tangannya memeluk pinggang isterinya dan
menolak lembut supaya sepenuhnya melakat
dengannya.

Dan... Terasa jelas perut memboyot itu mengenai


perutnya. Iya Naylea mengandung anak kedua
mereka. Dan 8 bulan lagi sebulan lahirlah
cahaya mata kedua mereka.

“Nay bergurau abang.”

10
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Ujar Naylea dengan tangannya mengusap perlahan


belakang rambut Tengku Hael, Dan lelaki itu bertindak
menggeselkan hidung mereka.

“Mama hebatku.”

Seketika moment kedua pasangan itu seakan direntap


pergi apabila suara kecil itu kedengaran diantara mereka,
Posisi kedua pasangan itu mula berjarak kecil dan mata
keduanya melorot jatuh kebawah. Lebih tepat kepaha
Naylea, Apabila sikecil itu bertindak memeluk paha
mamanya.

Naylea tergelak, Manakala Tengku Hael menjulingkan


matanya keatas. Kacau tau! Naylea terus melepaskan
pelukan antara dia dengan Tengku Hael sebelum dia
menunduk sikit dan tangannya mengusap kepala
anaknya.

“Baby pergi mana? Kan mama suruh bangunkan papa


tadi.” Soal Naylea lembut. Dia punyalah suruh anaknya
bangunkan Tengku Hael, Tapi tulah dah tak reti turun
balik pula. Tu yang dia naik ni nak tengok keadaan
keduanya.

11
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

“Baby dah bangunkan tapi baby pergi tandas lagi.”

“Yeke?" Laju Tengku Nash mengangguk menjawab


mamanya, Malah semakin erat kedua tangannya
memeluk paha mamanya. Naylea tersenyum lebar
melihat tingkah anaknya.

“No! don't hug mama, Nash masih busuk belum


mandi lagi.” Tengku Hael yang hanya mendiamkan
diri dan memerhati saja tingkah kedua anak beranak
itu mula bersuara, Malah selamba dia menarik lembut
kepala anaknya supaya menjauhi paha isterinya.
Sengaja!

“Papa ni! Dia pun selalu hug mama belum mandi.”


Ujar Tengku Nash tak puas hati, Mendonggak keatas
dia melawan pandangan mengejek papanya, Eleh
Macam dia tak nampak papa dia gatal selalu hug
mamanya. Setiap hari!

12
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

“Eh takpelah. Papa wangi je biar tak Mandi.”


Mencebik terus Tengku Nash mendengar itu,
Manakala Tengku sudah tergelak kecil.
Amboi.

Naylea tersenyum melihat perbalahan kedua beranak


itu, Tergeleng kecil dia. Macam-macam! Ada je tingkah
keduanya.

“Baby mandi dengan papa okey? Dah abang pergi


mandi dengan Nash, Boleh turun bawah sarapan,
Nay dah habis siap masak.” Arah Naylea dan dia
sudah mendonggak memandang Tengku Hael ada
senyuman manis diberikan kearah lelaki itu.

“Jomlah sayang pun ikut mandi.” Ujar Tengku Hael


selamba, Ada senyuman nakal terbit dibibirnya siap
kening sebelah terangkat kearah isterinya. Naylea
yang mendengar itu sudah menjegilkan matanya
kearah Tengku Hael.

Macam-macam.

Gatal betul.

13
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Tengku Hael yang melihat itu sudah terkekek kecil.


Dia menunduk sebelum bertindak melepaskan pelukkan
anaknya dipaha isterinya, Dan Tengku Hael bertindak
mendukung anaknya. Sempat dicium pipi tembam
anaknya itu.

“Dahlah jom mandi, Nanti lambat pula pergi rumah


awek kau.”

“Mandi kejap tau sayang.” Naylea laju saja mengangguk


dan hanya memerhati langkah kedua beranak itu
sampailah keduanya menghilang masuk kedalam
bilik air.

Hilang saja Naylea terus menoleh kearah katil mereka,


Amboi berselerak habis ye. Naylea terus saja mendekati
katil mereka mahu mengemas.

14
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

“W oh menantu aku dah sampai.”


Tengku Razzaq tersenggih apabila
melihat kelibat Tengku Hael yang elok
sedang memimpin tangan isteri dan dalam
gendongan lelaki itu pula adanya anak lelaki itu.

