Anda di halaman 1dari 5

KOD SUBJEK:

API2052

TAJUK TUGASAN:
PENGHIJRAHAN NABI KE MADINAH

PENSYARAH:
DATO’ HJ AHMAD MUNAWAR BIN HJ ABDUL JALIL

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMAD SHAH AFDLIN FARIHIN BIN ROZAIRI(PID21106)

PENGAJIAN:
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM AL-QURAN DAN SUNAH

SEMESTER 1 SESI PENGAJIAN

2021/2022

1
Isi Kandungan

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. PENGERTIAN HIJRAH 3

2. KEPENTINGAN HIJRAH 4

3. PERJALANAN HIJRAH RASULULLAH 4

4. STRATEGI RASULLULLAH 5

5. PENUTUP 5

2
(1.0) PENGERTIAN HIJRAH
Perkataan hijrah pada bahasa boleh dilihat dari dua sudut. Dari sudut zahir ia bermaksud
meninggalkan atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Dari sudut maknawi ia
bermaksud menghindari, meninggalkan dan menjauhi diri dari sesuatu sama ada secara
perbuatan, perkataan atau perasaan (Ibrahim Mustafa 1990,972 & al-Marbawiy t.th.,
359). Ia disebut sebanyak 28 kali dalam al-Quran dengan susun kata dan makna yang
berbeza.
Dalam konteks sejarah Islam, hijrah merujuk kepada perpindahan Rasulullah
s.a.w. dan para sahabat (kaum muhajirin) dari Mekah menuju Yathrib (Madinah)1.
Manakala dalam konteks syaraknya ia bermaksud meninggalkan dan keluar dari negara
kufur untuk berpindah menuju ke negara Islam. Sebenarnya ada dua gelombang hijrah
yang berlaku pada hayat Rasulullah s.a.w..

Perpindahan para sahabat dari Mekah ke Habsyah berlaku pada tahun ke lima
selepas Rasulullah s.a.w. menjadi rasul. Antara ayatyang menyentuh peristiwa ini
adalah (al-Nahl: 41)

ُّ ‫َّه ْم ِِّف‬ ِّ ِّ ِّ َِّّ ‫وا لَّذِّ ين ه اج روا ِِّف‬


‫َج ُر‬
ْ ‫س نَةً ۖ َوََل‬
َ ‫الد نْ يَا َح‬ ُ ‫اَّلل م ْن بَ عْ د مَ ا ظُل ُم وا لَنُ بَ وِّئَ ن‬ َُ َ َ َ
‫ْاْل ِّخ َرةِّ أَ ْك ََبُ ۚ لَ ْو َك انُوا يَ عْ لَ ُم و َن‬
Maksudnya:
Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan
memberikan tempat yang baik kepada mereka di dunia. Dan sesungguhnya pahala di akhirat
adalah lebih besar, kalau mereka mengetahuinya.

1
Baginda berangkat dari Mekah pada hari Khamis, 01 Rabiul Awal - 13 September 622M, tiba di di Qubal pada
hari Isnin 12 Rabiul Awwal - 24 September 622 M. Peristiwa ini telah dijadikan titik mula permulaan kalendar
Islam oleh Khalifah Umar Ibn al-Khattab (634-644 M), sebagai tahun pertama kalendar khilafah

3
(2.0) KEPENTINGAN HIJRAH

Al Quran menganjurkan agar Baginda Rasulullah saw. mengarahkan para sahabat


berhijrah keluar dari Kota Makkah demi untuk menjaga kesejahteraan dan keselamatan
dari ancaman musuh Islam yang semakin hebat. Al Quran menyebutkan ‘dan (ingatlah)
bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas)’ memberikan isyarat
bahawa umat Islam boleh mengambil langkah meninggalkan Kota Makkah.

Rasional perintah hijrah ini diwahyukan oleh Allah swt. antaranya Pertama:
Keselamatan nyawa umat Islam di Makkah semakin terancam akibat dari tekanan
yang begitu kuat dari musyrikin Makkah. Kedua: Mendapatkan perlindungan baru
yang lebih baik yang lebih selesa dan boleh menjamin masa depan pengikut-pengikut
Islam. Ketiga: Meneruskan misi dakwah keluar dari Kota Makkah.

(3.0) PERJALANAN HIJRAH RASULULLAH SAW. (16 JULAI 622


MASIHI)

Rasulullah saw. mendapat perintah baru dari Allah swt. supaya berhijrah ke
Madinah. Perintah ini sangat sesuai dan sangat strategik dalam usaha menyebar
luaskan dakwah di Semenanjung Tanah Arab. Usaha dakwah telah dijalankan oleh
Baginda Rasulullah saw. di Makkah tempat tumpah darahnya dan di tempat kaum
keluarganya sendiri, namun usaha dakwah tersebut tidak memberikan kesan besar.
Begitu juga usaha dakwah telah dilakukan di Taif destinasi yang paling dekat dengan
Kota Makkah, namun tidak juga mendapatkan hasil yang baik. Maka Madinah
menjadi pilihan yang tepat untuk berhijrah dan mendapat sokongan dari Al Quran.

Hijrah ke Madinah membuka lembaran baru dan menjadi titik permulaan


bermulanya sejarah keagogan dan kegemilangan Islam sebagai suatu agama dan
negara ‘addin wa daulah’ yang mampu meruntuhkan dua kuasa besar dunia Rome dan
Parsi dan mampu melenyapkan masyarakat jahiliah penyembah berhala di bumi Arab.

4
(4.0) STRATEGI HIJRAH RASULLULLAH

PEMILIHAN MASA DAN KETIKA

a) Strategi pertama (yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah saw. dalam


memulakan hijrah ialah dengan menentukan pemilihan masa yang tepat dan betul).
b) Strategi kedua (Baginda Rasulullah saw. memilih teman hijrahnya ialah Saidina
Abu Bakar ra. Ini adalah kerana Abu Bakar adalah teman yang paling rapat dengan
baginda Rasulullah saw. dan orang pertama memeluk Islam selepas isteri Baginda
Khadijah ra.)
c) Strategi ketiga (Baginda Rasulullah saw. memilih laluan jauh mengikut arah
selatan Makkah dan menuju ke Madinah mengikut persisiran Laut Merah.
d) Strategi keempat (yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah saw. ialah
bersembunyi dan bermalam di Gua Thur.)

(5.0) PENUTUP

Baginda bertolak dari rumahnya pada malam Khamis 1 Rabiulawall H (tahun ke- 14
kerasulan). Mereka berjalan mengikut arah selatan dan tidak mengambil jalan biasa
arah utara supaya tidak dapat dikesan oleh musuh dan bermalam di Gua Thur selama
tiga malam (2, 3, 4 Rabiulawal). Pada hari berikutnya, setelah keadaan menjadi
tenang, mereka keluar dari Gua Thur menuju kota Madinah.Selepas itu,baginda
bersinggah di Quba’.Nabi menetap di sana selama 4 hari,kemudian baginda
mengasaskan masjid dan solat berjamaah didalamnya.Pada hari jumaat,selepas solat
jumaat Baginda sampai di Yathrib dan disambut meriah.

Anda mungkin juga menyukai