Anda di halaman 1dari 3

Muhammad Azizi Fahmi Bin Aliman

BP23110424

1. Definisi Pelajar

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2013) istilah pelajar bermaksud orang yang
belajar atau orang yang mengaji. Ia juga membawa maksud orang yang menyelidiki ilmu.
Pelajar adalah perkataan yang memungkinkan untuk merujuk kepada mereka yang
berdedikasi untuk khawatir , mempraktikkan dan membaca pengetahuan tentang beberapa
sains , disiplin atau seni . Adalah lumrah bagi pelajar untuk didaftarkan dalam program
pengajian formal, walaupun mereka juga dapat menuntut ilmu secara bebas atau tidak
formal.
Rujukan: https://comaei.unisza.edu.my/flexs/index.php?
option=com_phocadownload&view=category&download=55:modul-tanggungjawab-
pelajar-bm&id=1:tools-download&Itemid=1088

2. Definisi Guru

Guru adalah ahli ilmu yang menyampai dan mengembang serta menjayakan ilmu dalam
masyarakat.Ia merangkumi ilmu pengetahuan mengenai Islam atau pengetahuan umum
dengan ciri serta tugasyang perlu mendapat pembelaan sewajarnya dalam masyarakat.
Mereka boleh menjalankan tugasdengan berkesan untuk mewujudkan umat yang beriman,
berilmu dan beramal(Muhammad Uthman El- Muhammady, 1996).

Rujukan : https://www.scribd.com/document/64261135/Definisi-Guru

3. Definisi Ilmu Pengetahuan

Perkataan ilmu dari sudut bahasanya adalah berasal daripada perkataan arab iaitu calima,
yang beerti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu
dengan sebenarnya. Ilmu pengetahuan terbahagi kepada dua bentuk iaitu
ilmu pengetahuan nyata (explicitknowledge) dan ilmu pengetahuan tidak nyata(tacit
knowledge). Ilmu pengetahuan nyataboleh didapati kebanyakannya dalam bentuk
dokumen bercetak manakala ilmu pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea,
minda ,amalan harian, pengalaman, memori dan seumpamanya yang kebiasaannya
sukar dilihat dengan mata kasar. (Noraziah Sharuddi,2002).

Rujukan : https://www.scribd.com/doc/75969168/Definisi-Ilmu-Pengetahuan
4.Definsi Sains

Sains boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui cerapan serta
fahaman yang lahir daripadanya sendiri. Ia juga boleh diertikan sebagai huraian secara
sistematik tantang fenomena tabii atau alam semulajadi. Menurut Encarta Encyclopedia,
sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik
berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif . Oleh itu , sains
dapat disimpulkan sebagai satu himpunan ilmu pengetahuan manusia yang dikumpulkan
melalui satu proses pengkajian dan dapat diterima oleh akal.

Rujukan : https://www.scribd.com/doc/19466464/Definisi-Sains-dan-tuhidik

5. Definisi Adab

Adab memiliki sebuah arti kesopanan, keramahan, dan kehalusan budi pekerti. Adab erat
kaitannya dengan akhlak atau perilaku terpuji. Ahli bahasa juga kebanyakan menyebutkan
bahwa adab merupakan kepandaian dan ketepatan dalam mengurus segala sesuatu.
Begitupun sebagian ulama lainnya juga turut berpendapat bahwa adab merupakan suatu
kata atau ucapan yang mengumpulkan segala perkara kebaikan di dalamnya.

Rujukan : https://www.gramedia.com/literasi/adab/#google_vignette

6. Definisi Insan

Insan boleh dirujuk sebagai makhluk istimewa yang boleh berfikir, menerima ilmu dan
juga berkehendak. Kesemua ciri-ciri ini hanya dimiliki oleh makhluk bergelar manusia.
Selain manusia, terdapat juga makhluk-makhluk lain namun apa yang membezakan aras
dan darjat manusia dengan makhluk-makhluk lain adalah akal. Menerusi karya-karya
tradisi Islam, akal dibahaskan sebagai unsur pentakrif yang membezakan manusia dan
makhluk Allah yang lain. Akal adalah merupakan sumber kebaikan yang boleh juga
didapati melalui pengalaman dimana ianya mampu mengawal hawa nafsu manusia dari
menjurus kepada nikmat duniawi semata-mata

Rujukan : https://www.coursehero.com/file/154840802/KONSEP-INSAN-DALAM-
PERSPEKTIF-FALSAFAHdocx/
7. Definis Sukan

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang
secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang
bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

Rujukan : https://www.coursehero.com/file/40049449/SUKAN-docx/

8. Defnisi Pendidikan

Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, pendidikan bermaksud perihal atau perbuatan
mendidik. Manakala berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, pendidikan diertikan
sebagai pertama perihal mendidik, kedua; ilmu pendidikan dimaksudkan sebagai ilmu
didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik dan yang ketiga; diertikan sebagai didikan,
latihan, ajaran. Maka bolehlah dikatakan disini bahawa pendidikan adalah pengajaran dan
ianya termasuklah semua perkara atau perihal yang berkaitan mendidik atau mengajar.

Rujukan : https://www.xpresi.org/definisi-pendidikan/#google_vignette

Anda mungkin juga menyukai