Anda di halaman 1dari 12

PERANAN GURU SEBAGAI AGEN

PERUBAHAN DAN SOSIALISASI


Disediakan Oleh : Ku Xiao Huei
Pengenalan
Tugas sebagai seorang guru bukan sahaja sebuah kerjaya semata-mata.
Tanggungjawab sebagai seorang guru merupakan amanah daripada
Allah. Oleh yang sedemikian, amanah ini hendaklah dilaksanakan
dengan penuh tanggungjawab bukan demi kepentingan material
semata-mata. Peranan guru pada masa kini kian mencabar, bukan
sahaja sebagai penyampai ilmu kepada pelajar. Guru juga berperanan
sebagai "role model" yang menjadi contoh ikutan pelajarnya dan juga
masyarakat sekitar. Selain daripada itu, guru juga berperanan sebagai
agen perubahan dan sosialisasi di dalam kalangan masyarakat.
DEFINISI AGEN PERUBAHAN
• Bermaksud individu atau seseorang yang berperanan untuk
mempengaruhi target/sasaran perubahan agar mereka mengambil
keputusan sesuai dengan arah yang dikehendakinya. Ia merupakan
penghubung antara sumber perubahan dengan sistem masyarakat
yang menjadi target perubahannya. Mereka perlu menggunakan 'alat-
alat' yang strategik bagi memastikan perubahan yang diinginkan itu
tercapai.
DEFINISI AGEN SOSIALISASI
• Proses interaksi sosial yang membolehkan manusia memperoleh
personaliti atau sahsiah dan belajar cara hidup masyarakat (Mohd
Salleh Lebar). Menurut Peter L.Berger ialah merupakan proses di
mana seseorang individu belajar menjadi seseorang yang berperanan
dalam masyarakat. Robert M.Z Lawang pula mentakrifkan sosialisasi
sebagai satu proses mempelajari nilai dan norma yang diperlukan
untuk memungkinkan seseorang individu berperanan secara efektif di
dalam kalangan kehidupan sosial.
PERANAN GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
DAN SOSIALISASI
1. Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama


menggalas tanggungjawab untuk memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan.Tugas murni ini seperti yang
telah termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
PERANAN GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
DAN SOSIALISASI
2. Tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang mencemarkan nama baik
negara ataupun ajaran yang bertentangan dengan prinsip-prinsip rukun
negara.

Antara peranan guru sebagai agen perubahan dan sosialisasi ialah


dengan memupuk semangat dan sifat cintakan negara, bangsa dan
tanah air. Selain tugas mengajar di dalam bilik darjah, adalah menjadi
tugas guru juga bagi menyemai kesedaran sivik dan kewarganegaraan di
dalam diri pelajar selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.
PERANAN GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
DAN SOSIALISASI
3. memupuk sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan
membimbing mereka menjadi warganegara yang menghormati
perbezaan orang lain.

Kebanyakan aktiviti kokurikulum di sekolah dijalankan secara


berkumpulan. Melalui aktiviti ini, semangat perpaduan dalam kalangan
pelajar tanpa mengira bangsa, keturunan, agama taraf kekayaan dan
sebagainya. Selain daripada itu, aktiviti sedemikian juga dapat
melahirkan warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan
berguna, menghormati orang yang lebih tua dan yang paling penting
dapat menghormati perbezaan orang lain.
PERANAN GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
DAN SOSIALISASI
4. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan dan menjalani kehidupan
sehari-hari dengan baik.

Sekolah juga merupakan institusi masyarakat yang berperanan untuk


membentuk dan mengubah tingkah laku pelajar. Perubahan kepada tingkah
laku yang lebih baik merupakan matlamat utama seiring dengan fungsi
sekolah itu sendiri. Guru merupakan agen perubahan yang berada secara
langsung dengan para pelajar. Tugas utama guru bagi melaksanakan fungsi
ini ialah dengan mengadakan persekitaran yang dapat menghasilkan
perubahan berkenaan. Tugas untuk ‘memanusiakan manusia’ merupakan
satu tanggungjawab yang berat serta memerlukan komitmen serta
kesabaran yang tinggi.
PERANAN GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
DAN SOSIALISASI
5. Sentiasa mengikut peredaran masa

Ibnu Khaldun (2006) menyatakan seseorang yang tidak dapat memperbaiki


kebiasaannya dan tidak menggunakan agama untuk memperbaiki dirinya
akan mendorong sifat kejahatan yang mempengaruhi dirinya. Justeru itu,
sebagai guru yang merupakan agen perubahan dan sosialisasi seharusnya
mendidik serta mengajar pelajar-pelajar mereka seiring dengan zaman
mereka. Pelajar sekarang tidak sama seperti cara guru dididik sewaktu
dahulu. Pembelajaran pada zaman sekarang amat mencabar kerana
wujudnya pelbagai teknologi serta hiburan-hiburan melalaikan yang boleh
menarik perhatian para pelajar.
PERANAN GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
DAN SOSIALISASI
6. Mewujudkan persekitaran dan budaya yang baik.

Sekolah yang berkesan adalah sekolah yang dilaksanakan dengan


keterlibatan semua pihak, bukan sahaja oleh pihak pengetua atau
pentadbir semata-mata. Kecemerlangan sekolah hanya akan tercapai
apabila seluruh sumber daya sekolah digunakan secara optima. Ini
bermakna keterlibatan semua pihak sama ada oleh pentadbir, guru-
guru, kakitangan sokongan juga ibu bapa harus dilibatkan secara aktif
bagi mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang berkesan.
kesimpulan
• Daripada apa yang telah dibincangkan di tadi, dapatlah disimpulkan
bahawa apa yang penting di dalam pendidikan adalah melatih pelajar
atau murid supaya “belajar untuk belajar” iaitu dengan mempelajari
bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang mereka hadapi
dengan cara yang kreatif. Kita sedia maklum sekolah sebagai sebuah
institusi masyarakat yang bertujuan untuk menggalakkan dan
memperkembangkan perubahan tingkah laku mengikut arah yang
dikehendaki oleh masyarakat. Guru menunjukkan personaliti sahsiah
yang baik yang boleh dijadikan contoh teladan kepada pelajar dan
masyarakat.
Rujukan
• Bruce M. Frazee, Rose A. Rudnitski (1995), Integrated Teaching
Methods: Teory, Classroom Applications and Field-Based
Connections, New York: Del mar Publishers.

• Carr, W. & Kemmis, S. (1986), Becoming Critical: Education


Knowledge and Action Research. Lawen, Falmer.

• Day, C. (1999), Developing Teachers: The Challenge of Life-Long


Learning, London: Falmer Press.

Anda mungkin juga menyukai