Anda di halaman 1dari 5

EKUITI PEMILIK DALAM PERKONGSIAN

1. Komponen EP dalam perkongsian:


a. Akaun modal
b. Akaun semasa pekongsi
2. Akaun modal: kedudukan modal awal atau modal tambahan yang disumbangkan oleh pekongsi
3. Akaun modal dibuka secara berasingan mengikut bilangan pekongsi.
4. Akaun modal diwujudkan dalam dua kaedah:
a. kaedah modal tetap
b. kaedah modal berubah
5. Akaun modal tetap merekodkan modal yang disumbangkan oleh pekongsi dengan pengecualian
butir seperti ambilan, faedah atas modal, faedah atas ambilan, kongsi untung atau kongsi rugi.
6. Akaun modal berubah merekodkan modal yang disumbangkan oleh pekongsi dan juga butir
seperti ambilan, faedah atas modal, faedah atas ambilan, kongsi untung atau kongsi rugi.
7. Akaun semasa menunjukkan tuntutan firma perkongsian terhadap pekongsi dan tuntutan
pekongsi terhadap firma perkongsian.
8. Butir tuntutan firma perkongsian terhadap pekongsi direkodkan disebelah debit akaun semasa:
a. ambilan,
b. faedah atas ambilan,
c. kongsi rugi
9. Butir tuntutan pekongsi terhadap firma perkongsian direkodkan disebelah kredit akaun semasa:
a. faedah atas modal
b. gaji pekongsi terakru
c. kongsi untung
d. faedah atas pinjaman pekongsi terakru
e. bonus pekongsi terakru
10. faedah atas modal adalah faedah yang dibayar atas modal yang disumbangkan oleh pekongsi. Hal
ini untuk menggalakkan pekongsi melabur lebih banyak.
faedah atas modal = modal × kadar faedah × tempoh
11. faedah atas ambilan adalah faedah yang dikenakan atas ambilan oleh pekongsi. Hal ini untuk
mengelakkan pekongsi membuat ambilan berlebihan.
faedah atas ambilan = ambilan × kadar faedah × tempoh
12. faedah atas pinjaman direkodkan di bahagian debit Akaun Untung Rugi
faedah atas pinjaman = jumlah pinjaman × kadar faedah × tempoh
13. gaji pekongsi (gaji, elaun, bonus) dibayar secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun semasa
pekongsi (terakru)
14. kongsi untung atau rugi perlu dibahagi mengikut nisbah yang dipersetujui dalam Ikatan
Perjanjian Perkongsian dan sekiranya tiada perjanjian maka keuntungan atau kerugian dibahagi
sama rata
Akaun Penamat
1. Jenis2 akaun penamat dan tujuannya
Jenis akaun Tujuan
Akaun perdagangan menentukan untung kasar
atau rugi kasar
Akaun untung rugi menentukan untung bersih
atau rugi bersih
Akaun pengasingan untung menentukan pembahagian
rugi untung rugi antara pekongsi

2. Untung bersih yang diperoleh dari Akaun Untung Rugi akan dikreditkan (faedah atas ambilan,
kongsi rugi) dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi manakala rugi bersih akan didebitkan
(faedah atas modal, bonus, elaun, gaji, kongsi untung) dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi

Kunci Kira2

1. Kunci Kira2 perniagaan perkongsian perlu menunjukkan Akaun Modal dan Akaun Semasa
pekongsi secara berasingan. Butir seperti untung rugi bersih serta ambilan tidak ditunjukkan
dibahagian EP kerana telah direkod dalan Akaun Semasa pekongsi.
2. Setiap pekongsi mempunyai Akaun Modal dan Akaun Semasa berasingan di bahagian EP dalam
Kunci Kira2
PEMBUBARAN PERKONGSIAN

1. Punca pembubaran perkongsian:


 berlaku kematian, bankrap atau ketidaksiuman keatas seorang pekongsi;
 tempoh perjanjian perkongsian telah tamat;
 tujuan penubuhan perkongsian telah tercapai;
 arahan mahkamah untuk pembubaran;
 ditukar kepada syarikat berhad;
 perkongsian tidak mampu membayar hutang
2. Tindakan yang perlu semasa pembubaran

Menutup semua akaun aset;


aset perlu dijual atau diambil
alih oleh pekongsi

menjelaskan semua liabiliti

menjelaskan semua tuntutan samada tuntutan


pekongsi terhadap firma atau sebaliknya mengikut
baki di akaun modal dan akaun semasa

membatalkan nama
perniagaan di SSM
3. Cara merekod pembubaran perkongsian melalui catatan jurnal
Tindakan Catatan jurnal
Tutup semua akaun aset dan Dt Akaun Realisasi
pindahkan ke Akaun Kt Akaun Aset
Realisasi kecuali Akaun
Bank & Akaun Tunai
Rekodkan penerimaan Dt Akaun Bank/Tunai
daripada jualan aset dan Kt Akaun Realisasi
bayaran oleh penghutang
(debtor)
Rekodkan aset yang diambil Dt Akaun Modal pekongsi
alih oleh pekongsi ( jika ada) Kt Akaun Realisasi
Bayar kos pembubaran atau Kaedah langsung Kaedah tidak langsung
belanja realisasi Dt Akaun Realisasi Dt Akaun Belanja
Kt Akaun Bank/Tunai Realisasi
Kt Akaun Bank/Tunai
Dt Akaun Realisasi
Kt Akaun Belanja
Realisasi

Menjelaskan liabiliti Dt Akaun Pemiutang/Pinjaman


Kt Akaun Bank/Tunai
Menerima diskaun daripada Kaedah langsung Kaedah tidak langsung
pemiutang Dt Akaun Pemiutang Dt Akaun Pemiutang
Kt Akaun Bank/Tunai Kt Akaun Diskaun
Kt Akaun Realisasi Diterima
Imbangkan Akaun Realisasi Keuntungan atas Kerugian atas
untuk perhitungan untung pembubaran: pembubaran:
rugi Kaedah langsung Kaedah langsung
Dt Akaun Realisasi Dt Akaun Modal
Kt Akaun Modal pekongsi
pekongsi Kt Akaun Realisasi
Kaedah tidak langsung Kaedah tidak langsung
Dt Akaun Realisasi Dt Akaun Rugi Realisasi
Kt Akaun Untung Kt Akaun Realisasi
Realisasi
Pindahan baki Akaun Jika Akaun Semasa Jika Akaun Semasa
Semasa ke Akaun Modal berbaki kredit: berbaki debit:
pekongsi Dt Akaun Semasa Dt Akaun Modal
Kt Akaun Modal pekongsi
pekongsi Kt Akaun Semasa
Membayar balik modal Dt Akaun Modal pekongsi
pekongsi dan menutup Kt Akaun Bank / Akaun Tunai
Akaun Bank dan Akaun
Tunai
Akaun Realisasi
 Akaun Realisasi adalah akaun sementara yang dibuka bagi merekodkan pembubaran perniagaan
 Objektif:
o merekodkan jualan aset, kos pembubaran atau belanja realisasi, pendapatan dsb
o menghitung keuntungan atau kerugian atas pembubaran
o membahagi keuntungan atau kerugian kepada setiap pekongsi
 Kurangan dalam Akaun Modal pekongsi bermaksud ianya mempunyai baki debit.
 Sebab2 Akaun Modal berbaki debit adalah
o modal disumbang rendah
o ambilan dibuat terlalu banyak
o nilai aset yang diambil terlalu tinggi
o rugi realisasi melebihi baki kredit
 Oleh itu, pekongsi perlu membawa masuk tunai untuk menampung kurangan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai