Anda di halaman 1dari 12

PERANG DUNIA

PERTAMA
Choo Ping Ting
4 Finnix
PERNYATAAN MASALAH DAN PERSOALAN

• Pernyataan masalah:
> Tercetusnya Perang Dunia Pertama adalah disebabkan oleh
beberapa faktor dan peristiwa yang penting. Jelaskan.
• Persoalan:
> Terangkan pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama
> Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Perang
Dunia Pertama
> Jelaskan kronologi Perang Dunia Pertama
> Nyatakan iktibar yang diperoleh dari peristiwa Perang Dunia Pertama
OBJEKTIF KAJIAN

• Mengetahui pihak yang terlibat dalam Perang Dunia


Pertama
• Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan
tercetusnya Perang Dunia Pertama
• Memahami kronologi Perang Dunia Pertama
• Mengetahui nilai dan pengajaran yang diperoleh dari
peristiwa Perang Dunia Pertama
KAEDAH KAJIAN
• Kaedah Internet
> Selaras dengan perkembangan teknologi pada zaman ini, saya telah
melayari laman sesawang untuk mendapat maklumat yang jelas.
Contoh laman sesawang yang telah saya layari ialah
https://www.utusanborneo.com.my/2017/08/17/ambil-iktibar-sejarah-perang
• Kaedah Audio Visual
> Saya telah memahami dengan lebih jelas tentang Perang Dunia Pertama
dengan mencari dan menonton video di Youtube yang mengandungi
penerangan guru Sejarah yang berkemahiran.
• Kaedah Analisis Dokumen
> Saya telah merujuk buku teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM bagi
memastikan fakta yang dibentangkan dalam kajian ini adalah benar dan
tepat .
LATAR BELAKANG PERANG DUNIA PERTAMA
• Bermula pada 1914 dan berakhir pada 1918
• Berlaku dalam kalangan negara di Eropah termasuk empayar Uthmaniyah
• Pihak yang terlibat:

KUASA TENGAH PAKATAN BERTIGA


Jerman Britain

Austria-Hungary
VS Perancis
Bulgaria
Rusia
Emapayar Uthmaniyah
FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN
TERCETUSNYA PERANG DUNIA PERTAMA
• Persaingan Kuasa Imperialis
Bijih timah
> kuasa imperialis di Eropah bersaing mendapatkan tanah jajahan bagi
memperoleh bahan mentah (arang batu, petroleum, bijih timah) dan
memasarkan hasil industri
• Pakatan Ketenteraan
> pembentukan pakatan ketenteraan
- pakatan Kuasa Tengah
- Pakatan Bertiga
> bersaing menghasilkan senjata moden
• Krisis Rantau Balkan
> permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia
> pembunuhan Archduke Ferdinand oleh seorang pemuda Serbia
KRONOLOGI PERANG DUNIA PERTAMA
28 • Austria-Hungary (disokong Jerman)
JULAI mengisytiharkan perang terhadapSerbia

1914
30 • Rusia memberi bantuan
JULAI ketenteraan mempertahankan
Serbia
1914
1 OGOS • Jerman mengisytiharkan

1914 perang terhadap Rusia


KRONOLOGI PERANG DUNIA PERTAMA

3 OGOS 1914 4 OGOS 1914 OKTOBER 1914


• Empayar
• Jerman • British menyertai Uthmaniyah
menceroboh Rusia dan menyertai
Belgium untuk Perancis peperangan,
menyerang memerangi memihak
Perancis Jerman Kuasa Tengah
KRONOLOGI PERANG DUNIA PERTAMA
• Itali menyertai Perancis,
MAC Britain dan Rusia dalam
Pakatan Bertiga
1915

• Amerika Syarikat
APRIL menyertai peperangan
dengan memihak
1917 kepada Pakatan Bertiga
IKTIBAR YANG DIPEROLEH
• Kita perlu menyedari bahawa keganasan tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. Keganasan hanya akan mendatangkan kesan-kesan yang negatif
seperti pertumpahan darah, kehilangan harta benda dan nyawa, serta kemerosotan
ekonomi.
• Selain itu, kita perlu berkomunikasi dengan hati yang tenang dalam penyelesaian
sesuatu masalah supaya konflik antara dua pihak dapat diselesaikan secara diplomatik
dan aman.Salahfaham antara dua pihak juga dapat dielakkan. Pergaduhan dan
peperangan turut dapat dielakkan dan keamanan dan keharmonian negara dapat
dijamin.
• Tambahan pula, hubungan diplomatik dan perjanjian antara dua negara juga merupakan
aspek yang penting demi menjamin kesejahteraan negara. Hal ini kerana, hubungan
yang erat dan baik mampu mengelakkan pergaduhan dan konflik antara dua negara dan
turut mewujudkan kestabilan politik.
• Contohnya, Krisis Rantau Balkan yang berlaku akibat permusuhan Austria-Hungary
dengan Serbia telah menyebabkan pembunuhan Archduke Ferdinand oleh seorang
pemuda Serbia yang turut menyebabkan bermulanya Perang Dunia Pertama. Jika
hubungan antara dua negara tersebut adalah erat dan mempunyai perjanjian seperti
perjanjian damai, konflik tersebut tidak akan wujud dan Perang Dunia Pertama tidak
akan berlaku.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
• [Kesimpulan] : Kesimpulannya, jelaslah bahawa Perang Dunia Pertama
telah tercetus disebabkan persaingan antara negara-negara di Eropah
seperti Jerman, Austria-Hungary, Rusia dan Britain. Mereka bersaing untuk
mendapatkan tanah jajahan dan sebab Eropah terjerumus dalam Perang
Dunia Pertama ialah pembunuhan Archduke Ferdinand oleh seorang
pemuda Serbia. Perang Dunia Pertama ini telah menbawa banyak kesan
yang besar terhadap negara Eropah dan negara kita turut terkesan akibat
perang tersebut seperti ekonomi negeri Melayu dimanipulasi oleh Britsih.
• [Cadangan] : Disebabkan kesan-kesan yang negatif yang boleh dibawa
daripada perang, kita perlu sentiasa menghargai keamanan dunia dan sedar
bahawa kepentingan menyelesai masalah yang timbul dengan amanah dan
rasional. Seterusnya,kita wajar sering menghindari konflik dengan pihak lain
yang boleh mengancam keamanan negara. Akhirnya, kita harus belajar
untuk menghadapi konflik atau cabaran dengan hati yang tenang dan
berkomunikasi dengan pihak lain supaya sebarang salah faham antara dua
pihak dapat dielakkan.
RUJUKAN
• Internet
> 5 Fakta Menarik Mengenai Perang Dunia Pertama. Osman Affandi. 20 Jun 2018.
https://iluminasi.com/bm/5-fakta-menarik-mengenai-perang-dunia-pertama-
yang-jarang-diperkatakan.html
> Ambil Iktibar Sejarah Perang. Utusan Borneo. 17 Ogos 2017.
https://www.utusanborneo.com.my/2017/08/17/ambil-iktibar-sejarah-perang

• Audio Visual
> Sejarah Perang Dunia Pertama. 29 September 2016.
https://www.youtube.com/watch?v=wRB- zMTHL44&t=35s
> Perang Dunia I (1914-1918). 19 Disember 2017.
https://www.youtube.com/watch?v=PMbUr5WY7MI

• Buku
> Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM. Ridzuan bin Hasan. 2019. Dewan
Bahasa dan Pustaka. 256m/s

Anda mungkin juga menyukai