Anda di halaman 1dari 5

Agenda Majlis

09:00 pagi Kehadiran & Pendaftaran Peserta


09:00 pagi Ketibaan Pengurusan PPII
09:45 pagi Pembukaan

Nyanyian Lagu NegaraKu


Marilah kita bersama-sama berdiri untuk menyanyikan lagu NegaraKu.
Terima kasih.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas nyanyian yang penuh


bersemangat tadi.
Hadirin sekalian dipersilakan duduk.

Bismillah
Selawat
Doa

Daun Kesum, Kayu Sugi,


Assalamualaikum, dan Selamat Pagi

Sirih Berlipat Sirih Pinang,


Beli dari Pekan Sementa,
Pemanis Kata Selamat Datang,
Awal Bismillah Pembuka Kata.
Yang Berbahagia
Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Mohd Fozi Ali
Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)

Yang Berusaha
Prof Madya Ir. Ts. Dr. Juliana Johari
Penolong Naib Canselor (Infostruktur)

Yang Berusaha
Puan Hajah Sariani Sarijo
Pengarah Pengurusan ICT

Ahmad Bin Kasim


Ketua Bahagian Pentadbiran Infostruktur

Ts Dr Hajah Kamaliyah Binti Sarjo@Hj Ahmad


Ketua Bahagian Dasar & Strategik ICT

Sajudin Bin Samad


Ketua Bahagian Keselamatan ICT

Shamsuri Bin Awang Seman


Ketua Bahagian Infrastruktur ICT

Mohd Hairy Bin Mohammadiah


Ketua Bahagian Sistem Maklumat

Ts. Syamsudin Bin Mudzamil


Ketua Bahagian Operasi ICT
Puan Hajah Zira Izratul Mohani Binti Mohamat
Ketua Bahagian Pengurusan Projek ICT

Seluruh warga Infostruktur


Serta tuan-tuan, puan-puan hadirin
yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam Keluarga UiTM

Syukur alhamdulillah, dengan segala limpah rahmat-Nya, kita semua


masih lagi diberikan kesihatan yang baik untuk hadir bersama-sama pagi
ini disini untuk majlis Town Hall Infostruktur kali ini.

Bacaan Doa
Memulakan majlis, marilah kita bersama meng-amin-kan doa yang akan
dipimpin oleh Al-fathil Ustaz Abdul Hadi bin Milok.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Aameen... Aameen YRA.


Semoga doa yang kita aminkan tadi dimakbulkan oleh Allah SWT.

Tuan puan hadirin sekalian,


Town Hall Infostruktur kali ini bertujuan
untuk memperjelaskan hala tuju & pencapaian jabatan
serta merungkai segala apa jua persoalan berkaitan jabatan.

Diakhir nanti juga, majlis hari ini adalah disekalikan dengan jamuan hari
raya peringkat Infostruktur.
Jadi sabarlah menunggu.

10:00 pagi Hadirin yang dikasihi sekalian.

Kini dipersilakan
Pengarah Pengurusan ICT Infostruktur,
Puan Hajah Sariani binti Sarijo
untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan

Majlis merakam ucapan terima kasih kepada Puan Hajah Sariani binti
Sarijo, Pengarah Pengurusan ICT Infostruktur diatas ucapan aluan
sebentar tadi.

10:15 pagi Tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian.

Meneruskan acara, majlis ingin mempersilakan


Penolong Naib Canselor (Infostruktur),
Prof Madya Ir. Ts. Dr. Juliana Johari
untuk menyampaikan ucapan.

Majlis merakam ucapan terima kasih kepada


Prof Madya Ir. Ts. Dr. Juliana Johari,
Penolong Naib Canselor (Infostruktur) diatas ucapan sebentar tadi.
Hadirin sekalian, majlis ingin mengalu-alukan kehadiran
Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Mohd Fozi Ali

11:00 pagi Warga infostruktur yang dicintai sekalian.

Kini tibalah saatnya untuk kita mendengar ucapan yang ditunggu-tunggu.


Maka majlis mempersilakan
Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Mohd Fozi Ali
untuk menyampaikan ucapan.

Majlis merakam ucapan terima kasih kepada


Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Mohd Fozi Ali,
Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
diatas ucapan sebentar tadi.

11:30 pagi Sesi Soal Jawab


Kini tibalah sesi soal jawab.
Maka dengan yang demikian, semua warga infostruktur bolehlah ajukan
sebarang pertanyaan.

Pertama sekali, suka saya peringatkan bahawa semua pihak perlulah


terbuka dalam sesi.
Terbuka mengajukan soalan serta terbuka menjawab soalan.
Semoga kita dapat merungkai segala kesulitan dengan cara terbaik.
Umpama menarik helaian rambut dalam tepung,
Rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.

Sila sebutkan nama terlebih dahulu, dan teruslah ajukan soalan.


Adalah diharapkan soalan dapat dikemukakan adalah penuh hemah,
ringkas dan tepat supaya persoalan dapat difahami.

Maka saya buka kepada semua untuk mengajukan soalan.


Dipersilakan.

12:00 Selingan Video Ucapan


tengahari
Maka dengan ini tamatlah sesi soal jawab.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mengambil
bahagian.
Sekiranya masih ada kekusutan yang masih belum terungkai, terbukalah
membincangkannya sesama kita demi untuk kebaikan jabatan.

Seterusnya majlis ingin menjemput


Yang Berusaha
Prof Madya Ir. Ts. Dr. Juliana Johari
Penolong Naib Canselor (Infostruktur)

Bersama-sama

Yang Berusaha
Puan Hajah Sariani Sarijo
Pengarah Pengurusan ICT
Untuk mempersilakan
Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Mohd Fozi Ali

Ingin bergerak meninjau semua booth juadah disana.


Dipersilakan.

Insya-Allah, selepas TNC selesai melawat booth juadah, barulah kita


sama-sama mula menikmati jamuan.

Baca doa makan.

Akhir kalam mohon berpantun penutup bicara

• Sesi Bergambar
01:00 Makan Tengahari / Bersurai
petang

Ramadhan barakah pasti dirindui,


Moga amalan diterima Ilahi;
Syawal menjelma sama dirai,
Dengan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri.”

Satu Syawal menjelang tiba,


Takbir bergema mengegarkan jiwa;
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun di pinta di hari mulia.

Takbir sudah bergema,


Syawal sudah tiba;
Selamat Hari Raya,
Ampun maaf dipinta.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.


1. Daun Kesum, ikan Talang,
Assalamualaikum, dan Selamat Petang

2. Sirih Berlipat Sirih Pinang,


Sirih Dari Pekan Sementa,
Pemanis Kata Selamat Datang,
Awal Bismillah Pembuka Kata.

3. Garam Ada, Kicap Pun Ada,


Sayang Lada Terlupa Lagi,
Semua Ada, Bos-bos Pun Dah Ada,
Sayang Majlis Tak Berdoa Lagi.

4. Batang Selasih Permainan Budak,


Tumbuhnya Jarang Tepi Telaga,
Bercerai Kasih Bukanlah Kehendak,
Kerana Tugas Dituruti Juga.

5. Pergi bermain layang-layang,


Hari Jumaat tengah hari,
Pergilah Kasih Pergilah Sayang,
Pandai-pandailah menjaga Diri.

6. Kalau Ada Jarum Yang Patah,


Jangan Disimpan Di Dalam Peti,
Kalau Ada Silap & Salah,
Janganlah Di Simpan Di Dalam Hati.

7. Kalau Ada Sumur Di Ladang,


Boleh Kami Menumpang Mandi,
Kalau Ada Umur Yang Panjang,
Bolehlah Kita Bertemu Kembali.

8. Terbang Rendah Burung Tempua,


Hinggap Berdua Di Dahan Ara,
Hidangan Di Luar Sudah Tersedia,
Dijemput Tuan & Puan Menjamu Selera.

Anda mungkin juga menyukai