Anda di halaman 1dari 2

Pada zaman digital ini, penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara

global bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Telefon bimbit bukan lagi sebagai
alat perhubungan malah mempunyai pelbagai fungsi yang semakin hari semakin
canggih. Antaranya, kita boleh melayari internet, mendengar muzik,kamera dan
sebagainya. Hal ini banyak membawa kebaikan kepada masyarakat zaman
sekarang.

Antara kebaikannya, penggunaan telefon bimbit memudahkan komunikasi


antara manusia. Kita boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masa dan di
mana-manapun kita berada. Hal ini demikian kerana telefon bimbit mempunyai
kemudahan seperti sms’, ’mms’, ‘watsapp’, telegram, dan sebagainya. Tambahan
pula kos penggunaannya juga kurang berbanding dengan telefon biasa. Natijahnya,
sistem komunikasi manusia sangat mudah dan berkesan.

Selain itu, telefon bimbit digunakan untuk pelbagai maklumat pendidikan


dapat diakses dengan mudah dan cepat di mana sahaja dan pada bila-bila masa.Hal
ini kerana, teknologi telefon bimbit sekarang semakin canggih dapat memudahkan
para pelajar untuk mencari maklumat baharu. Contohnya, seperti Google Classroom
Tik Tok,Youtube, dan sebagainya. Dengan menggunakan aplikasi tersebut pelajar
dapat mencari maklumat dengan mudah. (Qashfie, Ronald, Faizul, Amirul,
Asyary, Nasrul, Ashraf)
Di samping itu, telefon bimbit juga digunakan untuk mendapatkan maklumat
terkini mengenai berita, pendidikan, ekonomi, sosial, agama,dalam dan luar negara
serta lain-lain lagi. Hal ini kerana, melalui telefon bimbit, kita dapat mengetahui isu
dari semasa ke semasa. Secara tidak langsung, kita boleh menambah pengetahuan
dengan lebih banyak. Terdapat pelbagai aplikasi untuk mencari maklumat sebagai
contohnya, google chrome, safari, facebook dan lain-lain lagi.
Akhir sekali, penggunaan telefon bimbit dapat digunakan sebagai alat hiburan
untuk merehatkan minda. Bermain permainan dalam talian dapat mengurangkan
tekanan yang dialami oleh seseorang. Contoh-contoh permainan dalam talian
adalah ‘Fruit Ninja’, ‘Candy Crush’ , ‘Angry Bird’ , dan sebagainnya. Natijahnya,
penggunaan telefon bimbit dapat memberi impak yang buruk kepada diri sekiranya
disalahgunakan namun dapat membawa kebaikan sekiranya digunakan dengan
betul.
Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat
sangat berfaedah kepada sesiapa sahaja. Namun begitu, semakin tinggi teknologi
maklumat berkembang, semakin berisiko nyawa manusia di ambang kemajuan era
globalisasi. Telefon bimbit sudah dianggap sebagai barangan yang dikategorikan
sebagai keperluan yang berisiko. Walau bagaimanapun, telefon bimbit dianggap
satu keperluan yang tidak boleh diabaikan. Oleh itu, kita perlu bijak menggunakan
telefon bimbit agar tidak membawa kemudaratan.

Anda mungkin juga menyukai