Anda di halaman 1dari 3

Nama : Tharani a/p Rajendran

No Matriks : MHP211056

Kursus : Teori Organisasi Dalam Pengurusan Pendidikan

Setelah saya meneliti dan membaca artikel “Who moved my cheese?” ditulis
oleh DR Spencer Johnson, sehingga ke akar umbi, saya mendapat banyak
pengertian penting hendak ikut dalam kehidupan untuk Berjaya. Salah satu hakikat
yang tidak boleh dikesampingkan dari artikel tersebut ialah jangan biarkan diri
terperangkap dalam zon selesa (comfort zone). Apabila melangkah ke alam kerjaya
yang penuh dengan cabaran dan persaingan, pekerja tidak boleh sekali-kali
membiarkan diri 'terperangkap' dalam zon selesa dengan kekal.

Sikap sedemikian bukan sahaja akan memberi kesan negatif terhadap


produktiviti tetapi juga menjejaskan usaha majikan untuk memacu pembaharuan
yang dapat membantu kelangsungan dan membawa kemajuan organisasi ke
peringkat lebih tinggi. Sehubungan itu, majikan memerlukan kakitangan yang
memiliki kemahiran pembelajaran secara berterusan untuk meningkatkan diri dari
semasa ke semasa sama ada melalui inisiatif kendiri, pengalaman, pendedahan,
bimbingan mahupun tunjuk ajar diperoleh.

Selain itu, memandangkan keadaan yang sedemikian saya dapat tahu dari
artikel itu adalah “ Jangan Takut Untuk Berubah”(Don’t Afraid to Change). Kita
biasanya dalam menjalani hidup seharian, kita sentiasa rasa takutkan terhadap
sesuatu perubahan. Tak kisahlah sama ada perubahan itu yang kita telah rancang,
ataupun yang berlaku secara tiba-tiba. kita selalu rasa takut untuk menghadapi
perubahan kerana kita tiada keyakinan terhadap sesuatu perkara. Contoh, Hem dan
Haw takut berubah tempat untuk meneruskan kehidupan sebab mereka ingat
kehidupan dari sini akan menyusahkan mereka dalam kelaparan dan ketakutan.
Jadi, mereka tidak berusaha untuk mencari keju dan sekat dalam bilik yang mereka
sediakan. Ini mengakibatkan mereka dalam kelaparan dan kelesuaan.
Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
sebagai manusia kita melakukan sesuatu hal yang baru, takut gagal, takut tidak
berhasil, takut jatuh dan sebagainya. Jangan sesekali menjadi pengecut dengan
cara melarikan diri dari sebuah masalah. Orang yang mencapai impian mereka dan
sukses dalam kerjaya adalah orang yang berani mengambil risiko. Apabila mereka
gagal, mereka mencuba lagi sampai mencapai kejayaan dalam kerjaya masing-
masing.

Bukan itu sahaja yang saya mendapat dari artikel tersebut. Fahaman ini jelas
menunjukkan bahawa “Teruskan Langkah” (Moved On). Ideologi ini memang benar
kerana Apa Sahaja akan berlaku dalam kehidupan kita kena teruskan melangkah.
Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik
dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi
hingga ke akar umbi. Betapa susah situasi kita kena menghadapi dan teruskan
melangkah walaupun kita menghadapi kegagalan. Lanjutan daripada peristiwa itu,
kehidupan dan masa tidak akan berhenti kepada sesiapa. Jadi, kita kena teruskan
Langkah kedepan untuk meneruskan kehidupan kita dalam apa jua situasi yang
menyusahkan kita secara mental dan fizikal.

Akhirnya, Kita hendaklah berfikir secara positif dan kritis. saya sukakan
phrase 'critical thinking' seperti Sniff dan Scurry karakter dari artikel yang saya
pelajari. Menjadi seorang yang positif, lebih baik untuk kita miliki pemikiran yang
critical. Lebih pantas berfikir, dalam kebanyakan masa, kita akan fikir “out of the box”
seperti Sniff dan Scurry. Dalam kerjaya kita , kita patut berfikir luar kotak untuk
menunjukkan bakat kita. Ia akan menunjukkan diri kita secara kritis dalam kalangan
ramai pekerja. Kesimpulannya, Orang yang takut menghadapi kesukaran
selamanya tidak akan maju.

Anda mungkin juga menyukai