Anda di halaman 1dari 49

FANTASIA INN

EPISOD 9 DRAF 2

BAINUN W.
1 INT. KAUNTER FANTASIA INN - DAY

RAFIQIE sampai ke Fantasia Inn. Dia disambut oleh Puteri.

PUTERI
Hello. Selamat Datang ke Fantasia Inn.

RAFIQIE
Hello Adik manis... Adik manis masih
single?

PUTERI
Ya. Saya masih belum berpunya. Tapi
maaf ye saya sangat menjaga kualiti
dalam memilih bakal suami saya.

RAFIQIE
Boleh ka saya mau cuba? Saya banyak
harta. Banyak karpet. Banyak rempah.
Adik, boleh saya cuba ka?

PUTERI
Maaf encik....encik terlalu tua untuk
saya.

RAFIQIE
Aduh sedih lah saya ini machiam.
Termasuk adik sudah 547 wanita
Malaysia tolak lamaran saya.

Rafiqie cakap berbelit sampai Puteri tak faham apa dia nak
cakap.

PUTERI
huh? Encik boleh cakap slow-slow
sikit? Saya tak fahamlah.

RAFIQIE
Takpa la adik manis. Saya ke mari mau
jumpa sama kawan lama saya. Dia ada
ubat untuk masalah saya.

PUTERI
Masala?

Tuan Rejab datang.

TUAN REJAB
Rafiqie! Dah lama sampai?
2.

RAFIQIE
Baru saja sampai Tuan Rejab. Tuan
Rejab ada sihat ka?

TUAN REJAB
Alhamdulillah. Jomlah kita sembang
lebih kat bilik saya.

RAFIQIE
Boleh bawa ini adik manis sekali ka
Tuan?

TUAN REJAB
Eh dah jom...jom...

RAFIQIE
Bye adik manis. Nanti abang kembali.

Tuan Rejab dan Rafiqie beredar. Arman datang dekat Puteri.

ARMAN
Siapa tu?

PUTERI
Entah.

ARMAN
Eh bukan main sembang adik manis adik
manis takkan tak kenal lagi?

PUTERI
Manalah aku tahu. Bai jual karpet la
kot.

ARMAN
Okay bai jual karpet takpe.

Arman beredar dari situ.

PUTERI
Eh kau dah kenapa?

2 INT. PEJABAT TUAN REJAB - DAY

Rafiqie dan Tuan Rejab duduk di pejabat.

TUAN REJAB
Bila awak sampai Malaysia?
3.

RAFIQIE
Baru saja satu,dua,tiga...5 minggu
sudah.

TUAN REJAB
Masih jual carpet ke?

RAFIQIE
Sudah tidak lagi tuan. Sekarang saya
sudah maju. Sikijam tuan.

Rafiqie keluarkan rempah-rempah keluarannya untuk diberikan


pada Tuan Rejab.

RAFIQIE
Ini dia Tuan. Rempah Rafiqie! Sudah 5
tahun saya bikin ini rempah. Ada kari,
kunyit, cili, payasam, dhal,briyani.
Ini tuan ambik. Saya memang mau bagi
sama Tuan.

TUAN REJAB
Wah. Hebat awak sekarang. Bagus
Rafiqie.

RAFIQIE
Sikit-sikit sajalah Tuan. Kasi buat
import export sikit sikit. Tapi tuan
hebat-hebat pun taraguna. Tiada orang
mahukan saya.

TUAN REJAB
Eh? Mana Rafidah?

RAFIQIE
Tuan Rejab, sebab tu saya kembali ke
sini. Boleh saya cerita sama Tuan?

Tuan Rejab benarkan Rafiqie cerita.

FLASHBACK

3 EXT. KAKI LIMA - DAY

8 TAHUN LEPAS - Rafiqie sedang menjijit carpet dibahu.


4.

RAFIQIE (VO)
Tuan Rejab, sebelum ini saya di
Malaysia sudah 8 tahun. Selama 8 tahun
itu, saya sudah banyak cuba mau kawan
sama sini punya perempuan. Macam-
macam cara saya cuba.

RAFIQIE
Carpet carpet! Carpet bangladeshi ada,
Sudan ada, Azerbaijan ada, Pakistani
ada. Mari -mari beli. Mau beli saya
pun ada.

PEREMPUAN 1
Berapa harga karpet Azerbaijan ni?

RAFIQIE
Tada mahal. Satu ribu saja.

PEREMPUAN 1
Hmmm...Kasi la diskaun sikit. Saya
betul-betul teringin dengan carpet ni.

RAFIQIE
Tada masalah kakak. Tapi kalau saya
kasi diskaun ini carpet, bolehkah kita
couple kakak?

Perempuan 1 pelik dengan Rafiqie.

PEREMPUAN 1
Ha boleh lah. Berapa boleh bagi lepas
couple ni?

RAFIQIE
Demi kikasih ku yang tercinta saya
kasi free saja.

PEREMPUAN 1
Huh?! Betul ke ni??

RAFIQIE
Iya kekasih ku. Saya bawa kasi masuk
dalam kekasih punya kereta ha.

PEREMPUAN 1
yeay! Terima kasihlah bai pujaan ku.
5.

4 EXT. KERETA - DAY

Rafiqie berpeluh-peluh bawa karpet ke kereta perempuan 1.

PEREMPUAN 1
Ha sini... sini...

RAFIQIE
Okay kekasihku.

Rafiqie masukkan carpet ke dalam kereta.

PEREMPUAN 1
Terima kasih baiya.

RAFIQIE
Demi kekasihku, seluas lautan juga bai
boleh berenang tahu. Jadi bila kita
mau dating kekasihku?

PEREMPUAN 1
Jap eh.

Perempuan 1 masuk ke dalam kereta. Kemudian dia buka tingkap.

PEREMPUAN 1
Bai. Awak terlalu baik untuk saya.

RAFIQIE
Saya tau. Saya banyak baik punya
orang. Itu pasai saya boleh buat apa-
apa untuk kekasihku.

PEREMPUAN 1
Tapi saya tak boleh dengan orang yang
terlalu baik. Jadi Selamat tinggal
Bai.

RAFIQIE
Huh?

Kereta perempuan 1 berlalu pergi.

RAFIQIE
Dia mau couple sebab mau diskaun
sajalah. Aku keciwa!

Rafiqie membawa diri di kaki lima.


6.

RAFIQIE (VO)
Tapi selalunya saya mesti kena tipu.
ataupun cinta saya kena mesti kena
tolak. Sampailah suatu hari....

5 EXT. TAMAN PERMAINAN - DAY

Rafiqie menangis di taman. Tiba-tiba datang RAFIDAH dan bagi


tisu dekat Rafiqie.

RAFIQIE
Oh tuhan, apa pasai semua perempuan
sini buat saya ini macam? Saya banyak
buruk ka? Saya sama Shah Rukh Khan
satu area juga. Kenapa orang suka dia
tada suka saya?

RAFIDAH
Siapa kata semua?

Rafiqie terkejut nampak Rafidah. Kemudian Rafidah duduk di


sebelah Rafiqie.

RAFIDAH
Hai nama saya Rafidah.

Rafidah dan Rafiqie berbual mesra.

RAFIQIE (VO)
Rafidah. Perempuan ini dia datang masa
saya sedang nangis-nangis. Dia datang
kasi saya tisu. Dan dia satu orang
tidak tolak jadi kekasih saya. Tak
lama lepas tu kami berkahwin.

6 INT. JALAN RAYA - DAY

Rafiqie dan Rafidah yang sedang mengandung sedang berjalan


berpimpin tangan.

