Anda di halaman 1dari 44

FANTASIA INN

Ep 8 V2.1

Arshad Adam
1 INT. KITCHEN - DAY

Gojie di kitchen seperti sedang menunggu shipment stok. Dia


dah tunggu selama beberapa jam. Dia kelihatan stress.

GOJIE
Ishk dah pukul berapa ni?

Gojie tanya kepada seorang staff yang sedang lalu disitu.

GOJIE
Hari ni hari Isnin kan?

STAFF 1
Ha ah, kenapa?

GOJIE
Tak ada lah. Lori stok ni kenapa tak
sampai lagi? Dah berjam aku tunggu ni.
Tak pernah pulak lambat sampai berjam
macam ni.

STAFF 1
Tak tahu

GOJIE
Apa je yang kau tahu?

Seorang staff lain pula masuk dan bertanyakan bila cafe buka
sebab ada beberapa customer nak order makanan.

STAFF 2
Jie, bila nak bukak cafe ni. Dah ada
beberapa orang dekat luar tu, nak
masuk nak order. Lapar katanya.

Gojie cuak. Dia suruh staff pergi tengok apa yang ada dalam
peti ais.

GOJIE
LORI STOK NI MANA?????? Kau pergi
tengok jap dalam peti ada apa je?
Barang basah tak banyak dah aku rasa,
kalau ada pun tak segar.

STAFF 2
Okay.

GOJIE
Aduhhhh pagi-pagi lagi dah bikin darah
aku naik!

Created using Celtx


2.

2 INT. KAUNTER HADAPAN - DAY

Puteri pula di kaunter sedang berhadapan dengan sepasang


pelanggan yang mengadu tentang keadaan bilik yang ada lipas.

ISTERI
Dah macam pesta lipas dah dalam bilik
tu! Awak tak periksa ke sebelum kami
masuk?

PUTERI
Dah periksa Puan. Tapi di Fantasia Inn
ni tak pernah lagi ada kes lipas.
Pelik tu.

SUAMI
Oh awak ni cakap isteri saya ni menipu
ke macam mana?

ISTERI
Sayangggggg...

SUAMI
Lipas-lipas berterbangan. Awak tahu
kan lipas kalau dah terbang, dia bukan
lipas lagi dah. Dia jadi binatang
lain, tahu kan????

PUTERI
Tahu Encik. Tapi En sabar dulu nanti
saya minta housekeeping periksa.

ISTERI
Tak ada. Kami nak duit kami balik!
Bilik tak semenggah macam tu. Geli
laaaaa.

PUTERI
Macam ni Puan, Encik. Apa kata saya
tukar En ke bilik lain. Saya bagi
bilik ada pemandangan kolam renang
boleh? Tak ada cas tambahan.

SUAMI
Tak nak!

ISTERI
Ya kami nak duit kami balik. Kami nak
cari resort lain yang lagi cantik.
Yang tak ada lipas.

Created using Celtx


3.

PUTERI
Kalau nak duit balik susah sikit lah
En..

ISTERI
Baik awak bagi kalau tak saya buat
live saya tular kan.

Isteri keluarkan HP dan cuba buat LIVE.

ISTERI
Hiiii follower semua, sekarang ni I
dengan suami tercinta nak pergi
honeymoon tapiiiiii...

SUAMI
Berapa orang view yang?

ISTERI
Dah 2 orang ni haa

PUTERI
Kejap cik, kejap...aduhhhh

Puteri serabut.

3 INT. OFFICE TUAN REJAB - DAY

Tuan Rejab dalam bilik tengah melayari laman web Fantasia


Inn. Dia terbaca reviu daripada pelanggan 'anonymous' yang
bagi 1 star kepada Fantasia Inn.

TUAN REJAB
Eh 1 star..siapa ni? Tak ada nama
pulak. 2 minggu lepas? Siapa pulak ni?

Dia pelik sebab pelanggan 'anonymous' tu banyak tinggalkan


rating 1 star kepada Fantasia Inn.

TUAN REJAB
Aikkk banyak pulak komen tak bernama
ni.

Dia membaca komen yang ditinggalkan.

TUAN REJAB
Servis teruk. Baik jual je resort
ni....

Tiba-tiba pintu diketuk. Dia panggil staff masuk.

Created using Celtx


4.

TUAN REJAB
Ya masuk.

STAFF 1
Boss apa ni? Kita dah kerja shift kan.
Kenapa nak kena ada OT pulak.

TUAN REJAB
Haa apa awak cakap ni. Cuba terangkan
dekat saya.

STAFF 1
Ni notis dekat papan notis tu. Cakap
mulai esok semua kena kerja OT tanpa
gaji. Lepas tu, cuti akan dibekukan.
Polisi baru Fantasia Inn. Jangan lah
macam ni Boss, cuti saya dah lulus
lama kot. Lama dah tak jumpa awek saya
ni. Rindu.

TUAN REJAB
Bila masa pulak saya keluarkan notis
ini????

STAFF 1
Tak boleh Boss, kang kami mogok kang
haaa

TUAN REJAB
Cuba bawak bertenang. Ishk kamu ni
pun..

4 INT. KITCHEN - DAY

Tuan Rejab ke cafe dan nampak cafe kosong. Dia tanya Gojie
kenapa cafe tak beroperasi.

TUAN REJAB
Gojie, ni kenapa cafe tak beroperasi
ni?

Gojie cakap stok tak sampai-sampai.

GOJIE
Macam mana nak beroperasi Tuan, stok
barang basah tak sampai-sampai. Tuan
kang tahu saya sebagai chef terkenal
tak boleh masak dengan bahan-bahan
yang tak segar. Reputasi tu, reputasi!

Created using Celtx


5.

TUAN REJAB
Ya ya kejap, sabar dulu. Jangan
tengking saya.

Tuan Rejab pelik.

5 INT. KAUNTER HADAPAN - DAY

Tuan Rejab ke kaunter sebab Puteri panggil berkenaan


pelanggan tadi. Mereka bising-bising nak batalkan tempahan
dan minta duit dipulangkan.

ISTERI
Mana Pengurus awak??? Saya nak jumpa
sekarang! Tengok ni guys, bayangkan
bilik ada lipas!

SUAMI
Berapa dah view yang?

ISTERI
Dah 8 orang bang haaaaa kejap lagi
mahu sampai 100 orang ni...

PUTERI
Sabar Puan, tak payah lah buat live.

Tuan Rejab tenangkan mereka dan pujuk mereka. Tapi mereka tak
nak dan minta duit jugak.

TUAN REJAB
Sabar Puan dengan Encik, benda boleh
bincang kita bincang.

SUAMI
Tak ada bincang-bincang...kami nak
duit kami balik.

PUTERI
Tuan, dorang cakap bilik dorang ada
lipas berterbangan. Pelik tu sebab
dekat sini mana pernah ada kes
lipas...

ISTERI
Dengar tu guys! Dia cakap I
menipuuuuuu!!!!

TUAN REJAB
Tak apa, tak apa. Macam ni, saya boleh
pulangkan duit Puan dengan Tuan tapi

Created using Celtx


6.

Puan kena tutup Live tu.

ISTERI
Okay boleh.

Tuan Rejab pulangkan duit mereka. Mereka beredar dari situ.

TUAN REJAB
Lain macam hari ini..aku rasa aku tahu
siapa yang pedajal kita ni..

6 EXT. ANYWHERE - DAY

MONTAGE:

1. Wook sedang telefon kilang.

WOOK
Hello ya, saya dari Fantasia Inn, hari
ini tak payah hantar stok barang basah
ya.

Dia letak HP dan senyum.

2. Wook sedang tunggu seseorang. Tiba-tiba datang sepasang


suami isteri tadi menemuinya. Wook hulurkan duit kepada
mereka.

SUAMI
Aik tak kan banyak ni je? Lakonan aku
tadi mantap kot.

WOOK
Dah dah blah blah kang orang nampak

Dia senyum.

7 INT. OFFICE TUAN REJAB - DAY

Tuan Rejab dengan semua staff stress dan serabut.

TUAN REJAB
Tenang semua, kita operasi macam biasa
je.

GOJIE
Macam mana Tuan, barang tak ada dekat
dapur. Saya tak boleh buat kerja kalau
tak ada barang.

Created using Celtx


7.

TUAN REJAB
Awak kan chef terkenal, mesti boleh
fikirkan menu yang terbaik guna apa
yang ada je.

Puteri cakap Madamme Trivola pulak tak ada dekat sini lagi
lah kucar-kacir.

PUTERI
Susah jugak Tuan, Madamme tak ada hari
ini, kemungkinan nak kucar kacir tu
tinggi...

TUAN REJAB
Sabar, jangan marah-marah. Kita hadapi
dengan tenang.

GOJIE
Jap, jap, Amran mana? Dia ni lagi
sorang, tengah ada masalah tak nampak
batang hidung pulak.

PUTERI
Amran balik kampung. Dia ada urusan..

GOJIE
Urusan apa pula????? Macam mana kau
tahu?

PUTERI
Dia beritahu lah. Dia kena selesaikan
urusan nenek dia naik pelamin. Tak
percaya tanya Tuan Rejab.

TUAN REJAB
Ha ah, dia ada mohon cuti. Ooooo nenek
kahwin ya...patut lah saya tanya dia
tak jawab, mesti jadi pengapit tu...

8 INT. CAR - DAY

Madamme Trivola tengah memandu dan membebel seorang diri


asyik kena pergi ke luar pulau untuk selesaikan urusan bank.

MADAMME TRIVOLA
Haa memang benda-benda macam ni aku
kena uruskan. Kena pergi bank je kot.
Kenapa tak ada orang yang boleh pergi?
Dia ingat dekat ke bank dengan resort
tu...yihhhh

Created using Celtx


8.

9 INT. OFFICE TUAN REJAB - DAY

Semua orang masih stress dan Tuan Rejab tak tahu nak buat
apa. Tiba-tiba dia terima panggilan daripada seorang
pelanggan - seorang jutawan bernama Yahya yang mahu
merealisasikan impiannya.

TUAN REJAB
Hello, ya assalamualaikum

YAHYA (V.O)
Waalaikummusalam. Ini Tuan Rejab
pemilik Fantasia Inn ke?

TUAN REJAB
Ya saya bercakap. Siapa ya?

YAHYA (V.O)
Saya Yahya. Begini, saya dapat tahu di
Fantasia Inn, semua fantasi boleh
direalisasi...

TUAN REJAB
Ya betul tu..ada apa-apa yang saya
boleh tolong?

YAHYA (V.O)
Okay, macam ni, saya sebenarnya tidak
mempunyai memori yang indah masa saya
kecik sebab kami dulu miskin. Sekarang
ni saya dah berjaya alhamdulillah,
menjadi seorang jutawan. Jadi saya nak
realisasikan impian saya untuk menjadi
kanak-kanak dan saya mahu di kelilingi
oleh kanak-kanak...

Tuan Rejab melihat misi mereka kali ini sebagai suatu peluang
untuk semua orang melepaskan segala tekanan perasaan mereka.

TUAN REJAB
Menarik! Boleh boleh. Memang di
Fantasia Inn, semua fantasi boleh
direalisasi dan Encik Yahya sampai
tepat pada masanya!

YAHYA (V.O)
Alhamdulillah, tapi sebenarnya saya
dah dalam perjalanan ni. Dalam sejam
macam tu sampai..

Created using Celtx


9.

TUAN REJAB
Tak ada masalah Encik Yahya...jumpa
nanti.

Tuan Rejab letak HP dan pandang semua orang. Dia beritahu


kepada semua orang kejap lagi mereka akan bergembira!

TUAN REJAB
Okay semua dengar ini! Kejap lagi kita
akan berseronok dan bergembira! Ada
fantasi yang perlu direalisasi! Jom!

10 INT. FANTASIA INN - DAY

Tengahari itu, Yahya sampai dan terkejut dengan sambutan yang


diberikan di Fantasia Inn. Ada belon-belon yang menyambut
kedatangannya dan semua orang di situ berpakaian dan
berpewatakan seperti kanak-kanak lingkungan umur 7-12 tahun.

SEMUA ORANG
Selamat datang ke Fantasia Inn!!!!

YAHYA
Wowwwww!!!

PUTERI
Hi nama kita Puteri, boleh panggil
kita Princess!

Puteri sambutnya dan bagi dia gula-gula. Yahya malu-malu.

YAHYA
Hi..err saya Yahya, panggil je Aye.
Kejap eh saya nak ambil beg dalam
kereta.

TUAN REJAB
Ala aye, tak payah. Tinggal je, nanti
boleh ambil. Tu kawan-kawan tengah
tunggu, pergi lah main dulu.

YAHYA
Encik...eh maksud saya awak siapa?

TUAN REJAB
Sayalah yang awak cakap dalam telefon
tadi tu. Panggil je saya Wan.

GOJIE
Aye, jom ah main! Kau reti main galah
panjang tak?

Created using Celtx


10.

PUTERI
Jom main lompat getah lahhhh.

GOJIE
Tak ada, tak ada, main galah panjang
dulu. Satu-satu lah. Jom!!! Kita
bahagi kumpulan! Kau dengan aku Aye!

Yahya dengan seronoknya merapati mereka dan berkenalan dengan


semua orang disitu.

11 MONTAGE

Montage mereka bermain beberapa permainan seperti baling


selipar, konda kondi, dan beberapa permainan lain. Ada Gojie,
Puteri, 2 orang staff lelaki dan seorang staff perempuan
bersama Yahya. Dia kelihatan gembira.

12 EXT. ANYWHERE - DAY

Selesai bermain, mereka semua terbaring kepenatan. Yahya


beritahu dia lapar dan tanya ada makanan tak.

YAHYA
Ya Allah dah lama tak rasa seronok
macam ni!!!!

PUTERI
Tapi mana aci, geng semua laki vs
perempuan. Kalah lah kami. Dah lah
kami berdua je.

YAHYA
Nanti kita main lagi eh. Aye masuk
geng princess.

GOJIE
Apa lak? Biasa ahhhh laki kena dengan
geng laki..

YAHYA
Geng, lapar lah, korang tak lapar ke?

PUTERI
Laparrrr tadi tak sempat makan..

GOJIE
Jom lah ke dapur tengok apa ada.

YAHYA
Eh jap, mana Wan?

Created using Celtx


11.

STAFF 1
Ala Wan kan budak skema, mesti tengah
baca buku dalam bilik dia tu.

STAFF 2
Jom geng ke dapur, lapar!!!!!

Mereka berlalu pergi ke kitchen.

13 INT. KITCHEN - DAY

Di dapur, mereka geledah peti dan makan apa yang ada di


dapur.

YAHYA
Boleh makan ke ni?

GOJIE
Apsal pulak tak boleh? Boleh je, cari
je apa yang korang nak.

Ada yang berebut makanan dengan Yahya.

YAHYA
Weh ada waffle!!!! Sedapnya ni makanan
kegemaran saya masa kecil ni.

STAFF 1
Aku jumpa dulu! Bagi aku!

YAHYA
Tapi saya yang nampak dulu tu, cuba
tengok dalam tu ada lagi tak?

STAFF 1
Tak nak, aku nak yang kau punya.

PUTERI
eee awak ni kenapa???? Aye jumpa dulu
kan, siapa cepat dia dapat lah..

YAHYA
Eh tak pe, tak pe. Ambil je.

GOJIE
Weh ada kek laaaaa! Kek semalam ni tak
habis ni!

STAFF 3
Saya nak apple tu.

Created using Celtx


12.

Mereka semua makan dengan cara tersendiri.

PUTERI
Apa pergi makan kek dengan sos
tomato?????

GOJIE
Sedap la! Aye cuba kau rasa, sedap.

Yahya cuba. Lepas tu dia nak muntah. Mereka gelak.

GOJIE
Ni dulu tak boleh buat macam ni, mesti
kena marah.

Yahya tengok pulak seorang Staf yang tengah makan apple cicah
kicap.

YAHYA
Ya allah, ni kenapa makan apple cicah
kicap? Macam-macam la korang ni.

STAFF 3
Sedap. Nah cuba.

Yahya cuba.

YAHYA
Eh boleh tahan sedap jugak. Rasa masam
manis.

Mereka yang lain nak cuba juga.

PUTERI
Nak cuba!!

GOJIE
Nakkkkkkk!

Selesai makan, mereka semua tersandar kekenyangan. Yahya


angkut pinggan nak pergi basuh tapi Puteri ajak dia sambung
main.

PUTERI
Eh aye, nak buat apa tu?

YAHYA
Basuh pinggan...

PUTERI
Tak payah la, tinggalkan je. Kita mana

Created using Celtx


13.

reti basuh pinggan, nanti pecah.

YAHYA
Nanti ada orang marah kalau tak
basuh..

GOJIE
Siapa yang nak marah? Jom sambung
main, nak main bola.

YAHYA
Tapi...

PUTERI
jom jom!

Puteri tarik dia ke luar untuk sambung main. Mereka semua


ikut. Ada seorang staff dah tertidur.

14 EXT. PERKARANGAN RESORT - DAY

Mereka di perkarangan resort, Gojie ajak mereka main bola


tetapi Puteri nak mereka main pondok-pondok. Puteri dan Gojie
bergaduh dan saling ejek-mengejek.

GOJIE
Jom main bola!

PUTERI
Ala tak nak, nak main pondok-pondok

STAFF 2
Nak jadi pengantin!

GOJIE
Woi! Kita lelaki kena main bola

PUTERI
Asyik main permainan korang je, main
lah permainan kami pulak.

STAFF 3
Tau tak pe..

GOJIE
Tak nak! kita main bola

PUTERI
Main sorang-sorang, kami tak nak main.
Kami nak main pondok-pondok.

Created using Celtx


14.

Dua-dua tak nak mengalah dan bergaduh. Puteri dan staff


perempuan nak Yahya main pondok-pondok dengan mereka. Tapi
Gojie dan staff lelaki nak main bola.

STAFF 3
Aye main lah dengan kami.

STAFF 2
Tak ada, Aye main bola dengan kami.
Tak cukup geng ni.

STAFF 3
Pergi lah kejut yang tidur dekat dapur
tu!

YAHYA
Korang, dah lah jangan gaduh.
Perlahankan suara..

PUTERI
Kenapa pulak?

YAHYA
Nanti Bapak marah...

GOJIE
Kita mana ada bapak!

Yahya seperti tersentak.

YAHYA
Err saya nak ke tandas kejap. Perut
tak sedap lah.

PUTERI
Ni mesti makan apple cicah kicap tadi
tu.
(kepada Staff 3)
Kau lah ni bagi Aye makan bukan-bukan.

STAFF 3
Apa pulak aku!!!

YAHYA
Korang dah, dah. Aye nak ke tandas
basuh muka je. Aye okay. Nanti kita
main ya. Kejap je.

Yahya beredar ke toilet. Dia berselisih dengan staff 1 yang


sudah bangun dari tidur dan menuju ke mereka. Gojie dengan
Puteri masih bertekak pasal permainan. Masing-masing tak nak

Created using Celtx


15.

mengalah. Tuan Rejab yang kebetulan lalu perasan mereka


tengah bergaduh.

TUAN REJAB
Apa gaduh-gaduh ni?

PUTERI
Haa bagus Wan ada dekat sini. Wan, wan
nak main pondok-pondok tak?

TUAN REJAB
Nak!!!! Nak masak-masak!

GOJIE
Wan!!!! Apa ni? Kita main bola lah.

TUAN REJAB
Alamak, best jugak main bola. Kita
main dua-dua lah, nak?

Tuan Rejab perasan Yahya tak ada, dia tanya Yahya pergi mana.

TUAN REJAB
Eh kejap, mana Aye?

STAFF 1
Dia pergi tandas.

PUTERI
Cepat lah buat keputusan nak main apa
ni?

15 INT. KITCHEN - DAY

Dalam perjalanan ke toilet, Yahya lalu ke kitchen. Dia tengok


kitchen yang bersepah sebab mereka makan dan tak kemas. Tiba-
tiba Yahya terdengar suara seorang lelaki memarahinya sebab
tak basuh pinggan. Suara tersebut sebenarnya hanya dalam
kepalanya sendiri.

SUARA LELAKI (V.O)


Berapa kali aku nak cakap lepas makan
kemas sendiri! Kau ingat rumah ini ada
orang gaji ke?

Yahya minta maaf berkali-kali.

YAHYA
Aye minta maaf. Aye nak kemas tadi.
Aye kemas sekarang. Tolong maafkan
Aye. Tolong.

Created using Celtx


16.

SUARA LELAKI (V.O)


Kau ni memang suka buat aku marah!!!!

YAHYA
Jangan. Aye mintak maaf. Aye kemas
sekarang. Tolong.

Tuan Rejab muncul dan tengok Yahya yang sedang duduk peluk
lutut sambil minta maaf. Dia merapati Yahya dan tanya kenapa.

TUAN REJAB
Eh Aye, kenapa ni? Aye!

Yahya tersedar. Dia cakap ada orang marahkan dia sebab tak
basuh pinggan.

YAHYA
Kena basuh pinggan nanti kena marah.
Tadi ada orang marah dah.

TUAN REJAB
Eh mana ada orang dekat sini. Aye okay
tak?

YAHYA
Okay, okay...

TUAN REJAB
Ada momok ke dekat dapur ni? Gojie tak
pernah cakap pun hmmm...

YAHYA
Nak kena basuh pinggan...

TUAN REJAB
Tak payah, tak payah...

Tiba-tiba ada bunyi kaca pecah di luar. Mereka berdua


terkejut.

16 INT. LOBBY - DAY

Di lobby, ada Gojie, Puteri dan semua staff.

STAFF 3
Haa haa tak tahu, siapa buat...

STAFF 2
Haa haa tak tahu...

Yahya dan Tuan Rejab sampai. Mereka perasan ada cermin pecah

Created using Celtx


17.

dan ada bola di situ. Tuan Rejab marah dan tanya siapa yang
pecahkan cermin tu.

TUAN REJAB
Apa dah jadi ni? siapa buat ni????

Masing-masing tunjuk dekat semua orang yang berbeza.

GOJIE
Dia!
(tunjuk ke staff 2)

STAFF 1
Dia!
(tunjuk ke staff 3)

STAFF 2
Saya tak buat, dia yang buat!
(tunjuk ke Puteri)

PUTERI
Apa pulak! Korang lah yang buat.
Itulah tadi kalau kita main pondok-
pondok tak kan jadi macam ni. Gojie
yang sepak bola tu tadi.

