Anda di halaman 1dari 1

 Terdapat juga bahan lain yang dijumpai dalam Zaman Kerajaan Sriwijaya yang menjadi

bukti kewujudan Bahasa Melayu . Antaranya ialah :

a) Catatan pengembara Cina ; I-Tsing dan Wu-Hing.


 Dalam catatan I-Tsing, terdapat sejenis bahasa yang dituturkan di Sriwijaya yang disebut
sebagai Bahasa K’un-lun. Bahasa K’un-lun ini bukan sahaja dituturkan oleh penduduk
tempatan, tetapi turut dipelajari oleh orang asing untuk memudahkan mereka
berkomunikasi . Bahasa K’un-lun ini dipercayai mewakili bentuk Bahasa Melayu tua
terawal yang dikenal sebagai Bahasa Melayu kuno.
b) Batu bersurat yang bertarikh 832M, dijumpai di Gandasuli , Jawa Tengah ( bukan Sumatera ) ;
 Perbezaannya ialah batu bersurat ini ditulis dengan huruf Nagiri yang berasal dari utara
India dan berhubung rapat dengan agama Buddha . Dr. J.G de Casparis berpendapat
bahawa batu bersurat ini didirikan oleh kerajaan Buddha Jawa , iaitu Sailendra untuk
menandakan tamatnya raja-raja keturunan itu sebagaimana terdirinya Candi Borobudur
pada 850M.
c) Patung gangsa yang bertarikh 1029M dijumpai di Padang Lawas , Tapanuli .
 Terdapat tulisan pada alas kaki patung tersebut.

d) Sebuah patung di Padang Rocore yang bertarikh 1286M.


 Dijumpai di Batanghari.
 Pada belakang patung itu tertulis buat pertama kalinya perkataan Malaya@Melayu .

Anda mungkin juga menyukai