Anda di halaman 1dari 1

Pilihan Bahasa: MS EN AR

Cari... 

Laman Utama / Perkhidmatan

/ Artikel Soal Jawab

/ BAYAN LINNAS SIRI KE-220: PUBG:

PANDANGAN DARI SUDUT SYARAK

BAYAN LINNAS
SIRI KE-220:
PUBG:
PANDANGAN
DARI SUDUT
SYARAK
 15 JANUARI 2020
 M U H A M M A D FAT H I
NOORDIN
J U M L A H PA PA R A N : 7 5 4 1 5

Soalan

Apakah hukum bermain permainan


Player Unknown’s Battlegrounds atau
lebih dikenali sebagai PUBG

Jawapan

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah


S.W.T dengan kurniaan nikmat Iman dan
Islam. Selawat dan Salam ke atas
junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta
keluarga, sahabat-sahabat Baginda,
serta seluruh kaum Muslimin dan
Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T
sekalian.

Pengenalan

PUBG atau lebih dikenali sebagai Player


Unknown’s Battlegrounds merupakan
permainan peperangan secara online
yang dibangunkan oleh syarikat
Bluehole yang berpusat di Korea
Selatan. Sekarang dioperasikan oleh
PUBG Corporation yang merupakan
anak syarikat Bluehole.

PUBG kali pertama dilancarkan


menggunakan Microsoft Window melalui
perisisan Steam’s [1]. PUBG dilancarkan
pada peringkat percubaan pada bulan
Mac 2017 dan dilancarkan secara penuh
pada Disember 2017. Permainan ini
telah mencatat rekod baru. Terdapat
sekitar 877,844 pemain dalam satu
masa yang sama pada 26 Ogos 2017 di
platform Steam [2]. Angka ini
mengalahkan rekod jumlah pemain Dota
2 dalam waktu bersamaan yang hanya
mencapai 842,919. PUBG versi Xbox,
mobile dan Playstation4 telah
dilancarkan pada tahun 2018.

Permainan ini berasaskan mod-mod


terdahulu yang dibuat oleh Brendan
"PlayerUnknown" Greene untuk
permainan-permainan lain dalam bentuk
peperangan dan diilhamkan daripada
sebuah filem Jepun Battle Royal pada
tahun 2000. Di Playstore, permainan ini
telah dimainkan sebanyak lebih dari 50
juta pengguna Android seluruh dunia.

Konsep Permainan PUBG

Di dalam permainan ini, pemain


boleh untuk bermain secara solo,
atau secara team dua orang, atau
team empat orang. Pemain boleh
menjemput rakan-rakan untuk
bergabung sebagai satu team ke
dalam permainan.
Permainan ini bermula dengan
maksimum 100 orang pemain akan
turun dengan payung terjun dari
kapal terbang ke sebuah pulau
terbiar.
Bersama 99 pemain lain, pemain
akan mendarat di kawasan berbeza
untuk mengumpul kelengkapan
baru dan mencari senjata api dan
kelengkapan bagi bertempur
dengan pemain-pemain lain sambil
mempertahankan diri dan mengelak
daripada dibunuh.
Ada juga ciri yang dibawa masuk
seperti menaiki kenderaan dan
membaling bom ke arah musuh.
Kawasan selamat di peta
permainan ini akan kian mengecil,
sehinggalah para pemain terpaksa
bertentangan antara satu sama lain
kerana kawasan selamat sudah
terlalu kecil.
Pemain atau pasukan yang terakhir
yang kekal hidup dan tidak terbunuh
adalah pemenang pusingan.[3]

Pandangan-pandangan berkenaan
PUBG

Markaz al-Azhar al-Alami dalam


fatwa elektronik menyatakan:
“Setelah perbincangan serta
meneliti permainan ini, maka
diharamkan untuk bermainnya. Ini
bertujuan untuk menjaga
kemaslahatan individu dan
masyarakat serta menyeru agar
tidak bermain dengan permainan ni.
Selain itu Markaz al-Azhar juga
menyeru di antaranya kepada ibu
bapa memantau anak-anak supaya
tidak lalai dengan peralatan
elektronik. Selain itu para pemuda
disarankan untuk menjaga
waktunya dalam perkara yang
berfaedah. Selain itu Dr. Ahmad
Karimah mengharamkannya kerana
mengikut firman Allah SWT dalam
surah al-Baqarah ayat 195 yang
bermaksud: “dan janganlah kamu
sengaja mencampakkan diri kamu
ke dalam bahaya kebinasaan
(dengan bersikap bakhil);” beliau
berkata kaedah fiqh menyatakan
“Apa yang menjadi perantaraan
kepada sesuatu yang haram, maka
haramlah hukumnya”[4]

