Anda di halaman 1dari 17

UNIT 2

PERKEMBANGAN FIZIKAL,
SOSIAL DAN EMOSI

Dr Nurulhuda Md Hassan
PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL
DAN EMOSI
• Perkembangan adalah corak perubahan biologi, kognitif, dan
sosioemosi yang bermula ketika konsepsi dan berterusan sepanjang
hayat.
• Kebanyakan aspek perkembangan melibatkan pertumbuhan, namun
terdapat juga aspek perkembangan yang melibatkan pereputan.
• Corak perkembangan kanak-kanak adalah kompleks kerana ia
merupakan hasil daripada beberapa proses - biologi, kognitif, dan
sosioemosi.
Proses-proses Perkembangan

Biologi

Sosioemosi Kognitif
Proses Biologi

• Menghasilkan perubahan dalam tubuh badan .


• Banyak dipengaruhi oleh faktor genetik.
• Contoh - perkembangan otak, peningkatan ketinggian dan berat
badan, kemahiran motor, dan perubahan hormon akil baligh.
Proses Kognitif

• Melibatkan perubahan dalam pemikiran, kecerdasan, dan bahasa.


• Contoh - menghafal sajak, membayangkan langkah-langkah
menyelesaikan masalah matematik, membina strategi kreatif, atau
mengucapkan ayat yang berhubungan secara bermakna.
Proses Sosioemosi

• Melibatkan perubahan dalam hubungan interpersonal, perubahan


emosi, dan perubahan personaliti.
• Contoh - Didikan ibu bapa, tingkahlaku agresif kanak-kanak terhadap
rakan sebaya, perkembangan sifat ketegasan, dan perasaan gembira
remaja setelah mendapat gred yang baik.
Tempoh Perkembangan

• Perkembangan juga dapat digambarkan dari segi tempoh.


• Dalam sistem klasifikasi yang paling sering digunakan oleh ahli
perkembangan, tempoh-tempoh perkembangan manusia adalah bayi,
awal kanak-kanak, kanak-kanak pertengahan dan akhir, remaja, awal
dewasa, pertengahan dewasa, dan akhir dewasa.
Peringkat Bayi

• Bermula dari lahir hingga 18 hingga 24 bulan.


• Kebergantungan yang melampau pada orang dewasa.
• Permulaan kebanyakan aktiviti baru seperti perkembangan bahasa,
pemikiran simbolik, koordinasi sensorimotor, dan pembelajaran
sosial.
Peringkat Awal Kanak-kanak

• Bermula dari akhir bayi hingga sekitar 5 tahun.


• Juga dikenali sebagai "tahun prasekolah".
• Kanak-kanak menjadi lebih berdikari, mengembangkan kemahiran
kesediaan persekolahan (seperti belajar mengikuti arahan dan
mengenal huruf), dan menghabiskan masa dengan rakan sebaya.
• Berakhir ketika kanak-kanak memasuki tahun pertama persekolahan.
Peringkat Pertengahan dan Akhir Kanak-kanak

• Bermula dari sekitar 6 hingga 11 tahun.


• Juga dikenali sebagai peringkat sekolah rendah.
• Kanak-kanak menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan
matematik.
• Pencapaian menjadi agenda yang penting
• Peningkatan kawalan diri.
• Kanak-kanak lebih banyak berinteraksi dengan dunia sosial yang lebih
luas di luar keluarga mereka.
Peringkat Remaja

• Bermula sekitar usia 10 hingga 12 dan berakhir pada akhir remaja.


• Bermula dengan perubahan fizikal yang pantas, termasuk kenaikan
berat badan dan peningkatan fungsi seksual.
• Sangat mengejar kebebasan dan mencari identiti diri.
• Pemikiran yang lebih abstrak, logik, dan ideal.
Peringkat Dewasa

• Peringkat yang melibatkan eksperimentasi dan penerokaan.


• Kebanyakan individu masih mencari laluan kerjaya, identiti, dan gaya
hidup yang sesuai dengan diri.
ISU-ISU PERKEMBANGAN

Faktor Semulajadi Berkesinambungan Pengalaman Awal


VS Faktor VS Tidak VS Pengalaman
Persekitaran Berkesinambungan Akhir
Faktor Semulajadi VS Faktor Persekitaran

• Melibatkan perdebatan sama ada perkembangan dipengaruhi oleh


faktor semulajadi atau faktor persekitaran.
• Faktor semulajadi - pewarisan biologi organisma
• Faktor persekitaran – pengalaman
• Pandangan epigenetik – perkembangan adalah hasil dari pertukaran
dua arah yang berterusan antara faktor semulajadi dan persekitaran.
Berkesinambungan VS Tidak Berkesinambungan

• Melibatkan perdebatan berkaitan sejauh mana perkembangan


melibatkan perubahan kumulatif (berkesinambungan) atau tahap
yang berbeza (tidak berkesinambungan).
Pengalaman Awal VS Pengalaman Akhir

• Melibatkan perdebatan berkaitan sejauh mana pengalaman awal


(terutama pada masa bayi) atau pengalaman akhir menentukan
perkembangan individu.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai