Anda di halaman 1dari 66

Struktur respirasi dan mekanisme

pernafasan dalam manusia dan


haiwan

- organisma unisel
-serangga
-ikan
-katak
Organisma unisel
• oksigen meresap ke
dalam sel
• mengikut kecerunan
kepekatan melalui
membran plasma
• karbon dioksida
meresap keluar ke
persekitaran
• contoh : Amoeba sp.
SERANGGA- trakea

1. Menarik nafas
- abdomen mengembang.
-tekanan dalam abdomen menurun
-spirakel membuka
-udara disedut ke dalam trakea dan
trakeol
-udara meresap masuk ke dalam
bendalir dihujung trakeol
-oksigen meresap dari bendalir ke
dalam sel
2. menghembus nafas
-otot abdomen mengecut
-tekanan dalam abdomen meningkat
-ini memaksa udara dalam trakeol dan
trakea keluar melalui spirakel
• spirakel mempunyai injap yang
membolehkan udara keluar dan masuk ke
dalam badan
• dinding trakea dilindungi oleh gelang kitin
supaya trakea tidak menjadi kempis dan
ranap akibat tekanan udara
• sistem respirasi untuk
serangga yang besar
mengandungi
kantung udara
• cth: belalang
ikan- insang
- mempunyai 4 pasang insang yang
dilindungi oleh operkulum
- setiap insang terdiri daripada 2 baris
filamen yang disokong oleh lengkung
insang
- filamen mengandungi dinding lamela yang
nipis
struktur penyesuaian insang
• membran yang nipis membolehkan
penyerapan gas kedalam saluran darah
berlaku dengan cepat
• kapilari darah yang banyak untuk
mempercepatkan pertukaran dan
pengangkutan gas respirasi
• dikelilingi oleh air yang membolehkan gas
respirasi dapat diserap
• luas permukaan yang besar
ikan- insang
1. menarik nafas
-mulut dibuka, dasar rongga mulut
diturunkan
-isipadu mulut bertambah, tekanan
berkurang
-tekanan air yang tinggi di luar,
menyebabkan operkulum tertutup
-air dari luar memasuki mulut
2.menghembus nafas
-mulut ditutup, dasar rongga dinaikkan
-isipadu mulut berkurang, tekanan bertambah
-air yang mengalir merentas insang , membolehkan
pertukaran gas berlaku
-oksigen dari air meresap ke dalam kapilari darah
lamela
-karbon dioksida meresap dari kapilari ke dalam air
-tekanan air yang tinggi, memaksa operkulum
membuka,
- air mengalir keluar
mekanisme pertukaran arus
berbalik
amfibia- peparu dan kulit
PENYESUAIAN STRUKTUR KULIT
-Nipis dan telap = supaya gas dapat
meresap dengan cpt
-kulit sentiasa lembab= diselaputi lapisan
mukus yang melarutkan gas respirasi
-kulit mempunyai banyak jaringan kapilari
darah= untuk mengangkut gas respirasi ke
sel badan dgn cpt.
-
penyesuaian di peparu
• permukaan dalam peparu berlipat-lipat
= menambahkan luas permukaan bagi
pertukaran gas
• sentiasa lembab= diselaputi lapisan
cecair, membolehkan gas respirasi larut
• membran yang nipis= gas respirasi dapat
meresap masuk dgn mudah
respirasi melalui kulit
DALAM AIR -
-pertukaran gas berlaku antara darah dalam
kapilari kulit dengan air di persekitaran
DI DARAT
-Mukus yang dirembeskan oleh kelenjar
mukus
-mengekalkan kelembapan kulit supaya
pertukaran gas boleh berlaku
respirasi melalui peparu
1. menarik nafas
• menarik udara ke dalam rongga mulut
• merendahkan bahagian bawah mulut
• penutupan nostril, pembukaan glotis dan
pengurangan rongga mulut
• udara dipaksa ke dalam peparu
• glotis ditutup
2. menghembus nafas
• otot peparu mengecut
• glotis dan nostril dibuka
• udara dipaksa keluar dari peparu ke
rongga mulut dan ke persekitaran
struktur respirasi manusia
mekanisme pernafasan manusia
1. MENARIK NAFAS
• OTOT INTERKOSTA LUAR -mengecut
• otot interkosta dalam - mengendur
• sangkar rusuk- ditarik ke atas dan ke luar
• otot diafragma - mengecut , turun ke
bawah dan mendatar
• tekanan udara dalam peparu- berkurang,
udara disedut
• isi padu rongga toraks- bertambah
2.menghembus nafas
 otot interkosta dalam- mengecut
 otot interkosta luar- mengendur
 sangkar rusus- ditarik ke bawah dan ke dalam
 otot diafragma- mengendur , melengkung ke
atas -bentuk kubah
 tekanan udara -bertambah menjadi lebih tinggi
dari atmosfera- udara dihembus keluar
 isipadu rongga toraks- berkurang
• pertukaran gas berlaku dalam alveolus
CIRI-CIRI PENYESUAIAN
• dinding sangat nipis( satulapisan sel
sahaja)- memudahkan resapan
• permukaan yang lembab -gas larut
• jumlah luas permukaan yang besar
• jaringan kapilari yang banyak
pertukaran gas dari alveolus-
kapilari darah
• oksigen larut dalam lapisan lembap yang
melapisi permukaan dalam alveolus
• alveolus- tekanan separa oksigen tinggi
• meresap ke aliran darah - tekanan separa
oksigen rendah
• mengikut kecerunan kepekatan
• dalam aliran darah= oksigen meresap ke
dalam sel darah merah
• oksigen + hemoglobin-> oksihemoglobin
• tekanan separa oksigen dalam darah yang
meninggalkan peparu lebih tinggi
• daripada tekanan separa oksigen dalam
darah yang memasuki peparu
• tekanan separa KARBON DIOKSIDA yang
meninggalkan peparu lebih rendah
• daripada yang memasuki peparu- peparu
tekanan separa co2 tinggi
pertukaran gas antara kapilari ke
sel
• oksihemoglobin mengurai dan
membebaskan oksigen
• oksigen meresap melalui dinding kapilari ke
dalam sel
• karbon dioksida dibebaskan semasa
respirasi sel
• tekanan separa karbon dioksida adalah lebih
tinggi di dalam sel daripada kapilari
• karbon dioksida meresap dari sel ke dalam
kapilari sekeliling
pengangkutan karbon dioksida dari
sel badan ke kapilari tisu
1. karbon dioksida dalam plasma darah meresap ke dalam
sel darah merah
• karbon dioksida bergabung dengan hemoglobin --->
karbaminohemoglobin

