Buku-Program-Hari-Anugerah-Kecemerlangan Latest
Buku-Program-Hari-Anugerah-Kecemerlangan Latest
24 NOVEMBER 2016
Masa:
07:00 PAGI – 12:30 TENGAHARI
Tempat:
DEWAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SANDAU
Dirasmikan oleh:
PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH KINABATANGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SANDAU KINABATANGAN
PETI SURAT 60449, 91114 LAHAD DATU, SABAH
UCAPAN PERASMIAN HARI ANUGERAH CEMERLANG 2016,
SK SANDAU KINABATANGAN
OLEH :
PPD DAERAH KINABATANGAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya sekali lagi Majlis Hari Anugerah Cemerlang
dan Graduasi Tahun 6 pada tahun 2016 ini dapat dilaksanakan atas iltizam yang telah dipamerkan oleh kepemimpinan
guru besar dengan komitmen yang diberikan oleh guru-guru dan para pelajar.
Sempena hari yang bersejarah ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan syabas
kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Sewajarnya kita harus meraikan kejayaan mereka yang telah berusaha bertungkus lumus mencapai kejayaan dalam apa
jua bidang yang diceburi khasnya di bidang akademik. Semoga majlis pada hari ini menjadi peristiwa bersejarah dan
menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk bersaing bagi mencapai kecemerlangan.
Sesungguhnya, majlis ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh pelajar yang berjaya mencipta
kecemerlangan dan menempa nama dalam bidang kurikulum khasnya dan kokurikulum amnya. Kejayaan dan
kecemerlangan pelajar dalam bidang yang diceburi sewajarnya dihargai. Semoga kejayaan pelajar-pelajar yang akan
menerima anugerah pada hari ini akan menjadi inspirasi kepada para pelajar lain untuk berusaha dengan lebih gigih.
Bagi melahirkan pelajar cemerlang banyak agenda yang telah direncanakan untuk mencapai hala tuju
seperti yang telah digariskan dalam FPN. Agenda ini merupakan satu amanah yang perlu dipikul oleh semua warga
pendidik dalam merealisasikan pembinaan negara bangsa yang memiliki modal insan cemerlang sebagai pewaris
kepemimpinan negara pada masa hadapan.
Detik bersejarah ini merupakan puncak kejayaan garapan kecemerlangan sekolah, setelah bertungkus
lumus menyemai usaha dan kini detiknya untuk para pelajar menuai kejayaan. Saya percaya kejayaan yang diperoleh oleh
para pelajar adalah simbol kejayaan sistem persekolahan dan pendidikan itu sendiri hasil kerjasama mantap antara
barisan pentadbir, guru-guru dan para pelajar.
Dengan sokongan dan komitmen yang padu daripada para guru dan ibu bapa, sesungguhnya SK Sandau
telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang berwibawa dan berketerampilan di sekolah ini. Semoga hubungan erat
antara pihak sekolah dengan ibu bapa dapat merealisasikan hasrat sekolah ini untuk menjadi sebuah institusi yang
cemerlang dan mampu membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta berdaya saing akan tercapai dan berkesinambungan.
Sebenarnya tidak ada jalan pintas ke arah mencapai kemajuan melainkan dengan bekerja keras. Saya
percaya kesungguhan dalam menuntut ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran akan mendorong murid untuk
menjadi warga sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.Pendek kata, gunakan peluang pembelajaran di sekolah
sebagai peluang untuk meneroka potensi anda ke tahap semaksimum yang mungkin dan lalui proses pembelajaran
sebagai proses yang bermakna dan menggembirakan .
Harapan saya agar semua guru dan pelajar sentiasa bekerja keras bagi memastikan sekolah ini sentiasa
mempersiapkan diri untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Namun yang pasti sahsiah
yang terpuji dengan disiplin yang tinggi sahaja yang mampu memastikan SK Sandau terus cemerlang.
