Anda di halaman 1dari 12

● PERKEMBANGAN FIZIKAL AWAL

KANAK-KANAK PAKK3203
PENGENALAN
PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK
Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz
fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan,
fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia
(Woolfolk & Margetts, 2007)
Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami
perubahan dalam ketinggian, berat badan menjadi lebih
kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal
yang lebih kompleks.
PANTULAN
Pantulan merupakan satu tindak balas semulajadi yang dilakukan oleh
bayi sejak dari lahir lagi.
Pantulan terjadi dalam bentuk beberapa pergerakan yang ditunjukkan
oleh bayi secara otomatik tanpa berfikir.
Pelbagai tindakbalas pantulan akan ditunjuk oleh bayi apabila
terdapat ransangan tertentu di persekitarannya.
Pantulan semulajadi selalunya akan hilang selepas usia tiga ke
empat bulan dan ada juga selepas satu tahun.
Yang terus kekal ialah mengelip mata dan menelan.
SAMBUNGAN PANTULAN
JENIS-JENIS TINDAKBALAS UMUR BAYI
1.Mengelip mata Perhatikan bayi anda, bayi akan mengelip mata Mengelip mata adalah pergerakan yang
secara tiba-tiba. Ini berlaku apabila bayi akan kekal pada bayi sehingga dewasa.
terkejut@ ada sesuatu benda bergerak di
hadapan bayi.
2.Mencari pangkal Bila bibir atau bayi mula terasa disentuh, bayi Berhenti pada umur bayi 3- 4 bulan.
akan memusingkan kepalanya mencari sentuhan
tersebut. Contoh ia berlaku apabila bayi di bawa
ke dada ibunya, bayi dengan sendirinya akan
cuba mencari puting susu ibunya.
3.Menghisap Apabila sesuatu dimasukkan ke dalam mulut bayi Berhenti sendiri pada umur bayi 3- 4
secara otomatik bayi akan mula menghisap. bulan
Contoh puting susu ibunya atau bila anda
masukkan jari anda ke dalam mulut bayi..
4.Berenang Tahukah anda bahawa bayi anda Gerakan kaki dan tangan ini akan
sebenarnya secara semulajadi boleh berenang. berhenti pada usia 6 – 7 bulan .
Cuba anda letakkan bayi di dalam air, lihat, bayi
akan mula mengayuh tangannya dan menendang
kakinya bila terusik dalam air. Bukan asing orang
barat mengajar bayinya berenang.
JENIS-JENIS TINDAKBALAS UMUR BAYI
5.Pantulan Moro Apabila terkejut, bayi akan mengembangkan Berhenti pada usia bayi 3 – 4 bulan.
tangannya seolah-olah berkepak dan seterusnya bayi
akan terus memeluk sesiapa atau apa sahaja di
depannya. Ini selalu dapat dilihat pada bayi yang
dalam hari. Mereka sangat mudah terkejut.

6.Menggenggam Letakkan jari anda di dalam tangan bayi. Bayi anda Genggaman ini akan beransur kurang pada
akan spontan menggenggam jari anda . Ini adalah asas usia bayi 3 bulan dan berhenti sendiri pada
permulaan bayi bayi belajar menggenggam dan cuba usia bayi 1 tahun.
memegang benda . Oleh itu, jika bayi kecil sentiasa
dipakaikan sarung tangan, ini akan membantutkan
perkembangan genggaman pada bayi. Bantu bayi
dengan memberikan permainan yang lembut untuk
digenggam. Ini dapat menguatkan moto halus bayi yang
membantunya belajar menulis bila tiba waktunya nanti.

7.Menguatkan leher Apabila anda tiarapkan bayi anda, bayi akan cuba Gerakan ini berhenti pada umur bayi 4 bulan.
untuk mengangkat kepalanya, memanjangkan leher dan
mengangkat dada. Sangat membantu bayi mencuba
mencapai sesuatu di hadapannya dalam posisi
meniarap.
JENIS-JENIS TINDAKBALAS UMUR BAYI
8.Melangkah Cuba dirikan bayi andadi atas permukaan rata. Bayi Gerakan ini berhenti pada umur bayi 3 -4
akan mengangkat kaki bergilir-gilir seolah-olah bulan.
melangkah. Ini adalah asas untuk bayi belajar berjalan
nanti.

9.Babinski Apabila anda usik tapak kaki bayi, jari kakinya akan Gerakan ini berhenti pada usia bayi 8 – 12
mengembang dan meringkuk sendiri. Bayi belajar bulan.
mengesan respon dari saraf.
PERKEMBANGAN MOTOR DERIA AWAL KANAK-KANAK
PERKEMBANGAN MOTOR KASAR & HALUS

Anda mungkin juga menyukai