Anda di halaman 1dari 5

PENCERITA

Carmel duduk berseorangan di ruang tamu. Sesekali dia memanjangkan lehernya melihat
ke luar tingkap. Ibu bapanya masih belum pulang lagi. Jam di dinding menunjukkan tepat
pukul lima petang. Carmel membelek-belek dua kepng tiket yang dipegangnya. Tiket-
tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia yang telah diberi oleh ayahnya
seminggu yang lepas. Pada malam ini, dia dan ayahnya akan ke Stadium Tawau untuk
menyaksikan perlawanan akhir tersebut. Ringg…..ringg…..tetiba telefon berbunyi
mengejutkan Carmel dari lamunannya.

Perasaan Carmel berbelah bagi. Jika pesanan itu disampaikan kepada ayah, sudah tentu
hasratnya untuk pergi ke Stadium Tawau tidak akan kesampaian. Alangkah hampanya
dia. Angan-angannya untuk menyaksikan perlawanan akhir itu akan musnah hanya
kerana pesanan daripada Uncle Joven itu. Jika tidak disampaikan pula, dia akan berasa
bersalah kerana mengkhianati Uncle Joven dan ayahnya. Dia tidak sampai hati hendak
berbuat demikian.

CARMEL 1
Carmel : Hello, Carmel bercakap di sini
Carmel : Oh! Uncle Joven. Ingatkan siapa tadi.
Carmel : Ayah dan ibu belum pulang lagi. Ada apa-apa yang boleh Carmel
tolong, Uncle Joven?
Carmel : Baiklah, Uncle Joven tetapi……helo Uncle Joven, helo….

CARMEL 2
Carmel : Err….ayah, perlawanan itu ada disiarkan di televisyen tak?
Carmel : Macam mana nak beritahu ke tak?
Carmel : Sebenarnya, Uncle Joven baru sahaja telefon dia minta ayah agar pulang
segera ke kampung kerana ada hal mustahak yang perlu
disampaikannya.
UNCLE JOVEN
Uncle Joven : Helo, Carmel. Ini Uncle Joven.
Uncle Joven : Ayah Carmel ada di rumah tak?
Uncle Joven : Carmel, tolong beritahu ayah supaya pulang ke kampong dengan segera
kerana ada hal yang sangat mustahak. Carmel, jangan lupa ya pesanan
Uncle Joven.

AYAH
Ayah : Carmel, tolong buka pintu. Hai tak sabar-sabar nampaknya hendak ke
stadium?
Ayah : Sudah tentu ada. Mengapa pulak?
Ayah : Kenapa Carmel, ada sesuatu yang ingin kamu beritahu?
Ayah : Oh! Begitu. Ayah bangga mempunyai anak yang baik seperti Carmel.
Walaupun Carmel tahu yang malam ini kita akan pergi menyaksikan
perlawanan bola sepak tapi Carmel korbankan impian Carmel
disebabkan hal keluarga kita. Carmel memang anak yang taat.

TIKET
TIKET

CARMEL

Carmel : Esther, selalu benar kamu menonton televisyen, tidak

kasihankah kamu melihat ibu? Dari pagi hingga malam, ibu

sibuk membuat kerja rumah.

Carmel : Nanti, ibu akan ke pasar bersama-sama dengan ayah. Selama

kira-kira dua jam itu, kita bantulah ibu mengemas dan

membersihkan persekitaran rumah.

Carmel : Kamu boleh menyapu daun-daun kering dan masukkannya ke

dalam beg plastik. Kemudiannya, cucilah longkang dan susun

pasu-pasu bunga. Kakak pula akan menyiram pokok bunga,

mencuci pinggan-mangkuk, mengelap meja dan mngemas bilik

serta ruang tamu.


ESTHER 1

Esther : Kalau begitu apa yang saya patut lakukan?

Esther : Apa tugas yang patut saya lakukan, kak?

ESTHER 2

Esther : Mestilah, bukankah anak-anak ayah ini rajin?

AYAH

Ayah : Wah, Bersih dan kemas rumah kita!

Ayah : Kalau begini selalu, alangkah bagusnya. Sejuk hati ayah dan

ibu.

PENCERITA

Sejurus kemudian, ibu dan ayah mereka bersiap-siap untuk ke pasar. Carmel

dan Esther bergesa memulakan tugas masing-masing. Mereka begitu pantas

dan cekap melakukan kerja; seperti lipas kudung lagaknya. Oleh sebab kedua-

duaberadik ini ringan tulang, maka akhirnya kerja yang dirancang siap lebih

awal. Dua jam kemudian, ibu dan ayah mereka pulang dari pasar.

Anda mungkin juga menyukai