Anda di halaman 1dari 11

CAHAYA DAN PENGLIHATAN

NAMA :
KELAS :
GURU PENILAI :
SUBJEK :

PANTULAN CAHAYA
a ) Cahaya akan dipantulkan apabila terkena permukaan yang licin.
Sinar cahaya yang jatuh ke atas sesuatu permukaan ialah sinar tuju.

i = sudut tuju
r = sudut
pantulan

b ) Sinar pantul ialah sinar cahaya yang dipantulkan daripada


permukaan. Sudut tuju ialah sudut antara sinar tuju dengan garis
normal. Sudut pantulan ialah sudut antara sinar pantulan dengan
garis normal.
c ) Hukum pantulan cahaya :
- sudut tuju sama dengan sudut pantulan;
- sinar tuju , sinar pantulan dan garis normal berada pada satu
satah yang sama.
- cahaya akan diserap jika permukaan kasar legap dan pudar .

CONTOH KONSEP PANTULAN


DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

PEMBIASAN
a ) Pemesongan arah perambatan sinar cahaya semasa bergerak
melalui medium yang berlainan ketumpatan dinamakan sebagai
pembiasan.
b ) Pembiasan berlaku kerana perubahan halaju . Apabila cahaya
merambat dari satu medium yang kurang tumpat ke medium yang
lebih tumpat, cahaya akn dibiaskan mendekati garis normal.
c ) Jika cahaya bergerak lebih tumpat ke medium yang kurang
tumpat, cahaya akan dibiaskan menjauhi garis normal.

d ) contoh pembiasan cahaya ialah seperti :

KECACATAN
PENGLIHATAN
a ) Kecacatan penglihatan yang sering berlaku dialami ialah buta ,
buta warna dan rabun .
b ) Rabun mata terjadi apabila mata tidak dapat memfokuskan imej
objek pada retina dengan jelas.
- Rabun jauh : kecacatan berlaku apabila mata tidak dapat melihat
objek jauh dengan jelas tetapi boleh melihat objek dekat dengan
jelas. Imej objek difokuskan di hadapan retina. Kecacatan ini boleh
diperbetulkan dengan menggunakan kanta cekung.
- Rabun dekat : Kecacatan ini berlaku apabila mata tidak dapat
melihat objek dekat dengan jelas tetapi boleh melihat objek jauh
dengan jelas. Ini terjadi kerana imej objek difokuskan di belakang
retina. Pembetulan untuk keadaan ini boleh dicapai dengan
menggunakan kanta cembung.
c ) Astigmatisme adalah salah satu masalah penglihatan yang kabur.
Keseluruhan objek tidak dapat dilihat dengan jelas. Masalah
astigmatisme boleh dibetulkan dengan menggunakan kanta silinder.

HAD DERIA
PENGLIHATAN
a ) Ilusi optik :
-Berlaku apabila otak tidak dapat mentafsirkan impuls yang
diterima dengan tepat.
-Kejadian ini adalah disebabkan gangguan impuls dari bendabenda atau keadaan lain di sekitar objek .
b ) Bintik buta :
-Titik pada retina di mana saraf optik meninggalkan retina.
-Objek yang imejnya jatuh pada bintik buta tidak dapat dikesan.
c ) Penglihatan Streoskopik :
-Penglihatan dengan kedua-dua mata ialah penglihatan
streoskopik.
-Hal ini membolehkan penglihatan di dalam tiga dimensi dan
boleh menganggarkan kedudukan objek dengan tepat .

-Pemangsa mempunyai penglihatan streoskopik supaya boleh


menganggar jarak dengan tepat semasa menerkam mangsa.
d ) Penglihatan monokular :
-Penglihatan dengan sebelah mata ialah penglihatan monokular.
-Penglihatan monokular mempunyai medan penglihatan yang
luas tetapi tidak boleh menganggarkan jarak dengan tepat.
-Contohnya lembu, arnab, ayam, itik, burung dan ikan.

ALAT-ALAT OPTIK YANG BOLEH


MEMBANTU PENGLIHATAN MANUSIA
a ) kanta pembesar: Benda kecil dilihat lebih besar.
b ) mikroskop: benda seni dapat dilihat dengan jelas.
C ) Binokular: melihat benda-benda jauh dengan jelas.
d ) teleskop: melihat benda yang terlalu jauh.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai