Anda di halaman 1dari 4

TEMA 4: SEJARAH TOKOH

MENGKAJI PERJUANGAN YANG DILAKUKAN OLEH TUNKU ABDUL RAHMAN


PUTRA AL-HAJ DALAM MEMERDEKAKAN MALAYSIA.

PENGENALAN
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj merupakan salah satu tokoh yang berusaha dalam
memerdekakan Malaysia. Antara tokoh pemimpin yang terlibat ialah Dato’ Onn Jaafar, Tun Tan
Cheng Lock, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T Sambhatan. Saya akan
menerangkan tentang perjungan tokoh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj selepas kemerdekaan.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini saya akan mengkaji latar belakang dan kehidupan Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj daripada tahun 1903 hingga 1990. Selain itu, dalam kajian ini saya juga
akan menjelaskan perjuangan dalam politik yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-
Haj daripada tahun 1957 hingga 1970. Akhir sekali, dalam kajian ini saya juga akan menyelidiki
jasa jasa yang ditaburkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam memperjuangkan
kemerdekaan daripada tahun 1957 hingga 1970.

PERMASALAHAN KAJIAN
Permasalahan kajian merupakan salah satu bahagian yang penting dalam melaksanakan
kajian saya ini. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan latar belakang tokoh Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj. Selain itu, kajiian ini juga akan menerangkan perjuangan Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj dalam aspek politik semasa perjuangan selepas kemerdekaan Malaysia.
Seterusnya, dalam kajian ini juga saya akan menerangkan jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam perjuangan kemerdekaan daripada tahun 1957 hingga
1970.
SKOP KAJIAN
Skop kajian ini meliputi dua aspek iaitu biografikal dan kronologi. Oleh sebab itu, dua
aspek ini telah membantu dan mempermudahkan saya untuk melaksanakan kajian saya ini serta
membantu saya untuk mengetahui batasan kajian ini. Jika dilihat daripada sejarah tokoh ini iaitu
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan tokoh yang lainnya, banyak yang telah mereka lakukan
dalam perjuangan memerdekakan Malaysia. Tidak lupa juga jasa-jasa yang telah mereka
taburkan dalam dalam pembentukan malaysia yang mana sebagai rakyat warganegara Malaysia
patut untuk mengetahuai jasa-jasa mereka dan mengenang perjuangan mereka. Tempoh kajian
saya iaitu 13 tahun untuk mengkaji perjuangan dan jasa-jasa yang telah mereka lakukan selama
tempoh masa tersebut.

SOROTAN KAJIAN
Berdasarkan apa yang saya dapati setelah melakukan pencarian di internet saya
mendapati beberapa individu yang telah memuatnaik informasi ke internet mengenai tokoh
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Seperti satu individu yang merupakan seorang ahli politik
iaitu ahli persatuan UMNO yang telah memuatnaik maklumat tentang jasa-jasa dan sumbangan
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan telah memuatnaik maklumat tersebut di blog
UMNOONLINE.
Maklumat tersebut boleh diakses melalui laman web rasmi ini
https://umno-online.my/presiden/tunku/

KAEDAH KAJIAN
Dalam kajian ini saya telah menggunakan dua kaedah kajian iaitu kajian perpustakaan
dan kajian dalam internet. Kaedah kajian perpustakaan merupakan kajian yang saya lakukan
dengan pergi ke perpustakaan untuk mencari buku-buku yang berkaitan dengan tokoh yang saya
pilih untuk mendapat sumber primer. Saya juga turut menggunakan kaedah kajian dalam internet
untuk mendapatkan lebih banyak lagi maklumat yang berkaitan Tunku Abdul Rahman Putra al-
Haj sebagai sumber sekunder dalam membantu bagi menyelasaikan kajian saya ini.
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI
Dalam kajian ini secara umumnya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pengenalan, isi
dan penutup, dalam pengenalan saya akan menerangkan sedikit sahaja tentang Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj.
Seterusnya, dalam bahagian isi saya akan membincangkan tentang latar belakang Tunku
Abdul Rahman Putra al-Haj yang mana saya akan menjelaskan tentang riwayat hidup beliau.
Selain itu, saya juga akan menjelaskan perjuangan beliau dalam politik semasa melakukan proses
kemerdekaan Malaysia. Di samping itu, dalam perenggan ini saya juga akan menjelaskan jasa-
jasa yang telah beliau taburi selama melakukan perjuangan tersebut.
Pada perenggan penutup, saya saya akan menghuraikan tentang pentingnya kita untuk
mengenang dan menghayati tentang perjuangan yang telah di lakukan oleh beliau semasa
melakukan perjuangan memerdekakan Malaysia.

PENUTUP
Masyarakat Malaysia pada zaman kini patut mengetahui apa yang telah di lakukan oleh
tokoh-tokoh pada masa lalu demi mendapatkan kemerdekaan Malaysia. Tunku Abdul Rahman
Putra al-Haj merupakan salah satu tokoh yang terlibat dalam usaha memerdekakan malaysia
pada tahun 1957. Oleh itu, masyarakat mestilah menghayati dan mengenang jasa-jasa para tokoh
perjuangan pada masa lalu bagi menghormati para tokoh atas apa yang telah mereka lakukan
sehingga masyarakat pada ganerasi masa kini boleh menikmati kedamaian yang telah wujud
hasil daripada jerih payah tokoh-tokoh terdahulu.
BIBLIOGRAFI

Sumber Primer
Perpustakaan
Buku : Siri Tokoh-tokoh Sejarah "TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA"
Penulis : E-man Ahmad
Penerbit : Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd

Sumber Sekunder

Blog rasmi UMNOONLINE

Sumber Internet
https://umno-online.my/presiden/tunku/

Anda mungkin juga menyukai