Anda di halaman 1dari 6

AKADEMI SENI, BUDAYA DAN WARISAN MALAYSIA

KOD DAN NAMA KURSUS :

AWA 2122 Bahasa Melayu

PENSYARAH :
EN. AMIRUDDIN MD.ALI HANAFIAH

TAJUK Esei Bahasa Melayu

NAMA PELAJAR Aqila Izzaty Binti Mohamad Asri

NO MATRIK 23243033

PROGRAM PENGAJIAN Penulisan Kreatif


Akademi Seni Budaya Dan Warisan Seni Kebangsaan (ASWARA) merupakan
satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang mendapat
sokongan penuh oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perpaduan,
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Sebelum nama ASWARA dirasmikan
pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006
(Akta 653), nama sebelumnya adalah Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang
ditubuhkan pada tahun 1994.

Melalui peringkat sijil, asasi, diploma, ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran dalam
bidang-bidang penyelidikan, memupuk kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran
warisan seni yang pelbagai mampu melahirkan graduan yang mampu menjadi
cendikiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan itu
sendiri.

Perkara ini jelas dilihat melalui visi ASWARA sendiri iaitu sebagai Peneraju
Institusi Pengajian Tinggi dalam kesenian, kebudayaan dan warisan Malaysia. Bagi
mencapai visi ini, objektif ASWARA adalah menawarkan ruang pembelajaran dan
khidmat nasihat profesional dalam bidang seni budaya dan warisan. Pengkhususan ini
agar dapat melahirkan seniman dan karyawan yang berwibawa untuk menyambung
warisan seni dan seterusnya memenuhi keperluan industri negara. Secara tidak
langsung, ASWARA menjadi bahan yang mengiktirafkan pengamal profesional seni
budaya dan warisan seni.

Sejajar dengan fungsi kewujudan ASWARA, program yang ditawarkan


membantu untuk mengukuhkan identiti seni budaya dan warisan seni. Ini termasuk
menekankan Bahasa Melayu sebagai medium penyampaian utama. Sebagai contoh
yang paling besar dan ketara adalah subjek wajib iaitu Bahasa Melayu Gunaan yang
menjadi kompenan wajib bagi setiap pelajar ASWARA. Pengalaman pensyarah subjek
ini yang lebih dikenali sebagai Cikgu Amiruddin mampu membuka mata para pelajar
untuk memahami asal usul Bahasa Melayu. Lebih mengesankan, tujuan pelajaran ini
bukan semata teori dan menjawab peperiksaan, namun penekanan dalam soal
penggunaan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Asal usul Bahasa Melayu
ketika kedatangan golongan pertama ke Asia Tenggara yang dikenali sebagai Melayu
Proto 2500 tahun sebelum masihi. Perkembangan ini dijelaskan secara panjang lebar
hinggalah penggunaan Bahasa Melayu yang diamalkan zaman ini iaitu berasal dari
Melayu Riau, Johor.

Selain itu, penekanan di dalam kuliah turut ditumpukan untuk menggunakan


Bahasa Melayu. Sama ada pengajaran oleh pensyarah sendiri atau bahan yang dirujuk
dalam Bahasa Melayu. Tidak kurang juga penekanan penuh dalam kuliah ketika sesi
pembentangan atau latihan berkumpulan. Peranan ini menjadi penting agar Bahasa
Melayu dapat dimartabatkan sebagai bahasa gunaan harian. Perkara ini jelas dapat
dilihat apabila tugasan berkumpulan pelajar perlu laksanakan adalah pembentangan
dalam Bahasa Melayu. Peluang ini memberi ruang seluasnya kepada pelajar untuk
persembahkan apa jua bentuk seni yang mengangkat Bahasa Melayu. Sebagai contoh,
terdapat pelajar yang persembahkan seni lirik lagu Bahasa Melayu yang memupuk
semangat perpadan di kalangan rakyat Malaysia. Semua ahli kumpulan sama ada
orang Sarawak, Cina, India dan Melayu memanfaatkan Bahasa Melayu sebagai wadah
penyampaian.

Pelajar fakulti yang terdiri daripada seni tarian, teater, muzik, dan bentuk seni lain
juga diwajibkan menggunakan Bahasa Melayu dalam kursus dan persembahan. Melalui
penekanan Bahasa Melayu dan seni kebudayaan ini, ASWARA tidak hanya mengajar
pelajar Bahasa Melayu tetapi menampilkan kepentingan sebagai medium ekspresi seni.
Galakkan begini sebagai penghargaan berterus terhadap Bahasa Melayu terutama
kepada generasi muda.

Perkara ini dapat kita lihat dengan lebih terperinci melalui sesi Penilaian Tahun
Akhir (PeTA). Sebagai contoh penilaian bagi pelajar Ijazah Teater tahun tiga dalam
pengkhususan lakonan dan pengarahan. Antara pementasan teater yang telah
dipentaskan adalah Jebat Menderhaka pada 22 dan 23 Januari 2023. Lebih menarik,
pementasan ini tidak terhad kepada tontonan pelajar sahaja, namun terbuka kepada
orang awam iaitu Blackbox atau Panggung Eksperimen, ASWARA.