Diharapkan SK Sandau akan terus maju dan mencapai kejayaan yang cemerlang dan terbilang sesuai dengan visi sekolah
untuk mencapai kecemerlangan di persada marcapada.
Akhir kata dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim ,saya merasmikan majlis Hari Anugerah Cemerlang 2016 SK Sandau
Kinabatangan.
Selain daripada itu, adalah menjadi harapan saya agar ibu bapa akan
turut memainkan peranan dan sentiasa mengambil perhatian terhadap
pembelajaran anak-anak di sekolah dan di rumah. Justeru itu, ibu bapa harus
memastikan bahawa anak-anak diberi peluang yang secukupnya untuk menimba
ilmu bagi menjamin masa hadapan yang semakin mencabar.
Sekian, wassalam.
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar yang telah
berjaya memperolehi prestasi pencapaian yang cemerlang. Segala kejayaan
yang dicapai adalah hasil dari kerja keras para pelajar, guru-guru, kakitangan
sekolah, PIBG dan orang perseorangan. Kejayaan yang diraih ini adalah hasil
usaha gigih dan keazaman yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan pada
masa kini dan hadapan. Sesungguhnya kegigihan, keazaman dan disiplin diri
adalah formula kejayaan bagi menempuhi cabaran yang mendatang.
NAMA MURID
TEMPAT GRED KELAS CATATAN
3 ASJUMAN SARDI BIN SIRATANG 1 BAIDURI 1 (6A)
2 NURUL AIN MARDHIAH BINTI HAIRUDDIN 1 (6A)
1 NUR ALYESAH BINTI MOH NUR 1 (6A)
3 NUR NADIHA BINTI SAMARANG 1 DELIMA 1.17 (5A 1B)
2 PUTRI SYAADIATUL AKMA BINTI ABDULLAH 1 (6A)
1 MUHAMAD ADAM MALIK BIN KATIBINA 1 (6A)
3 MOHAMMAD FAIDHI AQSHARI BIN IBRAHIM 2 BAIDURI 1(6A)
2 MUHAMMAD IZZ HAMIZAN BIN AZIZ 1(6A)
1 SITI NUR SYAFIQAH BINTI SAHAR 1 (6A)
3 NOR AZZA EMYZZA BINTI MUDOSAMUD 2 DELIMA 1.5 (4A1B1C)
2 RYAN JUNIOR JOSUE 1.5 (3A 3B)
1 SERI RAIHANAH BINTI RASIDI 1.17 (5A 1B)
3 ZETTY AZNITA BINTI THOMAS 3 BAIDURI 1.33 (4A 2B)
2 MUHAMMAD NUR AIMAN BIN SURIADI 1.17 (5A 1B)
1 NURSYAQILAH BINTI MOHD NUR 1 (6A)
3 NOLISMAH BINTI LUIS 3 DELIMA 1.33 (5A1C)
2 ASMAANI BINTI HASANUDDIN 1.5 (3A 3B)
1 MOHAMMAD SAFARIN NABIL BIN SAPARUDDIN 1.17 (5A 1B)
3 NURUL IZATUL FATIHAH BINTI SAKKA 4 BAIDURI 2 (2A2B2C)
2 MOHAMAD AZHAR BIN ABDULLAH 1.83 (3A1B2C)
1 NURSAMIHAH SUMMAIYAH BINTI SAMSI 1.83(2A3B1C)
3 FARAH UDAIMATUNNUR BINTI FRED 1 (6A)
2 CLARA CHRISTOPHER 5 BAIDURI 1 (6A)
1 HARWINIE BINTI USMAN 1 (6A)
3 RANDY JAY JOSUE 2.33(5B 1D)
2 NURUL AZAHRINA BINTI ABDULLAH 5 DELIMA 2.33 (1A2B3C)
1 MUHAMMAD DANIEL SYAFIE 1.83 (3A1B2C)
2.2.1 PANITIA BAHASA MELAYU
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
Dan