Serentak Tengku Rayyan, Syed Zaquel dan juga Syed


Luth menoleh kebelakang, Masing-masing tersenyum
kearah Tengku Hael.

Tengku Hael bertindak menurunkan anaknya apabila


sesampai dihadapan sahabatnya itu. Dan dia terus saja
mengarahkan sikecil itu mengucup tangan pakcik-
pakciknya...

Hmm pakcik.

Manakala tangan Naylea masih digenggamnya.

Kelihatan anaknya yang sudah mula salam tangan


sahabatnya itu, Tengku Hael tersenyum bangga.

15
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

sebelum dia mula mengambil tempat disebelah Syed


Luth. Sempat mata dia melihat sekeliling mereka.
Bolehlah ramai orang. Hari ini babyshower untuk
Fasya. Tengku Razzaq bakal menimang anak
kedua lagi berapa bulan. Laju betul sahabatnya
sorang ini. Dah sama saja dengan dia padahal dia
duluan kahwin.

Manakala yang tiga itu. Haih lambert lagi.


Batang hidung awek sorang pun tiada.

Pinggang Naylea Tengku Hael raih perlahan dan


dengan selambanya Tengku Hael menarik Naylea
untuk duduk dipahanya. Membulat terus mata
Naylea sebelum dia cuba untuk bangun kembali.

Tetapi lingkaran kedua lengan Tengku Hael yang


ketat membataskan pergerakkannya, Naylea sudah
mengkemam bibirnya rapat. Malah tangan Tengku
Hael yang berada dihadapan perutnya dicubit
perlahan.

Geram! Suka hati dia je!

16
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Naylea memalingkan kepala kearah suaminya mata


memberi amaran kearah lelaki itu, Tetapi kelihatan
suaminya yang hanya menayangkan wajah mengejek
kearahnya.

Ya Allah suami siapa ni?

Malah sahabat Tengku Hael hanya mampu tersenyum


melihat tingkah kedua pasangan tersebut. Nak heran apa?
Tengku Hael kot.

“Nay how are you? Sihat? Baby sihat?”

Naylea memalingkan kepala dari terus memandang


Tengku Hael, Dia menarik senyuman manis cuba
berlagak seakan tidak terkesan.

“Alhamdulillah saya baik saja. Baby pun sihat.”

Lembut saja suara Naylea menjawab Tengku Rayyan.

Tengku Razzaq mengusap kepala anak sahabatnya itu


apabila sikecil selasai mengucup tangannya, Kelihatan
Tengku Nash yang mendonggak keatas. Dia tersengih.
Tengok anak dara dia lagilah tu.

17
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

“Hael kau tengok anak kau Hael.” Mereka semua


memandang kearah Tengku Nash. Tengku Hael sudah
tergeleng. Anak nya itu suka betul dekat anak dara
Tengku Razzaq.

Naylea tersenyum kecil. Tengku Nash memang kecik-


kecik dah gatal, Ikut perangai siapa entah. Tangan
Naylea sudah naik melilit kebelakang leher suaminya
dan hanya memerhati segala tingkah anak sulungnya.

“Nash nak dukung boleh uncle?” Pinta Tengku Nash


dengan muka comelnya, Matanya tidak melepaskan
langsung pandangan daripada Fatin.

“Apa papa pesan? Tak boleh dukungkan? Nanti Fatin


jatuh.” Perlahan tetapi kedengaran tegas sikit suara
Tengku Hael menegur anaknya itu. Tak padan masih
kecil beria dah nak dukung anak dara orang. Anak dara
Tengku Razzaq baru 2 tahun lebih.

“Takpela. Nash kiss je dia okey?” Perlahan Tengku


Razzaq memujuk Tengku Nash. Dia boleh je bagi
anaknya. Pernah juga Tengku Nash dukung okey
je anak dia. Tapi biasalah Tengku Hael. Over
semacam.

18
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Laju Tengku Nash mengangguk semakin lebar


senyuman dia. Lagi-lagi melihat Tengku Razzaq
sudah menundukkan tubuh sikit membagi dia
peluang untuk dapat mengucup pipi fatin.

Dan.

CUP !

“Thank you Uncle.” Ucapnya gembira apabila berjaya


mengucup pipi Fatin. Terkebil-kebil saja Fatin
kearahnya. Tak faham sebenarnya.

“Sama-sama.”

