Anda di halaman 1dari 17

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

AC301 TAMADUN ISLAM

TAJUK KAJIAN

: SUMBANGAN TOKOH IBNU KHALDUN DALAM BIDANG


KEILMUAN ISLAM

PENSYARAH

: ENCIK KAMARUDDIN BIN MOHD NOR

AHLI KUMPULAN : KISHENDRAN A/L MOGAN (08DJK12F1040)


LOGARATANAM A/L GANESAN (08DJK12F1048)
SARAVANAN A/L SAMINATHAN (08DJK12F1070)

JABATAN

: KEJURUTERAAN ELEKTRIK

PROGRAM

: DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK KAWALAN (DJK)

KELAS

: DJK 6B

ISI KANDUNGAN

1.0 PROPOSAL
1.1 OBJEKTIF KAJIAN
1.2 PERNYATAAN MASALAH
1.3 LOKASI KAJIAN
1.4 KAEDAH

3
3
4
4

2.0 KAJIAN TEORI


2.1 PENGENALAN
2.2 LATAR BELAKANG
2.3 SUMBANGAN

5
6
8

3.0 LAMPIRAN

12

4.0 PENUTUP

17

5.0 RUJUKAN

18

1.0 PROPOSAL
1.1 OBJEKTIF KAJIAN
1. Mencari ilmu akan sejarah tokoh dalam kelimuan islam.
2. Mengenang jasa tokoh dalam keilmuan islam.
3. Mendapat ikhtibar dari perjuangan tokoh dalam kelimuan islam
1.2 PENYATAAN MASALAH
Sejarah adalah salah satu yang penting kepada setiap penganut agama, kerana mereka
perlu mengetahui sumbangan-sumbangan tokoh agama masing-masing dalam memartabatkan
agama mereka. Disamping itu, kerajaan Malaysia juga menitik beratkan isu sejarah kepada
golongan muda sejak kecil lagi. Kerajaan telah mewajibkan pembelajaran sejarah dalam setiap
peringkat pelajar lepas UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) ,ini termasuk PMR (Penilaian
Menengah Rendah) , SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan di Institusi Pengajian Tinggi. Namun
begitu masih ramai yang tidak mengenali ramai tokoh-tokoh penting yang telah memberi
sumbangan kepada penyebaran agama mereka.
Masalah yang dihadapi adalah kami susah mengkaji tentang tokoh Ibnu Khaldun. Pada
masa kini, kebanyakan pelajar tidak minat pembelajaran sejarah disebabkan tokoh tambah
dalam sejarah dan pembelajaran yang tidak interaktif. Oleh itu kami, sekumpulan telah
mengumpul maklumat tentang tokoh Ibnu Khaldun dan penerangan tentang sumbangan beliau
telah kami corakkan dengan ayat yang merangsang minda supaya pembelajaran sejarah lebih
interaktif.
Selain itu, kami juga mengkaji soal selidik untuk mengetahui ilmu pengetahuan
masyarakat dalam bidang keilmuan sejarah. Seperti yang berikut, ramai orang kurang berminat
dalam bidang keilmuan sejarah terutama kurang jelas tentang latar belakang dan sumbangan
tokoh-tokoh yang penting.
Akhirnya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak
faedah dan manfaat dengan menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang tokoh-tokoh yang
berbangsa lain. Walaupun pada mulanya, saya berasa susah untuk membuat tugasan akhirnya
saya dapat hasil yang baik.
3

1.3 LOKASI KAJIAN


1. Perpustakaan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
2. Persiaran Kerjaya di bersebelahan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

1.4 KAEDAH
1. Soal Selidik
Berdasarkan kajian soal selidik yang dilakukan, kami mendapati bahawa hanya
sebilangan pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan sebahagian
orang yang berhampiri di Politeknik Shah Alam yang kurang mengetahui tentang tokoh
Ibnu Khaldun. Hal ini kerana mereka menghampiri dengan teknologi baru yang
dikembang pada masa kini. Oleh itu, mereka kurang mengenai dan mempelajari tentang
tokoh-tokoh Negara.
2. Analisis data
Berdasarkan kajian analisis data, kami mendapati beberapa rujukan melalui laman web
tentang latar belakang dan sumbangan tokoh Ibnu Khaldun.

2.0 KAJIAN TEORI


4

2.1 PENGENALAN
Ibnu Khaldun merupakan salah seorang tokoh gemilang dalam Islam. Beliau dianggap pakar
dalam bukan sahaja bidang falsafah malah turut mencukupi bidang-bidang yang lain. Ibnu
Khaldun dalam karyanya yang agung, Muqaddimah menekankan bagaimana pembangunan
sesuatu kaum, umat atau tamadun dapat digemilangkan. Beliau turut menyentuh tentang
pembangunan sosial masyarakat. Ini termasuk pembangunan pendidikan,
pemikiran dan kepimpinan.
Untuk itu, pendidikan umat ini perlu diperbaiki. Pemikiran umat ini juga perlu diperbaiki.
Kepimpinan umat ini juga mustahak diperbaiki. Maka segenap keringat perlu dikerah dalam misi
untuk mengembalikan kepimpinan dunia kepada pemiliknya yang asal iaitu umat Islam.
Sebarang usaha dalam merealisasikan wawasan kecemerlangan ummah dan kepimpinannya
harus memasukkan dimensi perancangan yang strategik (Inayatullah, 2004). Ia juga harus
berorientasikan wawasan masa depan yang lebih jauh. Meliputi kecemerlangan ummah
terutamanya dari sudut kepimpinan agar ummah ini cemerlang kembali.
Persoalannya adakah kemunduran umat hari bertepatan dengan hujah Ibnu Khaldun yang
menyatakan bahawa sesuatu umat yang gemilang pasti akan mengalami era kejatuhannya.
Adakah ini hakikat yang dihidangkan dihadapan kita pada hari ini? Menurut Ibnu Khaldun juga,
selepas sesuatu tamadun itu mencapai tempoh matang ianya akan mengalami tempoh layu.
Kalau begitu isunya di sini adakah salah jika kita berusaha mengambil kecemerlangan ummah
daripada satu sudut baru. Sudut pandangan yang seluruh tamadun manusia hari ini melihatnya
sebagai kuasa baru, iaitu kuasa pengetahuan. Kertas kerja ini akan mengupas isu kepimpinan
ini dari sudut penguasaan maklumat berlandaskan teori kepimpinan Ibnu Khaldun. Rangka kerja
adalah bagaimana umat ini dapat ditingkatkan kepimpinannya turut dicadangkan.

2.2 LATAR BELAKANG

Ibnu Khaldun
Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abdul al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun al-Hadrami.
Nama Khaldun berasai dari keturunan Khalid bin Uthman iaitu seorang tentera Yaman yang
pernah bergabung dengan tentera Andalusia. Semasa di Andalusia, nama Khalid bertukar kepada
Khaldun. Dilahirkan di Tunisia pada tahun 732H/1332M dan meninggal dunia di Kaherah, Mesir
pada 808H/1404M. Ayahnya seorang ulama, ahli bahasa dan seorang pemerintah tentera. Beliau
telah kehilangan ibu dan ayahnya akibat wabak kusta yang melanda kampungnya. Berketurunan
Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus. Berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria, Fez,
Granada, Bougie dan Mesir apabila Tunisia dilanda wabak taun. Beliau merupakan seorang yang
tekun dalam menuntut ilmu walaupun sibuk menjalankan tugas pentadbiran. Beliau telah
mempelajari ilmu-ilmu agama seperti fikah, tafsir, hadis dan ilmu-ilmu naqli seperti logik,
falsafah, matematik dan bahasa Arab. Beliau juga merupakan pemikir Islam terulung dalam
bidang sejarah, sosiologi, politik dan agama. Semasa kecil beliau dididik oleh ayahnya dan
dihantar berguru dengan ramai sarjana Islam yang hebat di Tunisia. Ketika muda beliau suka
merantau, bekerja dan menyertai bidang politik sehingga pernah dipenjarakan akibat fitnah oleh
orang yang cemburu melihat beliau sering berdamping dengan pemimpin. Ibnu Khaldun pernah
memegang beberapa jawatan penting seperti pernah dilantik sebagai Ahli Persuratan di Istana
Faz, menjadi Hajib (sama taraf Perdana Menteri), menjadi kadi dan khatib, menjadi orang tengah
6

