Anda di halaman 1dari 7

KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)

Fungsi Menerangkan hubungan antara masalah kekurangan, pilihan dan kos

lepas.
Maksud Had maksimum tingkat pengeluaran yang boleh dicapai oleh masyarakat
atau negara berasaskan faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada dan
tingkat terknologi tertentu.

Andaian-Andaian Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Andaian 1 : Ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh

Andaian 2 : Ekonomi mengeluarkan dua jenis barang
Andaian 3 : Sumber ekonomi adalah tetap dan terhad
Andaian 4 : Tingkat teknologi adalah tetap

Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)

1
Guna tenaga penuh
 Berada di sepanjang keluk KKP seperti A, B, C, dan D.
 Tambahan makanan akan berlaku jika pakaian dilepaskan dan juga sebaliknya.
 Ini kerana semua sumber makanan telah digunakan sepenuhnya.

Pembaziran dan pengangguran

 Sebarang titik yang berada di dalam kawasan KKP seperti titik F.
 Dapat dihasilkan tetapi pengeluaran tersebut tidak mencapai tahap maksimum.
 Kerana faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya.
 Tambahan makanan mahupun pakaian boleh dilakukan tanpa melepaskan barang lain.
 Kombinasi yang berada di dalam KKP contohnya F wujud akibat pengeluaran tidak
cekap.

Kekurangan
 Berada di luar KKP, contohnya G.
 Kombinasi G tidak boleh dicapai kerana tingkat guna tenaga penuh telah dicapai dan
tiada faktor pengeluaran lebih untuk menambah keluaran.
 Kombinasi G hanya boleh dicapai jika wujudnya pertambahan faktor pengeluaran,
peningkatan tingkat teknologi dan peningkatan produktiviti buruh.

Pilihan
 Pilihan adalah pergerakan di sepanjang KKP seperti dari titik A ke B.
 Kecekapan teknologi merujuk kepada penggunaan faktor pengeluaran untuk
menghasilkan output tanpa sebarang pembaziran.
 Masyarakat dikatakan mencapai kecekapan teknologi jika ia menghasilkan output yang
maksimum dengan menggunakan faktor pengeluaran yang minimum.
 Kecekapan ekonomi tercapai apabila barang yang paling penting dan sesuai telah dipilih
untuk dikeluarkan dengan cara pengeluaran yang paling mudah dan cekap.
 Masyarakat mengeluarkan barangan di atas KKP dikatakan telah mencapai kecekapan
teknologi kerana mencapai guna tenaga penuh, pengangguran dihapuskan dan
pengeluaran maksimum dengan kos yang minimum.
Kos lepas
 KKP curam menunjukkan kos lepas yang malar.

2
 KKP cembung menunjukkan kos lepas yang semakin meningkat.
 KKP curam menunjukkan faktor pengeluaran yang sama cekap digunakan.
EKONOMI TINGKATAN 4 by Mr Mahesh
Latihan: Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Soalan 1
Jadual di bawah menunjukkan dua barang yang dikeluarkan oleh sesuatu firma.

Kaedah Pengeluaran Meja (unit) Kerusi (unit)

M 100 35
N 70 40
P 40 60
Q 20 75

Jika pihak pengurusan firma tersebut mengambil keputusan untuk mengubah kaedah
pengeluaran daripada kaedah P kepada kaedah Q, berapakah unit meja yang terpaksa
dilepaskan?

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

Soalan 2
Jadual di bawah menunjukkan pelbagai kombinasi output maksimum bagi barang pertanian
dan barang elektronik yang dapat dikeluarkan oleh sebuah ekonomi pada tingkat teknologi
yang tertentu.

Kombinasi Barang Pertanian (unit) Barang Elektronik (unit)

A 0 55
B 10 51
C 20 45
D 30 36
E 40 28
F 50 15
G 60 0

(a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis satu keluk kemungkinan pengeluaran
berdasarkan jadual di atas.

3
(b) Mengapakah pengeluaran barang elektronik semakin berkurang apabila pengeluaran
barang pertanian bertambah?

………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………

(c) Hitungkan kos lepas sekiranya negara tersebut menukar kombinasi pengeluaran dari:

(i) Titik A ke titik B

(ii) Titik C ke titik D

(iii) Titik E ke titik F

(iv) Titik F ke titik G

4
(d) Negara berkenaan ingin mengeluarkan 40 unit barang pertanian dan 40 unit barang
elektronik. Pada pendapat anda, adakah kombinasi pengeluaran ini boleh dicapai?

………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………

(e) Negara berkenaan memilih untuk mengeluarkan lebih banyak barang elektronik
berbanding dengan barang pertanian. Mengapakah negara tersebut berbuat demikian?
Berikan alasan anda.

………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………

EKONOMI TINGKATAN 4
TOPIK: KOS LEPAS DAN KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN

1. Berikan takrif kos lepas bagi firma.

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

2. Mengapakah kos lepas wujud dalam kalangan firma?

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

3. Jelaskan maksud keluk kemungkinan pengeluaran dan nyatakan empat andaian yang
digunakan dalam analisis keluk tersebut.

Maksud:
________________________________________________________________________

5
________________________________________________________________________
Andaian:

4. Maklumat di bawah berkaitan pengeluaran yang dilakukan oleh Cik Anna.

Cik Anna merupakan seorang pengusaha baju wanita yang terkenal di Johor Baharu.
Dalam mencapai matlamat, Puan Balqis memilih untuk mengeluarkan baju kurung
moden dan baju kebaya menggunakan empat kaedah. Kaedah W mengeluarkan 100
pasang baju kurung moden sahaja. Kaedah X pula mengeluarkan 75 pasang baju kurung
moden dan 30 pasang baju kebaya. Kaedah Y mengeluarkan 50 pasang baju kurung
moden dan 60 pasang baju kebaya, manakala kaedah Z hanya mengeluarkan 90 pasang
baju kebaya.

Hitungkan kos lepas apabila kombinasi pengeluaran ditukar dari:

(i) Kaedah W ke kaedah X.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

(ii) Kaedah Y ke kaedah Z.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

6
(iii) Dengan menggunakan kertas graf, lakarkan keluk kemungkinan pengeluaran
yang dilakukan oleh Puan Balqis.

Anda mungkin juga menyukai