Anda di halaman 1dari 9

Bank Soalan Bil 1/2015.

1. Soalan : Bagaimana menyemak Kunci Kira-Kira tidak imbang ?


Jawapan :
a. Semak maklumat Baki 31 Disember yang dipaparkan di Penyata Penerimaan dan
Pembayaran adalah sama seperti Baki Akhir Buku Tunai Disember 2014.
Sekiranya amaun tidak sama tindakan yang perlu diambil adalah :

i. Batal Penutupan Bulanan Disember dan jana semula Buku Tunai Terimaan
dan Bayaran Disember 2014 dan sah penutupan bulanan Disember 2014
ii. Papar semula Penyata Penerimaan dan Pembayaran.
iii. Sekiranya tidak berubah email ke espkws@moe.gov.my untuk tindakan
selanjutnya.
b. Semak amaun di Baki Wang di Dalam Bank di Kunci Kira-Kira perlulah sama dengan Baki
Wang di Bank pada 31 Disember di Penyata Penerimaan dan Pembayaran.

Sekiranya amaun tidak sama tindakan yang perlu diambil adalah :

i. email ke espkws@moe.gov.my untuk tindakan selanjutnya.


c. Semak di paparan Kunci Kira-Kira – Kumpulan Wang Terkumpul – Baki pada 1 Januari di
memaparkan amaun yang betul seperti paparan dibawah

Sekiranya amaun tidak sama tindakan yang perlu diambil adalah :

i. Pastikan Kunci Kira-Kira tahun lalu imbang dan betul. Sekiranya tidak imbang
semak semula penyata tersebut di Modul Permulaan bagi sekolah yang
tahun pertama guna system dan di Modul Laporan bagi tahun kedua guna
system.
ii. Sekiranya tidak berubah email ke espkws@moe.gov.my untuk tindakan
selanjutnya.
d. Pastikan amaun pada perkara di Kunci Kira-Kira (Aset dan Liabiliti) adalah betul.

Perkara Tindakan yang perlu diambil

Akaun Belum Terima Amaun ini dipaparkan sekiranya telah


didaftarkan dalam Submodul Daftar ABT
dan telah ada dalam Submodul Senarai
ABT

Wang Dalam Tangan Amaun ini dipaparkan sekiranya ada


amaun di Modul Permulaan – Maklumat
Kunci Kira-Kira (Wang Dalam Tangan) +
Submodul Penambahan PWR

Deposit Dibayar Amaun ini dipaparkan sekiranya ada


amaun di Modul Deposit – Submodul
Deposit dibayar. Amaun di submodul ini
akan dipaparkan sekiranya terdapat baucar
atau resit yang telah diletakkan status
deposit dibayar.

Akaun Belum Bayar Amaun ini dipaparkan sekiranya bil telah


didaftarkan dan telah klik hantar ABB pada
Submodul ABB

Deposit Diterima Amaun ini dipaparkan sekiranya ada


amaun di Modul Deposit – Submodul
Deposit Diterima. Amaun di submodul ini
akan dipaparkan sekiranya terdapat baucar
atau resit yang telah diletakkan status
deposit diterima.

Terimaan Terdahulu Amaun ini dipaparkan sekiranya terdapat


resit yang telah dipilih status Terimaan
Terdahulu

2. Soalan : Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya terdapat baucar atau resit yang
tidak diletak status Deposit Dibayar atau Deposit Diterima.
Jawapan :
i. Pastikan penutupan bulanan dibatalkan terlebih dahulu. Untuk makluman,
penutupan bulanan perlu dibatalkan daripada bulan terkini sehingga bulan resit atau
baucar dikeluarkan (peranan Pengurus Sekolah).
ii. Klik Senarai Bayaran atau Senarai Terimaan. Klik maklumat lanjut (peranan
Pembantu Tadbir).
iii. Klik Kemaskini Baucar/Resit dan kemaskini status deposit.
3. Soalan : Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya terdapat resit yang tidak diletakkan
status Terimaan Terdahulu.
Jawapan :
i. Pastikan penutupan bulanan dibatalkan terlebih dahulu. Untuk makluman,
penutupan bulanan perlu dibatalkan daripada bulan terkini sehingga bulan resit atau
baucar dikeluarkan (peranan Pengurus Sekolah).
ii. Klik Senarai Terimaan. Klik maklumat lanjut (peranan Pembantu Tadbir).
iii. Klik Kemaskini Baucar/Resit dan kemaskini jenis terimaan kepada Terdahulu.

