Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Maluri Kod Sekolah: WEB0232

1. Nama Guru
Noor Sumayah Binti Ismail

KEMAHIRAN MENGURUS
2. Judul 3. Bidang: PENGURUSAN
BERASASKAN MODUL
-Chek Mat
4. Tarikh Pembentangan 28/3/2023 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini adalah antara koleksi tulisan Tn Chek Mat seorang penceramah bebas dalam bidang
latihan, motivator dan master Trainer. Beliau pernah menjadi panel Penilai Anugerah Sujan. Buku
ini mengandungi 4 bab iaitu Bab 1; menghuraikan persoalan asas tentang kemahiran mengurus,
bab 2; memfokuskan tentang kemahiran pengorganisasian atau dipanggil juga kemahiran operasi
pengurusan, bab 3; memfokuskan kepada memberikan latihan khusus bagi kakitangan
organisasi, bab 4; menghuraikan kesan penerapan kemahiran berorganisasi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Walaupun buku ini lebih bersifat umum meliputi kursus dan modul latihan semua jabatan tetapi
sebagai warga KPM ianya boleh diubahsuai dan dimanipulasikan dalam bidang pendidikan selari
dengan hasrat dan matmalat kementerian. Secara dasarnya pengurusan organisasi yang mantap
dan efisien adalah sangat penting untuk memberikan kepuasan kerja kepada semua pihak
sebagaimana hala tuju KPM iaitu “Mengembalikan Cinta ke Dalam Pendidikan”. Di dalam buku ini
juga dijelaskan kaedah dan langkah yang sesuai untuk menangani isu pekerja-pekerja yang
bermasalah. Rumusannya setiap pengurus dan kepimpinan organisasi perlu mempunyai
kemahiran membuat keputusan, kemahiran komunikasi dan peningkatan motivasi dalam
kalangan pekerja bawahan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Di dalam buku ini disediakan 20 modul pembelajaran meliputi 4 bidang utama iiatu
perkembnagan dan organisasi, kepimpinan, kepakaran dan kepuasan kerja. Di dalam setiap
modul ini disediakan draf kertas kerja, borang soal selidik, garis panduan pelkasanaan serta
aktiviti pemantauan untuk menilai keberkesanan modul yang dicadangkan. Buku ini snagat
membantu dsri segi kepimpinan dan pengurusan sesuatu organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NOOR SUMAYAH BINTI ISMAIL ) ( )
PPP DG44, SMK TAMAN MALURI

Anda mungkin juga menyukai