Majlis tertinggi fatwa Palestin


menyatakan bahawa hukum
bermain PUBG adalah perkara yang
dilarang. Pada hukum asal
sesebuah permainan itu adalah
diharuskan melainkan sekiranya
ada dalil peringatan atau larangan
daripada hukum Syariah. Majlis Ifta
Palestin menyatakan: “Permainan
ini seharusnya dikawal ini kerana
disebalik kemudharatan itu terdapat
sedikit kebaikan dan hiburan serta
dapat mempelajari beberapa
kemahiran. Selain itu terdapat
keburukan seperti penggunaan
bahasa yang kasar dan provokasi
bertujuan untuk membangkitkan
semangat untuk berperang”.[5]

Syeikh Abdul Wahab al-Samiraiy,


Imam masjid Abi Hanifah al-Nu’man
berkata: “Terdapat keburukan yang
besar dengan sebab permainan ini.
Ini kerana terdapat sepuluh kejadian
pembunuhan dan perceraian dalam
rekod daripada pejabat kehakiman
Iraq berpunca daripada permainan
ini”. Dalam hal ini Lajnah Fatwa al-
Sulaimaniyah menyatakan
pengharamnya kerana
mendatangkang kemudharatan[6].
Sinar Harian menyatakan “Di
bandar Kurdis pula, iaitu salah
sebuah bandar utama di Iraq telah
mengeluarkan fatwa
mengharamkan PUBG atas alasan
melalaikan pemain, mengabaikan
nilai dan gaya kehidupan normal
mereka. Terdapat juga kes
penceraian akibat daripada
permainan ini”.[7]

Memetik keratan akhbar Sinar


Harian “PUBG telah diharamkan di
beberapa daerah di India. Pihak
berkuasa Gujarat, India
mengharamkan permainan popular
PUBG di bandar Rajkot dan Sarat
sehingga 30 April 2019. Menurut
arahan, mana-mana individu yang
didapati bermain PUBG dan MOMO
Challenge akan didakwa di bawah
Seksyen 144 Akta Prosedur 1973
dan Seksyen 37(3) Akta Polis
Gujarat. Polis mengharamkan
permainan ini kerana peningkatan
kes keganasan dalam kalangan
kanak-kanak dan belia”[8]

Pihak berkuasa China juga telah


mengharamkan permainan ini atas
alasan ia bertentangan dengan
nilai-nilai sosial dan etika serta
budaya masyarakat China.[9]

Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd


Yusof Ahmad memberi cadangan
supaya kerajaan mengharamkan
permainan PUBG ini kerana
mendidik anak muda ke arah
keganasan [10]

Risiko

Ketagihan yang berlebihan ini lebih


dikenali sebagai Gaming Disorder
berdasarkan laman web WHO, Gaming
Disorder ditakrifkan dalam Draf 11
Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD-
11). Mereka yang berhadapan dengan
masalah berkenaan akan mempunyai
ketagihan yang teruk dalam permainan
video sehingga memberi kesan negatif
terhadap diri sendiri, keluarga,
pekerjaan, pendidikan dan sosial.
Masalah itu disenarai dalam ICD-11
berdasarkan tinjauan bukti yang ada dan
mencerminkan konsensus pakar
daripada pelbagai disiplin serta wilayah
geografi yang terlibat dalam proses
perundingan teknikal yang dijalankan
oleh WHO.[11]

Selain itu, terdapat pelbagai kes yang


menyebabkan kematian di antaranya
pada tahun 2014, seorang wanita
berusia 27 tahun telah dilaporkan mati
secara mengejut selepas bermain
permainan video tanpa henti selama 10
jam. Manakala pada tahun 2015, remaja
lelaki berusia 17 tahun telah dihantar ke
wad kecemasan dan meninggal di
hospital selepas terjatuh koma ketika
bermain permainan video. Dia
dilaporkan telah bermain permainan
berkenaan hampir 22 hari tanpa henti
dan hanya berhenti bermain untuk
makan dan tidur.[12]

Peluang masa hadapan

Permainan PUBG ini boleh


dikategorikan sebagai E-Sport dan dapat
menarik minat anak muda. Ini seperti
yang disiarkan di dalam akhbar Sinar
Harian versi online menyatakan bahawa
Malaysia memenangi dalam permainan
DOTA dengan membawa pulang hadiah
sebanyak USD500,000.[13] Kerajaan
juga menjanjikan peluang pekerjaan
baru bagi generasi akan datang ini
seperti yang dipetik Hmetro. [14]

Hiburan Dalam Islam

Hiburan dalam Bahasa Arab al-Lahwu


bermaksud semua perkara yang
melekakan manusia daripada pelbagai
gangguan, pemikiran dan masalah yang
mengganggu tidurnya. Ia juga tidak
mempunyai hakikat yang sabit seperti
bermain, berjenaka, bersembang
malam, menyanyi dan sebagainya[15]

Pada asalnya hiburan diharuskan di


dalam islam melainkan di datangkan
kepadanya perkara yang haram ini
seperti hadis yang diriwayatkan oleh
Hanzalah RA, Sabda Nabi SAW:

‫ت تَ ُكو ُن ُق ُلو ُب ُك ْم‬ ْ َ‫سا َع ًة َو َل ْو َكان‬ َ ‫سا َع ًة َو‬ َ ‫َيا َحنْظَ َل ُة‬
‫صافَ َحت ْ ُك ُم ْا@َ? َِئ َك ُة َحت;ى‬ َ ‫ ْك ِر َل‬F‫َك َما تَ ُكو ُن ِعن ْ َد الذ‬
‫ط ُر ِق‬K ‫ل َم َع َل ْي ُك ْم ِفي ال‬F ‫س‬ َ ‫ُت‬

Maksudnya: Wahai Hanzalah! Ada


masa untuk urusan keduniaan, ada
masa untuk beribadah. Dan jika hati
kamu sentiasa sama seperti kamu
sedang mengingati Allah SWT, para
malaikat akan bersalam denganmu dan
memberi salam kepadamu di
pertengahan jalan.

Sahih Muslim (2750)

Imam Nawawi sewaktu mentafsirkan


hadith ini yang turut diriwayatkan
dengan lafaz berbeza dalam Sahih
Muslim, beliau menjelaskan bahawa kita
tidak dituntut untuk beribadah sepanjang
masa. Kerana itu apabila Hanzalah
merasa risau dirinya telah munafiq
kerana ‘lalai’ daripada mengingati Allah
SWT, Rasulullah SAW menjelaskan
bahawa ada masa diperuntukkan untuk
ibadah, ada masa juga perlu
diperuntukkan untuk kehidupan dunia
dan berhibur bersama keluarga.[16]

Di dalam Kitab al-Fiqh al-Manhaji,


pengarang telah menggariskan
beberapa penetapan hukum di dalam
hiburan di antaranya:

Makruh, sekiranya hiburan itu tidak


memberi sebarang kesan baik
ataupun buruk kepada manusia ini
kerana melakukan perbuatan yang
tidak berfaedah.
Haram, sekiranya membawa
keburukan kepada inidividu dan
masyarakat. Ini seperti perbuatan
yang bercampur dengan perkara
yang diharamkan syara’
Dibenarkan dan digalakkan,
sekiranya hiburan itu memberi
kesan yang baik kepada individu
dan masyarakat. Seperti
pertandingan memanah dan
permainan yang berfaedah untuk
peperangan.

Begitu juga dalam hiburan dan


permainan yang memerlukan kepada
kemahiran berfikir adalah dibenarkan.
Dan hal berkenaan dengan halal atau
makruh bergantung kepada sejauh
mana kesan terhadap pemain itu. Ini
seperti yang dijelaskan di dalam Kitab
al-Fiqh al-Manhaji menyatakan:
“Permainan catur, ia merupakan suatu
permainan yang banyak bergantung
kepada penggunaan akal dan fikiran.
Tidak syak lagi ia memberikan kesan
yang baik kepada daya fikiran pemain.
Sekiranya permainan ini menyebabkan
pemain leka dan mengambil masa yang
lama, hukumnya menjadi makruh.
Sekiranya permainan ini terlalu
melekakan hingga menyebabkan
pemain mengabaikan beberapa
tanggungjawabnya, hukumnya menjadi
haram” .[17]

Dalam menerangkan tentang permainan


catur, ulama bersepakat sekiranya
terdapat unsur-unsur perjudian,
meninggalkan tanggungjawab yan wajib
seperti melewatkan waktu solat dan
terdapat unsur-unsur penipuan. Namun
sekiranya tidak terdapat perkara yang
diharamkan, ulama berselisih pendapat.
Haram bermain catur mengikut
pandangan Malikiyah dan Hanabilah dan
makruh mengikut pandangan mazhab
Syafieyah dan Hanafiyah.[18]

Kesimpulan

Berdasarkan kepada dalil yang


didatangkan, pada asalnya hukum
berhibur adalah di haruskan. Ini
berpandukan dalam kaedah fiqhiyah:

‫باحة حتى يدل الدليل‬R‫شياء ا‬U‫صل في ا‬U‫ا‬


‫على التحريم‬

Maksudnya: Hukum asal sesuatu


perkara adalah diharuskan, sehingga di
datangkan dalil pengharamannya.[19]

Penilitian terhadap dalil-dalil yang di


atas, terdapat persamaan pemainan
PUBG dengan permainan catur yang
memerlukan kemahiran berfikir serta
strategi. Dan kami lebih cenderung
dengan memakruhkannya seperti
pandangan di dalam mazhab Syafi’eyah,
Ini berdasarkan kepada hadis yang
diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir
RA, daripada Nabi SAW:

َ ‫الر ُج ِل فَ َر‬
‫س ُه‬ ; ‫يب‬ ُ ‫ تَأ ْ ِد‬: ‫ث‬ ٌ َ?َ‫س ِم َن ال ;ل ْه ِو إِ_; ث‬ َ ‫َل ْي‬
‫س ِه َونَبْلِ ِه‬
ِ ‫َو ُم?َ َعبَت ُ ُه أ َ ْه َل ُه َور ْم ُي ُه ِب َق ْو‬
َ
Maksudnya: Tidak termasuk perkara
yang sia-sia melainkan tiga perkara:
Seseorang yang melatih kudanya,
bermesra dengan isterinya dan
memanah dengan menggunakan busur
dan anak panahnya.

Hadis riwayat Abi Daud (2513)

Namum haram hukumnya seseorang itu


bermain permainan PUBG sekiranya
membawa kepada perkara berikut:

Hilang fokus terhadap realiti dan


masyarakat sekeliling
Gangguan emosi akibat kekalahan
Faktor ketagihan yang melampau
Mengabaikan tanggungjawab
terhadap perkara yang diwajibkan
Mendatangkan kemudharatan
terhadap tubuh badan dan
kesihatan
Menghilangkan akhlak sebagai
seorang muslim
Sekiranya ia terbukti oleh pihak
berkuasa bahawa ia menjadi punca
kepada tindakan ganas serta
perlakuan jenayah.

Ini berdasarkan kepada kaedah fiqhiyah:

‫ما أدى إلى الحرام فهو حرام‬

Maksudnya: Sesuatu perkara yang


membawa kepada yang haram, maka
perkara tersebut haram hukumnya.

Oleh itu, kami cenderung


memakruhkan permainan PUBG ini
kerana terdapat unsur-unsur yang
membuang masa, namun PUBG ini
menjadi haram sekiranya pemain itu
melanggar batas-batas yang
ditetapkan syarak serta meninggalkan
tanggungjawab sebagai seorang
muslim. Kami sarankan pemilihan
permainan yang boleh memberi manfaat
serta menambahkan ilmu pengetahuan
dan tidak melalaikan. Ingatlah kita
dicipta bertujuan sebagai hamba allah
SWT dan pemegang amanah sebagai
khalifah di muka bumi bukanlah untuk
menlakukan perkara yang sia-sia. Ini
seperti fiman Allah SWT:

_َ ‫خ َل ْقنَا ُك ْم َعبَثًا َوأَن; ُك ْم إِ َل ْينَا‬ ِ ‫أَفَ َح‬


َ ‫سبْت ُ ْم أَن; َما‬
‫ُت ْر َج ُعو َن‬

Maksudnya: "Maka adakah patut kamu


menyangka bahawa Kami hanya
menciptakan kamu (dari tiada kepada
ada) sahaja dengan tiada sebarang
hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu
(menyangka pula) tidak akan
dikembalikan kepada Kami?"