GOJIE
Diamlah! Mana ada.

STAFF 3
Ya Gojie yang sepak tadi.

STAFF 1
Betul.

GOJIE
Engkau lah yang tak tangkap! Cakap aku
pulak!

STAFF 1
Ye lah engkau yang sepak!

GOJIE
Kau nak aku sepak kau ke?

STAFF 1
Eleh, aku pun boleh sepak kau lah!

Created using Celtx


18.

GOJIE
Meh sini lah! Kita gaduh!

STAFF 1
Apa???!!!!

GOJIE
Apa???!!!!

Mereka bergaduh sampai nak bertumbuk. Tuan Rejab dan Yahya


leraikan mereka.

YAHYA
Korang dah lah jangan gaduh. Tak baik
gaduh-gaduh!

TUAN REJAB
Sudah! Jangan gaduh. Kalau salah ngaku
je lah salah.

PUTERI
Korang tak payah lah gaduh!!!!

Tuan Rejab dan Yahya marahkan mereka tapi mereka kena marah
balik.

GOJIE
Korang jangan masuk campur eh.

STAFF 1
Haaa ya, kalau korang tak puas hati
jom lah kita gaduh.

GOJIE
Apa???!!! Meh sini lah!

YAHYA
Korang kita kan semua kawan..

TUAN REJAB
Dia marah kita pulak.

STAFF 3
Dah lah malas dah nak main dengan
korang. Puteri jom kita main sama-
sama, tinggalkan dorang.

PUTERI
Jom...budak lelaki ni semua macam
ni..tak nak ajak korang main lagi dah!

Created using Celtx


19.

GOJIE
Aku pun tak nak lah main dengan
korang. Main sendiri lagi seronok.

Mereka semua merajuk tak nak main lagi. Yahya mula nampak
keburukan dunia barunya.

YAHYA
Korang jangan lah macam ni..hmmm jadi
macam ni pulak...

17 INT. LOBBY - DAY - CONTINUOUS

Tuan Rejab dengan Yahya tengah kemas cermin yang pecah. Yahya
beritahu yang dunia baharu dia ni kena ada seorang dewasa
untuk mendisiplinkan mereka semua.

TUAN REJAB
Saya minta maaf Aye sebab jadi macam
ni pulak.

YAHYA
Eh tak ada apa lah Wan. Saya dah biasa
masa kecik kena buat benda ni..

TUAN REJAB
Apa maksud Aye?

YAHYA
Tak ada apa-apa. Tapi kan saya rasa
kita kena ada sorang dewasa lah untuk
disiplin kita semua ini.

Tuan Rejab cakap dia boleh jadi orang dewasa.

TUAN REJAB
Saya setuju. Biar saya lah jadi orang
dewasa. Mesti dorang akan takut dengan
saya.

YAHYA
Tak boleh Wan. Wan dah dari awal lagi
dengan kami. Kami dah ingat Wan macam
kami dah. Ada orang lain tak?

TUAN REJAB
Betul juga tu. Tak ada orang lain, ada
seorang tu Madamme Trivola tapi dia
dekat luar pulak. Ada urusan. Dalam
malam macam tu baru dia balik rasanya.

Created using Celtx


20.

YAHYA
Hmm macam mana ya...

18 EXT. PERKARANGAN RESORT - DAY

Wook sedang curi-curi masuk ke Fantasia Inn. Dia merancang


untuk teruskan rancangan dapatkan kembali Fantasia Inn.

WOOK
Mesti resort tak beroperasi hari ini.
Aku nak pergi potong kabel elektrik
pulak biar mereka semua bergelap
lepastu tinggalkan resort ni.

Tanpa sedar Wook berjalan di lobby tempat Yahya dan Tuan


Rejab berada. Dia tak perasan Yahya dan Tuan Rejab ada
disitu.

19 INT. LOBBY - DAY

Yahya yang sedang memikirkan cara untuk mendisiplin kawan-


kwan mereka nampak Wook sedang menyelinap masuk ke lobby.

YAHYA
Eh tu siapa Wan? Mungkin dia boleh
bantu kita?

Dia tunjuk kepada Tuan Rejab. Tuan Rejab toleh dan nampak
Wook.

TUAN REJAB
Siapa tu? Eh itu Wook! Apa dia buat
dekat sini. Dia ni kan nak kena ni.

YAHYA
Oh Wan dah kenal eh dia siapa?
Baguslah!

Yahya panggil Wook.

YAHYA
Bang!!! Bang!

Wook terkejut.

WOOK
Alamak kantoi pulak

Dia cuba lari tapi Tuan Rejab halang dia.

Created using Celtx


21.

YAHYA
Eh jangan lari bang!

TUAN REJAB
Wook, berhenti!

WOOK
Aku tak buat apa pun!

TUAN REJAB
Habis tu kenapa kau lari?

YAHYA
Wan, siapa ni? Korang dua dah kenal
ke?

TUAN REJAB
Ini Wook, dia rakan kongsi saya di
Fantasia Inn.

YAHYA
Oh cantik sangat lah tu.

TUAN REJAB
Tapi dia ni suka buat masalah dekat
sini..

WOOK
Dah memang aku ada hak kan? Tapi
kejap, kenapa korang berpakaian macam
budak-budak belum baligh ni?

YAHYA
Haa itu lah ceritanya. Sebenarnya saya
pelanggan dekat sini. Fantasi saya nak
kembalikan kehidupan masa saya kecil.
Sebab itu kami jadi budak-budak ni.
Tapi bila dah jadi budak-budak,
masalah pulak sebab tak ada orang yang
boleh kawal kami semua...

WOOK
Habis tu apa kena mengena dengan aku?

YAHYA
Sudi tak kalau Wook jadi ayah angkat
kami? Kami akan dengar semua arahan
dan suruhan Wook.

TUAN REJAB
Tak payah lah Aye, saya tak percaya

Created using Celtx


22.

dekat dia ni..

WOOK
Kejap kejap, maksudnya aku seorang
orang dewasa dalam ni dan korang semua
kena ikut arahan dan suruhan aku?

YAHYA
Ya betul. Wook jangan risau, saya
boleh bayar Wook. Nanti kita bincang
kemudian pasal bayaran.
(kepada Tuan Rejab)
Wan, kita memang perlukan orang
dewasa. Macam mana Wook? Setuju?

Wook bersetuju sebab dia nampak peluang untuk 'merampas'


takhta di Fantasia Inn.

WOOK
Baik, memandangkan Encik ni pelanggan
disini dan saya pun ada saham dalam
resort ini, saya setuju.

YAHYA
Yeay! Terima kasih Wook.

Wook senyum tetapi Tuan Rejab membisikkan sesuatu kepadanya.

TUAN REJAB
Jangan buat benda yang bukan-bukan ya.

Wook ikut Yahya. Tuan Rejab tak mengalihkan padangan dari


Wook.

20 INT. CAFE - DAY

Tuan Rejab dan Yahya memanggil semua orang. Mereka berdua


memperkenalkan Wook sebagai ayah angkat mereka.

TUAN REJAB
Okay semua orang dengar sini. Sebab
semua orang nakal sangat, saya dengan
Aye dah bersetuju untuk dapatkan
seorang ayah untuk kita semua.

YAHYA
Ya betul, kenalkan Ayah kita. Aye
harap kita semua dapat terima Ayah
kita dan dengar apa dia cakap ya.

Mereka semua gembira. Tapi Gojie tak suka.

Created using Celtx


23.

PUTERI
Hi Ayahhhh!

GOJIE
Kenapa dia ni pulak jadi Ayah...ishkkk

Wook suruh mereka berdiri dengan tegap seperti melatih askar.


Dia menyuruh mereka memanggilnya dengan nama Tuan, bukan
ayah.

WOOK
Senam diri!!!! Kamu semua nakal ya!
Bukan main lagi semua orang eh. Lepas
ini semua kena dengar cakap aku. Jaga
sedia!

YAHYA
Baik Ayah...

WOOK
Jangan panggil aku Ayah. Panggil aku
Tuan!

TUAN REJAB
Hah kenapa pulak?

WOOK
Jangan melawan!

YAHYA
Baik Tuan.

WOOK
Sekarang Ayah korang ni penat nak
berehat. Semua pergi sediakan bilik
untuk aku berehat. Bilik yang paling
cantik dan selesa!

Wook kenakan Tuan Rejab dan beberapa staff lain.

WOOK
Wan bawak 3 orang cuci tandas.

TUAN REJAB
Hah?

WOOK
Sekarang!

Tuan Rejab panggil Staff 1 dan 2 tolong dia cuci tandas.


Mereka semua mulakan kerja masing-masing. Wook senyum puas.

Created using Celtx


24.

21 INT. BILIK - DAY

Di bilik, Puteri, Gojie, Yahya dan seorang Staff tengah


mengemas untuk Wook. Yahya sapu lantai. Puteri dengan Staff 3
tukar cadar. Gojie pula lap barang-barang. Mereka membebel
sesama sendiri.

PUTERI
Tak sukanya kena mengemas...

STAFF 3
Entah apa-apa tah, benci lah

GOJIE
Aye lah ni pandai-pandai dapatkan Ayah
untuk kita. Ayah dah macam sarjan
askar.

YAHYA
Sebab korang semua nakal sangat. Aye
risau. Kita perlukan seorang Ayah
untuk lindungi kita kalau jadi apa-
apa.

PUTERI
Mana ada lindung..ni kena kerja..

YAHYA
Maksud Aye kalau apa-apa jadi Ayah ada
untuk tolong kita. Ala biasalah
walaupun kecik kita kena berbakti pada
orang tua kan..

GOJIE
Tak ada, aku tak puas lagi bermain.
Aku nak pergi lastik burung dekat
luar. Siapa nak ikut? Jom!

PUTERI
Nak ikut!!!

YAHYA
Eh Gojie jangan la, kalau Ayah nampak
nanti dia marah macam mana?

PUTERI
Ha ah betul jugak. Tak nak lah ikut.
Takut.

GOJIE
Tak kira nak pergi main lastik jugak.

Created using Celtx


25.

Yahya cuba halang takut nanti Wook marah tapi Gojie degil.
Dia terus keluar.

YAHYA
Gojie! Aduhhhh keras kepala betul lah
Gojie ni...

PUTERI
Tak apa, kita siapkan kerja kita je.

Yahya dengan Puteri siap mengemas. Wook masuk dan tengok


sekeliling.

WOOK
Dah siap dah?

YAHYA
Dah Tuan!

WOOK
Macam ni lah bagus. Bukan asyik main
je sepanjang masa.

Wook perasan Gojie tak ada, dia tanya mereka Gojie dekat
mana.

WOOK
Kejap, mana seorang lagi? Tadi bukan
korang berempat ke?

Mereka semua senyap.

WOOK
Kenapa senyap semua ni? Mana seorang
lagi?????!!!!

PUTERI
Dia dengan Wan kot Tuan.

WOOK
Kalau aku pergi sana dia tak ada, siap
korang.

STAFF 3
Dia pergi lastik burung Tuan!

YAHYA
Ish jangan la beritahu.

WOOK
Berani dia! Memang nak kena ni!

Created using Celtx


26.

Sekarang ni korang semua pergi ke


dapur siapkan makanan untuk aku.

PUTERI
Tuan...kalau saya nak rehat kejap
boleh tak? Kejap je.

WOOK
Rehat sambil masak sebab aku dah
lapar!

YAHYA
Rehat sambil masak? Macam mana tu?

WOOK
Banyak cakap pulak. Pergi sekarang!
Aku nak pergi cari si Gojie ni.

Mereka akur.

22 INT. TANDAS - DAY

Tuan Rejab dan beberapa orang staff tengah mencuci toilet.


Tuan Rejab kelihatan sedang memenangkan dirinya sendiri.

TUAN REJAB
Sabar, sabar..untuk pelanggan.
Sabar...

23 INT. LOBBY - DAY

Kedengaran suara Gojie mengira dari satu sehingga sepuluh.


rupanya dia didenda oleh Wook untuk ketuk ketampi.

GOJIE
Satu...dua..tiga...

WOOK
Turun sampai habis jangan mengelat!

24 EXT. ANYWHERE - DAY

Madamme Trivola yang sudah selesai urusan tak sabar nak balik
sebab nak berehat.

MADAMME TRIVOLA
Selesai jugak akhirnya. Sampai ke
petang. Tak sabar nak balik nak tidur!
Budak-budak dekat resort tu mesti
tengah senang lenang sebab aku tak
ada...Untunglah Tuan Rejab dapat

Created using Celtx


27.

pekerja berdedikasi macam aku...

25 EXT. SWIMMING POOL - DAY

Wook sedang bersenang lenang sambil dilayan seperti raja oleh


staff Fantasia Inn. Gojie tengah mengurut bahunya manakala
Puteri suapnya dengan anggur. Staff lain memayungnya daripada
terkena matahari. Yahya pegang segelas air dan kadang-kadang
memberi Wook minum. Tuan Rejab datang dengan dulang makanan.

TUAN REJAB
Pencuci mulut Tuan...

WOOK
Apa itu?

TUAN REJAB
Creme brulee

WOOK
Tak nak. Aku selalu lepas makan kena
hisap paip. Tapi tembakau aku habis.
Kau pergi belikan tembakau untuk aku
kejap.

TUAN REJAB
Hah mana boleh hisap paip dalam resort
ni, hisap vape pun tak boleh.

WOOK
Tak sekarang ni siapa Ayah? Kau ke
aku?

Tuan Rejab tunjuk pada Wook.

WOOK
Haa tau pun, pergi belikan aku
tembakau paip.

TUAN REJAB
Tapi saya dah tak ada duit Tuan, dah
beli untuk makanan dengan pencuci
mulut ni tadi...

Wook bengang dan marah Tuan Rejab.

WOOK
Tak kan duit kau dah habis? Duit-duit
tabung tak ada ke? Pergi korek duit
tabung lah

Created using Celtx


28.

YAHYA
Tapi tuan sebagai Ayah kenalah bagi
duit ke Wan..nafkah tu

PUTERI
Tapi kalau bagi duit pun mana boleh
budak-budak pergi beli tembakau...

GOJIE
Entah, tahu tak pe..

WOOK
DIAM!!! Banyak pulak bunyi korang eh.
Hmm aku pulak tak bawa duit...

Tiba-tiba Wook ada idea, dia suruh semua staff tukar baju,
pakai baju buruk.

WOOK
Okay aku tahu! Sekarang ni korang
pergi masuk dalam....

PUTERI
Dah boleh makan ke????

WOOK
Ada aku cakap suruh bersuara? Tak ada
kan?

Puteri tunduk.

WOOK
Korang masuk dalam tukar baju, pakai
baju yang paling buruk sekali..lepas
tu keluar pergi mengemis bawa balik
duit..

Mereka semua terkejut. Tuan Rejab tak setuju dan bangkang.

TUAN REJAB
Mana boleh! Itu dah masuk dalam
penganiayaan kanak-kanak! Aku tak
setuju!!

Wook cuba berlakon sebab dia nampak Tuan Rejab seperti betul-
betul marah.

WOOK
Astagfirullah, berani awak kurang ajar
dengan saya? Saya ni Ayah awak! Semua
tu untuk duit poket anak-anak saya.

Created using Celtx


29.

Saya nak ajar semua orang yang duit


bukan jatuh dari langit! Sebagai
seorang Ayah, dah menjadi
tanggungjawab saya untuk mengajar
awak. Mari sini.

Wook marah dan denda Tuan Rejab. Dia kurung Tuan Rejab dalam
stor. Semua orang hanya melihat tanpa berani buat apa-apa.

WOOK
Kepada semua anak-anak Ayah, Ayah ajar
Wan ni sebab Ayah sayang dekat dia.
Jangan sesiapa bukak pintu stor ni.
Faham?!

Semua akur.

SEMUA
Faham.

Yahya seperti tersentak dan terdengar suara orang dewasa


tadi.

SUARA LELAKI (V.O)


Engkau ni suka buat aku marah! Duduk
dalam tu sampai kau menyesal!!!

Puteri perasan dan sedarkan Yahya. Yahya tersedar.

PUTERI
Ayee...

YAHYA
ye saya...

PUTERI
Awak okay tak?

YAHYA
Okay, okay.

26 INT. LOBBY - DAY

Mereka semua dah tukar baju buruk dan bergerak untuk pergi
mengemis.

27 EXT. DEPAN PINTU BILIK STOR - DAY

Tuan Rejab ketuk pintu suruh lepaskan dia dengan kuatnya.

Created using Celtx


30.

TUAN REJAB (O.S)


Lepaskan aku! Woi!!!! Lepaskan aku.

Wook merapati pintu.

WOOK
Siapa suruh kurang ajar dengan Ayah
lagi. Kan dah kena.

TUAN REJAB
Kau bukan ayah betul lah! Ini semua
untuk realisasikan fantasi Yahya.
Lepaskan aku sebelum aku hubungi
polis!

WOOK
Silakan, aku akan cakap ini semua
lakonan. Kau pun tahu ini semua
lakonan untuk pelanggan kau. Macam ini
lah, kita tukar nak? Aku lepaskan kau,
kau lepaskan Fantasia Inn ke aku? Nak?

TUAN REJAB
Merepek!

WOOK
Okay baik. Duduk lah situ. Kalau dah
berubah fikiran beritahu ya. Selamat
tinggal Tuan Rejab.

TUAN REJAB
Woi Wook! Kau jangan main-main!

Wook tinggalkan Tuan Rejab sendirian.

28 INT. LOBBY - NIGHT

Di lobby, Gojie, Puteri, Yahya dan beberapa orang staf lain


baru balik dari mengemis. Mereka berjumpa dengan satu sama
lain dan bertanyakan berapa kutipan kerja mengemis mereka
dapat.

YAHYA
Korang, berapa korang dapat?

GOJIE
Mana dapat apa.

Gojie tanya Staff 1, 2, 3.

Created using Celtx


31.

GOJIE
Korang dapat berapa?

Masing-masing hanya menggelengkan kepala.

PUTERI
Puteri pun dapat RM5 je. Tu pun Abang
kedai hujung simpang sana yang bagi.

YAHYA
Sebab maghrib kot, orang balik rumah
semua. Tadi tak ramai orang kan?

PUTERI
Ha ah, apa kata lepas ni kita pergi
lagi nak?

GOJIE
Eh kau beria sangat ni kenapa Puteri?

PUTERI
Kita tak nak kena kurung macam Wan.
Macam mana ni?

GOJIE
Susah jugak eh jadi budak-budak
ni..ingatkan seronok-seronok je. Kena
kerja pulak...

PUTERI
Awak ah yang nakal, kalau tak kita
seronok je siang tadi

STAFF 1
Betul tu..

GOJIE
Apsal aku pulak? Korang pun sama ehhhh

YAHYA
Dah dah, jangan gaduh. Kita kena
bersama, tak boleh gaduh-gaduh macam
ni. Tak pe, kita terus terang je
dengan Ayah.

STAFF 2
Siapa nak cakap? Saya tak nak.

STAFF 3
Saya pun tak nak..

Created using Celtx


32.

GOJIE
Jangan nak suruh aku pulak eh

PUTERI
Habis tu tak kan kita pulak, tak nak,
kita takut dengan Ayah.

YAHYA
Macam ni, macam ni. Kita lap tali lap
taplom nak? Siapa kalah kena beritahu
Ayah.

Mereka semua lap tali lap untuk pilih siapa yang akan
beritahu Wook.

29 INT. BILIK STOR - NIGHT

Tuan Rejab keluarkan HP dan cuba hubungi Madamme Trivola.


Tapi tak dapat. Dia cuba berkali-kali tetapi gagal.

TUAN REJAB
Kenapa pulak Madamme tak angkat HP ni.
Tak kan aku nak panggil polis? Sebab
betul juga apa Wook tu cakap, ni semua
lakonan. Macam mana ni.

Dia cuba lagi hubungi Madamme Trivola.

TUAN REJAB
Angkat lah Madamme!!!

30 EXT. SWIMMING POOL - NIGHT

Wook dekat kawasan kolam renang semasa Yahya dan kawan-


kawannya datang menghampiri.

WOOK
Haaa anak-anak Ayah semua dah balik.
Macam mana? Berapa dapat?

Mereka semua diam. Wook pelik.

WOOK
Aik dah bisu dah semua?

Yahya tampil dan beritahu mereka semua tak dapat hasil.

YAHYA
Dapat RM5 je tuan.

Created using Celtx


33.

WOOK
Hah? RM5 je? Korang semua pergi kerja
ke tidak?!!!!!

Semua menjawap dengan takut.

SEMUA
Pergi..pergi...

WOOK
Habis tu mustahil lah dapat Rm5 je!!

GOJIE
Dah puas pusing satu pulau Tuan.
Mungkin kalau Tuan bagi modal beli
tisuue ke, boleh kami bagi dekat
sesiapa yang bagi duit...

Wook mengamuk dan piat telinga Gojie.

WOOK
Kau ingat lawak????? Haaa???? Kau
ingat kelakar ke???? Mari sini kau!!

GOJIE
Sakit Tuan, sakit! Tolong..

PUTERI
Jangan denda kami Tuan...

Puteri menangis. Yang lain juga merayu minta dilepaskan.


Staff 1 dan 2 cuba lari tapi berjaya di tangkap dengan Wook.

WOOK
Ooo pandai nak lari ya.

STAFF 1
Maaf tuan, maaf..

Dia piat telinga semua orang.

31 INT. BILIK STOR - NIGHT

Tuan Rejab dengar mereka menangis dari dalam bilik stor. Dia
menjerit suruh Wook berhenti.

TUAN REJAB
Wook! Kau buat apa dekat budak-budak
tu! Jangan apa-apa kan mereka! WOOK!!!

Tiba-tiba HPnya berbunyi. Madam Trivola menelefonnya. Tuan

Created using Celtx


34.

Rejab terus meminta Madam Trivola tolong.

TUAN REJAB
Madamme!! Hello Madamme!!!!!

MADAMME TRIVOLA (V.O)


Ya Tuan Rejab..kenapa call saya tadi.
Saya singgah kedai beli makanan kejap.
Lapar lah.

TUAN REJAB
Awak dekat mana sekarang ni? Balik
cepat!

MADAMME TRIVOLA
Dalam perjalanan dah ni, kejap lagi
sampai. Kenapa tu Tuan?

TUAN REJAB
Cepat! Awak kena tolong budak-budak
ni! Wook tengah mengamuk.

Tuan Rejab menceritakan kepada Madamme Trivola apa yang


berlaku.

32 EXT. PERKARANGAN RESORT - NIGHT

Madam Trivola sampai ke Fantasia Inn. Dia terkejut tengok


resort yang dah tunggang-langgang. Dia perlahan-lahan
menyelinap masuk dan mengintai Wook yang masih memarahi
staffnya bersama Yahya.

MADAMME TRIVOLA
Astagfirullah, apa kena dengan si Wook
ni?! Itu lah kot Yahya tu. Macam mana
aku nak tolong ni? Hmmm fikir Madamme,
fikir!

Tiba-tiba dia dapat idea.

33 EXT. SWIMMING POOL - NIGHT

Wook sedang memarahi dan mendenda mereka semua. Mereka kena


tetuk ketampi. Madam Trivola masuk dan mula membebel. Dia
berlakon menjadi emak kepada mereka semua. Dia membebel
seperti seorang mak membebel.

MADAMME TRIVOLA
Ya Allah, apa dah jadi niiiii??? Aku
tinggal kejap je dah macam kapal pecah
dah tempat ni. Dengan bersepahnya

Created using Celtx


35.

semua benda! Memang aku seorang je


dekat rumah ni buat kerja, masak aku,
kemas rumah aku, cuci kain lipat baju
semua aku. Ada anak-anak tak ada
seorang nak tolong! Asyik bermain je.
Tu dah kenapa kena ketuk ketampi tu???

Mereka semua terkejut. Wook merapati Madam Trivola.

WOOK
Eh kejap kejap..awak siapa pulak?

MADAMME TRIVOLA
Abang jangan macam-macam ya. Dah lupa
dah bini sendiri? Saya suruh jaga
budak-budak tu kejap je bang..saya ada
urusan dekat luar sana. Awak buat apa
dengan budak-budak ni Ya Allah..

WOOK
Aik sejak bila aku ada bini?

MADAMME TRIVOLA
Jangan buat lawak eh abang...

Madamme Trivola sempat mengenyit mata kepada Puteri. Puteri


yang faham terus merapati Madam Trivola sambil menangis.

PUTERI
Ibuuuuuuu!!!!!

MADAMME TRIVOLA
Alala kesian nya anak Ibu...kenapa ni
sayang????

PUTERI
Ibuuuu

Yang lain yang sudah faham juga merapati Madamme Trivola dan
menangis. Hanya tinggal Yahya yang terpinga-pinga dan Wook
yang tak boleh buat apa.

SEMUA
Ibuuuuuuu!!!!

MADAMME TRIVOLA
Masam-masam bau anak Ibu semua ni ya
Allah. Tak mandi lagi ke? Dah nak
masuk isyak dah ni.

Madamme Trivola nampak Yahya yang terpinga-pinga.

Created using Celtx


36.

YAHYA
Ayeeee, mari sini. Kesian anak Ibu.
Kena denda dengan Ayah ya..kesian dia.
Dah, jom kita masuk dalam mandi. Dah
makan dah semua?

GOJIE
Belum Ibu! Laparrrrr

WOOK
Kejap-kejap apa dah jadi ni...

MADAMME TRIVOLA
Abang, saya kecewa dengan abang! Dah
semua jom kita masuk, mandi lepas tu
kita makan ya..jom masuk.

Madamme Trivola bawa mereka masuk ke resort, tinggalkan Wook


sendirian. Wook bengang sebab rancangannya terbantut tapi tak
boleh nak buat apa-apa.

34 INT. CAFE - NIGHT

Mereka semua di meja makan. Semua sudah mandi dan tukar baju.
Madam Trivola hidangkan mereka dengan makanan. Wook pun ada
dimeja.

MADAMME TRIVOLA
Haa macam ni lah, dah mandi dah wangi
dah anak-anak ibu semua ya. Jom kita
makan jom. Kesian dia lapar ya.

Mereka tak berani makan sebab Wook ada sekali di meja. Lepas
dah hidang, Madam Trivola duduk dan suruh mereka makan. Madam
Trivola sebagai ibu dan isteri nasihatkan Wook jangan kasar-
kasar dengan anak-anak.

MADAMME TRIVOLA
Haa tunggu apa lagi..makan lah.

Gojie mula makan dulu. Lepas itu, semua orang ikut. Mereka
semua makan dengan berhati-hati. Wook hanya memerhatikan
saja. Madamme Trivola hidangkan makanan untuk Wook.

MADAMME TRIVOLA
Awak ni pun, kasar sangat dengan anak-
anak kita. Cuba berlemah lembut sikit
dekat anak-anak tu.

WOOK
Bila masa saya berkasar? Saya cuma nak

Created using Celtx


37.

kena ajar mereka.

Madamme Trivola duduk bersama mereka.

MADAMME TRIVOLA
Kalau tak berkasar, habis saya balik
tadi budak-budak ni melalak melaung
macam tu kenapa..

WOOK
Dorang semua mengada-ngada..

Madamme Trivola sambil borak sambil teks Tuan Rejab. Dia


tengah fikir idea macam mana nak selamatkan Tuan Rejab. Wook
perasan Madamme Trivola tengah taip sesuatu dan tanya dia.

WOOK
Awak tengah menaip apa dengan siapa
tu? Tak habis lagi ke kerja?

MADAMME TRIVOLA
Eh tak ada lah bang. Tambah nasi tu
bang..

WOOK
Awak tak makan ke?

MADAMME TRIVOLA
saya dah kenyang tengok anak-anak
berselera makan. Saya ke dapur kejap
ya bang, ambil air. Awak nak air apa,
saya buatkan.

Madamme Trivola berlalu pergi.

35 EXT. DEPAN PINTU BILIK STOR - NIGHT

Madam Trivola depan pintu bilik stor dan cuba hubungi Tuan
Rejab. Tapi pintu bilik stor dikunci dengan mangga jadi dia
tak dapat buka. Kunci ada dengan Wook.

MADAMME TRIVOLA
Tuan, oo tuan...

TUAN REJAB (O.S)


Madamme! Syukur awak dah balik.

MADAMME TRIVOLA
Budak-budak tu dah selamat dah. Wook
pulak percaya saya bini dengan Mak
budak-budak tu. Tapi pintu ni tak

Created using Celtx


38.

boleh bukak Tuan, si Wook tu kunci.

TUAN REJAB
Kunci tu ada dengan dia. Cepat Madamme
sebelum dia buat hal lagi.

MADAMME TRIVOLA
Okay, kejap Tuan. Bertahan!

Dia kembali ke cafe.

36 INT. CAFE - NIGHT

Di meja makan, Madam Trivola mahu makan. Wook hanya


memerhatikannya. Tiba-tiba Madamme bersuara.

MADAMME TRIVOLA
Ya Allah, ibu jenis apa saya ni. Tak
cukup sorang anak kita ni. Tuan
Rejab...

Yahya cepat-cepat membetulkan Madamme.

YAHYA
Wan...

MADAMME TRIVOLA
Haa Wan mana?

GOJIE
Wan kena denda. Kena kurung dalam
bilik stor. Ayah yang kunci.

WOOK
Kau ni nak kena ni Gojie!!!