2. larut dalam plasma darah


• karbon dioksida dalam plasma darah meresap ke dalam
sel darah merah

3.karbon dioksida bertindak balas dengan air membentuk


asid karbonik
• dimangkin oleh enzim karbonik anhidrase
• asid karbonik mengurai kepada ion hidrogen (H+) dan
ion bikarbonat( HCO-3)
• Ion bikarbonat meresap ke dalam plasma darah dan
dibawa ke peparu
pengangkutan karbon dioksida
pengangkutan karbon dioksida dari
kapilari ke alveolus
1. karbaminohemoglobin mengurai kepada
karbon dioksida dan hemoglobin
2.ion bikarbonat meresap dari plasma darah
ke dalam sel darah merah
• ion bikarbonat bergabung dengan ion
hidrogen untuk membentuk asid karbonik
• asid karbonik mengurai untuk membentuk
karbon dioksida dan air
• karbon dioksida meresap dari kapilari
darah ke alveolus
mekanisme kawal atur respirasi
• pusat respirasi terletak dalam medula
oblongata
• dalam arteri karotid dan aorta terdapat
kemoreseptor periferi
• kemoreseptor ini mengesan rangsangan
( kepekatan karbon dioksida dan ion
hidrogen) yang tinggi dalam darah- pH
rendah
• kemoreseptor(medula oblongata) hanya
peka kepada kepekatan ion hidrogen
• apabila kepekatan karbon dioksida dalam
darah tinggi,
• karbon dioksida meresap ke dalam
bendalir serebrospina dalam medula
oblongata dan tidak balas berlaku:
• co2 +
ketika bersenam
• tekanan separa oksigen di dalam arteri
menurun
• tekanan separa karbon dioksida arteri
meningkat
• reseptor pusat dan periferal
dirangsang(kemoreseptor)
• kadar pernafasan dan kadar denyutan
jantung meningkat
• kadar respirasi meningkat
dalam ketakutan
• adrenal dirangsang dan hormon adrenalin meningkat
dalam darah
• merangsang metabolisme sel
• kadar pengambilan oksigen ditingkatkan dan kdr
penyingkiran karbon dioksida bertambah dalam sel badan
• hasil= pengurangan tekanan separa oksigen arteri dan
peningkatan tekanan separa karbon dioksida
• reseptor pusat dan periferal dirangsang
• kadar pernafasan , kadar denyutan jantung, kadar
respirasi meningkat
• kepekatan oksigen kembali normal
respirasi dalam tumbuhan
• tumbuhan berbunga
- pertukaran gas antara tumbuhan dan
persekitaran sekeliling berlaku secara:
• resapan
• stoma
• lentisel
lentisel
respirasi aerob dalam tumbuhan
• berlaku sepanjang hari -siang dan malam
dalam semua sel tumbuhan
• waktu siang- kadar fotosintesis melebihi
kadar respirasi
• karbon dioksida yang dihasilkan
digunakan untuk fotosintesis
respirasi anaerob dalam tumbuhan
• tumbuhan hanya menjalankan dalam
tempoh yang pendek
• etanol yang tinggi toksik kepada tumbuhan
• berlaku semasa:
• -padi tumbuh di sawah berlumpur yang
menakung air yang mengandungi sedikit
oksigen
• -banjir ( tumbuhan boleh hidup walaupun
tenggelam di dalam air)
• -peringkat awal percambahan biji benih
titik pampasan
• keamatan cahaya apabila
• kadar respirasi adalah sama dengan kadar fotosintesis
1. pada keamatan cahaya rendah
• tiada fotosintesis berlaku
• oksigen diserap dan karbon dioksida dibebaskan dalam respirasi

2.apabila keamatan cahaya bertambah


• kadar fotosintesis meningkat
• selepas suatu tempoh masa
• cahaya mencapai keamatan tertentu
• kadar respirasi sama dengan kadar fotosintesis
• ini adalah titik pampasan
• kadar penggunaan glukosa adalah sama dengan kadar penghasilan
glukosa
• pada keamatan cahya yang rendah
-fotosintesis berlaku pada kadar rendah
-karbon dioksida yang dibebaskan semasa
respirasi digunakan untuk proses fotosintesis

• apabila keaamatan cahaya meningkat


-kadar fotosintesis meningkat
-karbon dioksida dibebaskan semasa respirasi
digunakan untuk fotosintesis
-oksigen yang diperlukan untuk respirasi didapati
daripada oksigen yang dibebaskan oleh
fotosintesis
3.selepas titik pampasan
• apabila keamatan cahaya meningkat
• kadar fotosintesis melebihi kadar respirasi
• karbon dioksida yang dibebaskan semasa
respirasi digunakan untuk fotosintesis

Anda mungkin juga menyukai