4. Soalan : Apakah tindakan yang perlu dibuat sekiranya amaun perbezaan di Kunci Kira-Kira
berkaitan dengan bil yang telah dibatalkan.
Jawapan : Mungkin terdapat kesilapan semasa membatalkan bil. Sebab batal yang perlu
dipilih adalah berdasarkan situasi berikut :

Situasi Sebab Batal yang perlu dipilih

 Bil didaftarkan dan baucar telah


disediakan
Lain-lain
 Berlaku terimaan cek batal

 Bayaran bagi baucar gantian


menggunakan bil yang didaftar baru /
bil tidak perlu dibayar

 Bil didaftarkan tetapi tidak membuat


pembayaran menggunakan bil
Bil didaftar dua kali
tersebut.

Sekiranya terdapat bil dibatalkan dengan sebab batal yang salah :

i. Pengurus sekolah jelmakan semula bil yang telah dibatalkan . Klik butang restore
pada Senarai Bil Batal
ii. Pengurus sekolah membatalkan semula bil tersebut dalam Senarai Daftar Bil.
5. Soalan : Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya amaun baki 31/12/2014 di Kumpulan
Wang Terkumpul tidak sama dengan baki di buku tunai selepas mengambil kira peruntukan
di asset dan liability.
Jawapan :

Kategori Pengguna Tindakan

Tahun pertama menggunakan sistem i. Semak semula amaun yang


dikuncimasuk di Modul Permulaan –
Submodul Kumpulan Wang
Terkumpul

Tahun kedua menggunakan sistem tetapi i. Semak semula amaun yang


tahun sebelum tidak menghantar penyata dikuncimasuk di Modul Permulaan –
melalui sistem Submodul Kumpulan Wang
Terkumpul

ii. Buka Nota Kepada Akaun tahun lalu .

iii. Buka Nota Kepada Akaun tahun


semasa

Tahun kedua/ ketiga menggunakan sistem i. Pastikan Kunci Kira-Kira telah imbang

ii. Buka Nota Kepada Akaun tahun lalu

iii. Buka Nota Kepada Akaun tahun


semasa
6. Soalan : Mengapakah paparan Buku Tunai PWR menjadi seperti berikut :

Jawapan : Perkara tersebut berlaku kerana kesilapan semasa menguncimasuk baucar kecil di
Submodul Bayaran PWR. Sekiranya terdapat dua bil tunai yang dibayar dengan satu baucar
kecil, penyedia perlu menguncimasuk jumlah mengikut amaun peruntukan bukannya
berdasarkan bil tunai.

Ama un ya ng sepatutnya dikuncimasuk

LPBT ; RM140.00

Tindakan yang perlu diambil :


a. Sekiranya amaun tersebut belum direkup, pengurus sekolah perlu membatalkan
penutupan buku tunai PWR dan penyemak membatalkan bayaran PWR tersebut.
Penyedia perlu menguncimasuk semula baucar kecil tersebut.
b. Sekiranya amaun tersebut telah direkup, aduan perlu dibuat melalui email ke helpdesk
espkws.
7. Soalan : Sekiranya Kunci Kira-Kira tidak imbang adakah penyedia boleh membuat
pembetulan di Modul Pelarasan.
Jawapan : Tidak boleh. Kesemua submodul dalam Modul Pelarasan kecuali Submodul
Pelarasan Lajur adalah bertujuan bagi membuat pelarasan SELEPAS mendapat laporan audit.

Anda mungkin juga menyukai