Anda di halaman 1dari 46

PELAKSANAAN

PERINTAH GAJI MINIMUM 2012


(Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011)
(Akta 732)
SKOP TAKLIMAT

1. Dasar Gaji Minimum di Malaysia;

2. Perintah Gaji Minimum 2012;


3. Garis Panduan Pelaksanaan Perintah
Gaji Minimum 2012; dan
4. Spirit of Moving Forward

2
3
DASAR GAJI MINIMUM
OBJEKTIF

1. Untuk memastikan keperluan asas pekerja


dan keluarga mereka dapat dipenuhi;
2. Untuk memberikan perlindungan sosial yang
mencukupi kepada pekerja-pekerja;
3. Untuk menggalakkan industri meningkatkan
rantaian pengeluaran global dengan melabur
dalam intensif teknologi dan meningkatkan
produktiviti buruh; dan
4. Untuk mengurangkan kebergantungan
negara kepada pekerja asing tidak mahir.
5
DEFINISI

 Gaji Minimum (GM) ialah gaji terendah


mengikut jam, harian atau bulanan
yang perlu dibayar majikan kepada
pekerja (ILO)
 GM ertinya “GAJI POKOK” di bawah
seksyen 2 Akta 732

6
UNDANG-UNDANG

 Akta Majlis Perundingan Gaji


Negara 2011 (Akta 732) dikuat
kuasakan mulai 15.9.2011

 Perintah Gaji Minimum 2012


(P.U(A) 214) diwartakan pada
16.7.2012
7
KRITERIA PENETAPAN GM

KRITERIA JUSTIFIKASI

Pendapatan Garis Menentukan keperluan-keperluan


Kemiskinan (PGK) asas pekerja dan keluarga pekerja
KRITERIA
ASAS
Satu titik untuk merujuk kepada
Gaji Penengah (GP)
kemampuan majikan membayar gaji
Perubahan dalam
Petunjuk untuk mencerminkan
Indeks Harga Pengguna
perubahan kos sara hidup
(IHP)
Pertumbuhan Menyelaraskan peningkatan gaji
KRITERIA
Produktiviti(P) dengan pertumbuhan produktiviti
PELARASAN
Bagi memastikan kenaikan gaji tidak
Kadar Pengangguran menjejaskan keupayaan pasaran
Sebenar (KPS) untuk mewujud dan mengekalkan
peluang pekerjaan
8
FORMULA GM

GM = Gaji Minimum (RM)


PGK = Pendapatan Garis Kemiskinan (RM)
GP = Gaji Penengah
P = Pertumbuhan produktiviti (%)
IHP = Indeks Harga Pengguna (% tukaran)
KPS = Kadar Pengangguran Sebenar (%)
= (Kadar Pengangguran – 4%)
i = Wilayah (Sem. Malaysia, Sabah, Sarawak dan
Labuan)
9
KADAR GM BERDASARKAN FORMULA

KADAR BULANAN KADAR IKUT JAM


WILAYAH
(RM) (RM)

Semenanjung
956.73 4.60
Malaysia
Sabah dan
771.79 3.71
Labuan

Sarawak 781.58 3.76

10
KADAR GM YANG DICADANGKAN MPGN

KADAR BULANAN KADAR IKUT JAM


WILAYAH
(RM) (RM)

Semenanjung
900 4.33
Malaysia
Sabah dan
770 3.70
Labuan

Sarawak 780 3.75

11
PERINTAH GAJI MINIMUM 2012
KADAR GM MENGIKUT
PERINTAH GAJI MINIMUM 2012

KADAR GAJI MINIMUM


WILAYAH
Bulanan Jam

Semenanjung
RM900 RM4.33
Malaysia
Sabah, Sarawak
dan Wilayah
RM800 RM3.85
Persekutuan
Labuan

13
SKOP PEMAKAIAN
GM adalah untuk semua ‘Pekerja’ iaitu :
• yang menerima gaji tidak melebihi RM2,000 sebulan atau pekerja-
pekerja manual tanpa had gaji atau pekerja-pekerja lain seperti
ditakrifkan di bawah Akta Kerja 1955; atau
• yang menerima gaji tidak melebihi RM2,500
sebulan atau pekerja-pekerja manual tanpa had gaji
atau pekerja-pekerja lain, seperti ditakrifkan di
bawah Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan
Buruh Sarawak [Bab 76]

KECUALI :
•Pekhidmat domestik. Contoh: pembantu rumah, tukang
masak, penjaga rumah, tukang kebun, tukang cuci, jaga
dan pemandu peribadi.
•Perantis
14
PERMULAAN KUAT KUASA
 1.1.2013 kepada:

(1) majikan yang mempunyai >5 pekerja (6 pekerja)


Ilustrasi 1
Jika selepas 1.1.2013:-
bilangan pekerja telah menjadi <6 orang, perintah akan tetap
terpakai. (Dalam contoh ini, majikan tertakluk kepada prinsip ‘once
in, always in’).

bilangan pekerja menjadi >5 orang, majikan perlu membayar GM


kepada semua pekerjanya mulai tarikh pekerja tambahan tersebut
digajikan.

(2) majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang


dikelaskan di bawah MASCO tanpa mengira bilangan
pekerja.
15
PENGKELASAN MASCO DI BAWAH KUMPULAN UTAMA 2:

PROFESIONAL SAINS
DAN PROFESIONAL
KEJURUTERAAN INFORMASI DAN
TEKNOLOGI DAN
KOMUNIKASI
PROFESIONAL
KESIHATAN PROFESIONAL UNDANG-
UNDANG, SOSIAL DAN
KEBUDAYAAN
PROFESIONAL
PERGURUAN
PROFESIONAL
HOSPITALITI, RUNCIT
PROFESIONAL DAN PERKHIDMATAN
PERNIAGAAN DAN LAIN
PENTADBIRAN
16 MASCO 2008 Version 3
samb

 1.7.2013 kepada majikan yang mempunyai ≤5 pekerja


(5 dan kurang)

Ilustrasi 2:

Jika antara 1.1.2013 hingga 30.6.2013, majikan A menggajikan 5 orang yang


terdiri daripada 2 eksekutif masing-masing bergaji pokok melebihi RM2500
sebulan; 2 pembantu cukai masing-masing bergaji pokok >RM800 sebulan
tetapi < RM2500 dan 1 kerani bergaji pokok RM800 sebulan, maka Perintah
ini akan terpakai kepadanya mulai 1.7.2013.

17
PENGURANGAN KADAR GM
• Untuk pekerja dalam tempoh percubaan
(probationer)
• Tidak melebihi 30% bagi tempoh 6 bulan pertama
sahaja
• Berasaskan kepada kontrak perkhidmatan pekerja
tersebut.
Ilustrasi

Pekerja B dalam tempoh percubaan yang mula bekerja pada 1.10.2012 bagi
tempoh 12 bulan dan dibayar gaji sebanyak RM500 sebulan. Sehingga
31.12.2012, beliau telah menjalani tempoh percubaan selama 3 bulan. Ini
bermakna baki tempoh percubaan adalah 3 bulan. Oleh itu, beliau hendaklah
dibayar sekurang-kurangnya RM560 sebulan bagi tempoh bulan Januari
hingga Mac 2013. Seterusnya mulai 1.4.2013, beliau hendaklah dibayar GM
RM800 sebulan.
18
RUNDINGAN PENSTRUKTURAN SEMULA GAJI
MENGIKUT PERENGGAN 6 PERINTAH GAJI MINIMUM 2012

Majikan dan pekerja, atau kesatuan sekerja boleh


MERUNDINGKAN penstrukturan semula gaji di bawah
seksyen 7B Akta Kerja 1955, seksyen 9B Ordinan Buruh
Sabah atau seksyen 10B Ordinan Buruh Sarawak, sebelum
Perintah ini berkuatkuasa, dengan syarat bahawa –

(a) Gaji pokok yang distruktur semula yang kena dibayar


kepada pekerja hendaklah mengikut kadar GM yang
ditetapkan dalam Perintah;

(b) Gaji yang distruktur semula hendaklah tidak kurang


baiknya daripada gaji yang sedia ada;

19
samb.

