Anda di halaman 1dari 13

KUALA SEDILI

1950
STRUKTUR DALAMAN

• Latar belakang sajak :

• Kuala Sedili merupakan tempat kelahiran Usman Awang dan


merupakan kampung halaman beliau. Di kampung nelayan itu,
beliau banyak menyaksikan kepayahan hidup yang dialami
oleh masyarakat sekeliling yang kebanyakannya bergantung
kepada hasil laut.
TEMA DAN PERSOALAN

Tema:
• Kemiskinan dan kemunduran masyarakat di kawasan pedalaman
akibat ketirisan dalam kepimpinan.

Persoalan:
• Persoalan kemiskinan masyarakat kampung nelayan
• Persoalan harapan terdapat kemudahan hidup
• Persoalan hidup dalam kemiskinan yang telah mengubah pemikiran
masyarakat
• Persoalan ketabahan dalam menghadapi kepayahan hidup
MAKSUD RANGKAP
• Stanza 1- Pengenalan kuala Sedili sebagai tempat kelahiran
pengarang

• Stanza 2- Sungai sedili masih tidak berubah dengan kindahannya


dan masih mekar dengan kenangan pengarang sewaktu kecil

• Stanza 3- Hasil tangkapan ikan bukan milik para nelayan kerana


perlu dijual kepada pelanggan. Walaupun mereka yang berusaha
menangkapnya.

• Stanza 4- Tiada siapa mengerti pahit getir hidup sebagai seorang


nelayan. Namun mereka masih lagi tabah dengan kehidupan dan
masih mampu tersenyum.
MAKSUD RANGKAP
• Stanza 5- Penderitaan telah menjadi kebiasaan dalam hidup mereka
sehingga mereka tidak mengenal erti derita. Disebabkan ketidak
prihatinan masyarakat luar, hidup mereka terus dengan kesusahan dan
kepayahan.

• Stanza 6- Menggambarkan kepayahan hidup mereka yang tabah bekerja


dan segala keperitan yang dialami dipendam dengan sabar.

• Stanza 7- Pengarang mempersoalkan apakah pendorong yang


menyebabkan hati para nelayan begitu tabah. Pendorongnya adalah
kerana mereka memikirkan untuk mencari sesuap rezeki untuk diberikan
kepada anak anak.

• Stanza 8- Kesedihan telah tiada lagi dan mereka tetap kelaut untuk
mencari rezeki.
MAKSUD RANGKAP
• Stanza 9- Pada musin tengkujuh , para nelayan tidak dapat kelaut
dan berada didaratan. Hal ini kerana laut bergelora.

• Stanza 10- mereka berharap untuk mendapatkan kemudahan


elektrik kerana mereka sentiasa bergelap pada waktu malam.

• Stanza 11- Mereka mendesak untuk mendapatkan kemudahan


perubatan. Namun masih tidak tercapai.

• Stanza 12- mereka mencemuh pemimpin yang hanya pandai


menabur janji kosong. Dan mereka ditipu hidup hidup.
MESEJ DAN SIKAP PENGARANG
Mesej:
• 1. Menggambarkan keperitan hidup sesetengah masyarkat yang
tidak bernasib baik
• 2. Menggambarkan ketabahan masyarkat nelayan dalam
mengharungi kehidupan
• 3. Menggambarkan masyarakat kampung yang mudah ditipu oleh
pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Sikap pengarang:
• Sedih, marah, bangga
STRUKTUR LUARAN
Jenis sajak
-Elergi

Nada
-Melankolik

Skema rima
-Berpecah

Teknik
-Terzine
Diksi
• Kosa kata – pintu maut
• Ketepatan
- bergema, menghijau, pekat, menggaram
• Seerti
• Subuh-subuh – pagi
• Usus-usus – perut
• Rumah sakit – hospital
Unsur bunyi
• Aliterasi
• Didalamnya ikan-ikan bukan milik mereka lagi
• Dalam serba gelisah berpura sesuai merasa
• Asonansi
• segempal nasi bagi kami anak-anak penyambung kemiskinan?
• sinar menyinar gemilang yang menghidupkan pekat malam
Gaya Bahasa
• Hiperbola
• Kepahitan mendalam, perut laut, pekat malam
• Metafora
• Pintu maut, ubat manis
• Personafikasi
• Perut laut, wajah menggelepar, hati yang berkata
• Simile
• Seperti kesuburan kasih ibu, berpadu seperti air dengan garam
• Simbolik
• usus usus, pusaka, subuh-subuh,batu karang, Pintu maut, rumah sakit
• Eufemisme
• diperkosa, pendusta
• Parafrasa
• Pintu maut,Sinar menyinar gemilang
• Sinisme
• pendusta berulang bicara
• Inversi
• Sebab dalam kesakitan mereka bias mengemudi paying
• Tapi derita bagi mereka apakah erti
• Sinkof
• bisa,tak
• Kontradiksi
• dalam kepahitan menyesak, masih jua terdengar tawa
• Imej
• pemergian subuh-subuh
• Imejan
• kepahitan mendalam

Anda mungkin juga menyukai