Surah al-Mukminun, 115

Wallahualam

Bibliografi

Al-Quran al-Karim

Al-Fiqh al-Manhaji ala Mazhab al-Imam


al-Syafie, Mustafa al-Khin, Mustafa al-
Bugha, Ali Syarbaji, Cetakan dar al-
Qalam 1992

Syarah al-Nawawi ala Muslim, Abu


Zakaria Mahyu al-Din Yahya bin Syaraf
al-Nawawi, Dar Ihya’ al-Turas al-Arabi

Al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah,


Wizarah al-Auqaf dan Syuun al-
Islamiyah Kuwait, Dar al-Sofwah, Dar al-
salasil, Wizarah, 1427h

Al-Qawaid al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi


al-Mazahib al- Arba’ah, Muhammad
Mustafa al-Zuhaili, Dar al-Fikr, 2006

https://www.gamespot.com, daripada
Chris Pereira, 27 Ogos 2017

http://www.gamasutra.com, daripada
Alissa McAloon, 31 Julai 2017

https://pubg.gamepedia.com

https://www.youm7.com, 28 November
2018

https://www.alwatanvoice.com, 6 Mac
2019

https://blogs.aljazeera.net, daripada
Toha Yasin Muhammad al-Zaibari, 26
November 2018

http://www.kurdistan24.net, daripada
Kurdistan24 2 ,‫ اربیل‬Desember 2018

Akhbar Sinar Harian,Nor Azaruddin,


Husni Nuruddin, 27 Mac 2019

http://www.kosmo.com.my, Farid Ahmad


Tarmiji, 28 Jun 2018

http://www.astroawani.com , Amirul
Awaludin, 27 Disember 2017

https://www.sinarharian.com.my, Naimah
Muhammad, 8 Mar 2019

https://www.hmetro.com.my, Afiq Hanif,


2 Ogos 2018

http://rootofscience.com, 19 Jun 2018

[1] Steam ialah pelantar pengedaran


digital, pengurusan hak digital,
permainan video berganda, dan
perkhidmatan rangkaian sosial
berasaskan Internet dibangunkan oleh
Valve Corporation. Steam menyediakan
penggunanya dengan pemasangan dan
pengemaskinian automatik permainan
video pada beberapa komputer, dan ciri
komuniti seperti senarai rakan dan
kumpulan, simpanan awan (cloud
storage), dan fungsi suara dan sembang
dalam permainan. Perisian ini
menyediakan Antara Muka
Pengaturcaraan Aplikasi (API) percuma
yang digelar Steamworks, yang mana
pembangun boleh menggunakannya
untuk menyatukan banyak fungsi Steam,
termasuk perangkaian dan pemadanan,
pencapaian dalam permainan, transaksi
mikro, dan sokongan untuk kandungan
ciptaan pengguna melalui Steam
Workshop, ke dalam produk mereka.

[2] Lihat
https://www.gamespot.com/articles/pubg-
becomes-the-biggest-game-on-steam-
briefly-sur/1100-6452900/ Lihat juga
http://www.gamasutra.com/view/news/3028

[3] Lihat juga:


https://pubg.gamepedia.com/About

[4] Lihat
https://www.youm7.com/story/2018/11/28/11
%D9%86%D8%B5%D9%8A%D8%AD%D8
%D9%85%D9%86-
%D9%85%D8%B1%D9%83%D8%B2-
%D8%A7%D9%84%D8%A3%D8%B2%D9
%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%A7%D9
%D9%84%D8%AD%D9%85%D8%A7%D9
%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%AC%D8
%D9%85%D9%86-
%D8%AE%D8%B7%D8%B1/4048124

[5] Lihat:
https://www.alwatanvoice.com/arabic/news/

[6] Lihat:
https://blogs.aljazeera.net/blogs/2018/11/26
%D8%A7%D9%84%D8%B0%D9%87%D8
%D9%86%D8%AD%D9%88-
%D8%AA%D8%AD%D8%B1%D9%8A%D9
%D9%84%D8%B9%D8%A8%D8%A9-
pubg

Lihat juga:
http://www.kurdistan24.net/ar/news/0114deb
4471-47f1-bb95-370161a861b1

[7] Lihat Sinar Harian Rabu 27 Mac


2019, hlm 39

[8] Sinar Harian Rabu 27 Mac 2019, hlm


39

[9] Sinar Harian Rabu 27 Mac 2019, hlm


39

[10] Harian metro Ahad 17 Mac 2019

[11]ICD adalah asas untuk mengenal


pasti trend kesihatan dan statistik di
peringkat global dan piawaian
antarabangsa bagi melaporkan penyakit
dan keadaan kesihatan. WHO

Anda mungkin juga menyukai