(c) Gaji yang distruktur semula tidak boleh kurang daripada


jumlah gaji yang diterima oleh pekerja itu sebagaimana
yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan sebelum
penstrukturan semula gaji;

(d) Penstrukturan semula gaji hendaklah hanya melibatkan


pembayaran bagi kerja yang dilakukan semasa waktu
kerja biasa pekerja itu; dan

(e) Penstrukturan semula gaji tidak boleh menyebabkan


pekerja itu kehilangan apa-apa saraan yang dinyatakan di
bawah perenggan (a) hingga (f) takrifan upah dalam seksyen
2 Akta Kerja 1955, seksyen 2 Ordinan Buruh Sabah dan
seksyen 2 Ordinan Buruh Sarawak yang pekerja itu berhak
mendapat di bawah kontrak perkhidmatan.
20
samb

Bayaran-bayaran di bawah perenggan (a) hingga (f) adalah seperti


berikut:

(a)nilai rumah, tempat tinggal, bekalan makanan, minyak,air, rawatan


perubatan, kemudahan atau perkhidmatan yang diluluskan;
(b)caruman yang dibayar majikan dalam mana-mana kumpulan wang
pencen, kumpulan wang simpanan, skim pemberhentian pekerja,
penamatan,rentikerja sementara atau skim persaraan, skim jimat cermat
atau mana-mana kumpulan wang lain atau skim yang ditubuhkan untuk
faedah dan kebajikan pekerja;
(c)apa-apa elaun perjalanan atau nilai konsesi perjalanan;
(d)apa-apa jumlah yang kena dibayar kepada pekerja untuk menanggung
perbelanjaan-perbelanjaan khas yang diperlukan kerana jenis
perniagaannya;
(e)ganjaran yang kena dibayar atas pemberhentian atau persaraan; atau
(f)apa-apa bonus tahunan atau mana-mana bahagian daripada apa-apa
bonus tahunan.
21
PEMBATALAN DAN PENGECUALIAN

Semua perintah berikut yang dibuat di bawah Akta Majis


Penetapan Gaji 1947 [Akta 195] hendaklah dibatalkan
berkuatkuasa mulai 1.1.2013:

• Perintah Majlis Penetapan Gaji (Perintah Peraturan Gaji)


(Saraan Minimum Berkanun Pengawal Keselamatan Swasta Di
Semenanjung Malaysia) 2011;
• Perintah Majlis Penetapan Gaji (Perintah Peraturan Gaji)
(Saraan Minimum Berkanun Pengawal Keselamatan Swasta Di
Sarawak dan Sabah) 2011;
• Perintah Peraturan Gaji (Perhidangan dan Hotel) 1982;
• Perintah Peraturan Gaji (Pekerja-pekerja Wayang Gambar) 1972;
• Perintah Peraturan Gaji (Pembantu-pembantu Kedai) 1970;
• Perintah Peraturan Gaji Pembantu Kedai (Sarawak) 1972; dan
• Perintah Peraturan Gaji (Pemunggah-Pemunggah Kapal dan
Pengendali-Pengendali Muatan Pulau Pinang) 1977
22
samb

 Semua perintah majlis penetapan gaji yang


dibatalkan hendaklah terus terpakai kepada:-

 majikan yang tarikh kuat kuasa Perintah pada


1.7.2013.

 majikan yang telah diberi kelulusan untuk


menunda pelaksanaan Perintah ini ke suatu
tarikh lain sehingga Perintah ini mula dikuat
kuasa kepada mereka. Contohnya, Perintah
Peraturan Gaji (PPG) Pengawal Keselamatan Swasta
23
2011.
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PERINTAH GAJI MINIMUM 2012
PENDAHULUAN

Garis Panduan ini disediakan oleh MPGN yang


mempunyai kuasa untuk melakukan segala yang
suaimanfaat atau semunasabahnya perlu bagi atau
bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya
sebagaimana yang diperuntukkan seksyen 4 (2) Akta
732.
Tertakluk kepada PERUNDINGAN yang diperuntukkan
di perenggan 6 Perintah Gaji Minimum 2012, pihak-
pihak boleh merujuk kepada Garis Panduan ini dalam
melaksanakan Perintah Gaji Minimum.

25
GM KADAR HARIAN

1. GM pekerja sepenuh masa bergaji harian:-


 Secara purata tidak kurang RM800
sebulan dengan syarat hadir bekerja
pada hari-hari bekerja biasa yang
dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan
tanpa mengira jumlah jam bekerja sehari.
 Formula pengiraan:
Kadar Gaji Harian = Kadar GM Bulanan x 12 bulan

52 minggu x Bil. Hari bekerja dalam seminggu

• Nota: pengiraan adalah berdasarkan jumlah jam


bekerja iaitu maksimum 48 jam seminggu
26
GM KADAR HARIAN

• Kadar GM harian adalah seperti berikut:

Bil. Hari Bekerja


Kadar GM Harian Gaji Bulanan Purata
Dalam Seminggu
RM30.77 X 26 hari
RM30.77
6 RM800 x 12 RM800.02 = RM800
52 x 6

RM36.92 X 21.67 hari


RM36.92
5 RM800 x 12 RM800.06 = RM800
52 x 5

RM46.15 X 17.33 hari


RM46.15
4 RM800 x 12 RM799.78 = RM800
52 x 4

27
GM KADAR IKUT KERJA

2. GM pekerja yang tiada gaji pokok dan dibayar gaji


secara piece-rated, tonnage, trip atau komisyen :-
 Jika gaji sedia ada dibayar melebihi GM, maka GM
RM800 sebulan dianggap telah dipatuhi;

 Jika gaji yang dibayar adalah RM800, maka GM


dianggap telah dipatuhi.

 Jika gaji dibayar kurang daripada GM, majikan


hendaklah menambah apa jua yang kurang untuk
memenuhi GM.

28
KAEDAH PENSTRUKTURAN SEMULA GAJI

Berpandukan asas-asas berikut dan perenggan 6 Perintah:


*proses penstrukturan semula dilakukan HANYA SEKALI SAHAJA
iaitu SEBELUM PERINTAH INI MULA BERKUAT KUASA dan
bukannya suatu proses yang berterusan selepas tarikh kuat kuasa
Perintah;

•penstrukturan semula gaji hanya melibatkan bayaran-bayaran


tunai sebagaimana dalam takrifan “gaji” di bawah seksyen 2 Akta
Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan Buruh
Sarawak [Bab 76];

•apa-apa bayaran bukan gaji yang dikecualikan dalam takrifan


“gaji” di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah
[Bab 67] atau Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76] tidak boleh
distrukturkan semula sebagai gaji minimum dalam
penstrukturan
29 semula gaji.
samb

• elaun-elaun yang dibayar secara spesifik berdasarkan


keadaan pekerjaan (nature of work) seperti elaun panas,
elaun habuk, elaun bising, elaun berdiri dan seumpamanya
yang diberikan kepada golongan pekerja tertentu TIDAK
WAJAR untuk distrukturkan semula;

• bagi sektor perhotelan di mana kutipan caj perkhidmatan


dilaksanakan, kesemua atau sebahagian kutipan caj
perkhidmatan itu boleh diubah untuk dikira sebagai GM;

• bagi sektor perladangan di mana Bayaran Saguhati Khas


(Special Gratuitious Payment) sebanyak RM200
dilaksanakan, kesemua atau sebahagian daripada bayaran
tersebut boleh diubah sebagai GM;
30
samb

•bagi sektor pengawal keselamatan di mana insentif


keselamatan dibayar kepada pekerja seperti dalam
Perintah Majlis Penetapan Gaji (Perintah Peraturan
Gaji)(Saraan Minimum Berkanun Pengawal
Keselamatan Swasta) 2011, ia boleh diubah untuk
dikira sebagai GM;

•elaun rumah boleh diubah untuk dikira sebagai GM


dengan syarat elaun tersebut bukan bersifat gantian
kepada nilai kemudahan tetapi bayaran tunai yang
diberikan oleh majikan berdasarkan kepada kontrak
perkhidmatan;
31
samb

• proses penstrukturan semula itu


hendaklah tidak akan mengurangkan
jumlah keseluruhan gaji yang diterima
sebelum penstrukturan semula.

