Anda di halaman 1dari 9

Ciri-Ciri Dan Potensi Diri

                                Guru Berkesan Dalam Merealisasikan


                                             Pendidikan Cemerlang
 
 
                           "If  they aren't learning...then you aren't teaching."
                                                             ~ Anon
 
Pendahuluan
 
Antara persoalan yang sering timbul di benak kita ialah mengapakah berlaku prestasi
sebuah sekolah itu lebih baik daripada sebuah sekolah yang lain? Apakah pula faktor-
faktor yang menyebabkan wujudnya senario demikian? Atau adakah perbezaan yang
wujud itu disebabkan 'nasib' semata atau kurangnya usaha-usaha melakukan
perubahan dan penambahbaikan yang berterusan (Kaizen) kerana tidak wujudnya misi
(mission), visi (vision), komitmen (committment) atau contoh ikutan (role model),
sama ada dari aspek diri individu atau pihak pengurusan sekolah yang boleh
mencetuskan inspirasi dan halatuju (direction) yang jelas, betul dan tepat.
 
Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan
seterusnya apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam
banyak bentuk sama ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan
kelompok dan komuniti.
 
Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam
menentukan kejayaan. Tiga unsur ini  berkait  rapat antara satu sama lain dan ianya
digelar sebagai"Triangle of Success" (yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran
dan sikap).
 
Ilmu Pengetahuan: Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah cukup?
Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh
sijil dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata
purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat kerja.
Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan,
kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut
daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.
 
Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat
diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama
erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea
kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat
dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme,
ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar.
 
Sikap: Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan
kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan
tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa
kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah-laku dan perbuatan maka hasil
akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individu-
indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap,
kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang
mereka hadapi dengan jayanya.
 
Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan
terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-
unsur di atas.
 
Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem,
nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap
waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan
pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan
pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah
guru-guru sendiri.
 
Guru Berkesan
 
Bagaimana dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang
berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah
menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
 Bersikap profesional.
 Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
 Kaya ilmu.
 Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
 Bermoral teguh.
 Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
 Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
 Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
 Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
 Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai
pendidik unggul pada setiap masa.
 Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
 Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai
kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
 Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
 Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri
(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri
dengan situasi tertentu).
 Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat
profesionnya.
 Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah
bahagi.
 Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya
sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam
organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat
kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran
dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus
pendidikan cemerlang?
 
Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma,
kita perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok
penghalang yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Ken
Blanchard, pengarang buku "The One Minute Manager" menyatakan bahawa kita
lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan. Beliau menyatakan bahawa;
 Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena
kepaskan, bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat .
 Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan
kendatipun kepada mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada
satu titik di mana perubahan tidak berupaya ditanggungi.
 Selali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan
perkaarap-perkara kembali kepada keadaan asalnya.
Mengubah Diri Mengubah Sikap
 
Plato berkat, "Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri." Garfield
pula berkata, "Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang
mengubahnya."
 
Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan
perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen
Covey (1989) dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective
People" menyatakan ada dua tahap  proses perubahan yang perlu dilalui bagi
mencapai status 'orang-orang yang paling berkesan' iaitu tahap 'memenangi
peribadi' dan 'memenangi publik'. Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi
seseorang memenangi diri peribadi adalah:
 Jadilah Proaktif (Be Proactive)
 Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in  Mind)
 Buat dahulu perkara pertama (Put First Things First)
Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersoal) tabiat (habit) yang perlu
diamalkan adalah:
 Fikirkan Menang/Menang (Think Win/Win)
 Fahami dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand, and then to
be understood)
 Sinergi (Synergize)
 Tajamilah mata gergaji (Sharpen the Saw)
Memenangi Peribadi
 
Dalam hubungan interpersonal kita sentiasa berinteraksi dengan orang-orang di dalam
organisasi rasmi kita iaitu sekolah di mana personaliti dan perwatakan memainkan
peranan dan pengaruh yang kuat terutama ke atas anak didik kita dan juga rakan
sejawatan. Peribadi yang positif  dan kuat mudah memberi kesan dan pengaruh
serta dapat menjalin hubunganinterpersonal yang baik dan harmonis.
 
Antara rangsangan (stimulus) dan tindakan (response) terdapat satu ruang di mana
kita boleh membuat pilihan. Apa jua tindakbalas/tindakan yang diambil bergantung
kepada sedar-diri (self-awareness), imaginasi, hati nurani (conscience) dan keazaman-
diri (independent will) setiap individu itu. Oleh itu sebelum berlakunya sebarang
tindakbalas, setiap orang mempunyai satu ruang untuk membuat pilihan, dan di
ruangan  'kebebasan memilih' inilah pula manusia sebenarnya memiliki 'anugerah
istimewa' iaitu sedar-diri -- keadaan setiap orang sedar situasi sekeliling dan juga
implikasi terhadap tindakbalas yang mungkin diambilnya. Di samping sedar-diri ini
manusia juga dianugerahkan imaginasi -- kebolehan menjana sesuatu di dalam minda
yang melangkaui realiti semasa. Hati nurani (consceince) pula merupakan kesedaran
dalaman (suara hati) terhadap salah dan betul, benar dan palsu, terhadap prinsip-
prinsip yang mengawal tingkah-laku serta kesedaran wujudnya harmoni
antara pemikiran dan tindakan. Akhir sekali ialah satu anugerah
kepada 'kemerdekaan' dan keazaman diri -- satu kebolehan bertindak berdasarkan
sedar-diri dan bebas daripada segala bentuk pengaruh.
 
Ciri kedua  memenangi peribadi ialah 'mulai dengan gambaran akhir di dalam minda'
yang bererti setiap kita dapat melihat diri di akhir episod hidup kita sama ada
kemajuan dalam kerjaya atau kejayaan peribadi dan keluarga. Ringkasnya apakah kita
mahukan 'husnul khatimah' atau pun 'su'ul khatimah'.
 
Dan ciri ketiga ialah buat dahulu perkara pertama  (Put First Things First) yang
maksudnya kita mengamalkan 'pengurusan masa' yang kemas dan sistematik,
mengutamakan prioriti tindakan serta tidak suka menanggguh kerja. Insya Allah
setelah tiga unsur penting ini kita kuasai maka tidaklah sukar untuk menjadi seorang
yang lebih berkesan baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai
seorang guru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yan boleh
menjadi role model kepada orang-orang lain.
 
Pendidikan Cemerlang
 
Aristotle berkata, "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but
a habit." Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu sahaja tanpa
faktor-faktor yang menggalak dan merangsang setiap guru dan pelajar berusaha 
mencapai matlamat dan kepuasan kendiri yang tinggi setelah bekerja keras, berkorban
masa dan tenaga yang bukan sedikit.
 
Oleh itu sekolah dan guru-guru perlu pertamanya melakukan sesuatu bagi
menghapuskan atau mengurangkan faktor-faktor dalaman sekolah yang menyekat
kemajuan pelajaran pelajarnya. Usaha-usaha memperbaiki kemajuan dan sekaligus
kecemerlangan pendidikan di sekolah mestilah berfokuskan pengajaran dan
pembelajaran di bilik-bilik darjah. Semua ini perlukan perubahan sikap dan
kepercayaan para guru (termasuk pelajar-pelajar).
 
Hussein Mahmood (1993) dalam bukunya "Kepemimpinan dan Keberkesanan
Sekolah" berkata;
 
      "Walau bagaimanapun , di peringkat sekolah pada keseluruhannya,
        seluruh cara hidup atau cara bekerja - yang dikatakan budaya
        sekolah serta sistem-sistem tertentu yang menghalang kejayaan
        sekolah perlu dikaji semula dan diperbetulkan segera. Jika tidak,
        segala apa juga usaha untuk memajukan sekolah, kemungkinan
        matlamat yang sepatutnya dicapai tidak dicapai."
 
Menurut beliau usaha untuk memajukan sekolah hendaklah berfokuskan;
a. Pencapaian matlamat sekolah, iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para
pelajar;
b. Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan sekolah
demikian;
c. Membentuk atau mewujdukan budaya baru bagi menggantikan budaya
yang sedia ada  melalui (b) atau memperkukuhkan budaya yang didapati
produktif; dan
d. Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian
matlamat-matlamat sekolah melalui kepemimpinan pengetua.
Kajian terhadap Program Peningkatan Kurikulum dasn Kemajuan Pendidika
(PKKP) Jabatan Pendidikan Pahang, Edisi Kedua (1999); Satu Penilaian dan
Cadangan Pembaharuan menyebut faktor-faktor berikut sebagai penghalang kepada
peningkatan dan dengan itu mstilah dibasmi dan dielakkan:
 Visi bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota;
 Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi yang terlalu kurang;
 Sikap tidak cakna;
 Anggota yang masih tidak mahu berubah dari 'zon selesa';
 Cepat berpuas hati atau puas hati yang melampau;
 Pemimpin organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat
perubahan;
 Tiada usaha yang lebih atau tiada pengorbanan;
 Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan;
 Tiada kemenangan jangka pendek yang boleh diraya atau dibanggakan oleh
organisasi menyebabkan hilang momentum untuk berubah dan anggota yang
kecewa akan memasuki kumpulan yang menolak perubahan.
Menempa Kejayaan
 
Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para guru
menyempurnakan tugas dan tanggunjgjawab mereka dalam mempastikan setiap anak
didik menguasai tulis baca dan mengira, malah menguasai pengetahuan dan
kemahiran-kemahiran baru. Oleh itu tugas dan tanggungjawab serta komitmen guru
juga haruslah bertambah dan meningkat  dari sebelumnya dan ini sudah tentu
memerlukan satu sikap baru dan 'pandangan baru' dalam menempa kecemerlangan
pendidikan secara keseluruhannya.
 
Untuk mencapai matlamat ini guru-guru mestilah mempunyai kesedaran diri yang
tinggi bahawa apa jua faktor yang memghalang hendaklah dibanteras  di samping
membuat perubahan pendekatan, strategi dan teknik serta secara berfikir yang positif.
 
Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap
disiplin  dalam hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu pengajaran dan
pembelajaran, dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian anak didik di dalam
penilaian dan peperiksaan.
 
Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989) menyebut bahawa "The
positive approach to discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on what
could be different next time."
 
Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada
aspek "next time" ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan, tabiat dan tingkah-
laku negatif yang merugikan semua orang. Satu daripada pendekatan dan konsep
yang boleh diamalkan ialah Shewhart Cycle atau lebih dikenali
sebagai PDCA (yakni Plan - Do - Check - Act).
 
Plan (Rancang) : Semua aktiviti (sekolah, kelas, kokurikulum, zon dan daerah)
mestilah dirancang dengan rapi. Elakkan sekali-kali mentaliti ad-hoc, buat sesuatu
secara tangkap muat, atau ikut sahaja kerana ramai orang lain buat begitu.
 
Do (Buat) : Semua yang telah dirancang  mesti dilaksanakan sepenuhnya. Inilah
aspek paling penting dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan
kejayaan setiap perancangan itu. Apa makna dan apa gunanya jika perancangan
tinggal pernacangan sahaja? Soal balik diri sendiri apakah perancangan yang kita buat
telah semuanya dilaksanakan? Lihat kembali Folio B dalam Program PKKP selama
ini sudahkah dibuat sebagaimana dirancang? Jujurlah kepada diri sendiri, dan jika
belum, nah inilah puncanya mengapa kita begitu sukar mengatasi kelemahan dan
kemerosotan.
 
Check (Semak) : Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan
perlukan; penilaian bagi melihat keberkesanannya atau pun sebab-sebab mengapa
ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan. Banyak kerja guru-guru kita perlu
disemak  dengan teliti dan rapi seperti buku latihan murid diperiksa atau tidak,
pembetulan dibuat atau tidak, diagnosis mata pelajaran dibuat atau tidak dan jika
dibuat tindakan susulan dibuat atau tidak, keputusan mesyuarat guru atau mesyuarat
panitia mata pelajaran dibuat atau tidak, pencerapan pengajaran guru dalam bilik
darjah dibuat atau tidak; atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh JPNP dan
PPD dibuat atau tidak, dan dihantar mengikut masanyaatau tidak? Satu cara berkesan
memastikan sistem semakan yang praktikal ialah dengan mewujudkan
satu Senarai Semak Komprehensif yang  melibatkan semua perancangan aktiviti di
sekolah.
 
Act (Bertindak) : Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya
positif atau sebaliknya, tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil
tindakan. Cari puncanya, cari mana silapnya dan cari siapa culpritnya (afritnya).
Adakah puncanya kerana sikap manusia atau sistem dan prosedur atau tidak jelas 
bidang tugas? Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara
tidak memuaskan ini dan personnel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat,
teguran, bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutbya sekali pun
jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal.
 
Penutup
 
Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang
dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama
ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah
stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting
menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat.
 
Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-
laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan
mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan
tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah
mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap
optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan.
 
Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut
dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik
melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat
maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi.
 
Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di
dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut;
 
                  " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara
                    berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan
                    diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh
                    itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan
                    watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai
                    pendidik yang unggul." ‫ٱ‬
 
 
http://www.angelfire.com/journal2/fakir_zamani/ceramah3.htm
GURU TELADAN ADALAH GURU YANG BERWATAK ASTA BRATA

Oleh:  Mudzakkir *

Guru yang profesional  menjadi kekuatan bagi bangsa untuk mencetak ribuan generasi yang tangguh
dan berkualitas guna membangun suatu bangsa dan negara, sebaliknya jika gurunya bobrok maka
tunggulah kehancuran bangsa dan negara tersebut. Disini kami menyajikan ciri dan watak kualitas
guru menurut nilai-nilai asta brata, saya yakin jika guru Indonesia mempunyai sifat dan watak
sebagaimana asta brata maka kemajuan dan kejayaan bangsa akan cepat tercapai. berikut watak asta
brata yang harus dimiliki guru :

1. BUMI. Watak bumi yang harus dimiliki seorang Guru ialah mendorong dirinya untuk selalu
memberikan ilmu dan pengetahuannya kepada murid-muridnya. Ini berdasarkan analog bahwa bumi
merupakan tempat untuk tumbuh berbagai tumbuhan yang berbuah dan berguna bagi umat
manusia dan hewan.

2. GENI atau API. Guru harus memiliki sifat API. Api adalah energi, bukan materi. Guru
senantiasa memotivasi dan memberi semangat untuk murid-muridnya. Api dalam konteks ini bukan
dalam pengertian destruktif, melainkan konstruktif.Api juga berarti keberanian, Guru harus berani
mengatakan tidak kalau itu tidak benar, dan sebaliknya mengatakan benar terhadap yang ia lihat
dan ia kerjakan

3. AIR atau BANYU. Air menggambarkan watak Guru yang harus selalu mengalir dinamis dan
memiliki watak rendah hati, andhap asor dan santun. Tidak sombong. Tidak arogan. Ia

4. ANGIN – watak angin atau udara, watak yang memberikan hak hidup kepada manusia, tidak
pilih kasih. memberi kebebasan kepada murid-muridnya untuk berkreasi, berpendapat dan
mengembangkan idenya

5. SURYA atau MATAHARI – adalah watak Guru yang harus mampu menjadi penerang kehidupan
sekaligus menjadi pemberi energi bagi para muridnya.

6. BULAN atau CANDRA – Sebagaimana bulan yang memiliki kelembutan yang menenteram-kan,
guru yang bijak selalu memberikan rasa tenteram dan menjadi sinar dalam kegelapan. Ia
mempunyai kearifan sekaligus visioner (memiliki pandangan jauh ke depan), bukan memimpin
dengan gaya seorang tiran (otoriter) dan berfi-kiran dangkal.

7. BINTANG atau KARTIKA – Sebagaimana bintang menjadi panduan para musafir dan nelayan,
Guru harus mampu menjadi orientasi (panutan) sekaligus mampu menyelami perasaan murid-
muridnya.

8. LANGIT atau ANGKASA – Seorang Guru mesti memiliki watak langit atau angkasa. Dengan
watak ini Guru pun harus memiliki keluasan hati, perasaan, dan pikiran dalam menghadapi berbagai
persoalan . Tidak sempit pandangan, emosional, temperamental, gegabah, melainkan harus jembar
hati-pikiran, sabar dan bening dalam memberi pelayanan kepada siswanya.

itulah 8 watak dalam asta brata yang harus dimiliki oleh guru. semoga artikel ini bermanfaat

* Guru SDN Menanggal 601 Surabaya

http://ideguru.wordpress.com/2010/04/01/guru-teladan-adalah-guru-yang-berwatak-asta-brata/

Anda mungkin juga menyukai