antara perang perebutan kuasa kerabat diraja dan menjadi Hakim Mahkamah Raja di Mesir. Ibnu
Khaldun dianggap oleh sarjana Barat sebagai tokoh dan ahli fikir yang tiada bandingannya dan
memberi sumbangan besar kepada manusia di dunia seperti mana yang dinyatakan oleh Toynbee.
Ibnu Khaldun dianggap seorang ahli falsafah sejarah dan sarjana teragung sepanjang zaman.
Beliau menggunakan kaedah penyelidikan yang mirip kepada kaedah sosiologi di mana beliau
menekankan sifat-sifat semula jadi dan sebab-sebab peristiwa sejarah berlaku. Beliau
membahagikan sejarah kepada 2 iaitu sejarah am dan sejarah khas. Ibnu Khaldun menekankan
aspek-aspek dalaman bagi sesuatu peristiwa kerana sejarah berhubung rapat dengan latar
belakang masyarakat, tidak seperti ahli sejarah sebelumnya.

2.3 SUMBANGAN OLEH IBNU KHALDUN

1. Penglibatan dalam aktiviti Sosial dan Politik


Beliau pernah menyandang beberapa jawatan dan pernah berkhidmat dengan beberapa
orang

pemerintah di Utara Afrika dan di Andalus. Banyak menyandang jawatan penting

seperti Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq bin Abi Yahya dan Sultan Abu
Annan; Anggota Majlis Ilmiah; Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin
Abi Al-Hasan di Fez, Maghribi; Duta Granada; Perdana Menteri (Hajib) Bougie dan
Ketua Hakim (Qadhi Al-Dudhah). Jawatan tersebut memberi peluang untuk berkhidmat
kepada negara dengan lebih berkesan.

2. Bidang ilmu dan pemikiran Islam


Berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik, dan
pendidikan. Memberi panduan yang terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan
sesebuah tamadun. Berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak hasil dari
keunggulan rohani dengan jasmani. Merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran
moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan. Para
sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan. Pemikiran beliau
sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmiah, judul-judul
buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi. Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij
dinamakan sempena nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di
Universiti Amerika. Namanya diabdikan di dalam sebuah universiti di Jakarta, Indonesia
iaitu Universiti Ibnu Khaldun.

3. Karya Agung Ibnu Khaldun


Al-Muqaddimah merupakan karya agung Ibnu Khaldun dalam bidang pensejarahan.
Mengikut B. Lewis, buku ini merupakan ensiklopedia sintesis mengenai metadologi sains
8

kebudayaan yang penting dan buku ini dapat membantu ahli sejarah dalam penghasilan
kajian yang benar dan ilmiah. Buku ini membahaskan secara terperinci tentang sejarah
dan persejarahan. Buku ini setebal lebih kurang 700 helai muka surat. Buku Muqaddimah
ini dibahagikan kepada enam bab. Kandungannya ialah:
Bab satu - risalah umum tentang masyarakat dan pertumbuhan umat manusia
Bab dua - kehidupan desa masyarakat badwi atau primitif
Bab tiga - mengenai negara, pemerintahan raja dan institusi khalifah
Bab empat - tentang perkembangan kota-kota dan negeri-negeri serta cara
membezakan antara satu kota dgn kota
Bab lima - ekonomi penduduk sesuatu tempat
Bab enam - cara mempelajari ilmu pengetahuan dan pendidikan
Isi kandungan buku ini juga terbahagi kepada bahagian asasi dan tidak asasi.
Bahagian asasi - disiplin falsafah, falsafah sejarah dan falsafah sains sosial
Bahagian tidak asasi - geografi, kebudayaan, politik, agama, peradaban dan ilmu
pengetahuan .
Muqaddimah ialah sumbangan yang agung dalam bidang pensejarahan yang merupakan
percubaan awal ahli sejarah untuk memahami perubahan yang berlaku pada organisasi
politik dan sosial manusia. Buku ini merupakan percubaan awal ahli sejarah untuk
memahami pola perubahan yang berlaku kepada organisasi politik dan sosial manusia.
Buku ini juga menjadi suatu bahan kajian yang menarik kerana pendekatan yang rasional,
kaedah serta perbahasan yang analitikal dan terperinci.