RAFIQIE (VO)
Tak lama lepas kahwin, Rafidah pun
hamil. Rafidah cakap dia bunting
pelamin. Saya tapa. Saya suka. Kami
dua orang pun banyak happy. Tapi suatu
hari...
7.

Rafidah sedang melintas jalan. Tanpa mereka sedar ada kereta


sedang laju memandu ke arah mereka. Kereta tersebut tak
sempat tekan brek lalu melanggar Rafidah.

RAFIQIE
Rafidah!!!!

Rafidah meninggal di tempat kejadian.

RAFIQIE (VO)
Kemalangan jalan raya itu buat Rafidah
mati dekat situ juga. Saya sangat
kecewa.

7 INT. JALAN RAYA - DAY

Rafiqie berjalan dengan beg yang banyak sambil menangis. Dia


tengok tiket kapal terbang yang dipegangnya.

RAFIQIE (VO)
Selepas Rafidah mati, saya ambik
keputusan pulang Bangladeshi. Duduk
sini saya terlalu sedih. Saya asyik
nangis. Rindu sama Rafidah. Rindu sama
bayi saya.

END OF FLASHBACK.

8 INT. PEJABAT TUAN REJAB - DAY

Rafiqie menangis sambil menyambung ceritanya. Tuan Rejab bagi


tisu pada Rafiqie.

TUAN REJAB
Sabarlah Rafiqie. Saya sangat faham
perasaan awak tu. Takdir kita sama,
cuma situasi je berbeza. Tapi apa yang
membuatkan awak kembali ke sini?

RAFIQIE
Bila saya sudah balik Bangladeshi,
saya tada jual carpet lagi. Saya tukar
kerjaya. Saya jual ini rempah. Dekat
sana Bangladesh, rempah saya makin
lama makin terkenal. Lepastu saya
hantar China, India, Pakistan sama
Malaysia.
8.

TUAN REJAB
Jadi sekarang awak dah kayalah.

RAFIQIE
Yala Tuan. Sekarang saya sudah sangat
kaya. Jutawan. Jadi sikarang saya sini
datang balik untuk cari ganti Rafidah.
Saya mau cari kekasih baru.

TUAN REJAB
Senang je. Awak kan dah kaya. mesti
ramai yang nak.

RAFIQIE
Ta da lah tuan. Sebelum saya datang
jumpa tuan ni, sudah 5 minggu saya
cuba kawan sama banyak perempuan sini.
Semua tak nak juga sama saya.

TUAN REJAB
Jadi awak nak Fantasia Inn tolong awak
cari bini baru?

RAFIQIE
Bukan. Saya takmau orang tolong saya
cari bini. Tapi saya mau tempat ini
tolong ajar saya untuk macam mana mau
kawan sama perempuan sini.

TUAN REJAB
Baiklah. Macam ni. Apa kata awak
menginap dekat sini beberapa hari.
Saya akan bincang dengan staf-staf
saya macam mana nak bantu awak.

RAFIQIE
Betul ka ini Tuan?

TUAN REJAB
Betul Rafiqie.

9 INT. PEJABAT TUAN REJAB - DAY

Tuan Rejab bercerita dekat Madamme, Puteri, Arman dan Gojie


tentang Rifqie.

TUAN REJAB
Macamtulah ceritanya.
9.

PUTERI
Puteri rasa puteri tahu apa masalah
Rafiqie.

TUAN REJAB
Apa dia?

PUTERI
satu, dia langsung tak memilih. Asal
wanita tempatan je dia mesti cuba.
Jadi antara orang akan ambik
kesempatan takpun orang akan takut.

ARMAN
Betul Saya setuju cakap Puteri.

PUTERI
Yang kedua, orang susah nak faham apa
dia cakap.

ARMAN
Betul. Saya setuju lagi cakap Puteri.

Dan yang ketiga, bau badan dia terlalu


kuat... bukan semua orang boleh tahan.

ARMAN
Betul. Saya setuju semua yang Puteri
cakap.

Puteri pelik dengan Arman.

MADAMME TRIVOLA
Jadi, apa rancangan tuan untuk dia?

TUAN REJAB
Macam ni, pelan saya adalah untuk
tarik salah seorang dari kamu untuk
ajar dia macam mana nak bercinta
dengan wanita tempatan.

GOJIE
Harap bukan sayalah Tuan. Banyak benda
nak buat kat dapur tu.

TUAN REJAB
Saya rasa Madamme paling sesuai untuk
bantu Rashiqie.

Madamme terkejut.
10.

MADAMME TRIVOLA
Biar betul Tuan ni? Saya bercinta pun
tak pernah tuan. Macam mana saya nak
tolong?

GOJIE
Ala Madamme, haritu okay je jadi
isteri Tuan Rejab.

MADAMME TRIVOLA
Dengan Tuan takpelah tapi ni dengan
orang lain....

TUAN REJAB
Saya yakin Madamme boleh buat.

MADAMME TRIVOLA
Nak ajar apa masalahnya. Saya tak
retilah bab-bab ni...

PUTERI
Ala madamme, senang je. ajar dia cara
bercakap dengan perempuan, dan suruh
dia mandi lebih sikit. Kemaskan diri
tu. Kita orang perempuan ni tak suka
orang selekeh. Kena kemas dan tampan.

ARMAN
Ohhh. Noted.

MADAMME TRIVOLA
Takkan tu je.

TUAN REJAB
Saya yakin awak boleh lakukannya
Madamme.

MADAMME TRIVOLA
Kali ni je tau Tuan. Kali lain saya
tak nak dah.

10 EXT. FANTASIA INN - DAY

Rafiqie datang bawa beg dan kotak yang banyak. Madamme dan
Tuan Rejab menyambut Rafiqie.

RAFIQIE
Tuan Rejab!
11.

TUAN REJAB
Rafiqie... Banyaknya barang.

RAFIQIE
Yala tuan. Saya mau belajar. Barang
kena kasi bawa banyak. Mau kasi
hadiah. Kasi dapat itu perempuan.

TUAN REJAB
Tapi ni latihan je tau. Jangan awak
cuba staf saya pulak nanti.

RAFIQIE
Ala tuan, kalau jodoh apa mau buat.

TUAN REJAB
Kalau jodoh takpe. Kalau takde jodoh
saya harap latihan di sini nanti dapat
bantu awak. Ni saya nak kenalkan
Madamme Trivola. Dia akan bantu awak
untuk dapatkan kekasih yang awak
impikan.

MADAMME TRIVOLA
Hai Rafiqie.

RAFIQIE
Halo Madamme. Apa macam? Ada baik?

MADAMME TRIVOLA
Baik... baik...

Madamme sedikit kebelakang sebab tak tahan dengan bau


Rafiqie.

RAFIQIE
Tuan Rejab, Ini satu kotak rempah saya
mau kasi letak dekat dapur sini. Boleh
guna untuk masak. Brand saya Rempah
Rafiqie.

TUAN REJAB
Murah betul hati awak ni. Terima kasih
Rafiqie. Dah jom masuk.

MADAMME TRIVOLA
Banyak benda nak kena ubah ni. Aduh
melekat pulak bau dia ni...
12.

11 INT. ANYWHERE - DAY

Puteri sedang melihat dokumen di tangannya sambil berjalan.


Arman datang dari belakang berpakaian kemas dan tampan.

ARMAN
Puteri...

Mata puteri masih lagi dekat dokumen. Dia langsung tak


pandang Arman.

PUTERI
Ye..

ARMAN
Kacak tak aku harini?

PUTERI
Entah.

ARMAN
Entah? Kau tengok aku pun tak macam
mana kau boleh bagi jawapan?