“Dah-dah lah tu Nash dengan awek kau tu. kau sini jap.”
Syed Zaquel mengamit budak kecil itu supaya
mendekatinya. Dan anak sahabatnya itu patuh.
Sesampai budak itu ditepinya terus saja dia
angkat sebelum didudukkan keribanya. Sempat
dia mengucup pipi si kecil.

Wangi je.

19
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Tengku Razzaq turut mengambil tempat disebelah


Tengku Rayyan. Laju saja lelaki itu mengambil
anaknya dari tangan dia.

Kalau dulu mereka hanya berempat sekarang selalu


dah berlima. Lepak-lepak je Tengku Rayyan dah ada.
Sejak hubungan Tengku Hael dan Naylea membaik
disitu juga hubungan Tengku Hael dengan Tengku
Rayyan turut membaik, Tengku Hael mengatakan
dia mahukan perubahan, Tidak mahu lagi dalam
keadaan berdendam.

Tiada lagi kebencian Tengku Hael terhadap Tengku


Rayyan....

“Asyik pegang anak aku dengan Hael je korang ni.


Anak sendiri bila?” Terus Syed Luth menjulingkan
matanya keatas, Soalan itu lagi. Itu lagi tiada lainlah?

“Entah si Yan dengan si Zaq ni. Ha bila? Korang tu


bukan muda lagi. Dah tua. Berapa tu? 33 eh? Allah.
Boleh jadi sugar daddy dah ni.”

20
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Selamba saja Syed Luth bertutur. Seolah-olah dia tidak


berada disituasi yang dilontarkannya.

PAK !

“Sugar daddy kepala tengkuk engkau.” Dipukul kepalanya


oleh Syed Zaquel. Sugar daddy? Geli siot eee. Gila betul
Syed Luth bangang ini. Syed Luth terkekek kecil. Okey
apa sugar daddy hot and spicy itu. Rawr!

Tengku Rayyan menghiraukan keadaan sekeliling,


Dikebalkan saja telinganya seolah-olah tidak
mendengar apa-apa. Dia hanya bermain
dengan anak Tengku Razzaq. Soalan begini
jangan dilayan.

“Tua dah bongok carilah bini. Ke korang tiga ni tak reti


ngorat awek?” Tengku Hael memandang tiga sahabatnya.
bersilih ganti, Ada senyuman nakal dibibirnya.
Tangannya mengusap perlahan perut isterinya.

Naylea hanya mampu tersenyum apabila ketiga jejaka


bujang dihadapannya diusik.

21
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

“Tak reti kau cakap? Haih kacang itu. Tapi tulah


tapi. Tiada yang berkenaan.” Memincing mata Tengku
Rayyan menjeling Tengku Hael. Suka hati je main
tuduh-tuduh. Tak tahu ke? Nak ayat-ayat kan awek
ni dia paling power. Power paling dibelakang
maksudnya.

“Eh baby Nash dah ada? Dah makan ke sayang?”


Muncul kelibat Fasya. Perut wanita itu memboyot
besar. Sama macam Naylea. Dia tersenyum kearah
Tengku Nash yang elok saja duduk diatas riba
Syed Zaquel.

“Belum lagi.” Laju saja Tengku Nash menjawab. Dari


tadi papanya borak saja. Tak bawa pun dia makan.

“Eh kenapa belum? Abang tak ajak makan ke?


Hael dengan Naylea pun belum ke?” Tengku Razzaq
tersenggih. Dia sumpah Terlupa nak ajak ketiga
beranak itu makan. Adeh.

“Abang lupa.”

22
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Mengecil pandangan Fasya terhadap suaminya itu.


Dasar pakcik tua.

“Dah jom ikut aunty kita makan ye? Naylea jom. Hael
You pun makanlah ye. I nak Bawa Nay dengan Nash
makan dekat dalam je.” Ujar Fasya, Dekat dalam takde
orang sangat. Jadi selesalah Naylea dengan Tengku
Nash. Tengku Hael takpe makan dekat luar ni
ada sahabat lelaki itu juga dekat sini.

“Sayang nak ikut Fasya?” Soal Tengku Hael lembut


kearah isterinya, Dipandang tepi wajah cantik
isterinya. Sengaja bertanya manalah tahu Naylea
mahu makan bersama dengannya.

