Anda di halaman 1dari 56

ETIKA KERJA

KANDUNGAN
1. Tuntutan terhadap etika kerja
2. Pengertian etika kerja
3. Contoh etika kerja : Prinsip dan nilai etika
UPM
4. Pemanfaatan teori etika dalam pembentukan
Etika Kerja
5. Contoh etika kerja : Prinsip dan nilai etika
KPM
6. Aplikasi Etika Kerja di Sekolah dari Aspek
Prinsip 2
Mengapa Terdapat Tuntutan Terhadap Etika Kerja

• Produktiviti merupakan kata kunci untuk era globalisasi dan


ICT
• Apabila sejumlah input dapat menghasilkan output yang lebih
besar, maka pekerja-pekerja di dalam sesuatu organisasi
dianggap sebagai produktif
• Kita harus mengeluar/membekalkan perkhidmatan/barangan
yang dapat memenuhi/melampaui keperluan pelanggan
• Perlu ada daya saing (competitiveness) untuk menjadi pusat
kecemerlagan dalam pendidikan
• Akauntabiliti terhadap profesion dan perkhidmatan …

3
• Kebimbingan terhadap beberapa gejala dalam senario
pendidikan:
- Morale guru yang rendah
- Tahap profesionalisme guru yang rendah
- Pedagogi yang kurang sesuai

Oleh itu kita memerlukan satu set etika kerja yang bukan sahaja
memastikan kepatuhan pentadbir dan guru kepada piawai
minimum yang telah ditetapkan, malahan melampaui keperluan
dan jangkaan pihak berkepentingan dalam pendidikan

4
Ramai Pegawai Muda Rasuah
Laporan Utusan Malaysia 13-8-02
• Penglibatan pegawai muda sektor awam dan swasta dalam
gejala rasuah
• Statistik sepanjang lima tahun menunjukkan seramai 340
kakitangan yang berumur 16 – 30 terlibat dalam gejala ini
(20% daripada keseluruhan kes rasuah di negara ini)
• Majoriti yang terlibat terdiri daripada pegawai bahagian
penguat kuasa
• Persepsi Indeks Rasuah Antarabangsa (TI)– Dari tempat ke-23
kepada ke-37?
• Dapatkah kita mencontohi Finland – Negara
Tahap rasuah pada tahap yang paling rendah!
5
Ikrar Pegawai Awam Malaysia
1. Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai
membenci rasuah
2. Menutup semua ruang dan peluang yang
mendedahkan kepada amalan rasuah
3. Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar
undang-undang, peraturan dan etika jabatan…

6
4. Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak
untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah
rasuah
5. Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba
menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan
6. Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan
mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan
agama dalam menjalankan tugas

7
Pengertian Etika Kerja

• Etika Kerja merupakan panduan tingkah laku yang


menjadi pegangan setiap warga Kementerian
Pelajaran Malaysia berlandaskan nilai-nilai akhlak
mulia (Kementerian Pelajaran Malaysia) …

8
…Pengertian Etika Kerja
• Work ethic is a cultural norm that advocates being
personally accountable and responsible for the work
that one does and is based on the belief that work
has intrinsic value
• Etika kerja dapat berfungsi sebagai panduan tingkah
laku di tempat kerja
• Prinsip dan nilai yang terkandung di dalam etika
kerja akan menjadi pegangan setiap warga
organisasi.

9
Etika Kerja UPM
Objektif

1. Menanamkan sifat positif dalam melaksanakan tugas yang


diberi serta dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan
2. Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan
cemerlang dengan memenuhi kehendak pelanggan dan
organisasi
3. Memberi sumbangan positif kepada negara.

10
Prinsip Etika Kerja UPM

1. Niat yang betul


2. Perlakuan yang baik
3. Penggerak ke arah kebaikan
4. Memperkotakan apa yang dikatakan
5. Beradab
6. Kekitaan, kesetiaan, syura, dan muafakat

11
Etika Kerja UPM
Nilai

1. Amanah 8. Penyayang
2. Adil 9. Berdisiplin
3. Benar dan telus 10. Bersih
4. Bijaksana 11. Bertanggungjawab
5. Bersyukur 12. Berdedikasi
6. Cekap, cepat dan tepat
7. Ikhlas

12
Komitmen terhadap Organisasi
1. Kepercayaan terhadap matlamat dan nilai organisasi
2. Kesanggupan untuk menjaga imej organisasi
3. Keazaman yang kuat untuk menjadi anggota
organisasi

13
Komitmen terhadap Profesion
1. Tidak mencemarkan nama baik profesion
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh
menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru
3. Sentiasa mempertingkat kemajuan dari segi ikhtisas

14
For Your Thoughts!
Kualiti yang mungkin dapat difikirkan:
• Penghargaan terhadap profesion/kerja itu
Setakat mana individu tersebut menanggung risiko untuk melucutkan
jawatan yang dipegang?
• Semangat terhadap kerja
Setakat mana individu tersebut sanggup melaksanakan sesuatu yang
melebihi rakan sejawat?
• Kesungguhan terhadap kerja
Setakat mana individu tersebut cuba melaksanakan kerja secara betul
pada kali pertama
• Kesanggupan untuk menangguhkan keseronokan
Setakat mana individu itu sanggup mengorbankan hari cuti dan
sebagainya?