Puteri berhenti pandang Arman. Arman pusing dan pose macam


model.

PUTERI
Hmm boleh lah.

ARMAN
Boleh lah? Ni semua baju baru tau. Aku
beli untuk nampak KEMAS dan TAMPAN.

PUTERI
Okay. Kau nak pergi mana lepas ni?

ARMAN
Jom pergi makan? Aku belanja.

PUTERI
Dengan kau? Tak nak aku... Ajaklah
Gojie.

Kemudian Puteri terus berjalan tanpa pandang Arman. Arman


bengang.
13.

ARMAN
Hek eleh perempuan ni. Semalam dia
sendiri yang cakap perempuan suka
lelaki kemas dan tampan. Harin idia
buat tak tahu je kat aku. Eleh
macamlah cantik sangat! Cakap tak
serupa bikin.

12 EXT. TAMAN - DAY

Madamme dan Rafiqie sedang berkelah di taman. Madamme duduk


sangat jauh dari Rafiqie sebab tak tahan dengan bau badan
dia.

RAFIQIE
Madamme, apa pasal duduk jauh sangat.
Saya susah nak dengar lah?

MADAMME TRIVOLA
Ha apa awak cakap?

Rafiqie jerit sikit.

RAFIQIE
Apa pasal duduk jauh sangat. Saya
susah nak cakap!

Madamme pun tinggikan suara.

MADAMME TRIVOLA
Ini latihan! La..tihan! Kena duduk
jauh-jauh.

Rafiqie tak dengar. Dia lalu pergi dekat dengan Madamme.

MADAMME TRIVOLA
Aduh dia datang sini pulak...

RAFIQIE
Madamme, saya tada dengar lah apa
Madamme cakap.

Madamme nampak pucat sebab tahan nafas. Bila Rafiqie datang


Madamme terus tahan nafas.

MADAMME TRIVOLA
Saya cakap tadi latihan.
14.

RAFIQIE
Tapi Madamme nampak macam sakit.
Madamme ada okay ke?

MADAMME TRIVOLA
Okay je. Cuma ada bau yang kurang
menyenangkan.

Rafiqie bau disekeliling. Kemudian bau badan dia. Madamme


tahan muntah.

RAFIQIE
Tada bau apa pun Madamme.

MADAMME TRIVOLA
Mungkin hidung saya je kot.

RAFIQIE
Jadi Madamme, kita buat apa dekat
sini?

MADAMME TRIVOLA
Takde apa. Harini saya nak tengok
macam mana awak mengorat perempuan.
Sebab tu saya duduk jauh.

RAFIQIE
Oh apa pasal tada cakap dari tadi.
Okay. Saya duduk sana. Nanti saya sini
datang balik ah. Madamme cakap Action
ha.

MADAMME TRIVOLA
Okay cepat pergi sana.

Madamme ambil nafas.

RAFIQIE
Madamme dah boleh start ke?

MADAMME TRIVOLA
Ha action!

Rafiqie pandang Madamme. Senyum-senyum. Madamme pandang


Rafiqie kembali dan senyum. Rafiqie bangun dan datang ke arah
Madamme. Madamme kembali tahan nafas.

RAFIQIE
Adik manis. Adik manis tunggu siapa?
15.

MADAMME TRIVOLA
Takde tunggu siapa.

RAFIQIE
Kalau macamtu bolehlah kita bercinta?

MADAMME TRIVOLA
Cut!

RAFIQIE
Kenapa Madamme?

MADAMME TRIVOLA
Menakutkan. Macam mana orang tak lari
kalau awak terus je cakap macamtu.

RAFIQIE
Shah Rukh Khan, Salman Khan boleh?
Kenapa saya tada boleh?

MADAMME TRIVOLA
Sebab awak bukan dorang... Macam ni
Rafiqie. Nak mengorat ni kena ada
langkah-langkah. Mula-mula awak kena
berkawan dulu. Kenalkan diri betul-
betul. Biar ada kemesraan tu. Lepastu
barulah tanya nak bercinta ke tak.

RAFIQIE
Oh itu macam ka. Senang sajalah kalau
itu macam. Boleh sekali lagi Madamme?

MADAMME TRIVOLA
Ha pergi ambik tempat.

Madamme lepaskan nafas dia.

MADAMME TRIVOLA
Dah naik biru muka aku ni...

RAFIQIE
Saya sudah sedia Madamme!

MADAMME TRIVOLA
Action!

Rafiqie senyum ke arah Madamme. Kemudian mendekat Madamme.


16.

RAFIQIE
Hi Adik Manis. Adik manis kenapa
bersedih?

MADAMME TRIVOLA
Saya tengah tertekan dengan bau yang
kurang enak di sini.

RAFIQIE
Ala kesiannya sama adik. Nama abang
Rafiqie. Nama Adik siapa?

MADAMME TRIVOLA
Nama saya Trivola.

RAFIQIE
Kalau bau kurang enak di sini. Mau tak
abang bawa adik ke tempat lain?

MADAMME TRIVOLA
Ke mana?

RAFIQIE
Ke hati abang...

Madamme hampir nak termuntah.

RAFIQIE
Kenapa Madamme? Tak da okay ke?

MADAMME TRIVOLA
Okaylah dari tadi. Bagus ada
perkembangan. Kita rehat dulu. Makan
tengahari.

RAFIQIE
Bagus cadangan Madamme tu. Saya pun
sudah lapar ni.

13 INT. DAPUR - DAY

Gojie sedang memasak menggunakan rempah yang di hadiahkan


oleh Rafiqie.
17.

GOJIE
Boleh tahan bau rempah ni. Memang
mantap. Patutlah si Rafiqie ni boleh
jadi jutawan.

Puteri masuk.

PUTERI
Kau masak apa ni Gojie?

GOJIE
Aku masak kari kepala ikan guna rempah
Rafiqie ni. Kena pulak dengan nasi
minyak aku. Ha memang malaslah nak
puji diri sendiri.

PUTERI
Ha cepatlah sikit aku dah kelaparan
ni.

GOJIE
Aku rasa kan Puteri. Aku nak jadi ejen
dropship rempah Rafiqie ni lah. Mana
tahu lepas ni aku boleh jadi jutawan
macam dia.

PUTERI
Bab berangan kau memang nombor 1!

GOJIE
Eh biarlah. Semua orang ada impian.
Mana tahu lepas ni impian aku pulak
Fantasia Inn tunaikan.

Puteri buat muka jengkel dengan Gojie.

GOJIE
Eh kau jangan nak buat muka sangat.
Aku blender muka tu kang baru tau. Ni
ajak semua orang makan. Aku nak semua
orang dapat rasa kari ikan istimewa
aku ni.

PUTERI
Urgh yelah.

Puteri beredar dari situ.


18.

14 EXT. KAKI LIMA FANTASIA INN - DAY

Madamme dan Rafiqie sedang berjalan menuju ke cafe.

RAFIQIE
Madamme, betul ke Madamme okay ni?
Madamme nampak pucat tau.

MADAMME TRIVOLA
Saya okay cuma awak kena jalan jauh
sikit dari saya.

RAFIQIE
Kenapa Madamme? Ada apa takde kena
dengan saya ke?

MADAMME TRIVOLA
Takde takde. Kita kan masih lagi
berlakon. Awak kan nak mengorat saya.

RAFIQIE
Berhenti Madamme.

Rafiqie dan Madamme berhenti.

MADAMME TRIVOLA
Dah kenapa pulak ni?

RAFIQIE
Madamme, madamme kena jujur sama saya.
Sepanjang kita kenal. Saya ada okay
ka?

