Anda di halaman 1dari 10

Akta Universiti dan

Kolej Universiti 1971


PERMINTAAN MANSUHKAN AUKU

• AUKU menjadi halangan kepada mahasiswa dan


ahli akademik dalam menyuarakan pandangan
secara bebas bertepatan dengan Artikel 10
Perlembagaan Persekutuan. Ia menggariskan
bahawa hak kebebasan bersuara, berhimpun dan
berpersatuan adalah hak kepada mana-mana
individu yang sah sebagai warganegara Malaysia.
Pandangan negatif terhadap
AUKU

• Pindaan yang dibuat pada tahun 1975 merupakan


antara pindaan yang paling ketara dengan lebih
mencengkami dan mencabuli hak-hak asasi
mahasiswa. Dengan ini, AUKU menjadi lebih zalim
berbanding dengan sebelum segala pindaan.
• Situasi ini berjaya menakutkan kebanyakan mahasiswa
kerana kezaliman dan keketatan akta ini. Tujuan
utama membuat pindaan ke atas AUKU 1971 ialah
untuk menghapuskan suara mahasiswa yang pada
ketika itu yang semakin berpengaruh.
PERUNTUKAN AUKU YANG
WAJAR DIMANSUHKAN

• Seksyen 15:
Larangan ke atas pelajar atau organisasi, pertubuhan
atau kumpulan pelajar selain diperuntukkan oleh
Perlembagaan Universiti atau dibenarkn oleh Naib
Canselor.
Catatan

• Seksyen 15 ini secara umumnya bertentangan


dengan Perkara 10 (1)Perlembagaan
Persekutuan Malaysia yang menjamin hak setiap
warganegara Malaysia untuk berpersatuan. Mahasiswa
tidak dibenarkan menyertai apa-apa persatuan tanpa
kebenaran daripada Naib Canselor universiti masing-
masing.
• Peruntukan ini juga bertentangan dengan Artikel 19
dan 20 Universal Declaration of Human Rights yang
menjamin hak setiap individu di dunia untuk
menyatakan pandangan, berhimpun dan
berpersatuan. (Rujuk Resolusi 217 A (III) bertarikh 10
Disember 1948 Perhimpunan Agung PBB)
Seksyen 15B:
Tanggungan jenayah exco organisasi,
pertubuhan atau kumpulan pelajar
• Pemegang jawatan atau orang yang menguruskan
kumpulan pelajar adalah bersalah di atas nama
persatuan tersebut melainkan dibuktikan mereka
berusaha mencegahnya dan mereka akan didakwa
walaupun tidak terlibat melakukan kesalahan itu.

• Peruntukan ini jelas ketidakadilannya kerana mereka


yang tidak terlibat dengan kesalahan akan turut
didakwa dan ianya bercanggah dengan natural
justice iaitu hanya orang yang didapati bersalah
sahaja akan dijatuhkan hukuman.
Seksyen 15C:
Anggapan

• Di dalam peruntukan ini, terdapat sedikit


kesongsangan apabila beban pembuktian
(burden of proof – onus probandi) diletakkan
di atas bahu pihak yang didakwa yang mana
sepatutnya terletak pada bahu pihak
pendakwa.
Seksyen 15D:
Penggantungan atau pembuangan pelajar yang didakwa
di bawah kesalahan jenayah atau terhadap siapa yang
suatu kesalahan jenayah telah dibuktikan

• Peruntukan ini memberikan kuasa kepada Universiti


untuk menjatuhkan hukuman pra-penghakiman (pre-
judgment conviction) ketika kes sedang berlangsung
di mahkamah dan ianya jelas bertentangan dengan
maksim undang-undang yang disebut itu. Pelajar
tersebut dijatuhkan hukuman terlebih dahulu oleh
pihak Universiti iaitu sama ada dengan menggantung
atau membuangnya daripada pengajian sebelum
mahkamah membuktikannya bersalah
Seksyen 16B:
Pihak berkuasa tatatertib pelajar
universiti

• Adalah meragukan apabila tribunal yang


menghakimi perbicaraan mempunyai hubungan
secara langsung dengan pihak pendakwa, iaitu
jabatan hal ehwal pelajar (HEP) Universiti. Malah
berlaku juga kes di mana ahli-ahli dalam tribunal
terdiri daripada mereka yang dilantik oleh pihak
HEP

Anda mungkin juga menyukai