Naylea memandang Tengku Hael sebelum dia


Mengangguk. Tengku Hael yang melihat itu
tersenyum. Sempat dia melabuhkan kucupan
dipipi kemerahan itu sebelum dia membantu
wanita itu untuk bangun dari pahanya.

Tengku Hael mula memalingkan kepala kearah


anaknya.

23
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

“Nash jangan susahkan mama dengan aunty Fasya.


okey little boy?” Pesanan diberikan kearah anaknya,
Anaknya ini boleh tahan lasaknya, Sudahlah banyak
ragamnya.

“Baik papa.” Jawab sikecil dan sudah mula turun dari riba
Syed Zaquel apabila Fasya bertindak meraih tangan
kecil itu, Berjaya saja budak kecil itu turun dari ribaan
Syed Zaquel. Fasya menarik perlahan mendekati
Naylea. Dan lengan wanita itu pula dirangkulnya.

Kelihatan mereka bertiga yang sudah meninggalkan


yang lain disitu.

Tengku Hael turut bangun, Tengok gaya dia jelah ni


belum makan. Sebab meja mereka sekarang sudah
dipenuhi dengan piring yang sudah dipakai. Bekas
sahabatnya makan.

“Aku ambil makanan kejap.”

24
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

“M engantuk dah ke baby?”


Soal Naylea kearah anaknya, Yang
sedang baring ditepinya dan kepala
elok saja diletakkan diatas pahanya, Tangannya
mengusap perlahan rambut tebal anaknya. Mereka
sedang berada diruang tamu menonton television.

Tengku Nash mengangguk dengan mata yang terpejam


menjawab mamanya. Tak larat dah nak buka. Naylea
tersenyum sebelum terus mencapai remote tv ditepinya.
Tv dimatikan sebelum dia menunduk melihat anaknya.

“Baby bangun dulu okey? Kita naik atas, Sambung tidur


dekat atas.” Arah Naylea lembut, Dan cuba untuk
mengangkat kepala Tengku Nash. Tetapi sikecil
bertindak mengeraskan kepalanya. Seakan tidak
mahu bangun.

“Nak dukung mama.” Pinta Tengku Nash tiba-tiba,


Mata masih setia terpejam. Tak larat dah nak
bangun. Mengantuk sangat-sangat.

Naylea terkebil sekejap. Dukung? Alamak.

25
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

“Tapi mama—”

“Kenapa ni?” Muncul kelibat Tengku Hael, Kening siap


terangkat kearah isterinya, Dia baru keluar dari bilik
kerjanya, Baru siap menghabiskan kerjanya, Dia ada
masu bilik mereka tadi, Tapi tiada kelibat isterinya.
Tahulah dia bahawa kedua kesayangannya ini masih
berada diruang tamu.

“Abang!”

Naylea tersenggih melihat Tengku Hael, Matanya


memandang Tengku Hael yang sudah mengambil
tempat dihadapannya, Lagi tepat mencangkung
dihadapannya, Terus saja anak mata lelaki itu
merenung anak mereka.

“Nash dah mengantuk tapi taknak bangun, Nak


dukung katanya.” Sambung Naylea dan dia kembali
menunduk untuk menatap anak mereka. Tangannya
masih setia mengusap rambut anaknya.

Tengku Hael menatap isterinya sekejap sebelum


memandang anaknya, Dia tersenyum.

26
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

“Mari abang dukung.” Tengku Hael bangun dari


cangkungannya, Dan dia menunduk sebelum
mengambil Tengku Nash perlahan. Di gendong
anaknya, Dan kedengaran anaknya yang merengek
perlahan. Tengku Hael menepuk belakang anaknya
lagak mendodoi, Pipi anaknya terus saja menyandar
di bahu tegapnya.

Memastikan posisi Tengku Nash sudah selesa Tengku


Hael menunduk memandang isterinya pula yang masih
duduk disofa sambil mendonggak memerhati dia.
Tengku Hael tersenyum, Terus saja sebelah
tangan disua kearah Naylea.

“Come sayang.” Melihat itu Naylea tanpa banyak kata


terus saja menyambut tangan suaminya, Tengku Hael
membantu untuk dia bangun, Dan berjaya saja dia
tangannya dilepaskan sebelum merasakan sesuatu
melilit dipinggangnya.

Tiba-tiba terasa kucupan diubun-ubunnya sebelum


Tengku Hael menarik perlahan pinggangnya supaya
mengikuti langkah lelaki itu, Lift menjadi tujuan
mereka.