MADAMME TRIVOLA
Maksudnya?

RAFIQIE
Madammme rasa saya okay ka jadi
kekasih Madamme?

MADAMME TRIVOLA
Oh. Kalau awak nak saya jujur. Awak
takde kriteria yang saya suka.

RAFIQIE
Hmmm. Sedihlah saya ini macam.
19.

MADAMME TRIVOLA
Janganlah putus asa Rafiqie. Bukannya
saya sorang je perempuan kat Malaysia
ni. Ramai lagi. Jadi, awak jangan
risau saya akan cuba betulkan cara
awak untuk memikat wanita.

RAFIQIE
Tapi dulu Rafidah terima saja saya.
Takda banyak cakap.

MADAMME TRIVOLA
Itu Rafidah dah arwah dah. Sekarang
awak nak cari orang baru. Kena cuba
cara barulah.

RAFIQIE
Rafidah memang satu dalam sepuluh
ribu..

Rafiqie mula sebak.

MADAMME TRIVOLA
Ye saya tahu. Mungkin dia pun memang
suka lelaki bertaraf antarabangsa
macam awak. Ada orang tak suka.
Biasalah tu. Tapi dengan cara yang
betul saya pasti awak dapat pikat
dorang.

RAFIQIE
Yalah. Saya cuba pasti berjaya.

MADAMME TRIVOLA
Ha?

15 INT. STOR - DAY

Arman dekat bilik stor tengah kemas barang. Puteri datang.

PUTERI
Arman!

ARMAN
Ye Puteriku. Puteri...

PUTERI
Kau tengah buat apa?
20.

ARMAN
Buat kerjalah. Buat apa lagi.

PUTERI
Ni dah nak masuk tengahari ni. Jom
makan.

Arman teruja bila Puteri ajak makan.

ARMAN
Kau ajak aku makan bersama kau Puteri?

PUTERI
Iyelah. Nak ke tak nak?

ARMAN
Nak!

PUTERI
Ha aku tunggu kat Cafe nanti.

Puteri beredar dari situ.

ARMAN
Baik puteri. Putera mu akan menyusul
kelak. Kita akan bersantap berdua. Oh
indahnya...

Hati Arman berbunga-bunga.

16 INT. CAFE - DAY

Arman tarik muka. Di sebelahnya ada Puteri, Gojie, Tuan


Rejab, Madamme dan Rafiqie. Gojie bangun dan ketuk cawan.

GOJIE
Selamat tengahari buat kalian semua.
Pada hari yang sangat biasa ni, saya
telah memasak satu masakan yang
istimewa iaitu kari kepala ikan
bersama nasi minyak kompang dipalu
semoga Rafiqie bertemu jodohnya!

RAFIQIE
Terima kasih Gojie. Sudah bayar mahal-
mahal mesti dapat juga lah satu
kekasih.

Rafiqie asyik angkat ketiak. Madamme mula rasa nak termuntah.


21.

MADAMME TRIVOLA
Korang makan dulu ye. Saya nak ke
dapur kejap.

Madamme masuk ke dapur.

RAFIQIE
Itu Madamme dari tadi nampak seperti
tidak sihat tapi dia cakap dia sihat
tapi saya tahu dia tipu sama saya.

TUAN REJAB
Yeke? Takpe-takpe kita makan dulu ye.
Dah lama Gojie tak masak istimewa
macamni.

Arman masih jeling Puteri. Puteri letak kaari kepala ikan


dekat Rafiqie.

RAFIQIE
Terima kasih adik manis.

PUTERI
Sama-sama.

Puteri pandang Arman yang sua pinggan dekat dia.

PUTERI
Ambik lah sendiri.

ARMAN
Jauhlah. Mana sampai.

Arman bengang Puteri layan dia macam tu.

17 INT. DAPUR - DAY

Madamme masuk ke dapur. Tiba-tiba Madamme menjerit.

MADAMME TRIVOLA
Argh! Sana bau dia, sini bau dia!

STAF 1
Kenapa Madamme?

MADAMME TRIVOLA
Sana bau kari, sini bau kari. Aku tak
boleh tahan.

Madamme terus pengsan.


22.

18 INT. CAFE - DAY

Continue Scene 16.

Staf 1 keluar dari dapur dan menuju ke arah meja yang


diduduki oleh Puteri, Gojie, Tuan Rejab, Madamme, Arman dan
Rafiqie..

STAF 1
Tuan Rejab! Madamme pengsan!

TUAN REJAB
Hah?

Semua orang berlari pergi menjenguk Madamme di dapur.

19 INT. DAPUR - DAY

Continue Sc 17.

Puteri, Gojie, Tuan Rejab, Madamme, Arman dan Rafiqie


mengelilingi Madamme.

RAFIQIE
Itulah saya sudah cakap dari tadi
Madamme macam sakit.

TUAN REJAB
Madamme kenapa ni?

Madamme perlahan-lahan cuba bangun.

MADAMME TRIVOLA
Saya... saya okay..

PUTERI
Tak. Madamme tak okay ni. Biar Arman
bawa Madamme jumpa doktor.

ARMAN
Lepas saya makan, saya bawa Madamme
jumpa ke klinik.

TUAN REJAB
Jom kita bawa Madamme masuk ke bilik.
23.

GOJIE
Sekarang ke? Kalau sekarang nanti
makanan sejuk. Apa kata kita makan
dulu?

PUTERI
Ish korang ni kan! Tak lelaki langsung
langsung.

MADAMME TRIVOLA
Dah jangan gaduh lah. Pening kepala
saya. Takpe saya okay. Nanti saya
pergi klinik sendiri je. Saya masuk
rehat
jap.

TUAN REJAB
Madamme, saya rasa elok Madamme ambik
cuti 2,3 hari ni.

MADAMME TRIVOLA
Betul ke ni Tuan Rejab? Habistu siapa
nak tolong Rafiqie nanti?

TUAN REJAB
Puteri saya percaya awak boleh ganti
tempat Madamme.

PUTERI
Boleh!

MADAMME TRIVOLA
Alhamdulillah. Macamtu saya naik rehat
dulu ye.

Madamme bergerak keluar.

RAFIQIE
Wah ini macam banyak okay! Adik manis
mari makan...

ARMAN
Habis tu siapa nak jaga kaunter nanti?

PUTERI
Tetamu kita ni satu je tau sekali
masuk. Bukan ada orang pun. Apa-apa
kau tolong lah cover. Ala sehari dua
je.
24.

TUAN REJAB
Dah-dah jom sambung makan. Lepastu
Puteri ambik alih kerja Madamme ya.

PUTERI
Baik tuan rejab. Bolehlah saya pakai
sari!

Arman bengang.

20 EXT. ANYWHERE - DAY

Puteri pakai sari dan make up dengan cantik. Dia kemudian


berjalan - jalan. Arman nampak Puteri dari jauh dan
terpesona.

PUTERI
Hoi kau dah kenapa tengok aku macam
tu? Cantik sangat eh?

Arman tersedar.

ARMAN
Jangan nak perasan. Aku tengah
mengamati keindahan alam ni ha.

PUTERI
Eleh cakap jelah terpesona. Apalah
susah sangat.

ARMAN
Yang kau beria pakai baju macam ni dah
kenapa?

PUTERI
Aku ikut tema. Barulah ada perasaan
nak mengajar. Kau nampak Rafiqie?

ARMAN
Tak.

Rafiqie sampai.

PUTERI
Ha panjang umur.
25.

RAFIQIE
Adik manis! Cantik jelitanya adik
manis!

PUTERI
Awak dah sedia untuk latihan
seterusnya?

RAFIQIE
Sudah adik manis. Abang dah lama
bersedia!

Arman bengang tengok Rafiqie dan Puteri beredar dari situ.

21 INT. BILIK SEMINAR - DAY

Puteri sedang sedang ajar Rafiqi tentang gesture dan


komunikasi.

PUTERI
Rafiqi.

RAFIQIE
Saya adik manis!

PUTERI
Awak dah bersedia nak belajar cara
memikat hati wanita tempatan?

Rafiqie mengangguk. Puteri buat slide presentation bertajuk


gerak isyarat dan komunikasi.

PUTERI
Harini kita akan belajar tentang gerak
isyarat dan komunikasi.

RAFIQIE
Saya tada faham lah. Boleh kasi
pengenalan ka?

PUTERI
Gerak isyarat ni cara kamu menggunakan
bahasa tubuh.

RAFIQIE
Saya masih tak faham.
(Rafiqi bercakap sambil
menggerakkan kepalanya.)
26.

PUTERI
Contohnya macam ni, awak sedar tak
awak suka goyang kepala bila bercakap?

RAFIQIE
Iye ke?
(goyang kepala)

PUTERI
Ha tu.

RAFIQIE
Jadi apa saya perlu buat?

PUTERI
Saya nak awak belajar cakap dengan
kepala yang tegak dan tak bergerak.
Sekarang saya nak awak baca apa yang
tertulis dekat situ.

Puteri tunjuk slide presentation yang tertulis : Nama saya


Rafiqie, umur saya 45 tahun, saya berasal dari Dhaka,
Bangladesh.

RAFIQIE
Nama saya...

PUTERI
Kepala jangan bergerak!

RAFIQIE
Nama saya Rafiqie. Umur saya 43 tahun.
Saya asal Dhaka, Bangladeshi.

PUTERI
Okay bagus Rafiqie. Ada peningkatan di
situ. Mulai sekarang saya nak awak
berlatih untuk tidak menggerakkan
kepala awak semasa bercakap.

RAFIQIE
Baik adik manis.
27.

PUTERI
Pembelajaran kedua adalah komunikasi.
Untuk pengetahuan awak, perempuan
tempatan akan lebih teruja kalau awak
bercakap tanpa ada sebarang pelat yang
awak gunakan sekarang. Awak kenal Mat
Don?

RAFIQIE
Kenal.

PUTERI
Awak tengok berapa orang wanita
tempatan suka dengan dia lepas dia
berjaya cakap melayu gaya Terengganu.
Awak kena jadi macam tu.

RAFIQIE
Baik adik manis. Saya cuba.

PUTERI
Berhenti panggil saya adik manis. Mana
ada lagi orang mengorat pakai ayat-
ayat macamtu. Tukar sikit. Sekarang
saya nak awak cuba.

RAFIQIE
Halo!

PUTERI
Kepala tu jangan bergerak.

RAFIQIE
Hello! Nama saya Rafiqie. Umur saya
empat puluh lima tahun. Saya asal
Dhaka, Bangladesh.

PUTERI
Tak betul lagi tu. Dengar saya sebut
dan awak ikut cara saya cakap.

RAFIQIE
Baik.

PUTERI
Nama saya

RAFIQIE
Nama saya...
28.

PUTERI
Rafiqie..

RAFIQIE
Rafiqie.

PUTERI
Umur saya 45 tahun.

RAFIQIE
Umur saya 45 tahun.

PUTERI
Saya berasal dari Dhaka, Bangladesh.

RAFIQIE
Saya asal Dhaka, Bangladesh.

PUTERI
Saya berasal dari Dhaka, Bangladesh!

RAFIQIE
Saya berasal dari Dhaka, Bangladesh.

PUTERI
Bagus. Sekarang saya nak awak ulang
sampai hilang pelat awak tu.

RAFIQIE
Boleh saya minum air dulu?

PUTERI
Okay..

Montage: Rafiqie ulang ayat Nama saya Rafiqie, umur saya 45


tahun, Ssaya berasal dari Bangladesh sampai penat.

Setelah berkali -kali mencuba, akhirnya Rafiqie berjaya


hilangkan lenggok kepala dan percakapan pelat Bangladesh.
Kelihatan Puteri dah tersenggok senggok tertidur.

RAFIQIE
Nama saya Rafiqie. Umur saya 45 tahun.
Saya berasal dari Dhaka Bangladesh...?
Puteri?

Puteri yang hampir tertidur akhirnya teruja apabila dengar


Rafiqie dapat menutur ayat dengan betul.
29.

PUTERI
Ha macamtulah! Bagus Rafiqie!

RAFIQIE
Betul ke?

PUTERI
Ha betul!

Puteri dan Rafiqie bersorak kegembiraan di dalam kelas.

PUTERI
Baiklah, kelas harini tamat. Awak kena
bersedia untuk hari esok pulak! Ingat
apa yang awak belajar harini dan
jangan lupa berlatih.

RAFIQIE
Baiklah Puteri. Terima kasih.

22 INT. DAPUR - DAY

Gojie dekat dapur tengah simpan balik rempah yang Rafiqie


bagi. Staf 1 pelik tengok Gojie.

STAF 1
Chef, chef buat apa ni? Kenapa simpan
balik rempah-rempah tu.

GOJIE
Habis tu? Takkan aku nak biar ada
orang pengsan lagi kat dapur ni.

STAF 1
Ala chef, kata nak buat dropship lah
jadi jutawan macam Rafiqielah.

GOJIE
Yelah tadi Madamme sampai pengsan
sebab penangan rempah ni. Lagipun kau
bau badan si Rafiqie tu. Kau nak aku
jadi macam tu?

STAF 1
Jangan chef!

GOJIE
Ha tau pun. Kesian Madamme.
30.

STAF 1
Tapi Puteri tu boleh pulak dia tahan
kan Chef?

GOJIE
Puteri tu aku tak tau la hidung dia
diperbuat dari pada apa. Mungkin logam
besi karat kot. Punya la kebal. Dah
cepat kemas dapur. Aku nak balik ni.
Aku ada jamming pukul 10 malam ni.

STAF 1
Baik chef!

23 EXT. KOLAM RENANG - NIGHT

Rafiqie sedang berlegar- legar di tepi kolam renang. Dia


sedang cuba berlatih untuk bercakap. Lenggok dan percakapan
Rafiqie semakin lancar.

RAFIQIE
Hello. Nama saya Rafiqie. Umur saya 45
tahun dan saya berasal dari Dhaka,
Bangladesh... Awak sudah berpunya?
Kalau belum bolehkah saya mencuba?

Puteri nampak ketekunan Rafiqie lalu mendekati dia.

PUTERI
Wah wah makin lancar penyampaian awak
tak macam awal dulu.

RAFIQIE
Terima kasih kepada Puteri sebab sudi
ajar saya. Puteri kenapa masih belum
tidur lagi?

PUTERI
Sebenarnya saya baru nak balik.

RAFIQIE
Oh saya ingat Puteri tinggal sini.

PUTERI
Taklah.
31.

RAFIQIE
Puteri, boleh ke kalau saya ada satu
permintaan?

PUTERI
Apa dia?

RAFIQIE
Boleh tak kalau esok Puteri tak payah
pakai sari. Pakai baju kurung okay?

PUTERI
Lah kenapa pulak?

RAFIQIE
Sebab saya suka tengok perempuan pakai
baju kurung. Saya terpesona.

PUTERI
Okay boleh. Tapi dengan satu syarat.

RAFIQIE
Syarat apa?

PUTERI
Saya nak awak kemaskan diri esok!

RAFIQIE
Kacang saja.

Puteri dan Rafiqie ketawa.

Dari jauh kelihatan Arman sedang mengintai Puteri dan


Rafiqie. Terpancar cemburu di wajah Arman apabila melihat
kemesraan mereka.

Wook nampak Arman mengintai. Dia menegur Arman

WOOK
Ai? mengendap orang mandi ke Man?

Arman terkejut bila disapa Wook.

ARMAN
Eh mana ada.

WOOK
Bagi aku usha sikit. Jangan kedekut
sangat.

Wook nampak Puteri dengan Rafiqie. Dia pula cemburu.


32.

WOOK
Eh siapa pulak yang dekat dengan
Puteri ni??

ARMAN
Rafiqie. Tetamu kat sini.

WOOK
Eh ni dah melampau. Bukan main lagi
tersenyum manja-manja macamtu. Aku pun
tak pernah dapat.

ARMAN
Saya yang 24 jam depan mata dia pun
tak pernah dapat. Kena jeling lagi ada
lah.

WOOK
Tapi takkan macam tu citarasa Puteri.
Iyuewwww.

ARMAN
Ha tau takpe. Saya jauh 100 kali ganda
elok lagi kot.

WOOK
Kalau kau 100 kali ganda elok dari
dia, aku ni apatah lagikan. Tak boleh
jadi ni....

24 INT. BILIK SEMINAR - DAY

Keesokan harinya, Puteri pakai baju kurung dan tunggu Rafiqi.


Rafiqi kelihatan seperti biasa.

RAFIQIE
Selamat pagi Puteriku. Ha macam ni la
sungguh ayu.

PUTERI
Hmm....

RAFIQIE
Kenapa Puteri?

PUTERI
Seingat saya semalam kita dah janji,
kalau saya pakai baju kurung awak akan
33.

kemaskan diri awak. Tapi kenapa saya


rasa macam sama je?

RAFIQIE
Baju saya memang semua sama paten.
Pewangi pun saya cuma ada satu saja.

PUTERI
Tapi takkan bau kari..

Rafiqie sentap dengan ayat Puteri.

RAFIQIE
Awak tiada hak nak menghina bau saya
ya.

PUTERI
Mana ada saya hina. Saya jujur. Ini
antara punca kenapa orang tak nak
dekat dengan awak tau. Awak tau tak
Madamme pengsan haritu sebab tak tahan
bau badan awak tau.

Rafiqie terkejut.

RAFIQIE
Apa? Puteri dengar sini. Saya ni
jutawan rempah ratus tau. Memanglah
bau badan saya kena bau rempah juga.
Kalau saya jutawan bunga boleh la saya
bau bunga!

PUTERI
Tapi Rafiqie...

RAFIQIE
Chup! Biarkan saya menyendiri. Saya
sangat terhina dengan kata-kata Puteri
tadi.

Rafiqie beredar tinggalkan Puteri. Puteri mula rasa bersalah.

PUTERI
Aduh apa aku nak buat ni. Kalau Tuan
Rejab tau habislah aku...

Puteri cuba berfikir sesuatu kemudian dia mendapat pelan.

PUTERI
Ha!
34.

25 EXT. TAMAN - DAY

Rafiqie membawa diri ke taman. Dia duduk termenung. Tiba-tiba


kedengaran lagu hindustan. Rafiqie mencari-cari lagu
tersebut. Kemudian dia nampak Puteri sedang menari mengikut
rentak lagu tersebut dan datang ke arahnya.

Rafiqie yang sedang merajuk perlahan-lahan mula menari


mengikut Puteri.

Dari jauh nampak Arman dan Wook sedang menahan kemcemburuan


mereka.

ARMAN
Encik Wook nampak tu. Dah makin
menjadi-jadi! Ish geramnya saya.

WOOK
Sabar Man. Aku dah ada idea untuk
merosakkan kemesraan dorang tu.

ARMAN
Macam mana?

WOOK
Kau nampak dorang tengah bergelek lagu
hindustan tu. Standard cerita
hindustan selalunya kalau tengah-
tengah bergelek tu mesti ada konflik.
Kena ada penjahat datang cari gaduh.

ARMAN
Okay jom!

Arman dah nak gerak tapi ditahan Wook.

WOOK
Hey nanti dulu. Aku tak boleh muncul
lagi dalam babak ni...sebab kau taulah
aku kan hero. Jadi kau kena pergi
dulu. Cari pasal dengan baiya tu.
Samjey?!

ARMAN
Okay Encik Wook. Doakan saya!

Arman menuju ke arah radio lalu menutup lagu. Rafiqie dan


Puteri berhenti menari.
35.

PUTERI
Eh Arman apahal?

ARMAN
Lagu ni dah mengganggu kedamaian dekat
sini. Aku takkan benarkan perkara ni
berlaku.

PUTERI
Eh apa kena dengan kau ni? Ini kan
untuk latihan tetamu kita?

ARMAN
Ah tak kisahlah banyak lagi cara lain
kalau nak ajar.

RAFIQIE
Tenang-tenang. Jangan gaduh-gaduh.
Arman jangan tinggi suara macam tu
dengan perempuan lah. Tak baiklah.

ARMAN
Eh kau ingat kau ni hero hindustan ke
nak marah-marah aku. Kaulah punca
semua ni jadi.

RAFIQIE
Dey! Saya ni tetamu dekat sini tau.
Kenapa pula saya jadi punca.

PUTERI
Eh Arman baik kau pergi dari sini
sebelum aku laporkan pasal hal ni
dekat Tuan Rejab.

ARMAN
Ah! Pergilah mengadu pergi. pergi!

Rafiqie mula bengang dengan Arman sebab marah Puteri.

RAFIQIE
Dey! Saya cakap jangan naik suara sama
perempuan! Mau lawan. Lawan sama saya.
Bukan dengan perempuan. Laki sama
laki. Mari! Arghhh.

Rafiqie jerit. Suara dia lagi kuat dari Arman.

ARMAN
Diamlah! Dahlah busuk!
36.

RAFIQIE
Chup! Ini adalah penghinaan dan saya
sudah tak tahan lagi!

Rafiqie beredar dari situ. Puteri bengang dengan Arman.

PUTERI
Puas hati kau sekarang?! Biar tetamu
ni balik dengan gagal! Biar Fantasia
Inn melingkup! Kau suka kan?!

Puteri beredar dari situ. Wook keluar mendapatkan Arman.

WOOK
Syabas beteh. syabas!

Timbul rasa bersalah pada wajah Arman pada Puteri dan


Fantasia Inn. Wook pula bersorak kegembiraan.

26 INT. BILIK RAFIQIE - DAY

Rafiqie masuk bilik dan tutup pintu. Kemudian dia keluarkan


gambar Rafidah dari dompet.

RAFIQIE
Abang sangat rindukan Rafidah. Kenapa
Rafidah tinggalkan abang? Tengok
sekarang abang susah nak cari ganti.
Semua lelaki sini cemburu dengan
abang... Perempuan sini pun hina abang
Rafidah. Mereka suka cakap abang
busuk. Abang rasa sangat hina Rafidah.

27 EXT. ANYWHERE - DAY

Arman dan Wook sedang meraikan kemenangan mereka. Tapi wajah


Arman sedikit murung sedari tadi.

WOOK
Akhirnya kita berjaya juga pisahkan
baiya tu dengan Puteri. Terima
kasihlah Arman sebab bantu aku.
37.

ARMAN
Hmm tapi saya rasa macam serba tak
kenalah Encik Wook.

WOOK
Lah dah kenapa pulak ni? Kau patut
gembira.

