Anda di halaman 1dari 3

Agar Hati Tenang

ServantofAllah
Cara Mendapat Ketenangan
Sentiasa mengingati Allah
Ketenangan itu dari hati. Kembali kepada pencipta hati merupakan cara yang terbaik untuk
mendapat ketenangan. Mengingati Allah akan membuatkan hati kita berasa aman dan tenteram.
Seperti yang dirakamkan dalam surah Ar-Ra’d ayat 28 :

‫اَّلِذ ْيَن ٰا َم ُنْو ا َو َتْطَم ِٕىُّن ُقُلْو ُبُهْم ِبِذ ْك ِر ِهّٰللاۗ َااَل ِبِذ ْك ِر ِهّٰللا َتْطَم ِٕىُّن اْلُقُلْو ُب‬
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.
Mengingati Allah juga disebut sebagai berzikir kepada Allah dalam Al-Quran. Jadi untuk
sentiasa mengingati Allah, lidah dan hati kita perlulah sentiasa berzikir kepada Allah.

Bersyukur dengan apa yang ada


Setiap orang ada keinginan masing masing. Ada orang menganggap bahawa ketenangan akan
diperoleh apabila semua keinginan dipenuhi. Sebenarnya, pemikiran sebegitu adalah salah.
Meletakkan kejayaan atau keinginan sebagai destinasi untuk mencapai ketenangan bukan cara
yang terbaik malah boleh mendatangkan kemudaratan. Kerana kadang kadang kita akan rasa
lebih tertekan apabila keinginan itu tidak kita peroleh.

Cara yang terbaik adalah dengan bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kerana orang
yang bersyukur itu adalah orang yang bahagia jiwanya.

‫ِن‬ ‫ࣖ َفاْذ ُك ُر ْو ِنْٓي َاْذ ُك ْر ُك ْم َو اْش ُك ُر ْو ا ِلْي َو اَل َتْكُفُر ْو‬


Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan
janganlah kamu ingkar kepada-Ku.

Mentaati Perintah Allah


Islam bukan sekadar agama , malahan ia adalah cara hidup. Kita perlu berasa beruntung
dilahirkan dalam agama islam kerana islam sudah menerangkan dan menjelaskan peraturan dan
cara untuk hidup secara tenang.

Jadi kita sebagai hamba Allah hanya perlu mentaati Allah dengan membuat perkara perkara yang
disuruh dan meninggalkan segala apa yang dilarang.
Al Imam al ‘Allamah Ibnul Qayyim rahimahullah pernah berkata bahawa jika seseorang hamba
itu melakukan segala apa yang dilarang Allah, maka hatinya akan menjadi gelisah, sedih dan
tidak tenang. Manakala jika dia meletakkan kecintaan, ketakutan dan kebergantungannya kepada
Allah S.W.T maka hatinya akan menjadi tenteram dan bahagia.

Mendirikan Solat
Solat merupakan tiang agama. Ia merupakan hadiah yang istimewa diberi dari Allah kepada nabi
kita Muhammad S.A.W serta umatnya. Peristiwa israk dan mikhraj yang dirakamkan dalam Al-
Quran menceritakan kegembiraan Nabi Muhammad S.A.W bertemu dengan Allah. Jadi Allah
dengan penuh kasih dan sayang menghadiahkan solat kepada umat nabi Muhammad sebagai cara
untuk berhubung dengan Allah.

Solat yang khusyuk mampu memberi ketenangan dan kepuasan dalam diri seorang hamba
kerana ia adalah medium di mana seorang hamba boleh berkomunikasi dengan penciptanya.
Komunikasi yang agung ini membolehkan kita meluahkan segala apa kegelisahan di dalam hati
dan membuatkan hati berasa aman dan tenteram.

Bergaul Dengan Orang Soleh


Siapa kita akan jadi 10 tahun akan datang, bergantung kepada siapa kita berkawan sekarang.
Jika berada dikalangan orang yang negatif maka kita akan menjadi orang yang negatif

Untuk mendapat hati yang tenteram, kita perlulah bergaul dengan orang orang yang soleh yang
mampu membimbing dan mengingatkan kita supaya sentiasa berada di jalan yang betul. Segala
kegelisahan dalam hati dan fikiran akan terubat dengan nasihat-nasihat yang berguna yang
membawa kita untuk selalu menyerahkan segala urusan kita kepada Allah SWT.

Membaca Al- Quran


Al-Quran merupakah syafaat yang diberi kepada nabi Muhammad S.A.W dan umatnya. Ia
mengandungi segala petunjuk dan peringatan kepada umat islam tentang kehidupan di dunia dan
juga akhirat. Jika kita membaca dan mengamalkan segala kata kata Allah dalam Al-Quran,
insya-Allah hati akan menjadi lebih tenteram kerana kita akan sentiasa berada di jalan yang
benar dan tidak terpesong.

Sentiasa Bersedekah
Bersedekah merupakan salah satu cara untuk menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah.
Dengan bersedekah, kita mampu mendidik jiwa kita untuk berkongsi terutama dengan orang
yang kurang bernasib baik.

Tambahan pula jika orang yang kita sedekah itu mendoakan semula kesejahteraan dan
kebahagian kita. Insyaallah hari hari yang bakal kita lalui akan jadi lebih berkat dan penuh
dengan ketenangan.

Anda mungkin juga menyukai