27
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Sampai dihadapan pintu bilik mereka, Terus Naylea


menolak pintu tersebut sebelum melangkah masuk
kedalam, Satu pintu bilik yang berada didalam bilik
mereka didekati. Pintu bilik Tengku Nash.

Tengku Hael melepaskan pinggang Naylea perlahan


sebelum mendekati katil milik anaknya, Perlahan
Tengku Hael meletakkan anaknya keatas katil
tersebut. Dan Naylea terus saja datang mendekat
lalu mengambil tempat dibirai katil anaknya, Dan
selimut ditarik untuk menutupi tubuh kecil anaknya.

Tengku Hael sedikit berundur kebelakang dan tangan


naik melipat kedada bidangnya, Dia hanya memerhati
tingkah isterinya yang sedang mengusap kepala
anak mereka.

“Baby tidur okey?” Tengku Nash yang separuh sedar


itu mengangguk, Sebelah matanya dibuka untuk
melihat mamanya.

“Goodnight mama, Nash sayang mama and baby.”

28
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Ucap Tengku Nash lembut, Walaupun matanya sudah


sangat berat tapi digagahkan juga tangannya mengusap
perut comel mamanya, Selalu dia kiss dulu sebelum tidur
tapi rasanya hari ini dia cuti, Sebab tak larat dah nak
bangun.

Naylea tersenyum, Dia bertindak menunduk untuk


mendekatkan jarak wajahnya dengan anaknya.

CUP !

CUP !

“Goodnight to my baby, Mama sayang Nash and baby


too.” Kedua pipi anaknya dikucup sayang dan selasai
mengucapkan itu, Kini dahi anaknya pula yang
menjadi sasaran bibirnya, Sedikit lama bibirnya
menyinggah disitu.

“Your turn abang.”Ujar Naylea dan dia sudah


memalingkan kepala kearah Tengku Hael yang
hanya diam menjadi pemerhati saja sedari tadi.

29
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Tengku Hael menurunkan tangannya, Tidak menunggu


lama terus saja Tengku Hael menunduk dihadapan
Naylea. Sampaikan terkebelakang kepala Naylea.

Terus saja tangan Tengku Hael menjalar kepinggang


isterinya, Dan Tengku Nash membuka lagi satu matanya
kini wajahnya papanya pula yang menghiasi matanya.
Betul-betul diatas saja wajah papanya.

“Goodnight papa, Nash sayang papa.” Ucap si kecil


kearah papanya pula, Tengku Hael tersenyum.
Kedua pipi tembam anaknya dikucup sayang
dan berakhir didahi sikecil, Berapa minit bibirnya
disitu.

“Goodninght too, I love you more my little boy.” Ucap


Tengku Hael pula dan sebelah tangannya sudah
Mengusapkepala anaknya, Kelihatan Tengku Nash yang
tersenyum, Dan sudah menutup mata.

Now he can sleep well.

Berapa minit kemudian akhirnya kedengaran


dengkuran halus Tengku Nash. Menandakan
sudah terlena.

30
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Tengku Hael semakin mengemaskan selimut ditubuh


Tengku Nash, Sebelum memandang kearah isterinya.
Terkebil-kebil saja wanita itu memandangnya.

“Jom sayang.” Tengku Hael kembali menegakkan


tubuhnya. Dan tangannya sudah membantu untuk
Naylea bangun. Sempat Naylea memandang anaknya
sekilas sebelum mengangguk, Dan dia berjaya bangun
atas bantuan Tengku Hael.

Mereka berdua sudah berjalan mendekati pintu bersedia


untuk keluar daripada bilik Tengku Nash.

“Abang...” Tengku Hael yang berjalan mendekati meja


solek terus berpusing menghadap isterinya. Terangkat
sebelah keningnya kearah isterinya yang sudah tersenggih
dihadapannya. Dah kenapa?

“Kenapa hmm?”

Lembut saja suara Tengku Hael bertanya.

31
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Tidak menjawab suaminya, Tetapi Naylea memandang


kesatu arah. Dan semakin lebar senyuman dibibirnya.
Dan Tengku Hael turut memandang kearah yang sama.
Mengecil mata Tengku Hael melihat yang dipandang
oleh Naylea.

Seketika berubah terus reaksi wajahnya, Dan kepala


kembali dipaling kearah isterinya. Kelihatan senyuman
lebar si isteri.

“No sayang dah malam—”

“Ala abang...” Laju Naylea mencantas suaminya,


Malah suaranya meleret saja, Mata sengaja dikedipkan
dihadapan Tengku Hael mahu memujuk lelaki itu.

Tengku Hael melepaskan nafas kecilnya. Ni yang


lemah ni.

“No sayang dah malam, Sayang kena tidur awal


tak boleh tidur lambat. Tak elok untuk sayang
dan baby kita.” Masih cuba memujuk dan Tengku
Hael mula mendekati Naylea. Dah pukul 11 lebih
Naylea kena tidur sekarang juga.

32
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

“Taknak...” Naylea berundur tidak mahu didekati,


Dan Tengku Hael yang melihat tingkah isterinya
berdecit geram.

“Naylea Syazal—”

Naylea mula tersebik, Matanya memandang sayu


Tengku Hael dihadapan, Jelas terhenti percakapan
lelaki itu. Tengku Hael sudah mengeluh kasar
apabila melihat reaksi ingin menangis Naylea.

“Okey fine. Pergilah ambil.” Akhirnya dia mengaku kalah


dan pada saat itu juga kelihatan reaksi Naylea yang
sudah berubah. Kelihatan senyuman wanita itu
terukir.

Kelihatan Naylea yang laju sudah mendekati benda


tersebut. Tengku Hael tergeleng dia bertindak membuka
baju yang sedang dipakai. Mata tidak melepaskan
pandangan daripada isterinya.

Makeup.

Dan dia tahu dia yang akan menjadi mangsa wanita


itu. Percayalah ini bukan kali pertama untuknya.

33
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

“Cepat abang duduk.” Arah Naylea dan ditangannya


ada beg sederhana besar dan semestinya dipenuhi
dengan barang makeup nya.

See?

Tengku Hael mencebik, Baju ditangannya dicampak


kedalam bakul yang sememang tersedia disitu.
Terus saja Tengku Hael mendekati katil mereka
dan duduk sambil menyandarkan belakangnya
dikepala katil.

Melihat itu Naylea turut memanjat katil, Dan selamba


dia membuka kakinya dihadapan Tengku Hael lalu
dengan gerakkan perlahan Naylea mengambil tempat
diatas Tengku Hael.

Apa lagi tersenyum suka terus tengok Hael dibuatnya.


Suka dengan posisi Naylea diatasnya, Dengan kedua kaki
Naylea terbuka dan sudah berada ditepi kedua sisinya.

“Okey kalau macam ni nak mekap lama pun abang tak


kisah.” Bisik Tengku Hael tepat dihadapan wajah Naylea.
Kedua tangannya sudah mula memeluk pinggang Naylea.
Jelas perut bulat itu mengenai perutnya.

34
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

PAK !

“Gatal.”

Dipukul bahu tegap terdedah milik suaminya malah,


Dijeling wajah tampan itu, Jelas kekekan daripada
Tengku Hael. Naylea sudah menghiraukan. Kini dia
mencari sesuatu didalam beg soleknya itu.

Pensil eyebrow.

Naylea memandang kening lebat milik Tengku Hael.


Tebal dahlah hitam je. Tak payah lukis pun takpe. Tapi
dia nak lukis juga Haha!

“Kita cukur kening abang. Nak tak?” Soal Naylea lebih


menguji suaminya, Dia bergurau. Taknak dia cukurkan.
Sayang je nanti. Dahlah Tengku Hael hensem dengan
kening tebal dia tu.

Terus Tengku Hael mencebik sebelum laju menggeleng.

“Takmo.”

35
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Naylea tergelak kecil mendengar jawapan Tengku Hael.


Dia mula menyentuh atas kepala Tengku Hael dan
didonggakkan sedikit. Naylea mendekatkan jarak
wajah mereka, Jelas hembusan nafas masing-masing.

Naylea mula melukis kening Tengku Hael. Dan Tengku


menatap dalam wajah jelita milik isterinya yang
betul-betul berada dekat dengannya.

Cantik.

Cantik sangat.

CUP !

CUP !

“Eyy abang!” Bibirnya ditutup dengan sebelah


tangannya, Mata mencerlung tajam kearah
Tengku Hael. Geramnya lah! 2 kali tahu
kucup bibir dia.

Dasar gatal.