ARMAN
Takde apa. Okay je Encik Wook.

WOOK
Tak tak. Kau tak okay ni.

ARMAN
Saya okay je.

WOOK
Kejap... Ke sebenarnya kau pun ada
hati kat Puteri eh?

Arman tak dapat jawab soalan Wook.

WOOK
Jadi kau bukanlah tolong aku? Kau
tolong diri sendiri sebab kau cemburu
macam aku jugak?

Wook ketawakan Arman.

WOOK
Arman, kalau betullah tekaan aku, kau
lupakan jelah Puteri tu. Cari je
perempuan lain. Madamme Trivola ke.
Kau kena bersaing dengan aku kot.
Susah tau. Kita ni umpama Langit
dengan bumi.

ARMAN
Puteri je berhak memilih siapa yang
dia nak.

WOOK
Man, man.. Kau tadi dah bantai baiya
tu tau. Bukan aku yang bantai tau. Kau
rasa Puteri akan marah dengan aku atau
dengan kau? Fikir-fikirkan.

Wook gelakkan Arman. Arman bengang dan berlalu pergi.


38.

28 INT. PEJABAT TUAN REJAB - DAY

Rafiqi ketuk bilik Tuan Rejab.

TUAN REJAB
Ya Rafiqie. Masuklah.

RAFIQIE
Tuan, saya tidak tahan lagi tinggal di
sini. Saya sudah cuba sedaya upaya.
Saya sudah belajar sungguh-sungguh
cara pikat perempuan tapi semakin saya
jadi bagus. Ada pula yang cemburu....

TUAN REJAB
Kejap, kejap... Apa dah jadi ni?

RAFIQIE
Tuan Rejab, saya datang sini mahu
belajar bercinta bukan mahu gaduh-
gaduh. Tapi sejak dari awal lagi saya
sudah perasan staf-staf Tuan tak suka
sama saya. Madamme lari sebab tak
tahan bau saya. Sekarang, Arman mau
gaduh pula tu sama saya. Macam mana ni
Tuan? Saya bayar ini tempat untuk
capai impian saya tau.

TUAN REJAB
Rafiqie, saya minta maaf bagi pihak
Arman dan Madamme. Saya tak sangka
perkara macam ni akan berlaku.

RAFIQIE
Saya tidak kira Tuan Rejab, saya sudah
baca kontrak. Kalau impian saya tidak
tercapai, saya boleh saman Fantasia
Inn. Tuan Rejab mesti tanggungjawab.

TUAN REJAB
Saya harap Rafiqie dapat bersabar.
Benda yang terjadi sekarang ni betul-
betul diluar kawalan saya tapi saya
akan cuba selesaikan.

RAFIQIE
Okay. Sebab Tuan Rejab sama saya sudah
kenal lama, jadi saya kasi masa 1 hari
lagi. Kalau tidak saya saman resort
ni.
39.

29 INT. STOR - DAY

Arman sedang diselubungi rasa bersalah pada Puteri dan


Rafiqie.

Dia teringat kembali kata-kata Puteri semalam. Arman sedikit


terkesan.

ARMAN
Apa aku dah buat ni.... Aduh....

30 INT. PEJABAT TUAN REJAB - DAY

Tuan Rejab sedang duduk dengan Puteri.

PUTERI
Kita nak buat macam mana ni Tuan
Rejab? Kalau Rafiqie saman kita mana
kita nak cekau duit. Saya tak nak
Fantasia Inn ditutup. Ini semua salah
Arman!

TUAN REJAB
Sabar Puteri. Sebenarnya saya ada
permintaan dan hanya awak je dapat
bantu saya.

PUTERI
Demi Fantasia Inn, saya akan lakukan
apa sahaja Tuan.

TUAN REJAB
Saya nampak satu-satunya orang yang
boleh bantu kita disaat genting ni...
tak lain tak bukan... Wook.

PUTERI
Encik Wook?

TUAN REJAB
Ye. Tapi saya tak boleh minta bantuan
terus dari dia. Sebab tu saya perlukan
awak untuk bercakap dengan dia. Demi
Rafiqie. Demi impian yang perlu kita
laksanakan.
40.

31 EXT. FANTASIA INN - DAY

Wook dan Puteri berjumpa.

WOOK
Tak sangka akhirnya awak ajak saya
bermadu asmara Puteri.

PUTERI
Encik Wook, saya ada sebab kenapa saya
nak jumpa Encik Wook harini..

WOOK
1001 sebab pun tak apa Puteri. Demi
Puteri parit depan resort ni pun abang
Wook sangup renangi.

PUTERI
Macam ni. Encik Wook tahu kan yang
sekarang ni kita ada tetamu yang masih
belum capai impian dia.

WOOK
Oh! Baiya tu. Ha okay teruskan..

PUTERI
Sekarang ni, saya ditugaskan untuk
bantu dia belajar cara memikat hati
wanita tempatan.

WOOK
Okay teruskan lagi...

PUTERI
Tapi semalam Arman dah ganggu proses
pembelajaran antara saya dengan
Rafiqie. Perkara tu dah buatkan
Rafiqie bengang. Saya tak tahu dah nak
minta tolong siapa kecuali Encik Wook.

WOOK
Jadi awak nak saya bantu baiya tu?

PUTERI
Ye Encik Wook. Encik Wook je sekarang
satu-satunya harapan kami. Kalau tak
dia nak saman kita dan resort ni akan
ditutup.
41.

WOOK
Hmm menarik permintaan awak ni. Saya
boleh bantu awak tapi dengan satu
syarat....

32 INT. BILIK RAFIQIE - DAY

Hari baru, Rafiqie sedang lena tidur apabila pintunya


diketuk.

WOOK
Room service!

RAFIQIE
Ha masuk- masuk. Pintu tak kunci.

WOOK
Okay!

Wook masuk.

WOOK
Selamat Pagi Baiya! Saya Wook.

RAFIQIE
Okay-okay roti canai satu. Teh tarik 2
gelas. Kasi letak sikit halia.

Kemudian Rafiqie kembali tidur. Wook lempang muka Rafiqie.


Rafiqie terkedu.

WOOK
Baiya. Saya datang sini bukan nak
tulis menu sarapan tapi saya ada misi!

RAFIQIE
Apa misi?!

Wook senyum jahat. Dia lalu tolak Rafiqie dari katil.


Kemudian dia tolak Rafiqie masuk ke tandas.

WOOK
Bersedialah untuk kejutan tranformasi
diri!

Wook kunci pintu bilik air. Dari luar kedenggaran Rafiqie


meminta tolong.
42.

RAFIQIE
Tolong Encik. Jangan buat saya ..
Jangan. Saya orang suci Encik.

WOOK
Diamlah!

RAFIQIE
Argh!! Tolong!

33 INT. PEJABAT MADAMME - DAY

Madamme nampak masih tidak berapa sihat.Pintu pejabatnya


diketuk.

MADAMME TRIVOLA
Masuk.

Arman masuk.

MADAMME TRIVOLA
Ha Arman. Duduklah.

Arman duduk.

ARMAN
Madamme, saya rasa saya ada buat salah
semalam.

MADAMME TRIVOLA
Apa yang awak dah buat?

ARMAN
Saya dah rosakkan impian Rafiqie dan
rancangan Puteri untuk tolong Rafiqie.

Madamme terkejut.

MADAMME TRIVOLA
Ni lah sebabnya saya malas nak ambik
cuti. Asal saya takde je ada je benda
nak jadi.

ARMAN
Sebab tu saya jumpa Madamme ni.
43.

