Anda di halaman 1dari 2

Kamu menyertai perkhemahan unit beruniform yang terletak jauh di dalam

hutan. Kamu telah mengalami beberapa peristiwa yang aneh semasa


perkhemahan itu. Ceritakan pengalaman yang telah kamu lalui.

PERMULAAN

Pada hujung minggu yang lalu, saya telah menyertai perkhemahan Unit Beruniform
yang terletak jauh di dalam hutan. Seramai sepuluh orang peserta dan kami diiringi
oleh dua orang guru pengiring. Setibanya di hutan, kami terus menyusun barang-
barang yang dibawa dari sekolah. Ada juga yang mengambil air untuk dijerang dan
mendirikan khemah untuk kami bermalam. Selepas itu, kami mandi dan berehat
sebentar kerana terlalu penat.

PERKEMBANGAN

Ketika kami asyik berbual, Adib seorang daripada rakan kami telah mengalami
sakit perut. Dia memberitahu kepada Encik Kasim, guru pengiring kami untuk
meminta ubat. Encik Kasim memberitahu Adib bahawa ubat sakit perut terlupa untuk
dibeli. Adib mengerang kesakitan dan memujuk saya untuk menemaninya ke dalam
semak-samun berdekatan untuk membuang air besar. Akhirnya, saya berasa kasihan
melihat Adib dan pergi bersamanya ke dalam hutan.

KONFLIK

Setelah beberapa minit berlalu, saya tidak mendengar suara Adib. Saya
memanggil namanya berulang kali. “Adib, Adib”, kamu dimana?. Pertanyaan saya
tidak dijawab olehnya. Saya berasa susah hati dan terus mencari Adib mengikut jejak
kakinya. Terdapat juga jejak kaki seekor harimau bersama kesan tapak kaki Adib.
Hati saya semakin berdebar. Tiba di suatu tempat, saya terdengar suara Adib meminta
tolong. “Tolong, tolong, harimau mengejar saya? Saya pun berlari ke arah suara Adib.
Adib jatuh ke dalam gaung manakala seekor harimau sedang memerhatikan Adib dari
atas gaung. Saya menghampiri harimau itu tetapi takut dan saya berpatah balik ke
khemah untuk meminta bantuan daripada rakan-rakan dan guru-guru.

PUNCAK CERITA

Tiba-tiba, selang beberapa minit kemudian, saya terdengar suara harimau


mengaum. Hati saya berdebar-debar dan berdoa agar Adib selamat. Saya cepat-cepat
memanggil rakan-rakan dan guru-guru. Kami bergegas pergi ke tempat Adib dan
membawa sebatang kayu yang panjang untuk memukul harimau itu. Tiba di kawasan
itu, harimau sedang menerpa ke arah Adib di dalam gaung. Encik Kasim melompat
dan menghayunkan kayu yang panjang tadi ke arah kepala harimau itu. Harimau itu
jatuh berlumuran darah dan lari dari tempat tersebut.
PENYELESAIAN

Kami turun ke dalam gaung menggunakan tali untuk mengambil Adib. Adib
kelihatan trauma dan masih ketakutan. Encik Kasim menenangkan hati Adib. Selepas
itu, kami membawa Adib pergi ke khemah dan memberi Adib sedikit ari minuman.
Kami berasa lega dan gembira melihat Adib selamat. Encik Kasim membawa kami
balik dan membatalkan aktiviti perkhemahan itu.

NILAI & PENGAJARAN

Melalui cerita di atas, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati ketika berada di dalam
hutan. Sebagai kesimpulannya, kita janganlah tidak mendengar arahan guru dan
membuat keputusan sesuka hati. Oleh sebab itu, kita haruslah sentiasa berhubung
dengan guru-guru ketika ditimpa masalah. Dengan cara itu, keselamatan kita di
hutan akan terjamin.

Anda mungkin juga menyukai