15
Work Ethics Cartoons

16

17
Prinsip Etika Kerja UPM
Kekitaan, Kesetiaan, syura dan Muafakat
• Menghargai pepatah Melayu :Bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh
• Bekerja dengan semangat berpasukan dan bersyura dalam
membuat keputusan yang penting
• Berunding dan merujuk orang lain yang lebih mengetahui
dalam menangani masalah yang besar
• Sentiasa bersemangat kekitaan dan setia

18
Nilai Bersih
Etika Kerja UPM
• Pertuturan tidak menyingung perasaan
• Pakaian sentiasa bersih dan kemas dan tempat kerjanya
sentiasa tersusun
• Sentiasa memastikan harta yang diperolehi adalah bersih dan
berpadanan dengan kedudukan dan kemampuan
• Sentiasa mengawal diri supaya tidak terjerumus dalam
keadaan berhutang yang tidak terkawal sehingga mendorong
kepada perbuatan keji seperti penipuan, penyelewengan atau
rasuah

19
Pemanfaatan Teori Etika dalam Pembentukan
Etika Kerja
• Teori ‘Consequentialist’, Teori Kant dan Etika
Keperibadian Mulia
• Setiap teori ini mempunyai kekuatan dan kelemahan
masing-masing untuk dijadikan sebagai panduan
pembentukan etika kerja

20
Teori consequentialist dengan etika kerja
• Membolehkan sesuatu organisasi memilih alternatif yang
paling sesuai dari segi polisi dan keputusan untuk
membawa kesejahteraan dan kebahagiaan kepada ahli
• Mementingkan aspek altruisme (mementingkan orang
lain). Dapat mengurangkan perasaan ego
• Membolehkan sesuatu organisasi membuat keputusan
yang realistik

21
Contoh Teori Consequentialist
• Benar
• Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk
kejayaan bersama
• Bersyukur
• Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang
berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam atau menabur
fitnah
• Dedikasi
• Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan
perkhidmatan

22
Teori Kant dan Etika Kerja
• ‘Categorical imperative’ yang disarankan oleh Kant memberi
panduan yang jelas kepada kita untuk membuat keputusan
moral
• Teori ini mengambil kira niat dan perlakuan. Oleh itu, dapat
mengelakkan amalan ‘matlamat menghalalkan cara’
• Mengamalkan kebaikan sebagai satu kewajipan (duty)

23
Keperibadian mulia dan etika kerja
• Nilai-nilai murni yang bersifat unggul dan sejagat
kurang menimbulkan masalah kepada pendukung
teori consequentialist dan teori Kant

24
Pendirian KPM terhadap Kewujudan Etika
Kerja
Satu etika kerja yang mantap perlu diamalkan untuk

• memastikan warga KPM mempunyai sifat-sifat luhur,


bertanggungjawab; dan
• tahap profesionalisme yang tinggi

dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-


masing
25
Matlamat Etika kerja KPM

1. Menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap


negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang
diamalkan bagi mempertahankan kualiti kerja;
2. Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan
perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan
dan organisasi; dan
3. Memberikan sumbangan positif yang berterusan
kepada negara

26
Etika Kerja KPM

Terdiri daripada dua komponen yang utama:


1. Prinsip
2. Nilai

27
Prinsip Etika Kerja KPM

Etika kerja KPM perlu dilaksanakan dan dihayati


berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
1. Niat yang betul
2. Perlakuan yang baik
3. Pergerakan ke arah kebaikan
4. Memperkotakan apa yang dikatakan
5. Berdisiplin dan beradab
• (Kekitaan, kesetiaan, syura dan muafakat –
UPM Tambahan)
28
Prinsip Pertama: Niat yang betul

Melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul adalah


penting dan dituntut oleh agama selari dengan
landasan berikut:
1. Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK), misi, matlamat dan objektif KPM
2. Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap
agama dan negara
3. Memberikan sumbangan bermutu
4. Sentiasa memperbaharui niat untuk kebaikan
• (Mencari rezeki yang halal untuk menyara diri sendiri
dan keluarga – Tambahan UPM)
29
Prinsip Kedua: Perlakuan yang baik

Melaksanakan tugas dengan sempurna merupakan


tanggungjawab warga KPM ke arah mencapai hasil yang
berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Oleh itu
warga KPM perlu:
1. Menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan
yang terbaik sepanjang masa
2. Memberikan kepuasan kepada pelanggan
3. Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha
organisasi
• (Ubahsuaian UPM: Menghasilkan kerja berkualiti yang secara
berterusan, di samping memberikan kepuasan kepada
pelanggan)
30
Prinsip Ketiga: Pergerakan ke arah kebaikan
Melakukan tugas dengan sempurna merupakan tanggungjawab
warga pendidikan ke arah mencapai hasil yang berkualiti di
samping memperbaiki imej organisasi. Oleh itu warga KPM perlu:

1. Menampilkan diri sebagai orang yang dinamik, maju, berdaya


saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan
2. Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan ciri-
ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang menjadi
sumber inspirasi kepada rakan sejawat
3. Sentiasa berusaha menjadi pekerja terbaik
• (Tambahan UPM: Mempunyai kefahaman yang jelas dan
benar berkaitan profesion masing-masing)

31
Prinsip Keempat: Memperkotakan apa yang
dikatakan
Kita hendaklah sentiasa melaksanakan apa yang
dikatakan. Justeru setiap warga KPM hendaklah:
1. Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan,
pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri
sendiri atau orang lain
2. Apa yang dibuat mesti sesuai dengan apa yang
diucapkan
3. Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam
piagam pelanggan

32
Prinsip Kelima: Berdisiplin dan beradab

Aktiviti berperaturan, mulia berdisiplin, dan beradab


adalah penting ke arah melahirkan warga KPM yang
cemerlang. Justeru setiap warga KPM hendaklah:
1. Sentiasa menjaga adab sopan seperti yang terdapat
dalam ajaran agama
2. Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan
perkhidmatan
3. Sentiasa berpandukan prosedur dan kaedah yang
sesuai dan betul

33
Nilai-nilai Etika Kerja KPM
1. Amanah
2. Benar
3. Bijaksana
4. Bersyukur
5. Berdedikasi
6. Ikhlas
7. Penyayang

34
Nilai Pertama: Amanah

Sifat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas tanpa


menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Antara amalan amanah
adalah:
1. Sentiasa menjalankan kerja yang diberikan dengan penuh
tanggungjawab, tanpa penyelewengan dan cuai
2. Bersifat jujur dan setia kepada organisasi tanpa
menyalahgunakan kuasa dan kedudukan
3. Menggunakan masa dengan sebaiknya dan menyiapkan kerja
dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan
masa pejabat untuk urusan peribadi

35
4. Berdisiplin dan mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu
yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap
dirinya
5. Bertanggungjawab melaporkan penylewengan dan
penyelahgunaan kuasa

36
Nilai Kedua: Benar
Benar pada niat dan perbuatan contohnya:
1. Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu
pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi atau mengharapkan
balasan
2. Bercakap benar dan menepati janji
3. Bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat orang lain
dengan tidak bersikap sombong atau angkuh
4. Memberikan atau menerima arahan yang jelas dan tepat dan
tidak mengelirukan
5. Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan
bersama

37
Nilai Ketiga: Bijaksana
Menggunakan pemikiran dan bijaksana dalam membuat
keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan
seperti:
1. Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran
untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan
tidak mengambil jalan mudah
2. Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi
dan berkualiti
3. Mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang
saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa
mengikut perasaan dan emosi
4. Sentiasa mempertingkat ilmu, kepakaran dan
profesionalisme
38
Nilai Keempat: Bersyukur
Perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat dan pemberian
yang diterima, antaranya:
1. Sentiasa menghargai anugerah dan nikmat yang diterima
tanpa menganggap kejayaan-kejayaan sebagai hak
2. Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang
berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam atau fitnah
3. Tenang menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan,
kegagalan dan ujian serta tidak putus asa
4. Berpuas hati dengan nikmat yang diperoleh seperti ganjaran
yang diterima dan kemudahan yang disediakan

39
Nilai Kelima: Dedikasi
Berminat dan rela berkorban masa dan tenaga berterusan dalam
menghasilkan kerja berkualiti contohnya:
1. Bekerja dengan tekun tanpa rasa jemu dan bosan, sentiasa
sedia menerima tugasan dan sanggup berkorban masa dan
tenaga
2. Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan
tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti
3. Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti,
ceria, tidak cuai dan merungut
4. Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak
organisasi

40
Nilai Keenam: Ikhlas
Berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk
menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran,
antaranya:
1. Menerima tanggungjawab dengan rela hati yang suci, tidak
berpura-pura atau mengelak dari tanggungjawab;
2. Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat
organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat
perhatian orang lain
3. Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat,
status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih
4. Bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan
fikiran yang terbuka
5. Saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa
sebarang kepentingan. 41
Nilai Ketujuh: Penyayang
Perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami,
menghargai dan mengambil berat seperti:
1. Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong
dan suka meninggi diri
2. Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu
dihormati tanpa sebarang prasangka buruk
3. Bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam
melakukan tugas
4. Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang
penuh kemesraan
5. Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas

42
APLIKASI ETIKA KERJA

DI SEKOLAH
43
APLIKASI ETIKA KERJA DI SEKOLAH DARI
ASPEK PRINSIP

Prinsip 1: Niat yang betul


• Guru perlu menjalankan tugas mereka berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
• Niat untuk mengajar semua pelajar
• Aspek nilai tambah perlu dititikberatkan untuk golongan
pelajar yang ‘lemah’
• Mengambil kira keperluan pelajar yang pelbagai
• Niat perlu diperbaharui mengikut perkembangan semasa
dalam sistem pendidikan negara

44
APLIKASI ETIKA KERJA
DI SEKOLAH DARI ASPEK PRINSIP
Prinsip 2: Perlakuan yang baik
• Menerima cabaran untuk memberi kepuasan
kepada pelanggan
• Menetapkan satu standard moral yang tinggi
sepanjang masa

45
APLIKASI ETIKA KERJA DI
SEKOLAH DARI ASPEK PRINSIP
Prinsip 3: Penggerak ke arah kebaikan
• Pendidik perlu bersifat futuristik
• Berada di barisan hadapan dari segi perkaedahan
• Guru berkualiti melahirkan pelajar berkualiti
• Mengekalkan (sustain) kualiti dari semasa ke
semasa
• Mengamalkan etika kerja yang mencirikan
penambahbaikan secara berterusan

46
APLIKASI ETIKA KERJA DI SEKOLAH
DARI ASPEK PRINSIP
Prinsip 4: Memperkotakan apa yang dikatakan
• Guru menjadi model moral kepada pelajar
• Mematuhi piagam pelanggan sebagai satu
kewajipan dalam melaksanakan tugas

47
APLIKASI ETIKA KERJA DI
SEKOLAH DARI ASPEK PRINSIP
Prinsip 5: Berdisiplin dan beradab
• Guru menjaga kesopanan mereka berdasarkan
ajaran agama
• Akur kepada Perintah-perintah Am Kerajaan, Akta
Pendidikan 1996, Aku Janji dan Pekeliling Ikhtisas
• Mematuhi prosedur yang telah didokumentasikan
seperti yang wujud dalam sistem kualiti ISO
9001:2000

48
Aplikasi Etika Kerja KPM dari
Aspek Nilai

Nilai 1: Amanah
• Akauntabiliti guru terhadap pelajar, rakan sejawat,
ibu bapa, ahli masyarakat dan negara
• Mengelakkan konflik kepentingan dalam
menjalankan tugas
• Keterlibatan guru dengan aktiviti lain tidak
menjejaskan keberkesanan prestasi kerja mereka

49
Aplikasi Etika Kerja KPM dari
Aspek Nilai
Nilai 2: Benar
• Menunaikan obligasi moral yang tinggi dari
perspektif ‘categorical imperative’ (universal dan
tidak bersyarat)
• Melibatkan diri secara aktif dalam program
pemajuan staf
• Mewujudkan organisasi pembelajaran (learning
organization)

50
Aplikasi Etika Kerja KPM dari
Aspek Nilai
Nilai 3: Bijaksana
• Tidak mencari jalan yang mudah untuk
menyampaikan ilmu kepada pelajar
• Menunaikan tanggungjawab secara
profesional

51
Aplikasi Etika Kerja KPM dari
Aspek Nilai
Nilai 4: Bersyukur
• Tidak akan menganggap cuti sekolah yang
dinikmati sebagai hak
• Tidak menabur fitnah disebabkan perasaan
cemburu

52
Aplikasi Etika Kerja KPM dari
Aspek Nilai
Nilai 5: Dedikasi
• Mendidik merupakan satu proses yang
memakan masa untuk melihat kesannya.
Oleh itu mereka seharusnya bersabar dan
tidak merungut

53
Aplikasi Etika Kerja KPM dari
Aspek Nilai
Nilai 6: Ikhlas
• Bersedia menerima teguran dan kritikan
dengan hati dan fikiran yang terbuka
• Pelajar yang akan membuat penilaian
terhadap prestasi kerja guru

54
Aplikasi Etika Kerja KPM dari
Aspek Nilai
Nilai 7: Penyayang
• Menjadikan sekolah sebagai sebuah
keluarga besar yang dipenuhi kemesraan
• Menghormati jati diri setiap pelajar

55
Soalan?

Anda mungkin juga menyukai