Anda di halaman 1dari 26

Penjagaan Sekunder dan

Rehabilitatif Psikiatri
dalam Komuniti
Menjelaskan takrifan Penjagaan Skunder dan
Rehabilitatif
Menerangkan objektif Penjagaan Skunder
dan rehabilitatif dalam komuniti
Menjelaskan pengurusan dan pemulihan
pesakit yang mengalami gangguan psikiatri
Menerangkan jenis-jenis aktiviti pemulihan
yang boleh dilakukan kepada pesakit dalam
komuniti
Menerangkan kaedah pemilihan pesakit dan
faedah perlaksanaannya
Menjelaskan perlaksanaan aktiviti Penjagaan
Skunder dan Rehabilitatif dalam komuniti
Penjagaan sekunder bermaksud penjagaan
yang dilakukan kepada pesakit setelah ia
stabil dari serangan penyakitnya.
Satu proses pemulihan membolehkan
seseorang yang tidak berkeupayaan
melakukan sesuatu dengan kebolehan yang
ada pada dirinya dan diterima oleh
masyarakat.
Penjagaan yang dijalankan setelah pesakit
psikiatri stabil dari serangan yang
memerlukan ia diletakkan di bawah
pengawasan rapi dan direhatkan dari
melakukan aktiviti ekonomi seharian akibat
dari gangguan pemikiran, perasaan dan juga
penurunan tahap kebolehan berfungsi.
Rehabilitasi bermaksud perlaksanaan semua
langkah-langkah perlu yang dilakukan untuk
membantu individu bermasalah mencapai
tahap kebolehan berfungsi yang terbaik;
kepada sesetengah individu bermaksud
kepada tahap berdikari dan kepada yang lain
mungkin bantuan hingga ke akhir hayat.
Mengelak penurunan tahap kebolehan
berfungsi pesakit
Mengurangkan kejadian serangan ulangan
dan kemasukan semula pesakit
Memberikan kemahiran baru
Menjadi Bengkel Terlindung
Merapatkan lagi hubungan kekeluargaan
Menggalakkan penglibatan masyarakat
Mengurangkan kos rawatan
Menggalakkkan sosialisasi
Fasa serangan akut
Dilakukan di wad samada di institusi atau hospital
biasa.
Usaha tertumpu kepada menurunkan ciri-ciri
psikotik dan keganasan
Usaha pemulihan yang dilakukan adalah secara
tidak langsung dengan menumpukan kepada
aktiviti kehidupan seharian.
Fasa stabil
Setelah merawat ciri psikotik dan setelah pesakit
stabil
Menumpukan kepada meningkatkan Tahap
Kebolehan Berfungsi individu dengan
menempatkan pesakit dalam aktiviti yang sesuai
Bertujuan membantu pesakit mendapatkan
semula kemahirannya
Setelah discaj
Pesakit yang tidak mengalami penurunan Tahap
Kebolehan Berfungsi, akan menjalani aktiviti
kehidupan biasa.
Mereka digalakkan menghadirkan diri ke klinik
susulan atau Pusat Penjagaan di Komuniti
mengikut tarikh yang ditentukan

Setelah discaj
Mereka yang mengalami penurunan Tahap
Kebolehan Berfungsi akan dipilih berdasarkan
keterukkan dan diasuh untuk melakukan
aktiviti yang bersesuaian dengan keadaan
mereka.
Pemeriksaan dan pemerhatian status mental
dilakukan secara berterusan oleh kakitangan
yang terlatih mengendalikan pesakit bertujuan
memastikan kesesuaian mental pesakit
menjalani aktiviti dan merawatnya jika perlu.
Psikoterapi
Tidak semua pesakit sesuai untuk menjalani
psikoterapi.
Psikoterapi adalah sesuai untuk dijalankan kepada:-
Pesakit Neurotik
Penagih dadah dan alkohol
Pesakit yang mengalami psikisomatik
Pesakit remaja dan dewasa yang berkelakuan
ganas
Pesakit yang mengalami penderitaan teruk akibat
masalah fisikal.
Komunikasi Terapeutik
Menjalankan sesi rawatan psikoterapi
menggunakan kemahiran komunikasi berkesan.
Komunikasi berkesan berupaya membantu
pesakit mengenali masalah yang dihadapi
seterusnya mereka dapat membuat pilihan yang
tepat bagaimana untuk mengatasi masalah
tersebut.
Komunikasi Terapeutik
Komunikasi Terapeutik mempunyai ciri-ciri yang
berikut mengikut turutan:-
Dimulakan dengan kata pembukaan
Menyertakan refleksi atau ringkasan masalah
Menggalakkan memperkatakan isi fikiran yang
terpendam
Meminta penjelasan dan tidak membuat
andaian.
Komunikasi Terapeutik
Komunikasi Terapeutik mempunyai ciri-ciri yang
berikut mengikut turutan:-
Berdiam diri seketika
Meletak kejadian mengikut aturan masa
Menghulur diri untuk memberi bantuan
Membuat ringkasan sesi perjumpaan.
Rawatan Tingkahlaku
Menggunakan teori pembelajaran untuk
merawat sesuatu gangguan tingkahlaku dalam
penyakit jiwa
Sesuai dilakukan kepada remaja dan dewasa
yang mempunyai masalah perlakuan, pesakit
neurotik, psikosomatik dan penagihan.
Aversion terapy menggunakan negative
reinforcement
Rawatan Kelakuan dan Kognitif termasuklah
modifikasi tingkahlaku dan rawatan kognitif
Progresive Desensitisation untuk merawat fobia.
Flooding / Implosion pesakit digalak
membayangkan keresahan teruk berkali-kali
Modelling untuk Obsessional neuroses dengan
menghalang perlakuan ritual
Rawatan Rehabilitasi Domestik
Aktiviti-aktiviti seperti menjahit, membuat
sulaman dan memasak.
Aktiviti berupaya meningkatkan keyakinan
pesakit.
Aktiviti berupaya menambah kemahiran baru
bagi bekas pesakit
Rawatan Pemulihan Cara Kerja
Perlukan kereativiti, kesungguhan dan
kepelbagaian kemahiran aktiviti ini mampu
dilaksanakan dan memberi kebaikan kepada
kesemua pesakit yang datang ke Unit Rehabilitasi
Pesakit Psikiatri di Komuniti.
Dengan mengenalpasti kekuatan bekas pesakit
serta sumber sedia ada ia dapat dijadikan aktiviti
ekonomi.
Rawatan carapulih hiburan dan permainan
Hiburan dan permainan terbukti membantu
dalam perawatan dan pemulihan pesakit.
Menerapkan tabiat yang baik untuk mengisi
masa lapang.
Mengajarkan permainan yang baru sambil
menghidupkan kembali permainan tradisi
Mengenalpasti diagnosa pesakit.
Menilai keadaan mental, fisikal dan minat
pesakit.
Menilai kekuatan dan kelemahan yang ada
pada pesakit.
Jangkamasa aktiviti hendaklah sesuai dengan
kemampuan pesakit.
Jalankan aktiviti sampingan yang sesuai untuk
mengelakkan rasa kebosanan.
Mengawas dan membantu pesakit secara
bersesuaian dan sentiasa melakukan penilaian
terhadap perlakuannya.
Puji pesakit jika perlakuannya bagus dan
sebaliknya tegur pesakit dengan berhemah
andai kata perlakuannya tidak mencapai apa
yang diinginkan.
Masyarakat lebih faham akan fungsi mereka dalam
perawatan pesakit. Seterusnya stigma dapat dihakis
Aktiviti ini berupaya mengurangkan kejadian
serangan ulangan serta menjarakkan tempoh masa
di antara kemasukkan
Pusat berfungsi sebagai Bengkel Terlindung
Kemahiran pesakit dapat dikenalpasti dan
digunakan untuk aktiviti ekonomi menjadikan
pesakit lebih berdikari.
Pengurangan kos yang ketara dalam merawat dan
memulihkan pesakit
Desentrilisasi Perkhidmatan Psikiatri -
merawat pesakit dalam komuniti pesakit
sendiri.
Pertambahan Pakar Psikiatri - disetiap hospital
kerajaan mempunyai pakar
Pakar Psikiatri mengkoordinasikan paramedik
untuk melaksanakan aktiviti Penjagaan
Skunder dan Rehabilitatif pesakit psikiatri
dalam komuniti.
Perlukan kepada
tapak serta bangunan yang sesuai,
kakitangan yang terlatih dan mencukupi,
kemudahan kelengkapan serta
penglibatan masyarakat dan sektor swasta
setempat

Anda mungkin juga menyukai