MADAMME TRIVOLA
ya Allah, Abang! Apa ni. Kesian budak
tu. Dah lah tu. Mana kunci bak sini
saya pergi ambil Wan.

WOOK
Tak boleh!

MADAMME TRIVOLA
Kenapa pulak? Mana kunci tu? Dalam
poket ya? Bak sini.

WOOK
Saya cakap tak boleh! Jangan berani-
berani lawan saya! Jangan buat saya

Created using Celtx


39.

marah!

Wook berkasar dan tolak Madam Trivola sampai jatuh. Mereka


semua menjerit.

PUTERI
Ibu!

GOJIE
Ibu!

YAHYA
Ibuuuuuu!!!!!

Yahya terdengar suara Ibu dan ayahnya bergaduh. Suara yang


seringkali didengar sebelum ini rupanya suara ayahnya.

SUARA LELAKI (V.O)


Kau dengan anak kau sama je! Suka buat
aku marah!

SUARA PEREMPUAN
Maafkan saya bang...maafkan saya...

SUARA LELAKI (V.O)


Tak guna! Aku kerja penat-penat...suka
buat aku marah!!!

Yahya tersedar bila Wook berkasar dan mahu pukul Madamme


Trivola. Wook cabut tali pinggangnya. Pada ketika itulah,
Yahya yang selama ini takut dengan ayahnya, bangkit melawan
menyelamatkan ibunya. Yahya dengan pantas berdiri atas kerusi
dan suruh Wook berhenti.

YAHYA
Berhenti!!!!! SUDAH! JANGAN BERANI
PUKUL IBU LAGI!

Mereka semua terkejut terutama sekali Wook. Wook cuba marah


dan mahu pukul Yahya tetapi semua staff bangun untuk lindung
Yahya.

WOOK
Eh berani-berani ya kau. Siap naik
atas kerusi lagi. Pelanggan tak
pelanggan, mari sini kau!

YAHYA
Jangan pukul ibu lagi!

Created using Celtx


40.

PUTERI
Jangan pukul Aye..

GOJIE
Jangan pukul sesiapa pun lagi..

Wook takut melihat perubahan Yahya. Yahya meminta maaf kepada


Wook tetapi Wook enggan meneruskan permainan itu lagi.

YAHYA
Maaf Ayah, tapi Ayah tak boleh pukul
Ibu.

WOOK
Ah, korang sambung lah main benda
merepek ni. Aku nak blah dari sini.

YAHYA
Tinggalkan kunci bilik stor.

Wook letak atas meja dan segera beredar.

37 EXT. DEPAN PINTU BILIK STOR - NIGHT

Mereka selamatkan Tuan Rejab. Mereka berpelukan dan menangis.

GOJIE
Ini lakonan saya paling mencabar! Fuh

Mereka ketawa. Yahya minta maaf kepada mereka semua.

YAHYA
Saya minta maaf semua. Benda ni
terjadi sebab saya mahu realisasikan
fantasi kanak-kanak saya.

TUAN REJAB
Tak mengapa Aye sebab dah memang tugas
Fantasia Inn. Saya harap Yahya gembira
dengan apa yang berlaku. Sekurang-
kurangnya kita semua selamat.

38 INT. BILIK YAHYA - NIGHT

Yahya bersedia untuk pulang. Tuan Rejab dan Madamme Trivola


masuk ke biliknya.

TUAN REJAB
Aye? Tengah kemas ke?

Created using Celtx


41.

YAHYA
Tak ada lah kemas sebab beg pun tadi
tak sempat nak keluarkan. Seronok
sangat nak bermain.

TUAN REJAB
Aye tak payah balik lagi tau. Tidur
sini je. Esok baru balik.

YAHYA
Ye ke? Baiklah, terima kasih Madamme
dan Tuan Rejab. Saya sebenarnya baru
sedar kenapa hal berkaitan zaman kanak-
kanak saya menghantui sehingga ke hari
ini. Saya sebenarnya seorang mangsa
keganasan keluarga. Masa kecil, Saya
tidak berani melawan ayah yang
pendera. Saya rasa bersalah atas apa
yang berlaku selama ini.

MADAMME TRIVOLA
Bukan salah Aye benda ini berlaku
kepada diri Aye. Tapi Aye dah
selamatkan saya dan Tuan Rejab tadi.
Terima kasih. Kami keluar dulu ya?

Yahya hanya mengangguk. Mereka keluar bilik. Sebelum tidur,


Yahya meminta maaf kepada emaknya dan memaafkan ayahnya.

YAHYA
Ibu, maafkan Aye sebab tak lindungi
Ibu daripada Abi. Aye sayang Ibu. Abi,
Aye maafkan Abi atas apa yang Abi dah
buat ke atas kami.

39 INT. DEPAN PINTU BILIK YAHYA - NIGHT

Di luar bilik, ada Gojie, dan Puteri sedang menunggu Tuan


Rejab dan Madamme Trivola keluar.

TUAN REJAB
Haaa mana yang lain?

GOJIE
Dah tidur dah...

TUAN REJAB
Saya nak ucapkan terima kasih kepada
kamu semua sebab berdedikasi dalam
merealisasikan fantasi Yahya, walaupun
tidak berlaku seperti apa yang

Created using Celtx


42.

diharapkan.

MADAMME TRIVOLA
Dah memang tugas kita Tuan.

PUTERI
Puteri kesian dekat Yahya. Tak sangka
kisal silam masa kecil dia macam tu
sekali..

TUAN REJAB
Kita doakan yang baik-baik sahaja..

GOJIE
Harap dia lupa lah apa yang berlaku
hari ini...

Tuan Rejab senyum dan plan sesuatu dengan mereka semua.

TUAN REJAB
Mungkin kita boleh buat dia lupa kalau
kita bagi dia memori baru yang lebih
baik?

40 INT. CAFE - DAY

Keesokan harinya, Yahya bersedia untuk pulang. Dia ke cafe


dan terkejut tengok semua orang tengah menunggunya untuk
sarapan pagi. Ada Tuan Rejab, Madamme Trivola, Puteri dan
beberapa staff lain tunggu di meja.

YAHYA
Eh ada apa ni????

MADAMME TRIVOLA
Orang yang diraikan dah sampai!!!

TUAN REJAB
Jom Aye...

YAHYA
Ada apa ni Tuan?

PUTERI
Majlis perpisahan untuk Aye lah...

YAHYA
Ala susah-susah je..

Madamme Trivola membawanya duduk.

Created using Celtx


43.

MADAMME TRIVOLA
Menu istimewa untuk tetamu istimewa.

Gojie bawa keluar waffle dan mereka melayan Yahya dengan


baik.

GOJIE
Waffle dengan apple cicah kicap khas
untuk Aye.

Yahya sekali lagi minta maaf dan berterima kasih kepada


mereka semua.

YAHYA
Terima kasih sekali untuk semua
layanan dari semalam hingga hari ini.
Untuk pengetahuan semua, selepas balik
nanti, saya akan mengikuti kelas
terapi dan kaunselling PTSD untuk
merawat diri saya.

PUTERI
Alhamdulillah..

GOJIE
Kau boleh bro! Dah jom makan!

Sebelum makan, Tuan Rejab membaca doa.

TUAN REJAB
Terima kasih Allah menemukan kami
dengan Yahya dan kerana mengurniakan
keluarga yang baik-baik untuk kami
semua.

SEMUA
Aminnnn. Kami sayang Aye.

Yahya terharu dan matanya berkaca. Mereka makan seperti


sebuah keluarga bahagia.

END.

Created using Celtx

Anda mungkin juga menyukai