Anda di halaman 1dari 5

TEKS MONODRAMA:

SUMPAHAN DARAH PUTIH


SUMPAHAN DARAH PUTIH

PENGARAH : PUTRI JESLINE BINTI JASMAN


PENULIS SKRIP : PUTRI JESLINE BINTI JASMAN
PELAKON : NUR ZULAIKHA FARZANA BINTI MOHD IDRIS
KREW : NOOR ALIEYA BINTI MOHD ARSHAD
FARISH IRFAN DANISH BIN MOHD FAIZ
HAIRIEL AKASHAH BIN HAIROLNIZAR

MAHSURI:
MONOLOG
SYAIR
Kisahku bermula di tahun 1235 Hijrah. Bapaku Pandak Mayah dan bondaku bernama Mek
Andak Alang. Mereka berhijrah dari Siam ke Langkapuri. Kelahiranku berasal daripada
lagenda tangisan bayi daripada padi yang kemudian ditanak oleh bondaku. Tidak lama
kemudian, lahirlah aku dan memberi tuah kepada keluargaku. Aku dibesarkan dengan
didikan agama dan adab Melayu yang utuh. Aku membesar sebagai gadis jelita yang hebat
keperibadiannya. Seni persilatan pula sebati dalam diriku.
Hatiku luluh seribu pilu.
Tak kala hati gundah, muncul seorang renjana yang sudi menyuntingku sebagai suri
hidupnya. Dalam bahagiaku, terselit duka angkara tiada restu ibu mertua. Pelbagai tomahan
datang menerpa diri ini.

MAHSURI:
DIALOG
Apa… kanda ingin pergi berperang?
Tetapi kanda, dinda sedang berbadan dua ! Sanggupkah kanda meninggalkan dinda dengan
keadaan yang sebegini ?
Dinda faham, Kanda terpaksa pergi menyertai angkatan perang demi melindungi
Langkapuri daripada ancaman siam.
Tapi bagaimana dengan adinda?
MAHSURI:
DIALOG
Baiklah kanda, dinda relakan. Semoga kanda dan angkatan perang kita berjaya menewaskan
Siam. Dinda akan setia menunggu kepulangan kanda bersama kemenangan.
Sepanjang ketiaadan kanda, izinkanlah dinda untuk kembali tinggal bersama ayah dan bonda
ya.

MAHSURI:
GURINDAM
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai dinda antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

DERAMANG:
SYAIR
Hadirnya badan membawa diri,
Merdu bersyair walau petani.
Daku Deramang nama diberi,
Handal membaja menanam padi.

DERAMANG:
DIALOG
Assalamualaikum saudari Mahsuri.
Jika kau izinkan, aku berhasrat untuk mendodoi anakmu.
Bertuah sungguh anak mu Wan Hakim ini, kerana dapat mendengar suaraku yang merdu bak
buluh perindu . Usah buang masa lagi, Mari aku dendangkan syair yang telah aku karang .
DERAMANG:
SYAIR
Tidurlah duhai anak tersayang,
Dengarlah daku syair didendang.
Kasih dan sayang bukan kepalang,
Cela dibuang girang tak hilang.

Usah kau berterima kasih kepada aku Suri, apalah sangat bakti ku ini berbanding dengan
jasa orang tua mu yang telah banyak membantuku. Hidup aku adalah kerana ikhsan ibu dan
bapamu.
Mereka yang banyak menolongku Suri. Keluarga mu ibarat keluarga aku sendiri.

WAN MAHORA:
DIALOG
Apa yang kau buat ini Suri ? Sampai hati kau berlaku curang terhadap anakku, suami mu
sendiri Mahsuri !
Perempuan jahat seperti kau ini tidak layak menjadi menantuku.
Kini sudah terang lagi bersuluh Suri. Mari, akan ku hukum kau setimpalnya.
Usahlah kamu berdolak dalih lagi. Seluruh masyarakat desa telah bercakap tentang kelakuan
buruk kamu berdua.
Manusia seperti kamu tidak layak untuk terus hidup. Bunuh mereka!
Seksa dia lagi, biar dia rasa dek kelakuan sumbangnya itu.
Apalah susah sangat untuk menghapuskan kau ini Suri ! Deramang pun sudah tewas.
Bilakah masa akan tiba untuk kau Suri !?
HAHAHAHAHA !! Matilah kau Suri !!
MAHSURI:
DIALOG
Benci sangatkah mak pada Suri ? Jika benar ingin melihat Suri mati, pergilah ambil keris
pusaka keluargaku. Lepaskanlah hasratmu dengan melihatku mati.

MAHSURI:
DIALOG
Sampai hati kalian membunuhku hanya semata iri hati dan fitnah tanpa usul periksa. Aku
kecewa. Aku hampa.
Ya Allah Ya Tuhanku, jika benar aku bersalah, maka tikamlah tubuhku. Akan tetapi jika
sebaliknya, aku haramkan darahku mengalir di muka bumi ini.
Aku bersumpah Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan.
Bumi ini akan menjadi padang jarak padang terkukur !!
(MUZIK dan SFX GURUH)
Wahai dunia lepaskanlah deritaku. Biarkan mereka puas meratah amarah. Wahai Sang
Pencipta sekian alam, maafkan mereka…ampuni salah mereka.

Suluh dicari tiada dijumpai. Darah mengalir angkara fitnah ditabur. Sumpah diludah angkara
hampa. Adilnya tiada jasad terkubur.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai