Anda di halaman 1dari 20

HIJRAH

MAKNA HIJRAH

 Berasal daripada kata kerja hajara


 Dari segi bahasa bermaksud meninggalkan, memutuskan
atau keluar dari sebuah negeri ke negeri yang lain.
 Dalam konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan
orang Islam dari Makkah ke Madinah demi
memperkukuhkan kedudukan Islam dan sebagai satu
strategi penyebaran Islam.
 Pengertian lain – Perjuangan untuk menegakkan
kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan.
 Semangat ingin berubah dan boleh berlaku dalam
pelbagai keadaan seperti perubahan sikap, cara berfikir,
dan tingkah laku.
 Barat mentafsir Hijrah sebagai pelarian.
 Disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah
Barat dan Islam seperti berikut:

a. Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab


Madinah.
b. Orang Makkah ke Madinah disambut dengan
gembira dan rela.
c. Orang Islam Makkah diberi jaminan
keselamatan dan diberi tempat tinggal.
d. Nabi Muhamad saw pula dilantik sebagai
pemimpin Madinah dan diterima oleh semua
golongan penduduk Madinah.
Usaha-usaha Musyrikin Mekah
menyekat Dakwah Rasulullah

Memujuk Rasulullah untuk mempraktikkan ajaran Islam &


kepercayaan mrk secara bergilir-gilir

Menawarkan Rasulullah saw pangkat, harta kekayaan &


wanita supaya meninggalkan dakwah Islam

Memulaukan dan mengenakan sekatan ekonomi kepada


Rasulullah , Bani Hasyin, Bani Abdul Mutalib dan orang
Islam selama 3 tahun

Melakukan pelbagai penyiksaan terhadap orang Islam

Merancang membunuh Rasulullah saw


MASA / TARIKH PERISTIWA

Sehari sebelum -Musyrikin Mekah berbincang menghalang Rasulullah berpindah ke Madinah


Hijrah
-Mengambil keputusan membunuh Rasulullah ketika sedang tidur

Malam Hijrah -Pemuda Musyrikin Quraisy mengepung rumah Rasulullah, ,bersedia


menyerbu dan membunuh baginda
-Allah memberitahu Rasulullah pakatan tersebut dan memerintahkan baginda
berhijrah ke Madinah
-Rasulullah meminta Saiyidina Ali tidur di tempat baginda
-Rasulullah ditemani saiyidina Abu Bakar keluar dari Mekah ke gua Thur

Setelah 3 hari 2 -Rasulullah dan saiyidina Abu Bakar meneruskan perjalanan ke Madinah
malam di gua Thur
- Berhenti selama 4 hari di Quba' dan membina masjid Quba'(masjid pertama
dalam Islam)

12 Rabiul Awal Rasulullah, Abu Bakar dan rombongan sampai ke Madinah disambut oleh
,tahun 13 penduduk Madinah dengan kegembiraan dan kesyukuran
kerasulan /
2 JULAI 622
MASIHI
HIJRAH RASULULLAH

 Hijrah Rasulullah saw dan para sahabatnya dari kota


Makkah ke Yathrib, berlaku pada tahun 622M.
 Berlaku kerana perintah Allah swt menerusi wahyu.

 Tujuan :
- Menyelamatkan aqidah
- Meluaskan medan dakwah
- Membangunkan pemerintahan berteraskan tauhid
kepada Allah.
 Hijrah ini berakhir dengan kejayaan Rasulullah membuka
kota Makkah pada tahun 630M.
SABDA RASULULLAH SAW :

SABDA RASULULLAH SAW :


“Barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul
maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul.
Barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia untuk
mendapatkannya atau wanita untuk mengahwininya,
maka hijrahnya terhenti pada tujuan hijrahnya itu”.
 Apa yang didapati dari hijrah ialah apa yang dituju atau
dimaksudkan dengan hijrah itu.
 Contohnya :

Orang yang keluar dari penjara hawa nafsu dan dunia


kerana inginkan syurga, maka pencariannya akan
terhenti pada syurga.
NAK TENGOK KISAH HIJRAH RASULULLAH?
Strategi Rasulullah mengukuhkan
kedudukan Islam dan Umat Islam

Mempersaudarakan golongan Muhajirin dan


Ansar

Membina masjid Nabawi sebagai tpt


beribadat & perjumpaan umat Islam

Membuat perjanjian dengan penduduk


Madinah termasuk orang-orang Yahudi untuk
mengiktiraf baginda sebagai pemimpin
Madinah
RANGKUMAN HIJRAH MANUSIA

1) HIJRAH JASMANI
 Seseorang melakukan perubahan dirinya kearah yang
lebih baik, seperti bersenam, ingin memiliki pekerjaan
yang baik dan sebagainya.
 Jasmani perlu sihat kerana ia akan memudahkan kita
beribadah kepada Allah dengan lebih sempurna.
 Contoh :

-
Memiliki
pekerjaa
n yang
baik
supaya
kita
2) HIJRAH ROHANI
 Seseorang menghijrahkan dirinya kearah agama Allah
seperti beliau mendekatkan diri ke masjid dan majlis-
majlis ilmu yang sebelum ini tidak pernah dihadirinya.
 Jika seseorang itu dapat mengubah hatinya kearah
yang baik, nescaya ia akan mempunyai perasaan
cintakan Allah dan Rasulnya.
 Apabila mendapat ujian Allah, maka dia tabah dan
tenang hatinya menghadapinya, sedikitpun ia tidak
bersungut dan gelisah.
ASAS-ASAS HIJRAH PADA ERA GLOBALISASI

1) HIJRAH AKHLAK
 Keruntuhan akhlak antara punca umat Islam lemah.

