Anda di halaman 1dari 15

Pengenalan Deria manusia terdiri daripada lima deria yang penting iaitu, deria rasa, deria sentuhan, deria

bau, deria penglihatan dan deria penglihatan. Masing-masing menggunakan organ deria yang tersendiri dan juga spesifik dengan fungsinya. Sebagai contohnya, deria penglihatan menggunakan mata sebagai organ deria dan deria pendengaran menggunakan telinga sebagai organ deria.

Walau bagaimana pun, terdapat beberapa had dan halangan tertentu kepada deria penglihatan dan deria pendengaran kita. Sebagai contohnya, mata kita tidak dapat melihat objek yang sangat kecil seperti kuman. Manakala telinga kita pula tidak dapat mendengar bunyi yang sangat kecil atau yang sangat kuat.

Namun, dengan adanya teknologi moden, halangan dan had kepada deria seperti ini dapat juga diatasi. Alatan seperti teleskop, mikroskop, kanta pembesar, sinar-X, periskop, teropong dan alat pengimbas ultrabunyi dapat membantu mengatasi had kepada deria penglihatan kita. Manakala alatan seperti mikrofon, pembesar suara, stetoskop dan alat bantu dengar pula mampu untuk membantu kita mengatasi had deria pendengaran.

Alat Untuk Mengatasi Had Deria Penglihatan

Teleskop

Teleskop terdiri daripada 2 kanta iaitu kanta objektif dan kanta mata. Kanta objektif menumpukan sinar cahaya yang jauh lalu membentuk imej yang nyata, songsang dan mengecil di titik fokus kanta mata manakala kanta mata membesarkan imej kanta objektif itu.

Mikroskop

Mikroskop Cahaya Mikroskop ini menggunakan cahaya putih biasa untuk melihat mikroorganisma. Cahaya dapat dilihat secara langsung melalui objek atau disekitar tepi objek. Polarisasi cahaya dengan membenarkan cahaya biasa melalui dua penapis dapat digunakan untuk melihat bahagian-bahagian objek lebih jelas. Mikroskop cahaya membantu kita dalam melihat pembesaran objek secara langsung dengan mata.

Mikroskop Elektron Mikroskop elektron mampu membesarkan imej dengan kuasa gandaan yang tinggi disebabkan penggunaan elektron dan bukannya cahaya untuk menyebar bahan, pembesaran sehingga 500,000 kali ganda.Kelebihan pancaran elektron adalah pancaran ini mempunyai jarak gelombang lebih kecil. Mikroskop cahaya

membenarkan resolusi sekitar 0.2 mikrometer, sementara mikroskop elektron mampu mempunyai resolusi serendah 0.1 nanometer.Pancaran elektron voltan tinggi dari katod ditumpukan oleh kanta magnet pada spesimen. Ia kemudiannya

dibesarkan melalui siri kanta magnet sehingga ia menghentam plat gambar atau sensor sensitif cahaya. Imej yang terhasil dikenali sebagai mikrograf elektron.

Kanta Pembesar

Kanta pembesar merupakan suatu kanta cembung yang mempunyai panjang fokus yang lebih pendek. Apabila objek dilihat melalui kanta pembesar pada jarak yang kurang daripada panjang fokusnya, imej yang terbentuk diperbesar. Kanta ini biasanya dipasang pada bingkai dengan pemegang.Pembesaran kanta pembesar bergantung pada di mana ia ditempatkan antara mata pengguna dengan objek yang sedang dilihat, dan jarak keseluruhan antara mereka. Kuasa pembesaran tertinggi boleh didapati dengan meletakkan kanta sedekat mungkin dengan mata dan menggerakkan mata dan kanta bersama-sama bagi mendapatkan titik tumpuan terbaik. Objek biasanya akan turut dekat dengan kanta. Menggunakan prinsip ini, kaca pembesar juga boleh digunakan untuk memberi tumpuan cahaya, seperti menumpukan sinaran cahaya matahari untuk mewujudkan satu tumpuan titik yang panas.

Sinar- X

Sinar-X merupakan salah satu daripada sinaran elektromagnet. Sinar-X ini mempunyai bentuk yang serupa dengan sinar cahaya biasa, inframerah dan gelombang radio, yang berbeza cuma dari segi panjang gelombangnya sahaja. Sinar-X dihasilkan apabila elektron bergerak pada kelajuan yang tinggi dan secara tiba-tiba berlaku perubahan dari segi kelajuan. Semua ini berlaku di dalam sebuah tiub x-ray. Di dalam sebuah tiub x-ray terdapat katod (-) yang merupakan sebuah filamen yang dipanaskan oleh tenaga elektrik. Pemanasan yang berlaku

menyebabkan elektron dihasilkan dari filamen. Ini semua berlaku untuk persediaan elektron bagi dipecutkan untuk mendapatkan sinaran-X. Sinar-X telah ditemui oleh seorang Profesor Fizik berbangsa Jerman yang bertugas di Universiti Wurzburg, Bavaria, Wilhelm Conrad Rntgen pada 8hb

November, 1895. Beliau mendapati sinar ini mempunyai kebolehan menakjubkan iaitu menghasilkan imej di atas filem fotografisetelah menembusi tisu, pakaian dan logam.

Menerusi

kajiannnya,

Rntgen

mendapati hablur garam barium

platinosianida bersinar apabila diletakkan berdekatan dengan tiub sinar katod yang ditutup. Ia juga mendapati plat foto yang ditutup diletakan berdekatan dengan sinar katod akan menjadi hitam. Dari sini kesimpulan dapat di buat bahawa sinar-X tidak boleh dilihat, bergerak dalam garis lurus dan mempunyai daya penembusan yang tinggi, iaitu dapat menembusi objek yang legap bagi sinar cahaya biasa. Wilhelm Conrad Rntgen yang lahir pada 25 Mac 1845 adalah yang mula-mula menemui sinar-X. Selepas itu, Rntgen menunjukkan sinar ini datang dari dinding kaca berpendaflour cahaya apabila sinar katod terkena padanya. Untuk mengesahkan penemuan ini, beliau telah menjalankan satu eksperimen ringkas. Dalam eksperimen ini beliau meletakkan satu skrin yang dilapisi dengan barium platinosianida dalam lintasan sinar-X. Skrin ini didapati bersinar apabila terkena pada sinar-X ini. Dengan meletak tangan beliau di antara tiub sinar katod dan skrin, satu bayang tangan dengan tulang-tulang di dalamnya jelas kelihatan dalam skrin ini. Ini dapat membuktikan bahawa sinar-X yang terkeluar dari tiub sinar katod mempunyai kuasa

penembusan yang tinggi.

Binokular

Binokular merupakan sejenis alat yang dipegang dengan tangan dan digunakan untuk membesarkan benda jauh dengan melalui pandangan digunakan dua untuk

rentetan kanta dan prisma yang

berdampingan. Prisma

mengembalikan paparan dan memantulkan cahaya melalui refleksi dalaman keseluruhan. Binokular menghasilkan bayangan yang benar dan tidak terbalik seperti teleskop . boleh dikatakan binokular adalah dua teleskop yang dijadikan satu, menghasilkan penglihatan 3 dimensi bagi pemakainya.

Periskop

Periskop merupakan alat

optik untuk

melihat

suatu

objek

dari

kedudukan

tersembunyi. Sebuah periskop yang paling mudah mempunyai dua cermin, yang pertama terletak di hujung atas, yang lainnya terletak di dasar periskop. Cahaya yang terkumpul di cermin atas kemudian diarahkan menuju cermin di dasar periskop sehingga kita dapat melihat bayangan benda yang ada di depan periskop di atas permukaan laut.

Alat Pengesan Ultrabunyi

Sifat gelombang ultrasonik yang boleh dipantulkan membuatkan gelombang ini sering dimanfaatkan dalam bidang perubatan, misalnya untuk melihat bahagian dalam organ tubuh manusia. Sebahagian gelombang ultrasonik akan dipantulkan apabila melalui 2 medium yang mempunyai ketumpatan berbeza dan sebahagian lagi diteruskan. Di dalam tubuh manusia yang diberi pancaran gelombang ultrasonik, gelombang tersebut akan dipantulkan apabila mengenai rangkaian - rangkaian dan cecair yang terdapat dalam tubuh dan juga tulang.

Alat Untuk Mengatasi Had Deria Pendengaran Stetoskop

Stetoskop ialah sebuah alat perubatan yang digunakan untuk mendengar bunyi dari dalam tubuh manusia, lazimnya bunyi degupan jantung dan bunyi pernafasan. Ia juga boleh digunakan untuk mendengar bunyi dari usus dan aliran darah. Stetoskop dicipta di Perancis pada tahun 1816 oleh Rene-Theophile-Hyacinthe

Laennec. Pada masa itu ia terdiri dari tiub yang diperbuat dari kayu dan hanya satu hujung telinga. Pada tahun 1851 Arthur Leared mereka sebuah stetoskop yang mempunyai sepasang hujung telinga, dan pada tahun 1852, George

Cammann menyempurnakan reka bentuk stetoskop bagi tujuan penghasilan komersial, yang akhirnya menjadi standard.

10

Pembesar Suara

Pembesar

suara merupakan suatu

jenis alat

elektroakustik

yang

menukar isyarat elektrik kepada bunyi. Pembesar suara menolak satu perantaraan menurut denyutan isyarat elektrik, dengan itu menyebabkan gelombang bunyi terhasil dari mana ia boleh diterima oleh telinga. Pembesar suara ialah unsur paling banyak kepelbagaian dalam sistem audio moden dan biasanya bertanggungjawab bagi kebanyakan perbezaan bunyi apabila membanding sistem-sistem berlainan.

