Anda di halaman 1dari 2

Tudung hijau, baju hijau, beg hijau.. semualah hijau..

Eh, lupa pula saya pada kawan2.. apa yang menarik sangat tentang warna hijau ni? Ha.. kalau
kawan2 nak tahu, pada hari ini, saya akan berbicara tentang buku kegemaran saya yang
bertajuk “ kami budak hijau”.. haa menarik kan.. sebab saya pun berbaju hijau.
___________________________________________________________________________
Sebelum saya meneruskan bicara saya, izinkan saya perkenalkan diri saya dahulu. Nama saya
Hannah binti Shazele. Saya berumur 10 tahun dan bersekolah di SK Rinching Hilir, Bangi.
Sekolah saya mempunyai beberapa organisasi seperti pengawas sekolah, pengawas pusat
sumber, pembimbing rakan sabaya dan lain2. Saya pula memegang jawatan sebagai
pengawas pusat sumber sekolah dan warna uniform hijau ini melambangkan kami sebagai
pengawas PSS.

Inilah buku yang ingin saya bicarakan. Buku ini merupakan sebuah novel Grafik. Novel
Grafik bermaksud, sebuah buku cerita yang mengandungi kandungan komik. Selain daripada
penceritaan daripada penulis, novel ini turut mengandungi gambar dan ilustrasi bagi menarik
minat pembaca terutamanya pembaca daripada kalangan pelajar2 seperti saya.

Buku ini adalah hasil karya Puan Intan Delisa dan diterbitkan oleh Syarikat Ana Muslim
Sendirian Berhad pada tahun 2016. Buku ini mengandungi 127 mukasurat serta 10 bab.
Buku-buku ini mudah didapati di kedai-kedai buku disekitar dan juga kawan-kawan boleh
meminjamnya di perpustakaan desa yang berhampiran.

Kawan-kawan, buku “Kami Budak Hijau” ini, menceritakan tentang Nur Sya Lisa, pelajar
tingkatan 1 yang menyimpan impian ingin menjadi pustakawan di sekolahnya yang
beruniform hijau. Namun, perjalanan Lisa untuk menjadi pustakawan di sekolahnya tidaklah
mudah ye kawan-kawan. Dia perlu menghadiri temuduga serta mendepani sifat iri hati rakan-
rakannya.

Lisa dan rakan baiknya Zue sama-sama Berjaya ke temuduga menjadi pustakawan. Namun
begitu, terdapat seorang rakan sekelas mereka iaitu Anis yang cemburu dengan persahabatan
Lisa dan Zue. Anis membenci Lisa kerana Lisa seorang anak angkat yang dibesarkan dalam
keluarga yang senang manakala dia pula seorang anak angkat yang dibesarkan dalam
keluarga yang sederhana. Anis bercita-cita untuk memisahkan Lisa dan Zue. Ish, ish, ish.. tak
elok sungguh niat Anis ni ye kawan-kawan? Kita perlu hindari daripada mempunyai sikap
seperti ini.

Dalam pada masa yang sama, Lisa merupakan pelajar yang rajin dan bersungguh-sungguh
melaksanakan sesuatu kerja. Dia selalu mendapat perhatian dan pujian oleh guru-guru. Ini
telah menyebabkan Zue, iri hati terhadap Lisa. Suatu hari, Anis telah berjaya memujuk Zue
untuk merosakkan buku Nilam Lisa yang perlu dibawa ke temuduga pemilihan pustakawan.
Lisa berasa amat terkilan kerana buku Nilamnya telah telah rosak dan Zue juga membohongi
Lisa dengan mengatakan dia tidak sengaja merosakkan buku tersebut.

Namun akhirnya, Lisa dan Zue telah berjaya menjadi pustakawan. Tetapi, cerita ini tidak
berakhir di situ sahaja. Zue berasa amat cemburu kerana Lisa diberi tanggungjawab
mengumpulkan wang pustakawan di sekolah. Anis dan Zue telah bersubahat untuk
mengenakan Lisa dan menyebabkan Lisa dituduh sebagai seorang yang pecah Amanah.
Sebenarnya, wang itu tidaklah hilang, tetapi Lisa telah tersalah letak dan dijumpai Anis yang
merancang bersama Zue untuk menyimpan wang tersebut.

Kawan-kawan, beberapa hari kemudian, Anis memegang seorang bayi angkat yang baru tiba
di rumah anak angkat tempat dia dan Lisa dibesarkan. Dia teringat memori dia membesar
bersama Lisa di situ. Dia berasa amat bersalah memberitahu Lisa perkara sebenar. Dia
meminta maaf dan memulangkan kembali wang yang disimpannya. Lisa yang baik hati
memafkan kesilapan Anis dan tetap menganggapnya sebagai rakan baiknya. Begitulah sikap
yang sepatutnya kita semai ya kawan-kawan.

Zue juga berasa sangat gelisah dan tidak tenang kerana telah bersubahat dengan Anis.
Namun, dia tidak tahu yang Lisa telah tahu perkara sebenar. Zue faham yang dia mungkin
akan kehilangan seorang kawan yang baik apabila dia berterus terang, namun Lisa bukanlah
orang yang pendendam. Mereka sama-sama berjanji untuk saling berterus-terang selepas ini.
Akhirnya, hubungan Lisa dan Zue Kembali menjadi sahabat baik semula.
Kawan-kawan, terdapat banyak pengajaran yang menarik dalam novel grafik ini. Pertama,
sifat iri hati dan cemburu bukanlah sikap yang baik dan boleh menyebabkan kita menjadi
seseorang yang bersikap buruk. Sifat memaafkan dan jujur adalah penting dalam
persahabatan serta dapat menjadikan kita insan yang hebat. Kita perlulah mencontohi sikap
Lisa, yang sentiasa bercita-cita tinggi untuk mencapai impiannya serta mempunyai sikap
pemaaf dan sabar dalam menempuh apa sahaja rintangan.

Saya sudahi dengan serangkap pantun;


Kami budak hijau sebuah cerita,
Sahabat sejati sukar dicari,
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.

Anda mungkin juga menyukai