Anda di halaman 1dari 4

TEMA : SEJARAH TOKOH

TAJUK: PERANAN DAN SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN DALAM BIDANG

KEMERDEKAAN PADA TAHUN 1955 HINGGA 1957

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian ini adalah untuk mengenali siapakah Tunku Abdul

Rahman. Diharapkan melalui kajian ini masyarakat dapat mengetahui latar belakang beliau.

Hal ini kerana beliau merupakan seorang tokoh yang hebat. Kajian ini juga dijalankan

untuk mengenal pasti bagaimanakah Tunku Abdul Rahman berperanan penting dalam

bidang kemerdekaan. Melalui kajian ini pengkaji akan meneliti usaha-usaha yang telah

dilakukan oleh beliau untuk melepaskan tanah melayu dari tangan penjajah.

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini ialah mengenai Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri

Malaysia yag pertama. Kajian yang dijalankan ini meliputi seluruh ruang kajian iaitu

negara Malaysia di mana tempat beliau berjasa. Beliau mencurah bakti sebagai seorang

pemimpin berketerampilan sehingga dilantik sebagai perdana Menteri negara Malaysia pada

tahun 1957 setelah Malaysia merdeka. Dari segi tempoh kajian, kajian ini bermula pada

tahun 1955 hingga tahun 1957, Tempoh ini dipilih kerana pada masa itu berlaku proses

kemerdekaan yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman.


TEMA : SEJARAH TOKOH

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Secara umumnya terdapat banyak kajian yang telah dibukukan berkaitan

Tunku Abdul Rahman Al-Haj. Namun disebalik semua kajian tersebut terdapat sebilangan

masyarakat Khususnya anak muda yang masih tidak tahu dan sedar akan pengisian

kemerdekaan yang digariskan oleh pemimpin terdahulu sebagai contoh seperti Tunku

Abdul Rahman.

Buku “ Conversation With Tunku Abdul Rahman ’’ dilancarkan oleh Sultan

Perak Sultan Nazrin Shah dan ditulis oleh Tan Sri Abdullah Ahmad. Buku ini diterbitkan

untuk mengenang jasa perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman serta

merupakan kompilasi rakaman temu bual Tunku Abdul Rahman dengan Tan Sri

AbdullahYang berlangsung antara tahun 1982 ke tahun 1984.

KAEDAH KAJIAN

Untuk meghasilkan kajian ini, pengkaji telah menjalankan beberapa kaedah kajian

bagi membantu mengkaji menyiapkan tugasan ini. Antaranya adalah pengkaji menjalankan

penyelidikan kepustakaan iaitu menyelidiki dan membaca bahan-bahan berbentuk sekunder

seperti jurnalis, buku, dan kajian ilmiah berkaitan dengan tajuk tugasan di perpustakaan

Pekan Kota Belud dan Pusat Sumber SMK Arshad. Hal ini adalah untuk memperolehi

lebih banyak maklumat yang diperlukan.

Pengkaji juga turut menggunakan kaedah melayari internet untuk mengumpul

maklumat melalui artikel-artikel serta blog yang ditulis yang berkaitan dengan tajuk kajian.
TEMA : SEJARAH TOKOH

PENUTUP

Diharapkan dengan kajian ini, pengkaji dapat mengkaji dan menyelidiki

pengalaman hidup seorang tokoh kemerdekaan iaitu Tunku Abdul Rahman supaya dapat

dijadikan bahan bacaan dan rujukan anak muda yang belum menyedari pengisiaan

pemimpin masa lampau. Pengkaji juga berharapan hasil kajian ini menjadi inspirasi

generasi kini dan akan datang supaya lebih menghayati makna kemerdekaan yang

sesungguhnya dan menjadikan beliau sebagai contoh pemimpin yang berwibawa.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Penulisan ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengenalan, isi dan

kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskana maksud tokoh secara

umum. Bahagian isi pula pengkaji akan menghuraikan peranan dan sumbangan Tunku

Abdul Rahman sepanjang beliau berkhidmat sebagai perdana Menteri malayisa. Bahagian

kesimpilan pula pengkaji akan merumus hasil kajian ini.


TEMA : SEJARAH TOKOH

BIBLIOGRAFI

Anda mungkin juga menyukai