11

Mikrofon

Mikrofon adalah

suatu

jenis Mikrofon

alat yang merupakan

menukar salah pada bantu

gelombang satu alat

bunyi untuk alat dan dan

menjadi isyarat elektrik.

membantu komunikasi manusia. Mikrofon seperti telefon , alat perakam,

digunakan alat

kebanyakan dengar, dinamik

pengudaraan radio dan televisyen.Pada

tahun 1970-an,

mikrofon

mikrofon kondenser mula dibangunkan. Mikrofon ini mempunyai tahap kesensitifan yang tinggi. Oleh kerana itu, hingga saat ini mikrofon tersebut digunakan dalam dunia penyiaran.

12

Alat Bantu Dengar

Alat bantu dengar merupakan suatu alat yang boleh digunakan oleh manusia yang mengalami gangguan fungsi pendengaran pada telinga . Biasanya alat ini boleh dipasang pada bahagian dalam telinga manusia ataupun pada bahagian luar telinga. Alat bantu dengar tersebut dibuat untuk mengukuhkan rangsangan bahagian sel-sel deria telinga bahagian dalam yang rosak terhadap rangsangan suara dan bunyi-bunyian dari luar. Alat bantu dengar tersebut merupakan sebuah alat elektronik yang menggunakan bateri di mana dalam pemakaiannya terdapat mikrofon yang mengubah gelombang dari suara tersebut menjadi tenaga elektrik yang kemudian diterima amplifier yang boleh meningkatkan kelantangan suara dan menghantarnya pada pembesar suarayang ada pada bahagian dalam telinga. Jika ingin

menggunakan alat bantu dengar ini maka terlebih dahulu harus memeriksa gangguan fungsi pendengaran dengan alat yang dinamakan audiogram.Setelah itu barulah dapat ditentukan jenis dan model apa yang sesuai digunakan untuk kes kerosakan pendengaran yang dialami.

13

Fon Kepala

Fon

kepala merupakan

sepasang pembesar

suara kecil

yang

dilekapkan

pada telinga pengguna serta disambungkan ke punca isyarat audio seperti penguat audio, radio ataupun pemain CD. Ia juga dikenali dengan nama-nama seperti fon telinga dan set kepala. Fon telinga telefon adalah lazim pada awal abad ke-20. Daripada fon telinga telefon tersebut maka lahirlah fon kepala. Fon kepala yang sensitif merupakan satu-satunya cara bagi mendengar isyarat audio sebelum penguat audio mula dibangunkan. Fon kepala yang sangat sensitif seperti keluaran Brandes sekitar 1919 lazimnya digunakan bagi kerja-kerja radio terawal. Fon kepala terawal tersebut menggunakan pemacu besi boleh gerak. Keperluan bagi tahap kepekaan yang tinggi bermaksud tiada lembapan audio digunakan, maka kualiti suara pada ketika itu agak kasar. Ia juga kurang selesa berbanding fon kepala moden, biasanya tiada pelapik dan selalunya perlu diapitkan dengan kuat pada kepala. Kadar halangan adalah sekitar 1,000 hingga 2,000 ohm, yang serasi dengan set triod dan hablur. Apabila digunakan pada radio terawal, fon kepala tersebut biasanya disambungkan ke terminal positif voltan tinggi bateri, manakala terminal negatif pula dibumikan. Penggunaan sambungan elektrik yang kurang kemas pada zaman tersebut mendedahkan pengguna kepada risiko renjatan elektrik sekiranya mereka menyentuh fon kepala bagi memperbetulkan keadaan yang kurang selesa. 14

Fon

kepala

boleh

digunakan teater

pada

peralatan

tetap

seperti peralatan

pemain CD atau DVD, sistem

rumah, komputer

peribadi serta

mudah alih seperti pemain MP3 dan telefon bimbit. Fon kepala digunakan secara meluas untuk mendengar punca audio bagi tujuan hiburan dan rekreasi. Dalam sektor audio profesional pula fon kepala digunakan pada situasi secara langsung seperti pengacara lagu (DJ) dengan pencampur DJ serta jurutera bunyi bagi tujuan memantau punca isyarat audio. Di stesen radio pula, DJ menggunakan sepasang fon kepala sambil bercakap melalui mikrofon sambil pembesar suara dimatikan, bagi menghapuskan tindak balas akustik serta untuk memantau suara masing-masing. Di studio rakaman pula, penyanyi dan pemuzik menggunakan fon telinga untuk merakam suara untuk dimainkan bersama runut latar. Di bidang ketenteraan pula, isyarat suara dari pelbagai jenis dipantau menggunakan fon kepala.

15

Anda mungkin juga menyukai