4. Pengasas falsafah sejarah


Ibnu Khaldun mendefinisikan sejarah sebagai catatan atau maklumat tentang masyarakat
manusia, iaitu perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat manusia seperti
kemarahan, kebiadaban, revolusi, perasaan setia kawan dan pemberontakan sehingga
mengakibatkan terbentuknya kerajaan, negara dan rakyat, wujudnya pelbagai kegiatan
dan pekerjaan mansuia, pelbagai aspek ilmu pengetahaun dan pertukangan, dan secara
umumnya berkenaan semua perubahan yang dialami oleh manusia. Secara ringkas
9

daripada definisi di atas, sejarah dan masyarakat adalah satu kesatuan yang mempunyai
kesamaan realiti yang berhubung kait antara satu sama lain. Konsep ini berbeza dengan
pendapat Herodotus, seorang ahli sejarah Yunani yang mengatakan bahawa Tuhan telah
campur tangan secara langsung dalam menentukan sejarah manusia dan bukan manusia
itu sendiri yang menentukan sejarahnya. Ibnu Khaldun telah menetapkan beberapa
prinsip untuk sejarah. Contohnya, apabila mengkaji sesuatu peristiwa kebangkitan dan
kejatuhan sesebuah kerajaan, seseorang individu perlu memastikan penglibatan sebab dan
akibat kejadian itu berlaku.Keadaan ini menunjukkan hubungan secara langsung antara
sebab dan akibat. Menurut beliau, manusia sendiri yang menentukan sejarahnya kecuali
mereka yang melanggar hukum Allah sama ada hukum tersurat dalam wahyu atau tersirat
dalam hukum alam akan ditentukan Allah. Berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan
menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu laporan
yang tidak terbukti kebenarannya.
Menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan sejarawan dalam penelitian dan
analisis laporan sejarah:
Membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah sebab dan
musabab.
Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwaperistiwa yang sedang berlaku.
Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku.
Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.
5. Sebagai Budayawan
Merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Pengajian kesusasteraannya dengan
Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya
dalam bersyair. Banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran Ibnu
Khaldun dalam bidang syair jelas kelihatan dalam karyanya al-Muqaddimah apabila
beliau membahaskan tentang syair Arab.
6. Bapa Ekonomi Islam
Ibnu Khaldun dikenali juga sebagai Bapa Ekonomi Islam kerana pemikirannya tentang
teori ekonomi yang logik dan realistik. Teori yang dikemukakannya jauh lebih terdahulu
daripada teori-teori ekonomi yang dikemukakan oleh pakar ekonomi Barat spt Adam
10

Smith (1723-1790) dan David Ricardo (1772-1823). Ibnu Khaldun telah mengutarakan
beberapa prinsip dan falsafah ekonomi spt keadilan, hardworking, kerjasama,
kesederhanan dan fairness. Beliau menegaskan bahawa keadilan merupakan tulang
belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi. Ibnu Khaldun melihat manusia sebagai
memerlukan pengetahuan ekonomi utk memenuhi misinya di ats muka bumi. Manusia
perlu menjauhi perbuatan jahat sebaliknya perlu mengikut ajaran Islam dan mesti
memberikan keutamaan kpd kehidupan akhirat. Beliau juga mengemukakan teori bahawa
perekonomian sentiasa berada dlm keseimbangan antara penawaran dan permintaan.
Menurut beliau faktor pengeluaran spt tanah telah tersedia, faktor buruh masih dianggap
faktor terpenting dlm proses pengeluaran. Ibnu Khaldun juga berpendapat bahawa
kenaikan paras harga barangan yang tetap amat perlu utk mengawal tahap produktiviti.

L
A
M
P
11

I
R
A
N

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH


TAJUK KAJIAN

: SUMBANGAN TOKOH IBNU KHALDUN DALAM


BIDANG KEILMUAN ISLAM

BORANG SOAL SELIDIK

12

Soal selidik ini hanya sebagai kajian tambahan. Diharapkan saudara/saudari dapat memberi
kerjasama dalam menjawab soalan-soalan yang ditujukan dengan baik. Terima kasih kerana
meluangkan masa seketika untuk menjawab.

PROJEK AC301TAMADUN ISLAM

KISHENDRAN MOGAN
LOGARATANAM GANESAN
SARAVANAN SAMINATHAN
Bahagian A : Latar Belakang Responden
Sila isi pada ruang yang berkenaan dengan anda.
Jantina

Umur

Semester :
Bangsa

Agama

Jabatan

13

Bahagian B
Jawab (Y) bagi ya atau (T) bagi tidak.
1. Adakah anda mengenali Ibnu Khaldun?

_______

2. Adakah anda mengenali sumbangan beliau?

_______

3. Adakah anda mengetahui latar belakang beliau?

_______

4. Adakah sukar bagi anda untuk mengingati tokoh-tokoh islam?

_______

5. Adakah anda mempengaruhi tentang keilmuan sejarah?

_______

Bahagian C
Sila bulatkan pilihan jawapan anda pada nombor berkenaan.

1.Sangat setuju

2.Setuju

3.Kurang setuju

4.Tidak setuju
14

5.Sangat tidak setuju

1. Sumbangan tokoh mempengaruhi akhlak remaja.

2. Kandungan silibus membantu kefahaman terhadap Tamadun Islam. 1

3 4

3. Saya sangat mengenali tokoh-tokoh terkemuka.

3 4 5

4. Saya rasa pelajar perlu diberi pengetahuan tentang tokoh.

3 4 5

5. Sumbangan tokoh islam persamaan dengan tokoh barat.

3 4 5

PENUTUP
Ummah hari ini perlu menguasai maklumat. Ini adalah kerana maklumat adalah kuasa. Untuk itu
kepimpinan umat ini perlu diperbaiki. Pemikiran umat ini juga perlu diperbaiki. Ibnu Khaldun
menyarankan agar ummah perlu berfikir dengan lebih kritis dan kreatif.
Para pemimpin juga harus sedar bahawa Allah s.w.t. telah melantik mereka sebagai khalifah.
Khalifah yang akan memastikan umat ini tidak ditinggalkan dalam revolusi maklumat. Revolusi
yang Allah sw.t. sendiri telah cetuskan sejak turunnya ayat pertama alQuran.
Kertas ini telah menyediakan satu rangka kerja peningkatan kualiti kepimpinan umat. Rangka
kerja yang diutarakan di sini melihat bagaimana kepimpinan dapat ditingkatkan dalan era digital
15

ini, terutamanya dari segi kualiti kepemimpin. Kepimpinan yang mampu menangani era revolusi
maklumat. Kepimpinan yang boleh mendahului dalam penguasaan maklumat. Mereka yang akan
mampu mengurus maklumat dengan cemerlang. Segalanya didasari oleh individu masyarakat
yang punya cinta terhadap maklumat. Hasilnya negara akan menjadi negara yang berkuasa.
Kesimpulannya usaha yang mantap perlu dikerah ke arah melihat umat ini berdaya maju dalam
era revolusi maklumat. Untuk itu kepimpinan harus bersedia dan ingin maju. Golongan yang
dipimpin pula tidak terkecuali, harus bahu membahu bekerjasama ke arah wawasan
kecemerlangan ummah dalam merealisasikan wasasan Iqra yang merupakan perintah Allah
S.W.T.

RUJUKAN

Abdul Hamid, Ahmad Sarji (1996), Teks Ucapan Oleh : Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji
Bin Abdul Hamid, Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Pegawai
Tadbir Dan Diplomatik 1996, Kuala Lumpur, 11/05/96,
http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/KSNMain.nsf/0/47de02701c5c35c048
25674f0012c3ab?OpenDocument

AlAraki, Abdel Magid (1983), From Ibn Khaldun: Discourse of the Method
and Concepts of Economic Sociology.

16

Hassan, Hannan (2004), Kepentingan pemikiran kritikal dan kreatif dalam pendidikan,
www.rsi.com.sg/malay/ pemikirislam/ view/20040902165519/1/.html

Inayatullah, Sohail (2004), Alternative Futures For The Islamic Ummah,


http://www.metafuture.org/Articles/AltFuturesUmmah.htm

Katsiaficas, George. (1996), Ibn Khaldun: A Dialectical Philosopher for the New
Millennium, Pan African Conference on Philosophy, Addis Ababa,Ethiopia December
1996.

Kayadibi, Fahri (2004), Ibnu Khaldun and Education,


www.renaissance.com.pk/novrefl2y1.html

Khaldun, Ibnu (1958), Muqaddimah, Eng. Translation, Pantheon Books, New York, pp.
1956.

17

Anda mungkin juga menyukai