 Umat Islam perlu berusaha berhijrah daripada tabiat buruk


kepada berakhlak mulia seperti dimiliki Rasulullah.
 Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku diutus untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia.”
 Andainya kesukaran hidup menjadi gangguan untuk mentaati
Allah, maka perlu pula berusaha meningkatkan taraf hidup.
 Kesemua sikap buruk memerlukan kesungguhan dan azam
yang tinggi untuk berubah dan kembali ke jalan yang diredai
Ilahi.
 Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya aku berhijrah
kepada Tuhan-ku.” (Surah al-Ankabut, ayat 26)
2) HIJRAH IMAN
 Kita perlu mempertingkatkan iman dengan menjauhi sifat
keji (mazmumah) dan mengamalkan sifat terpuji
(mahmudah).
 Peningkatan iman juga perlu dibuat melalui banyak
berfikir mengenai kejadian alam semesta, kejadian diri
serta alam akhirat.
 Hati akan berasa takut dan gentar kepada Allah.

 Sembahyang adalah mikraj orang mukmin. Oleh itu,


perlu
dihayati secara sempurna dan diperbanyakkan

sembahyang sunat.
Seluruh kehidupan Muslim mesti berteraskan al-Quran
dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan hukum dalam
menanggapi pelbagai persoalan hidup yang penuh
cabaran dewasa ini.
3) HIJRAH ILMU
 „Ilmu itu cahaya, jahil itu berbahaya‟.

 Firman Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad)


adakah sama orang yang berpengetahuan dengan orang
yang tidak berpengetahuan.” (Surah az-Zumar, ayat 9)
 Umat Islam boleh mencapai pelbagai kejayaan, andai
konsep hijrah ilmu diamalkan iaitu terus meningkatkan
ilmu ke tahap lebih tinggi dan mencapai profesional.
 Lemah daya fikir umat ada hubung kait dengan kelemahan
menguasai ilmu dan pengetahuan.
 Kesannya, ramai remaja Muslim mudah terjebak dengan
pelbagai unsur negatif dalam kehidupan.
 Hijrah mampu mengembalikan semula kegemilangan
tamadun Islam terdahulu sehingga umat Islam hari ini
disegani dan dihormati di mata dunia.
4) HIJRAH AMAL
 “Sebaik-baik amal adalah yang berkekalan biarpun
sedikit.” maksud hadis Rasulullah.
 Ini bererti amalan sedikit yang istiqamah itu lebih baik
berbanding dengan amalan yang banyak tidak istiqamah.
 Masa yang berlalu tidak akan kembali.
 Rasulullah memberi amaran melalui sabdanya
bermaksud: “Ingat lima perkara sebelum datang lima
perkara iaitu ketika muda sebelum datangnya tua, masa
lapang sebelum datangnya sibuk, masa senang sebelum
datang susah, masa sihat sebelum datang sakit dan
masa hidup sebelum datangnya mati.”
 Peringatan itu mendorong umatnya meningkatkan
amalan kebajikan sebelum tiada lagi peluang untuk
beramal, terutama apabila kedatangan ajal.
5) HIJRAH EKONOMI & PEMILIKAN
 Penglibatan dalam bidang ekonomi dan pemilikan harta
wajib mematuhi garis panduan memperoleh, memanfaat
dan mengagihkan harta menurut Islam.
 Penglibatan umat Islam dalam kegiatan ekonomi yang
berteraskan riba' demi mencari keuntungan berlipat kali
ganda adalah diharamkan.
 Amalan penipuan, berbuat zalim dan mengambil hak
orang lain tanpa hak adalah tidak sesuai dengan
amalan ekonomi Islam.
 Masyarakat Islam perlu memahami ada hak zakat yang
diwajibkan dan sedekah sunat daripada harta yang perlu
dilunaskan.
 Ini bagi mengelak kerosakan yang lebih besar akibat
kegiatan ekonomi yang tidak berteraskan kehendak Islam
sebenar.
6) HIJRAH NAFSU
 Nafsu tidak boleh dibuang daripada diri manusia.

 Manusia membiak, tamadun berkembang dan bumi


semarak kerana manusia memiliki nafsu.
 Hanya yang ditegah adalah menurut taraf rendah atau
serakah yang membawa keburukan kepada manusia.
 Oleh itu, umat perlu berhijrah daripada nafsu amarah
kepada lawwamah. Seterusnya, mulhimah, mutmainnah,
radhiah, mardhiah dan kamilah.
PENGAJARAN HIJRAH

 Ikhlas
 Mantapkan sahsiah

 Sabar

 Sanggup berkorban

 Bersungguh-sungguh

 Istikamah
SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai