Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat


1. Penghargaan 2

2. Pengenalan 3-4

3. Alat Bantu Mengatasi Had Penglihatan 5-8


3.1 Periskop
3.2 Binokular / Teropong
3.3 Teleskop
3.4 Kanta Pembesar

4. Alat Bantu Mengatasi Had Pendengaran 9 - 12


4.1 RIE
4.2 Mikrofon
4.3 Earphone
4.4 Stetoskop

5. Kesimpulan 13

6. Rujukan 14

PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan
kurniaNya dapat saya menyelesaikan dan menyiapkan Buku

1
Skrap bertajuk “ALAT TEKNOLOGI BAGI MENGATASI
MASALAH HAD DERIA PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN”
ini.

Ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang


banyak memberi sokongan, dorongan serta kata-kata semangat
yang tinggi kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada guru mata pelajaran Sains saya, iaitu Cikgu Hana
Nabilah kerana telah memberi tunjuk ajar serta panduan sewaktu
saya melaksanakan tugasan ini.

Kepada semua rakan-rakan, terima kasih atas kerjasama


yang diberikan sepanjang perlaksanaan tugas.

PENGENALAN

2
Setiap manusia telah dikurniakan lima (5) deria yang penting
iaitu deria penglihatan, deria pendengaran, deria rasa, deria
sentuh dan deria bau yang sensitif terhadap perubahan
persekitaran. Setiap deria ini menggunakan organ deria yang
tersendiri dan mempunyai kegunaan serta fungsi masing-masing.
Sebagai contoh, deria bau menggunakan organ deria hidung
untuk menghidu.

Namun, setiap deria ini mempunyai hadnya yang tertentu.


Sebagai contoh, mata kasar manusia tidak dapat melihat objek
yang sangat kecil seperti habuk dan kuman. Telinga pula tidak
dapat mendengar nada yang sangat kecil sekiranya ianya
dilaungkan dengan kod yang rendah. Justeru kesan dari had ini
sedikit sebanyak menyukarkan kelancaran kehidupan kita
seharian.

Dengan kecanggihan teknologi yang sedang berkembang


kini, wujud pelbagai alat teknologi moden yang dapat membantu
menyelesaikan masalah ini dan ianya diguna pakai dalam
kehidupan seharian kita.

Alatan seperti periskop, teropong, teleskop dan kanta


pembesar adalah contoh alat yang digunakan untuk mengatasi
masalah had penglihatan. Manakala, alatan seperti RIE (receiver-
in-the-ear), mikrofon, earphone dan stetoskop adalah contoh

3
yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah had
pendengaran.

4
ALAT BANTU MENGATASI HAD PENGLIHATAN

PERISKOP

Periskop adalah sejenis alat untuk mencerap atas, sekitar


atau melalui sebuah objek, halangan atau keadaan yang
menghalang pemerhatian garis penglihatan langsung daripada
kedudukan semasa seorang pemerhati.

Ia terdiri daripada sebuah bekas yang dipasangkan


dengan cermin pada setiap hujung bekas tersebut, dengan
cermin-cermin ini diselarikan antara satu sama lain pada sudut
45°. 

5
TEROPONG

Binokular atau teropong terdiri daripada dua teleskop yang


dipasang sejajar ke arah titik yang sama membolehkan pemerhati
menggunakan kedua-dua matanya (secara dwimata) untuk
melihat objek yang berjarak jauh.

Tidak seperti teleskop biasa (yang bersifat ekamata),


teropong memberikan penggunanya imej tiga dimensi: kedua-dua
pandangan yang diberikan kepada setiap mata pemerhati dengan
pandangan yang berbeza bergabung menghasilkan suatu
penglihatan yang tampak mendalam.

6
TELESKOP

Teleskop adalah sejenis alat optikal yang digunakan untuk


memerhatikan benda-benda yang jauh jaraknya dengan
menumpukan kesemua sinaran elektromagnetik, seperti cahaya
misalnya. Istilah ini biasanya merujuk kepada teleskop optik,
tetapi selain itu terdapat juga teleskop yang digunakan untuk
kebanyakan spektrum sinaran elektromagnet dan untuk isyarat
jenis lain.

Teleskop terdiri daripada 2 kanta iaitu kanta objektif dank anta


mata. Kanta objektif menumpukan sinar cahaya yang jauh lalu
membentuk imej yang nyata, songsang dan mengecil di titik fokus
kanta mata manakala kanta mata membesarkan imej kanta
objektif itu.
7
KANTA PEMBESAR

Kanta pembesar merupakan suatu kanta cembung yang


mempunyai panjang fokus yang lebih pendek. Apabila objek
dilihat melalui kanta pembesar pada jarak yang kurang daripada
panjang fokusnya, imej yang terbentuk diperbesarkan.

Kanta pembesar (dipangil kanta tangan dari konteks


makmal) adalah kanta cembung yang digunakan bagi
menghasilkan imej diperbesar bagi sesuatu objek. Kanta ini
biasanya dipasang pada bingkai dengan pemegang (lihat
gambar).

8
ALAT BANTU MENGATASI HAD PENDENGARAN

ALAT BANTU PENDENGARAN


RIE (RECEIVER-IN-THE-EAR)

RIE (receiver-in-the-ear) merupakan alat bantu pendengaran


dengan kedudukan receiver  atau speaker  diletakkan di dalam
salur telinga. Ini merupakan inovasi alat bantu pendengaran jenis
belakang telinga yang memberi bunyi yang lebih baik dan
mengecilkan saiz alat bantu pendengaran. Kebiasaannya alat ini
dihubungkan dengan dome atau insert eartip. Namun boleh juga
menggunakan ear mould bergantung kepada tahap masalah
pendengaran.

9
MIKROFON

Mikrofon ialah sejenis alat pemindah yang menukarkan


gelombang bunyi kepada isyarat elektrik.

Mikrofon digunakan dalam pelbagai perkakasan


seperti telefon, alat bantu dengar, sistem hebahan awam untuk
dewan konsert dan keramaian, pembuatan filem, megafon,
penyiaran radio dan televisyen, dalam komputer untuk merakam
suara dan sistem suara melalui protocol internet serta untuk
tujuan bukan akustik seperti penderia ultrasonik atau penderia
ketukan (knock sensors).

10
EARPHONE

Earphone adalah sepasang pembesar suara kecil dan


mudah alih yang digunakan pada telinga pengguna. Ia
disambungkan kepada sumber isyarat seperti pemain cd, radio
atau telefon bimbit.

Ia wujud dalam 2 jenis iaitu earphone dengan wayar dan


earphone tanpa wayar (wireless). Kedua-duanya mempunyai
kelebihan dan kekurangan yang tersendiri iaitu, earphone dengar
wayar tidak memerlukan pengecasan tetapi mempunyai wayar
yang mengurangkan keselesaan pengguna. Manakala, earphone
tanpa wayar (wireless) tidak memerlukan wayar tetapi
memerlukan pengecasan dalam tempoh yang tertentu.

11
STETOSKOP

Stetoskop ialah sebuah alat perubatan yang digunakan


untuk mendengar bunyi dari dalam tubuh manusia, lazimnya
bunyi degupan jantung dan bunyi pernafasan. Ia juga boleh
digunakan untuk mendengar bunyi dari usus dan aliran darah.

Stetoskop elektronik pula mengatasi tingkatan suara yang


rendah dengan cara memperkuatkan suara tubuh.Digunakan
sebagai alat untuk mendiagnosis penyakit tertentu.

12
KESIMPULAN
Pada era teknologi masa kini yang semakin maju,
kewujudan pelbagai alat teknologi moden banyak membantu dan
memudahkan kehidupan kita seharian. Walaubagaimanapun,
ianya bukanlah yang terbaik atau satu-satunya jalan penyelesaian
untuk mengatasi masalah had penglihatan dan pendengaran
kerana ia mempunyai kesan sampingan serta melibatkan kos
yang tinggi.
Walaupun wujud pelbagai alat teknologi yang canggih, kita
tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada alatan ini sahaja
kerana Tuhan telah menciptakan kita dengan sebaik-baik ciptaan
dan kita perlu bersyukur atas segala kelebihan dan kelemahan
yang Tuhan berikan.
Bersyukurlah kerana Tuhan telah menciptakan kita dengan
adanya kekurangan dan kelebihan agar kita dapat belajar
bersyukur dan bersabar dalam menjalani kehidupan seharian kita.
Kita juga bertanggungjawab untuk menjaga amanah yang Tuhan
berikan.

13
Rujukan
The Submarine Periscope: An Explanation of the Principles Involved in Its
Construction, Together with a Description of the Main

Features of the Barr and Stroud Periscopes. Barr and Stroud Limited.
1928.

Bruce H. Walker (2000). Optical Design for Visual Systems. SPIE Press.
m/s. 117. ISBN 978-0-8194-3886-7.

Michael Schoby, Mike Schoby, Successful Predator Hunting, Krause


Publications Craft – 2003, pages 108-109

Aleck Loker, Profiles in Colonial History, page 15

Rosen, Edward, The Naming of the Telescope (1947)

Jones, Barrie W. (2 September 2008). The Search for Life Continued:


Planets Around Other Stars. Springer Science & Business Media.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Teleskop

https://ms.wikipedia.org/wiki/Binokular

https://ms.wikipedia.org/wiki/Periskop

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kanta_pembesar

Hecht, Eugene (1987). Optics (ed. 2nd). Addison Wesley. m/s. 186–188.

http://www.myhealth.gov.my/alat-bantu-pendengaran-teknologi-rie-
receiver-ear/

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mikrofon

https://ms.wikipedia.org/wiki/Stetoskop

14

Anda mungkin juga menyukai