MADAMME TRIVOLA
Awak cemburukan?

ARMAN
Hmm kalau saya cemburu pun apa yang
boleh saya buat. Saya ni bukan lelaki
pilihan pun.

MADAMME TRIVOLA
Awak tau tak apa sebenarnya masalah
awak ni? Awak terlalu ego. Lepastu
awak buat andaian macam-macam.

ARMAN
Habis tu Madamme nak saya buat apa
lagi. Saya dah cuba ambik hati Puteri
tapi dia tak pandang saya langsung
kot.

MADAMME TRIVOLA
Yeke? Pernah tak luahkan isi hati
awak?

ARMAN
Nak luahkan macamaman kalau saya tak
pernah diberikan peluang...

MADAMME TRIVOLA
Macamni. Apa kata awak turunkan sikit
ego awak tu. Pergi minta maaf dengan
Puteri. Saya percaya Puteri akan
maafkan awak.

ARMAN
Tapi Madamme.

MADAMME TRIVOLA
Takde tapi ,tapi. Awak buat salah kan.
Pergi mengaku salah dan minta maaf.

ARMAN
Hmmm....

34 INT. BILIK RAFIQIE - DAY

Continue Scene 32.


44.

Wook tarik Rafiqie yang sedang siap bertuala di depan cermin.


Rafiqie mengigil kesejukan.

________
Montage:

WOOK CUKUR JAMBANG RAFIQIE. WAJAH RAFIQIE DI KEMASKAN.

KEMUDIAN DIA PAKAIKAN PELBAGAI JENIS WANGIAN PADA RAFIQIE.

SELEPAS ITU DIA MENGERINGKAN RAMBUT RAFIQIE DAN MENYISIRKAN


DENGAN KEMAS DAN TERLETAK.

Rafiqie terkejut dengan transformasi wajahnya.

RAFIQIE
Kacaknya saya! Terima kasih encik.
Tapi encik ni siapa? Saya tak pernah
nampak?

WOOK
Sayalah pari-pari Wook.

Wook lemparkan pelbagai jenis baju pada Rafiqie.

WOOK
Kalau kau tak nak aku paksa kau macam
mana aku tonyoh daki kat badan kau
tadi, baik kau pakai sendiri.

RAFIQIE
Okay okay Pari- Pari Wook.

Rafiqie ambil baju dari Wook. Dia mula memakainya.

Montage Rafiqie mencuba pelbagai jenis baju dan fesyen


sehingga akhirnya Wook puas hati.

WOOK
Ha ini macam!

Rafiqie tersenyum melihat ketampanan di cermin.

35 INT. KAUNTER FANTASIA INN - DAY

Rafiqie berjalan di kaunter. Puteri yang berada di kaunter


terkejut tengok Rafiqie.

PUTERI
Rafiqie! Awak nampak lain sangat!
45.

RAFIQIE
Ahha! Saya tau. Saya pun terkejut!
Terima kasih pada Pari-pari Wook. Dia
yang datang pagi tadi tolong saya.

Mendengar nama Wook, muka Puteri mula berubah. Madamme sedang


berjalan ke kaunter.

RAFIQIE
Madamme!

MADAMME TRIVOLA
Eh??? Rafiqie ke ni??!

RAFIQIE
Sayalah Madamme dengan sedikit
transformasi.

MADAMME TRIVOLA
Tak sangka saya, bau dah takde. Cakap
pun dah macam orang sini. Macam ni
barulah lelaki pilihan wanita
tempatan! Kan Puteri.

Puteri yang sedang rungsing menjawab Madamme dengan berat


hati.

PUTERI
Aaa. betul.

MADAMME TRIVOLA
Ni Puteri, ada nampak Arman?

Mendengar nama Arman, Puteri terus marah.

PUTERI
Arman?! Saya tak ambik tahu pasal dia.

MADAMME TRIVOLA
Hmm, belum minta maaf la tu...

PUTERI
Apa Madamme?

MADAMME TRIVOLA
Oh takde apa. Takpelah. Saya nak pergi
cari Arman.
46.

36 INT. STOR - DAY

Arman tengah latih diri untuk minta maaf dengna Puteri.

ARMAN
Puteri, Aku minta maaf. Aku tahu aku
salah dalam hal ni. tapi sebenarnya
aku cemburu. Aku.... suka kat... argh
susahnya... Arman, kau kena turunkan
ego. Turunkan ego. Ah lantaklah.
Kalini je.

Arman keluar dari bilik stor.

37 EXT. FANTASIA INN - DAY

Penginapan Rafiqie di Fantasia Inn tamat. Tuan Rejab.


Madamme, Puteri menghantar Rafiqie.

RAFIQIE
Tuan Rejab, saya nak ucapkan terima
kasih banyak-banyak sebab sudi bantu
saya.

TUAN REJAB
Saya yakin awak akan berjaya memikat
wanita tempatan selepas ini.

RAFIQIE
Saya pun sangat yakin dengan diri saya
sekarang. Kalau bukan kerana staf-staf
di sini saya mungkin tak kan berjaya
dan balik ke Bangladesh.

MADAMME TRIVOLA
Tahniah Rafiqie. Maafkan saya ye sebab
tak dapat bantu awak haritu.

RAFIQIE
Tak apa Madamme. Saya banyak-banyak
terima kasih dekat Puteri. Dia pun
banyak tolong sepanjang gantikan
tempat Madamme.

PUTERI
Saya harap awak berjaya dekat luar
sana.
47.

RAFIQIE
Arman mana? Saya nak minta maaf dekat
dia atas kejadian tempoh hari. Puteri,
Arman suka sama Puteri tau. Kasilah
dia peluang.

Muka Puteri nampak sedih bila Rafiqie cakap macamtu.

TUAN REJAB
Mana Arman?

MADAMME TRIVOLA
Entah. Tadi ada je. Tak taulah mana
dia pergi. Dengan Gojie kot.

Wook datang bawa barangan mandian.

WOOK
Dey Baiya!

RAFIQIE
Dey pari-pari saya!

RAFIQIE
Terima kasih banyak-banyak Pari-pari
Wook. Saya takkan lupakan jasa awak
dan semua orang di sini. Terima kasih
semua!

Rafiqie masuk dalam kereta dan beredar dari situ. Madamme dan
Puteri turut beredar.

TUAN REJAB
Alhamdulillah, semua dah selesai.

WOOK
Selesai?

TUAN REJAB
Terima kasih Wook sebab akhirnya ada
juga sumbangan kau kat Fantasia Inn.

Wook bisikkan sesuatu ke telinga Tuan Rejab.

WOOK
Kau ingat aku nak buat kerja free ke
Rejab? Nanti rajin-rajin la jenguk
Facebook aku. Aku ada kejutan untuk
kau... dan oh... sama-sama.
48.

Wook menjerit kegembiraan dan berlalu pergi. Tuan Rejab pelik


dengan Wook. Arman datang dan serahkan surat peletakan
jawatan dekat Tuan Rejab.

ARMAN
Tuan Rejab, saya minta maaf. Saya rasa
saya dah tak boleh lagi bekerja kat
sini. Ini surat peletakan jawatan
saya.

TUAN REJAB
Arman, ada apa-apa yang tak kena ke?

ARMAN
Saya tak sanggup nak tengok orang yang
saya minat bercinta dengan lelaki
lain. Saya minta maaf Tuan Rejab.

Arman bergerak meninggalkan Fantasia Inn. Tuan Rejab buka FB


dan terkejut apabila melihat status in relationship Wook dan
Puteri.

TUAN REJAB
Apa aku dah buat ni....

END.

Anda mungkin juga menyukai