ASWARA dan seni kebudayaan Malaysia amat berkait rapat dengan identiti
kebangsaaan. Pelbagai bentuk seni tradisional di Malaysia seperti wayang kulit
sehinggalah drama tarian tradisional, bergantung kuat pada Bahasa Melayu sebagai
bahasa lontaran pementasan. Apa yang ASWARA usahakan ini dapat dilihat sebagai
langkah berkesan untuk pelihara dan seterusnya mendaulatkan tradisi budaya yang
mengangkat Bahasa Melayu sebagai simbol identiti kebangsaaan dan warisan budaya.
Berikutan perkara ini dapat dilihat secara jelas melalui kuliah Kesenian Tradisional yang
menjadi subjek wajib bagi setiap pelajar ASWARA.

Sebagaimana kita dapat lihat, ASWARA turut konsisten mengadakan


persembahan seni tradisional seperti tarian Melayu tradisional, wayang kulit,
pementasan drama dan teater. Pementasan ini menonjolkan Bahasa Melayu dalam
bentuk lirik lagu, dialog dan narasi. Melalui persembahan ini, secara tidak lansung telah
mempamerkan keindahan linguistik dan kepentingan budaya Bahasa Melayu.

Para karyawan dan seniman diberi peluang dan ruang untuk terus berkongsi
karya dan persembahan terus kepada masyarakat. Contoh ini dapat kita lihat apabila
pementasan berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang seperti ASWARA
sendiri, dan Dewan Bahasa Pustaka bagi acara teater oleh pelajar ASWARA. Melalui
cara ini, orang ramai dapat lihat secara langsung Bahasa Melayu yang diangkat melalui
seni kebudayaan.

Kejayaan para alumni juga boleh digunakan sebagai bukti ASWARA mampu
menjadi institusi yang mendaulatkan Bahasa Melayu. Antaranya adalah Zul Huzaimy
Marzuki yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Akademi Seni Budaya dan
Warisan Kebangsaan (ASWARA) sejak 1 Mei 2020. Beliau dilantik sendiri oleh Rektor
ASWARA pada ketika itu iaitu Prof Madya Dr Sahar Sa'di Hashim. Perlantikan ini dilihat
dengan jelas ketika Zul Huzaimy memegang jawatan Presiden Persatuan Alumni
ASWARA atau Beringin sejak 2018. Memetik kata-kata saudara Zul kepada wartawan
di dalam portal Berita Harian, Serimah,

"Saya fikir sudah tiba masanya ASWARA melakukan sesuatu yang memberi
manfaat kepada seluruh warganya. Sebelum ini, mungkin perbincangan Ahli
Lembaga Pengarah kurang sampai kepada pelajar dan alumni. Saya akan
pastikan tanggungjawab yang diberi selama setahun ini dimanfaatkan sebaik
mungkin," katanya.

Zul berkata, dia akan cuba menjalin hubungan dengan universiti luar negara seperti
Institut Kesenian Jakarta, Indonesia dan Royal Bangkok Art University, Thailand agar
ASWARA dikenali di peringkat global.

"Selain itu, saya berharap ASWARA mampu mendapat kedudukan dan gelaran
yang lebih gah seperti Royal ASWARA," katanya.

Khabar ini tidak dinyata secara khusus menyebut tentang mendaulatkan Bahasa
Melayu, namun graduan ASWARA mampu mengangkat ASWARA sendiri ke peringkat
global. Secara tidak lansung, Bahasa Melayu yang menjadi keutamaan akademi ini
mampu diterapkan kepada masyarakat yang lebih luas.

Secara keseluruhannya, walaupun misi utama ASWARA berlingkar sekitar seni


dan budaya, secara tidak langsung aktiviti yang dijalankan dilihat mengangkat prestij
Bahasa Melayu melalui seni persembahan. Sekaligus meningkatkan kepentingan
budaya dan kebangsaan Bahasa Melayu. Peranan ini akan berhasil apabila setiap
pihak sama ada pelajar, pensyarah atau individu yang terlibat secara lansung atau tidak
sama-sama mendaulatkan Bahasa Melayu
Bibliografi

1. Akademi Seni Kebudayaan Dan Warisan Seni. ASWARA Malaysia.


https://www.ASWARA.edu.my/webportal/ms/

2. Akademi Seni Kebudayaan Dan Warisan Seni. ASWARA Malaysia.


https://www.ASWARA.edu.my/webportal/ms/keratan-akhbar-bulan-januari-2019/

3. Serimah Mohd Sallehuddin 2020. Dahulu pelajar, sekarang Ahli Lembaga


Pengarah ASWARA. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/05/688759/dahulu-pelajar-sek
arang-ahli-lembaga-pengarah-ASWARA

Anda mungkin juga menyukai