Anda di halaman 1dari 18

HAD DERIA

HAD DERIA PENGLIHATAN


Audio visual
- Kombinasi antara deria pendengaran dan deria
penglihatan
(AUDIO) – komponen suara
(VISUAL) – komponen gambar

HAD DERIA PENGLIHATAN


= Had keupayaan mata untuk melihat objek
- Tidak dapat melihat objek terlalu kecil
- Tidak dapat melihat objek terlalu jauh
- Contoh : Ilusi optik dan titik buta
ILUSI OPTIK
• Objek yang dilihat berbeza daripada keadaan
sebenar
• Otak tidak dapat mentafsir dengan tepat objek
yang dilihat oleh mata kerana gangguan di
sekitar objek
TITIK BUTA
• Imej yang dilihat jatuh pada bintik buta yang
terdapat pada retina

ALAT UNTUK MENGATASI HAD PENGLIHATAN


• Mikroskop
• Binokular
• Mesin ultrabunyi
KECACATAN PENGLIHATAN DAN CARA
MEMBETULKANNYA
• Rabun jauh

- Tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas


- Objek jauh kelihatan kabur
- Imej difokuskan depan retina
- Punca :- i. Kanta mata terlalu tebal
ii. Bebola mata terlalu panjang
- Dibetulkan dengan kanta cekung
(mencapah cahaya)
KECACATAN PENGLIHATAN DAN CARA
MEMBETULKANNYA
• Rabun dekat

- Tidak dapat melihat objek dekat dengan jelas


- Objek dekat kelihatan kabur
- Imej difokuskan belakang retina
- Punca :- i. Kanta mata terlalu nipis
ii. Bebola mata terlalu pendek
- Dibetulkan dengan kanta cembung
(menumpu cahaya)
KECACATAN PENGLIHATAN DAN CARA
MEMBETULKANNYA
• Astigmatisme

- Melihat sebahagian objek lebih jelas daripada bahagian


yang lain
- Cahaya yang masuk ke mata tidak dapat difokuskan ke
arah satu titik di retina
- Punca :- Permukaan lengkungan kornea atau kanta yang
tidak sekata
- Dibetulkan dengan kanta silinder
HAD DERIA PENDENGARAN
= Had keupayaan telinga untuk mendengar
bunyi

• Frekuensi bunyi : 20Hz hingga 20 000Hz


• Julat frekuensi pendengaran setiap orang
berbeza
Hipotesis :-
Semakin bertambah usia, gegendang telinga
kurang kenyal, julat frekuensi semakin kecil
KECACATAN PENDENGARAN DAN
CARA MEMBETULKANNYA
= Deria pendengaran seseorang tidak berfungsi
dengan sempurna

• Punca :- Jangkitan mikroorganisma,


kecederaan,proses penuaan, bunyi kuat
berlarutan > 85Hz
KECACATAN PENDENGARAN DAN
CARA MEMBETULKANNYA
• Kerosakan pada TELINGA TENGAH dan TELINGA
LUAR
- Pembersihan bendasing
- Menggunakan ubat atau pembedahan
(Gegendang pecah dan kerosakan osikel)

• Kerosakan pada TELINGA DALAM


- Koklea rosak (implan koklea)
- Saraf auditori rosak (tidak dapat dibetulkan)
RANGSANGAN DAN GERAK BALAS
DALAM TUMBUHAN
Tropisme
= Gerak balas tumbuhan terhadap cahaya, air, graviti dan
sentuhan

• Tropisme positif
– bahagian tumbuhan tumbuh ke arah
rangsangan
• Tropisme negatif
- bahagian tumbuhan tumbuh menjauhi
rangsangan

• Berlaku dengan perlahan dan kurang ketara


• Menjamin kemandirian tumbuhan
JENIS-JENIS TROPISME
• Fototropisme
= Gerak balas tumbuhan terhadap cahaya
Pucuk tumbuhan : fototropisme positif
Akar tumbuhan : fototropisme negatif
- Memastikan pucuk dan daun mendapat cahaya matahari
untuk fotosintesis

• Hidrotropisme
= Gerak balas tumbuhan terhadap air
Pucuk tumbuhan : Hidrotropisme negatif
Akar tumbuhan : Hidrotropisme positif
- Memastikan akar tumbuhan mendapat air dan garam mineral
JENIS-JENIS TROPISME
• Geotropisme
= Gerak balas tumbuhan terhadap graviti
Pucuk tumbuhan : geotropisme negatif
Akar tumbuhan : geotropisme positif
- Membolehkan akar tumbuhan tumbuh jauh mencengkam
tanah

• Tigmotropisme
= Gerak balas tumbuhan terhadap sentuhan
Sulur paut/batang melilit : tigmotropisme positif
Akar tumbuhan : tigmotropisme negatif
- Tumbuhan boleh tumbuh secara menegak untuk memperoleh
cahaya matahari dan memperoleh sokongan
GERAK BALAS NASTIK
= Gerak balas tumbuhan terhadap sentuhan tetapi
tidak bergantung pada arah rangsangan tersebut
- Berlaku lebih cepat daripada tropisme
- Sebagai pertahanan pokok daripada musuh dan
angin yang kuat
PENGLIHATAN STEREOSKOPIK DAN
MONOKULAR
• Penglihatan stereoskopik
- Kedua mata di HADAPAN mata
- Luas medan penglihatan KECIL
- Medan penglihatan BERTINDIH BANYAK
- Imej terbentuk dalam 3D
- Jarak, saiz dan kedalaman objek dianggar
lebih tepat (bantu haiwan memburu)
- Contoh : helang, harimau,manusia
PENGLIHATAN STEREOSKOPIK DAN
MONOKULAR
• Penglihatan monokular
- Kedua mata di SISI mata
- Luas medan penglihatan BESAR
- Medan penglihatan BERTINDIH KECIL
- Imej terbentuk dalam 2D
- Jarak, saiz dan kedalaman objek tidak dianggar
dengan tepat (bantu haiwan kesan musuh)
- Contoh : ayam, arnab, tikus
PENDENGARAN STEREOFONIK
= Pendengaran menggunakan kedua-dua belah telinga
- Membolehkan kita menentukan arah dengan
tepat

• Kepentingan :-
- Menentukan lokasi sumber bunyi
- Membantu haiwan pemangsa menentukan
lokasi mangsa
- Membantu mangsa untuk menentukan lokasi
pemburu dan lari darinya

Nota kaki :- Perbezaan masa dan kekuatan bunyi


menentukan sumber bunyi datang dari arah mana

Anda mungkin juga menyukai