36
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Tengku Hael tersenggih tak bersalah. Seakan tidak


terkesan. Tengku Hael selamba menarik baju Naylea
keatas. Menampakkan perut comel isterinya

Naylea bertindak memejamkan kelopak matanya,


Geram dengan tindakkan selamba daripada
Tengku Hael. Suka hati je kan!

“Hye baby how are you today? Sihat terus okey? Can't wait
to meet you sayang.” Naylea kembali membuka matanya
setelah mendengar itu, Kelihatan Tengku Hael yang
sedang memandang perutnya dan tangan lelaki itu
mengusap perlahan perutnya.

Naylea tersenyum.

Pensil eyebrow hanya diletak ketepi.

Naylea semakin mengemaskan posisinya diatas Tengku


Hael. Lalu kedua tangan suaminya yang mengusap
perutnya diraih lembut sebelum ditarik melilit kembali
kepinggangnya.

37
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Kedua tangan Naylea menyusup di kedua tepi Tengku


Hael, Pinggang Tengku Hael dipeluknya dan tidak
menunggu lama Naylea terus menyandarkan kepalanya
kebahu Tengku Hael. Dan dia menatap Tengku Hael
dari bawah.

Tengku Hael menunduk dan mata mereka berdua


bertembung. Naylea tersenyum dan Tengku Hael
juga.

Lama keduanya berpandangan. Dan semakin lama


semakin dalam tatapan Tengku Hael terhadap isterinya.

Wanita ini

Wanita inilah yang banyak menderita akibat perangainya.


dulu. Dan wanita inilah juga yang hampir meninggalkan dia
buat selama-selamanya disebabkan melahirkan zuriatnya.

Naylea yang hampir gagal diselamatkan sewaktu


melahirkan Tengku Nash disebabkan Naylea
mengalami tumpah darah selepas melahirkan
Tengku Nash.

38
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Tapi kuasa Allah. Naylea berjaya diselamatkan dan


kembali lagi bersama mereka.

Walaupun banyak penderitaan yang dia berikan dulu.


wanita ini tetap memaafkan dia dan semestinya
memberi lagi peluang untuknya.

memberi peluang menebus kesemua kesalahannya.


Dan diberikan peluang untuk membahagiakan wanita
ini.

Dan dia berjaya.

Buktinya. Sekarang mereka sangat-sangat bahagia.

CUP !

Diragut lembut bibir isterinya, Tengku Hael mengucup


lembut bibir Naylea. Tangannya semakin menolak
tubuh kecil itu melekat dengannya.

Naylea memejamkan perlahan kelopak matanya.


Sebelum kucupan Tengku Hael dibalasnya.

39
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Lama mereka dalam keadaan begitu sebelum Tengku


Hael meleraikan tautan bibir mereka. Dahinya dijatuhkan
kedahi isterinya, Matanya menikam dalam anak mata
isterinya yang kembali terbuka itu.

Nafas menampar wajah masing-masing.

“I love you sayang.”

“I love you so much Naylea Syazal...”

Redup tatapan Tengku Hael terhadap isterinya,


Ucapan itu betul-betul ikhlas dari dalam lubuk
hatinya.

Sumpah demi Allah dia cintakan wanita ini


sangat-sangat.

Naylea tersenyum lebar, Tangannya mengusap pipi


suaminya, Semakin mendalam tatapannya terhadap
suaminya.

“I love you too Tengku Hael Hazreeq.”

“Nay cintakan abang sangat-sangat...”

Demi Allah dia cintakan lelaki ini sangat-sangat.

40
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Naylea memejamkan kelopak matanya apabila terasa


kucupan hangat Tengku Hael didahinya. Sebelum
terasa pelukkan erat Tengku Hael terhadapnya.
Naylea terus saja membalas pelukkan Tengku Hael.

Tengku Hael memeluk erat tubuh kecil isterinya.


seakan tidak mahu dilepas.

Ya Allah sesungguhnya terima kasih untuk


kebahagiaan ini...

31
Bidadari Tengku Hael | Faijaa

Tamat

Alhamdulillah siap. Maaf jika tidak memuaskan


dan maafkan jika banyak kesalahan, Terima kasih
kerana sudi meluangkan masa untuk ini saya
hargai sangat. Terima kasih banyak-banyak
kesayangan saya. Sayang korang❤️

Sincerely : Faijaa

32

Anda mungkin juga menyukai