Anda di halaman 1dari 3

TEMA 4

TAJUK : SUMBANGAN DAN PERANAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH DI

MALAYSIA DARI TAHUN 1950 HINGGA 1970

PENGENALAN

Tunku Abdul Rahman merupakan perdana menteri yang pertama di Malaysia. Beliau

dilahirkan di Alor Setar , Kedah pada tarikh 8 Februari 1903 dan menghembuskan

nafas terakhir beliau pada tarikh 6 Disember 1990 pada usia 87 tahun. Tunku Abdul

Rahman di semadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Setar , Kedah.

OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Menjelaskan latar belakang Tunku Abdul Rahman sebagai perdana menteri

pertama di Malaysia.

3.2 Menjelaskan perkembangan yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman semasa

menjadi perdana menteri.

3.3 Menghuraikan peranan dan sumbangan yang diberi oleh Tunku Abdul Rahman

semasa memegang jawatan sebagai perdana menteri.

PERSOALAN KAJIAN

4.1 Apakah latar belakang Tunku Abdul Rahman semasa berkhidmat sebagai perdana

menteri ?

4.2 Apakah perkembangan yang dapat dilihat semasa Tunku Abdul Rahman menjdi

perdana menteri ?

4.3 Apakah peranan Tunku Abdul Rahman dari aspek politik ?


SKOP KAJIAN

5.1 Tokoh merupakan seorang yang banyak berjasa untuk negara terutama sekali

dalam merdekakan negara

5.2 Pada tahun 1957 , tokoh berjaya merdekakan Malaysia dan digelar sebagai “Bapa

Kemerdekaan”

5.3 Mengkaji peranan dan sumbangan tokoh pada negara Malaysia

SOROTAN KAJIAN LEPAS

6.1 Peranan dan sumbangan Tunku Abdul Rahman dalam dasar sejarah luar negara

oleh Nor Azizan Idris

6.2 Gagasan Malaysia dan penglibatan British : satu tinjaun oleh Mohamad Rodzi

Abd Razak

6.3 Sejarah pemikiran pandang ke timur semasa era Tunku Abdul Rahman oleh

Uqbah Iqbal , Nordin Hussin , Ahmad Ali Seman

KAEDAH KAJIAN

7.1 kajian lapangan

7.2 kajian internet

7.3 kajian perpustakaan

7.4 temu ramah

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Pengkaji akan membahagikan esei ini kepada beberapa bahagian untuk memudahkan

lagi pemahaman. Antaranya ialah pengenalan, isi dan rumusan. Dalam bahagian

pengenalan, pengkaji akan menjelaskan latar belakang tokoh. Dalam bahagian isi
pula, pengkaji akan menghuraikan tentang sumbangan dan peranan tokoh. Dalam

bahagian rumusan pula, pengkaji akan merumuskan hasil kajian yang dibuat.

PENUTUP

Pengkaji mengharapkan bahawa kajian ini dapat menjelaskan kisah tokoh dengan

lebih jelas dan mendalam.

BIBILIOGRAFI

Kenali pemimpin negara Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Marini Azahri. Penerbit

Dewan Bahasa dan Pustaka, 2020

Biografi Politik : Tunku Abdul Rahman Putra, Ramlah Adam. Penerbit Dewan

Bahasa dan Pustaka, 2009

Anda mungkin juga menyukai