Anda di halaman 1dari 21

JARINGAN GOL  Apabila memasuki kawasan gol secara lengkap dan penjaringnya tidak melakukan sebarang kesalahan semasa

melakukan balingan tersebut, maka ia dikira sebagai jaringan yang sah.  Suatu jaringan yang telah diberikan @ diputuskan oleh pengadil adalah muktamad.

BALINGAN MULA  Pasukan yang menang undian akan memulakan balingan mula sekiranya dia memilih untuk memulakan permainan.  Jika pasukan yang menang undian ingin memilih kawasan gol permainan, maka pihak lawannya akan memulakan permainan tersebut.  Untuk memulakan separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan yang berlawanan tadi.

BALINGAN MASUK  Apabila bola secara keseluruhannya melepasi garisan tepi maka ia akan dikira sebagai bola keluar.  Apabila bola keluar daripada kawasan permainan, pemain boleh mengambil suatu balingan masuk tanpa menunggu tiupan wisel pengadil.  Untuk membuat balingan pembaling haruslah berdiri dengan kaki menyentuh garisan tepi dan semasa balingan masuk dibuat pihak lawan mesti berada 3 meter jauh dari pembaling itu.

BALINGAN PENJAGA GOL Penjaga gola akan diberikan kebebasan membuat balingan apabila: a) Kawasan gol dimasuki pemain lawan. b) Bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal @ bola tersebut bergolek masuk ke kawasan gol. c) Pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas lantai dan bola itu berada di dalam kawasan gol.

BALINGAN PERCUMA  Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa balingan percuma diberikan.  Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter dari penyerang.  Balingan percuma akan diambil di tempat di mana kesalahan @ kekasaran itu terjadi.

BALINGAN 7 METER Balingan 7 meter diberi apabila: a) Sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol dihalang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola. b) Seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di kawasan gol. Selepas sahaja wisel dibunyikan oleh pengadil, balingan 7 meter hendaklah dibuat ke arah gol dalam masa 3 saat. Pemain yg hendak membuat balingan 7 meter hendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter.

BALINGAN PENGADIL Pengadil akan melakukan balingan semula sebelum memulakan perlawanan jika: a) Kedua-dua pasukan yang bertanding melakukan kesalahan serentak. b) Apabila bola menyentuh siling @ balingan terkena bumbung gelanggang perlawanan. c) Tiada pemain yang memegang bola @ tiada sebarang kesalahan yang dilakukan.

DENDA / HUKUMAN PERMAINAN (a) Amaran / Kad Kuning  Kerap melakukan kesalahan @ melanggar peraturan permainan.  Perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan.

(b) Hukuman / Gantung Dua Minit  Tidak meletakkan meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan.  Perlanggaran peraturan permainan.  Kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan.

(c) Pembatalan / Pemberhentian Pemain.  Melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan.  Telah melakukan kesalahan penggantungan dua minit untuk kali yang ketiga.  Tingkah laku dan tindakan yang keterlaluandan merbahaya.  Menggugut pemain di luar gelanggang pemain.  Kekasaran hingga mencederakan pihak lawan.  Kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh dibatalkan penyertaan.

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

KEMAHIRAN ASAS Hantaran. (A) Hantaran Bahu.  Hantaran jenis bahu ini biasanya digunakan untuk membuat hantaran jauh. Teknik hantaran bahu ini boleh mengelirukan pihak lawan. Pemain yang dalam keadaan bersedia boleh terus menggelecek, menjaring, menukar haluan @ memusing badan.

(B) Hantaran Lantun.  Teknik ini digunakan untuk membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh lawan yang bertindak pantas. Boleh dilakukan dengan sebelah tangan sahaja.

(C) Hantaran Aras Dada.  Mempunyai persaman dengan permainan bola keranjang. Lebih sesuai untuk membuat hantaran jarak dekat di aras dada dan pergerakkan bola itu adalah hasil tolakan daripada jari-jari tangan. Tangan anda hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.

(D) Hantaran Lompat  Satu gerakan keliru berasal yang daripada permainan bola keranjang. Biasanya apabila penyerang menyerang yang berhasrat untuk melompat dan melakukan jaringan tetapi tiada berpeluangberbuat demikian, dia akan membuat hantaran terus kepada rakannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.

(E) Hantaran Sisi.  Ia berguna untuk membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Anda tidak perlu memusinglkan badan dan menghadap ke arah penerima bola apabila hantaran sisi dilakukan.  Hantarn cara ini banyak melibatkan pergerakkan pergelangan tangan dan memang sesuai untuk pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.

KAWALAN  Pihak pertahanan boleh mengamalkan cara-cara ini untuk mengawal pihak lawan: (A) Mengadang pemain yang memiliki bola dengan cara satu lawan satu. (B) Mengawasi pemain-pemain yang lain untuk memintas hantaran (C) Mengganggu penjaring dengan melaksanakan sistem pertahanan yang sesuai. (D) Seperti sistem zon atau sistem kumpulan.

MENJARING  Dalam permainan bola baling, anda boleh membuat jaringan dengan melempar bola ke dalam gol. Tindakan ini hendaklah mematuhi syarat utama iaitu pemain mesti membuat jaringan di luar garisan 6 meter (kawasan D).  Jika anda berada di dalam kawasan D semasa bola masih dalam tangan anda, percubaan itu adalah tidak sah dari segi undang-undang permainan. Kederasan, kekuatan dan ketepatan adalah faktor-faktor penting dalam membuat jaringan.

JENIS JARINGAN (A) Jaringan Bahu.  Cara yang paling mudah dan digemari oleh pemain kerana pergerakkan yang terlibat adalah secara natural.  Jaringan ini sering digunakan oleh pemain yang mempunyai kekuatan pada tangan.

(B) Jaringan Lompat  Cara ini sangat berkesan jika dilaksanakan dengan teknik yang betul.  Anda memerlukan kemahiran koordinasi dan ritma yang betul, bermula dengan menyambut bola, melonjak ke udara dan membaling ke arah gol.

(C) Jaringan Dive  Pemain akan melonjak@ Dive ke dalam ruang kawasan gol untuk membaling bola dari jarak terdekat dengan pintu gol. Bola hendaklah dilepaskan sebelum mana-mana bahagian menyentuh gelanggang.

(D) Jaringan Rendah  jaringan ini akan membuat anda membaling bola ke bawah paras lutut dengan menunjukkan bola itu ke sudut kiri @ kanan pintu gol.  Balingan boleh dibuat dengan melantunkan bola secara rendah. Untuk melakukan jaringan rendah biasanya anda perlu merendahkan badan dengan cara kaki yang hadapan dibengkokkan.

PENJAGA GAWANG @ PENJAGA GOL  Seorang penjaga gol yang cekap mestilah berani serta mempunyai gerak balas yang pantas dan konsentrasi yang baik.

STRATEGI PERMAINAN  Terdapat beberapa strategi permainan untuk bola baling ketika menyerang dan bertahan. Antaranya ialah: (A) Serangan: sistem 3-3 dan sistem 2-4 (B) Pertahanan: sistem 6-0, sistem 5-1, sistem 4-2, dan sistem 3-2-1.

Anda mungkin juga menyukai