32
PENSTRUKTURAN GM DAN ELAUN

FORMULA

GM = GP + (GM – GP)
ESP2 = ESP1 – (GM – GP)
GM = Gaji Minimum
GP = Gaji Pokok
ESP1 = Elaun Sebelum Perintah
ESP2 = Elaun Selepas Perintah

33
samb

Ilustrasi

Bagi pekerja di Sabah yang bergaji pokok RM457.35 dan


dibayar elaun tunai RM700, majikannya boleh mengubah
sebahagian elaun tunai itu untuk dijadikan sebahagian
daripada GM. Baki sebanyak RM357.35 itu hendaklah
dikekalkan sebagai elaun tunai.

Gaji
. semasa Gaji selepas Perintah
RM457.35 (GP) RM457.35 + (RM800-RM 457.35 = RM342.65 )
= RM800 (GM)
RM700 (elaun) RM700 – (RM800-RM457.35 = RM342.65)
= RM357.35 (elaun)

Jumlah=RM1157.35 Jumlah= RM 1157.35


34
samb

Ilustrasi

Bagi pekerja yang bergaji pokok RM553 dan bayaran


tunai RM547 berdasarkan kepada kutipan caj
perkhidmatan, majikannya boleh mengubah sebahagian
daripada bayaran tunai itu sebagai GM. Baki RM300 itu
hendaklah dikekalkan sebagai servis perkhidmatan.
Gaji semasa Gaji selepas Perintah
RM553 (GP) RM553+(RM800-RM553)
. = RM800 (GM)
RM547 (bayaran tunai RM547 – (RM800-RM553) =
daripada kutipan caj RM300 (bayaran tunai daripada
perkhidmatan) kutipan caj perkhidmatan)

Jumlah=RM1100 Jumlah=RM1100
35
samb

Ilustrasi

Bagi pekerja yang bergaji pokok sebanyak RM700,


majikannya perlu menambah sebanyak RM100 sebagai
sebahagian GM.

Gaji semasa Gaji selepas Perintah


RM700 (GP) RM700+(RM800-RM700)
= RM800 (GM)

Jumlah=RM700
Jumlah=RM800

36
samb
Ilustrasi
Bagi pekerja yang bergaji pokok sebanyak RM650 dan dibayar elaun tunai A
sebanyak RM200 dan juga lain-lain bayaran elaun tunai B sebanyak RM21,
C sebanyak RM53 dan D sebanyak RM42 yang berdasarkan kepada
produktiviti dan prestasi, majikannya boleh mengubah bayaran elaun tunai
tetap A dan sebahagian daripada bayaran elaun tunai B,C atau D sebagai
gaji minimum. Sebahagian bayaran elaun tunai B,C atau D yang tidak
dijadikan gaji minimum hendaklah dikekalkan sebagai elaun tunai.

Gaji semasa Gaji selepas Perintah


RM650 (gaji pokok) RM650+(RM800-RM650) = RM800 (GM)
RM200 (elaun A) RM200 (elaun A)(boleh diubah menjadi
RM21 (elaun B) sebahagian GM)
RM50 boleh diubah
RM53 (elaun C) RM21 (elaun B) menjadi
RM42 (elaun D) RM53 (elaun C) sebahagian GM

RM42 (elaun D)
(RM200 + RM21 + RM53 + RM42) – (RM800
Jumlah = RM866 –RM650) = RM316 – RM150
37
Jumlah = RM866
ILUSTRASI AM 1
SEBELUM SELEPAS PENSTRUKTURAN
PENSTRUKTURAN

GP RM500 GP(LAMA) RM500

ELAUN KEDTG RM100 ELAUN KEDTG RM100

ELAUN MKN RM150 ELAUN MKN RM150

PERLU TAMBAH RM 50

Gaji seperti yang dinyata dalam


perintah RM800

ELAUN PERJALANAN RM100 ELAUN PERJALANAN RM100

JUMLAH RM850 JUMLAH RM900


ILUSTRASI AM 2
SEBELUM SELEPAS PENSTRUKTURAN
PENSTRUKTURAN

GP RM600 GP(LAMA) RM600

ELAUN KEDTG RM100 ELAUN KEDTG RM100

ELAUN MKN RM150 SEBHG ELAUN MKN RM100

Gaji seperti yang dinyata dalam


perintah RM800

BAKI SEBHG ELAUN MKN RM50

ELAUN PERJALANAN RM100 ELAUN PERJALANAN RM100

JUMLAH RM950 JUMLAH RM950


KESALAHAN DAN PENALTI

Denda tidak lebih RM10,000 bagi setiap pekerja .


Penalti bagi
Mahkamah boleh mengarahkan majikan membayar
kesalahan
perbezaan antara kadar gaji minimum dengan gaji
Pertama pokok dan bayaran lain.

Penalti am Denda tidak lebih RM10,000 bagi setiap kesalahan di


mana penalti khusus tidak dinyatakan

Penalti bagi
kesalahan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan
selepas sabitan
berterusan

Penalti bagi
kesalahan RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun
berulang
PERMOHONAN PENUNDAAN TARIKH KUATKUASA

• Mana-mana orang atau golongan orang boleh


memohon.

• Permohonan hendaklah:
• mengandungi alasan dan justifikasi yang
kukuh
• sampai kepada Urus Setia MPGN
• sebelum 2.10.2012 (bagi majikan yang
tarikh kuat kuasa perintah pada 1.1.2013
• sebelum 1.4.2013 (bagi majikan yang
tarikh kuat kuasa Perintah pada 1.7.2013

41
samb

• Dokumen untuk permohonan penundaan :


• Borang Maklumat Syarikat daripada SSM
• Laporan Kewangan yang telah diaudit bagi 3 tahun
terakhir
• Maklumat bil. pekerja tempatan dan pekerja asing
secara berasingan beserta gaji bagi bulan terakhir

• Berdasarkan seksyen 21, 22 & 23 Akta 732,


permohonan tersebut hendaklah dinilai dan
ditimbang oleh MPGN sebelum diperakukan
kepada Kerajaan untuk keputusan dan disusuli
dengan pewartaan.

42
samb

• secara bertulis sama ada melalui surat atau email


dialamatkan kepada :

Setiausaha
Majlis Perundingan Gaji Negara
Kementerian Sumber Manusia
Aras 7, Blok D3, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
No. Tel: 03-8886 5156/ 5162
Faks: 03-8889 2377
Email: mpgn@mohr.gov.my

• Permohonan yang diterima selepas tarikh-tarikh


tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.
43
RINGKASAN

Gaji pokok dipersetujui dalam Kontrak Perkhidmatan

Kurang daripada
kadar GM yang Digantikan dengan kadar-kadar tidak
dinyatakan dalam kurang daripada GM yang dinyatakan
Perintah dalam Perintah

Lebih daripada Kadar gaji tidak boleh dikurangkan lebih


kadar GM yang rendah daripada kadar yang telah
dinyatakan dalam dipersetujui dalam Kontak Perkhidmatan
Perintah
MOVING FORWARD

• ‘Semangat menang-menang’ harus diamalkan.

• GM adalah perkara baru bagi Malaysia. Dalam


pelaksanaan tersebut, semua majikan dan
pekerja haruslah bersikap terbuka dan bersama-
sama menangani sebarang masalah yang
timbul.

• Segala maklumbalas akan dikaji secara


mendalam bagi menambahbaik undang-undang
GM.
45
SEKIAN,
TERIMA KASIH

46

Anda mungkin juga menyukai