Anda di halaman 1dari 59

LATAR BELAKANG DASAR LUAR NEGARA

 Dasar luar Malaysia – berbaik-baik dengan


semua negara
 Kepentingan(matlamat):-
 Menjamin keselamatan rakyat dan negara
 Menggalakkan pembangunan dan
kemajuan ekonomi
 Mengekalkan keamanan sejagat melalui
kerjasama antarabangsa
 Untuk menjadi warga global yang
bertanggungjawab dan peka terhadap
usaha memupuk kesejahteraan dunia.
Bentuk Hubungan luar
 Hubungan bilateral
 Hubungan multilateral

 Hubungan bilateral – hubungan secara


terus dengan negara-negara tertentu
contohnya hubungan dengan negara-
negara jiran dan negara-negara luar
 Hubungan multilateral – hubungan dalam
bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti
ASEAN, Komanwel, Pertubuhan
Persidangan Islam(OIC) dan Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali(NAM)
Asas-Asas Pengubalan
Dasar Luar Negara

 Faktor Sejarah
 Faktor Ekonomi

 Faktor Politik

 Faktor Geografi

 Faktor Demografi
FAKTOR SEJARAH
 Zaman Kesultanan Melayu Melaka – hubungan
perdagangan dengan negara luar seperti China,
Arab, Siam dan Kepulauan Melayu
 Kini Malaysia mengadakan hubungan dengan
negara serumpun – Indonesia, Brunei, Singapura
dan Malaysia
 Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel seperti
Australia dan New Zealand(selepas merdeka)
 Pada masa Malaysia diancam oleh fahaman
komunis(PKM) yang menggugat keselamatan
negara mendorong malaysia mengamalkan dasar
luar yang pro-Barat dan antikomunis
 Malaysia juga perlu bergantung kepada negara
Barat kerana belum mampu dari segi pertahanan.
Faktor Ekonomi
 Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas
 Kita perlu berbaik-baik dengan negara-negara
lain untuk memajukan ekonomi
 Zaman penjajah – pengeluar getah dan bijih
timah- hubungan dengan Britain dan Amerika
Syarikat
 Setelah merdeka – Malaysia masih memerlukan
pasaran dan modal dari negara-negara tersebut
 Langkah-langkah tertentu diambil bagi
menggalakkan pelaburan asing
 Ini akan dapat meningkatkan ekonomi dan
menyediakan peluang pekerjaan
Faktor Ekonomi
 Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar
Pandang ke Timur, pelaburan asing
digalakkan dari negara-negara Timur
(Jepun dan Korea)
 Pada masa yang sama Malaysia juga
menjalin hubungan dengan negara-negara
sedang membangun dan negara Islam
bagi meningkatkan pasaran barangan
keluaran Malaysia dan mengadakan
pelaburan di negara tersebut
Syarikat bijih timah dan getah di negara kita pada
awal kemerdekaan kebanyakkannya dimiliki oleh
Amerika Syarikat dan Britain.
Faktor Politik
 Malaysia berhak menentukan hala tuju masa
depan berdasarkan prinsip-prinsip keamanan
sejagat
 Dasar luar negara – menekankan pemeliharaan
kedaulatan negara-negara lain
 Malaysia menyokong Palestin bagi mewujudkan
keamanan di rantau Asia Barat
 Berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam
PBB bagi memelihara keamanan dunia
 Malaysia tegas dengan pendirian menyokong
semua resolusi yang diambil oleh PBB bagi
mencapai dan mengekalkan keamanan dunia
Faktor Geografi
 Malaysia – kedudukan yang strategik
di Asia Tenggara dan bersempadan
dengan negara spt Singapura,
Thailand, Indonesia dan Brunei
 Perairan Malaysia menjadi laluan
utama kapal-kapal perdagangan di
dunia.
 Keselamatan negara serantau akan
mempengaruhi dan meninggalkan
kesan terhadap keselamatan negara
Faktor Sosial
 Malaysia berbaik-baik dengan negara jiran
 Krisis dengan negara jiran :
Konfrontasi(1963-1965), Singapura keluar
Malaysia(1965), terputus hubungan
Malaysia dengan Filipina(1963-1965)
 Usaha dibuat untuk memelihara hubungan
dengan negara jiran melalui perjanjian:-
 Pertubuhan Negara-Negara Asia
Tenggara(ASA)-1961 bersama-sama dengan
Thailand dan Filipina
 MAPHILINDO-1962 (Malaysia,
Filipina,Indonesia)
 ASEAN -1967(Malaysia, Thailand, Indonesia,
Filipina dan Singapura)
Faktor Demografi
 Malaysia mengadakan hubungan diplomatik
dengan negara-negara Islam (majoriti penduduk
beragama Islam)
 Tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan
negara Israel kerana dasar pencerobohan dan
penindasan peribumi Palestin
 Amalan konsep perpaduan dan sikap komited
terhadap hak asasi manusia menyebabkan
Malaysia menentang keras Dasar Aparteid yang
diamalkan di Afrika Selatan
 Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik
dengan negara berkenaan sehingga undang-
undang aparteid dihapuskan oleh kerajaan Afrika
Selatan
 Faktor kepelbagaian kaum di negara kita amat
mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.
Dasar luar berbaik-baik dengan negara Islam
telah berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka
Perkembangan Dasar Luar Malaysia

 Sejak merdeka – dasar luar Malaysia


sentiasa berubah mengikut peradaran
masa dan perkembangan dunia
 Dalam menentukan dasar luar negara,
perkembangan semasa – penting
 Pengaruh komunis yang kuat dan
perkembangan dunia yang sedang
menghadapi era Perang Dingin – faktor
yang perlu diambil kira
Tiga Tahap

 Tahap Pertama
- Tunku Abdul Rahman (1957 – 1970)
 Tahap Kedua

- Tun Abdul Razak(1972 – 1976)


 Tahap Ketiga

- Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad

(1981 -2003)
Tahap Pertama
 Dasar pro-Barat, antikomunis serta berbaik-baik
dengan negara jiran dan komanwel- politik,
ekonomi dan sosial
 Faktor Politik – ancaman komunis di negara-
negara Asia Tenggara dan di dalam negara(PKM)
 Malaysia memerlukan bantuan pertahanan
daripada negara Komanwel- Britain, Australia dan
New Zealand
 Bagi menyekat pengaruh komunis- Perjanjian
Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-
Malayan Defence Treaty(AMDA) 1956
 British akan membantu Malaysia sekiranya
diserang oleh mana-mana negara
Komunis menjadi musuh
negara kita dan Asia Tenggara
pada awal-awal kemerdekaan.
Rasyid Maidin Chin Peng
Tahap Kedua- Tun Abdul Razak (1972-1976)
 Menjelang tahun 1970-an dasar luar mula berubah
kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan
semua negara
 Ini kerana AMDA kurang memainkan peranan dan
pengaruh Britain mela berkurang di Timur
 Perubahan dasar berlaku kerana pergolakan yang
berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa
besar iaitu Amerika Syarikat dan China
 Usaha-usaha dibuat :-
 Pengisytiharan konsep Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali(ZOPFAN) bersama-sama dengan
anggota negara ASEAN
 Menjalin hubungan diplomatik dengan negara
komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara,
Vietnam Utara dan Mongolia
 Malaysia mengadakan hubungan diplomatik
dengan Vietnam (1976) dan masalah pelarian
Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan
kerjasama negara-negara jiran
Tahap Ketiga –Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad(1981-
2003)
 Masih mengekalkan dasar-dasar tahap keda
tetapi memberikan penekanan kepada
kepentingan ekonomi – berkaitan isu-isu
perdagangan, pelaburan dan pembangunan:-
 Mengadakan hubungan yang lebih erat dengan
negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan
krisis Vietnam dan Kampuchea
 Dasar Pandang ke Timur 1982 – Jepun dan Korea
Selatan sebagai model bagi membangunkan
negara Malaysia
 Bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia
mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang
baik seperti semangat mencintai negara,
kesungguhan dalam pekerjaan dan etika
pengurusan kerja yang baik
Tahap Ketiga
 Mempertingkat hubungan dua hala dengan
negara-negara lain menerusi lawatan yang
dilakukan oleh Perdana Menteri ke negara
Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan
Pasifik Selatan
 Misi perdagangan Malaysia akan turut
serta dan menandatangani perjanjian
perdagangan dua hala yang
menguntungkan kedua-dua pihak
 Malaysia bukan sahaja perlu menjalin
hubungan politik dan perdagangan dengan
negara maju tetapi juga dengan negara
Dunia Ketiga
MALAYSIA DALAM
PERTUBUHAN
ANTARABANGSA
KOMANWEL
 Dibentuk pada tahun 1931
 Anggotanya – negara bekas tanah
jajahan Britain yang merdeka
 54 negara maju dan negara sedang
membangun
 Sekretariat Komanwel ditubuhkan
pada tahun 1965 beribu pejabat di
London
Matlamat
 Membina semangat setia kawan dan
mewujudkan kerjasama dalam pelbagai
bidang
 Selepas merdeka – negara Komawel
membantu Malaysia memelihara
keamanan dan kedaulatan negara
menyekat perjuangan PKM
 Perjanjian pertahanan dengan Britain,
Australia dan New Zealand – menjanjikan
bantuan jika diserang oleh mana-mana
pihak.
Faedah Menyertai Komanwel
 Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-
negara Komanwel dalam menyekat perjuangan
PKM
 Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain ,
Australia dan New Zealand yang menjanjikan
bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-
mana pihak semasa konfrontasi
 Mengadakan kerjasama pertahanan dengan
negara Komanwel
 Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan
Komanwel(CHOGM) memberi ruang untuk
Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan
bersama(setiap dua tahun)
 Menganjurkan mesyuarat CHOGM(1989)
Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi yang bersepakat
mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.
 Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap

dasar Apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan


hak asasi manusia
 Eksport Malaysia ke negara Komanwel terutamanya Britain
dikenakan cukai yang rendah tetapi keistimewaan ini ditarik
balik selepas Britain menjadi anggota pertubuhan Kesatuan
Eropah(EU)
 Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa
dalam bidang pendidikan
 Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998.
Bagi menghadapi komunis negara
kita membuat perjanjian pertahanan
dengan British
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB)

• Ditubuhkan secara rasmi tahun 1945


• Ibu pejabat di san Francisco (asal)
berpindah ke New York 1946
• Peringkat awal – 51 buah anggota
• 189 buah – 2002
• Negara anggota perlu akur dengan
Piagam PBB iaitu satu perjanjian
antarabangsa yang menggariskan prinsip-
prinsip asas hubungan antarabangsa
• Terdapat 4 matlamat Piagam PBB
Matlamat Piagam PBB
• Menjamin keamanan dan keselamatan
dunia
• Menggalakkan hubungan berbaik-baik
antara negara anggota
• Bekerjasama menyelesaikan masalah
antarabangsa dan melindungi hak asasi
manusia tanpa mengira bangsa, agama
dan warna kulit
• Menjadi pusat bagi mengharmonikan
tindakan negara-negara anggota
PERANAN MALAYSIA DALAM PBB
• Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
• Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo(1960) bagi
menamatkan perang saudara
• Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia(1989)
untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan
• Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran –Iraq
• Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea
• Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia
• Malaysia lantang bersuara di PBB menentang Dasar
Apartheid di Afrika Selatan
• Menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan
dunia yang menjadi hak milik atau kuasa semua negara
Peranan Malaysia Dalam PBB

• Menjadi ahli Bank Dunia


• Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah
• Hasil daripada usul Malaysia- satu persidangan
antarabangsa diadakan di Vienna(Austria) Jun 1987.
Perdana Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua
persidangan tersebut
• malaysia bekerjasama dan menyertai agensi
antarabangsa PBB – kerjasama dalam pengeluaran
makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan
Pertanian(FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan
perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO)
dan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di
bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya
Bangsa-Bangsa Bersatu(UNESCO)
Peranan Malaysia Dalam PBB

• Dipilih menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB


tahun 1965, 1989 dan 1999
• Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi
Perhimpunan Agung PBB
• Beliau juga dilantik sebagai wakil khas PBB
untuk menyelesaikan konflik politik negara
Myanmar.
• Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin
dengan mengajurkan Persidangan
Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur
PERGERAKAN NEGARA-NEGARA
BERKECUALI (NAM)
• Ditubuhkan pada bulan September 1961 semasa
kemuncak Perang Dingin
• Ahlinya – negara-negara membangun di Asia, Afrika dan
Amerika Selatan
• Terdiri daripada 113 buah negara, 16 buah negara
sebagai pemerhati dan 28 buah negara – tetamu
jemputan
• Matlamat penubuhan :-
 Mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong mana-
mana blok barat atau blok komunis
 Dasar berbaik-baik dengan semua negara
Prinsip Perjuangan NAM
• Mengelakkan campurtangan asing dalam
hal ehwal sesebuah negara
• Menghormati kedaulatan sesebuah
negara
• Menyelesaikan pertelingkahan antara
negara melalui perundingan dan
persefahaman
• Menghormat hak asasi manusia
PERANAN MALAYSIA DALAM NAM
• Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi 1987, Malaysia
telah membuat beberapa usul bagi menjaga kepentingan negara-
negara sedang membangun
• isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika
• Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare(Zimbabwe) 1988
Malaysia mengemukakan cadangan penghapusan dasar Apartheid
di Afrika Selatan
• Malaysia diberi penghormatan sebagai Naib Presiden dalam Sidang
Kemuncak NAM di Belgrade
• Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan
isu kerjasama politik negara anggota.
• Malaysia menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak NAM yang
ke -13 pada tahun 2003.
• Membawa masuk Timur Leste dan Pulau Catalina ke dalam NAM
• deklarasi Kuala Lumpur – usaha menghidupkan NAM dan
pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan
Amerika Syarikat terhadap Iraq
PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)
• Ditubuhkan pada tahun 1971 beribu pejabat di Jeddah,
Arab Saudi
• Idea Tunku Abdul Rahman
• Semasa ditubuhkan – 57 buah negara dan tiga negara
sebagai pemerhati
• Matlamat :
• Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam
segala bidang
• Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam
• Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan
antara negara Islam
• Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam
dihormati dan tidak dicemari
Sumbangan OIC
• Memberikan bantuan kepada negara-negara
Islam yang menghadapi masalah spt :-
• Menghantar pasukan perubatan ke Lubdan,
Bosnia dan Afghanistan
• Bantuan kewangan kepada negara-negara Islam
yang kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan
Chad
• OIC menubuhkan Bank Pembangunan Islam
bagi memberikan perkhidmatan kewangan
kepada negara anggota
SUMBANGAN MALAYSIA DALAM OIC
• Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC
pertama
• Menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan
Iran-Iraq
• Memberikan sokongan kepada rakyat Palestin –
berjuang mendapatkan semula tanah air daripada Israel
• Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003
• Menganjurkan persidangan menentang pengganas di
kalangan negara Islam 2002
• Tawaran biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC
untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa(UIAM)
• Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan
negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan
ekonomi
Faedah Yang Diperoleh Daripada OIC
• Pinjaman daripada Bank Pembangunan
Islam bagi melaksanakan projek-projek
pembangunan untuk kepentingan rakyat
• OIC memberikan bantuan kepada
Malaysia untuk menubuhkan UIAM
• Malaysia mendapat penghormatan
daripada negara-negara anggota kerana
amat serius memperjuangkan hak dan
kebajikan negara-negara Islam
NEGARA-NEGARA SELATAN
 Dikenali sebagai negara Dunia Ketiga.
 Persamaan dari segi latar belakang ekonomi.
 Pernah dijajah oleh kuasa barat
 Matlamat :-
 Mengatasi harga eksport bahan mentah
 Meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal
dikalangan negara anggota
 Mengurangkan pergantungan kepada negara
maju.
Ciri-Ciri Negara-Negara Selatan(NNS)

 Pernah menjadi tanah jajahan kuasa Eropah.


 Masih bergantung kepada negara maju dalam
pemasaran bahan mentah.
 Ini kerana NNS tidak mempunyai kepakaran
dan modal untuk memproses bahan mentah
menjadi barangan siap.
 Pergantungan ini membawa kepada syarat
perdagangan yang tidak adil seperti kawalan
terhadap harga bahan mentah dikawal oleh
negara maju.
 Menanggung kadar faedah yang tinggi akibat
pinjaman yang dibuat daripada negara maju
Peranan Malaysia

 Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan(idea


Dr.Mahathir semasa Sidang Kemuncak NAM di
Zimbabwe)
 Menubuhkan kumpulan 15(G15) 1989
 Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di
Kuala Lumpur pada 1990
 Mengadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
 Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan
Perdagangan dan Teknologi Selatan di Kuala
Lumpur(SITTDEC)
 Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan
Global(GDTP)
 Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme
kewangan pembiayaan perdagangan.
MALAYSIA DALAM
PERTUBUHAN
SERANTAU
PERSATUAN NEGARA-NEGARA
ASIA TENGGARA(ASA)
 Dianggotai oleh Malaysia, Thailand dan Filipina.
 Setelah merdeka, negara Malaysia dan serantau
diancam hebat oleh pengaruh komunis
 PKM diharamkan dan melancarkan gerakan gerila
menjatuhkan kerajaan
 Di negara-negara jiran – Thailand dan Filipina
turut menghadapi ancaman komunis
 Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan
negara-negara jiran untuk membendung
ancaman komunis
 Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan
ASA
 Diharapkan ASA dapat melindungi negara-negara
anggota daripada ancaman komunis dan menjalin
kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial
 31 Julai 1961, ASA telah ditubuhkan
MATLAMAT ASA
 Menjalinkan kerjasama dalam bidang
ekonomi, sains dan sosial
 Memberikan dan menyediakan
kemudahan latihan dan penyelidikan
dalam bidang sains dan teknologi
 Mengekalkan serta menjamin
keselamatan dan kestabilan politik
negara-negara serantau
 ASA dibubarkan pada tahun 1963
Perdana Menteri Tanah Melayu,
Negara Thai dan Presiden Filipina
bersepakat menubuhkan ASA
MAPHILINDO
 Dianggotai oleh Malaysia, Filipina dan Indonesia
 Tujuannya:
 Untuk meningkatkan perhubungan persahabatan
 menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-
Filipina dan Malaysia-Indonesia berkaitan dengan
cadangan pembentukan Malaysia
 Indonesia tidak bersetuju – menganggap sebagai
neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru
 Tentangan Filipina – menuntut Sabah yang
didakwa masih menjadi hak milik negara mereka
 Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina
dan Indonesia – penubuhan MAPHILINDO
 Mencapai kata sepakat untuk memohon bantuan
PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat
Sarawak dan Sabah tentang pembentukan
Malaysia
• PBB menghantar perwakilan pada tahun
1963 – diketuai oleh Lawrence V.Michael
More untuk meninjau pandangan rakyat
Sarawak dan Sabah
• Hasilnya majoriti rakyat bersetuju dan
menyokong pembentukan Malaysia
• Indonesia dan Filipina tidak berpuas hati
dengan hasil siasatan PBB dan terus
menentang pembentukan Malaysia
• Persengketaan yang berterusan
menyebabkan MAPHILINDO tidak berfungsi
lagi
PERSATUAN NEGARA-NEGARA
ASIA TENGGARA(ASEAN
Peta menunjukkan negara-negara anggota ASEAN
• Dtubuhkan pada 8 Ogos 1967 hasil daripada
Deklarasi Bangkok
• Matlamat :-
• Mengekalkan kestabilan politik dirantau Aia
Tenggara
• Membantu antara satu sama lain dalam
bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan
• Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui
kerjasama dalam bidang pertanian,
perdagangan dan perindusterian.
• Memberi kerjasama dan membantu dalam
bentuk latihan dan penyelidikan
• Mengadakan perhubungan yang erat dengan
pertubuhan serantau dan antarabangsa
PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DALAM
ASEAN
• Menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur pada November 1971.
• Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN
sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
• Tujuan utama ZOPFAN adalah mengekalkan keamanan dan
kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol
dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan
campur tangan kuasa-kuasa besar
• Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea.
• Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan
Demokratik Campuran Kampuchea.
• Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.
• Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan
pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkut bahan
atau senjata nuklear.
• Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya
projek baja urea di Bintulu(Sarawak) serta di Acheh
• Menyertai kerjasama ekonomi melalui zon Kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang
diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di
Singapura 1992.
• Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan
Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi memperluaskan
kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun
dan Korea Selatan.
• Idea Dr Mahathir tetapi ditentang oleh Amerika
Syarikat dan negara-negara maju.
• Kerjasama secara tidak rasmi tetap diteruskan
melalui konsep ASEAN + 3
• Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama
ASEAN + 3(China,Jepun dan Korea)
• Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan
dengan menyertai Pertubuhan Menteri - Menteri
Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan
tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang
yang berkaitan
• Membina Pusat Serantau untuk Sains dan
Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
• Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan
dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan
dan kesenian.
• Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan
ASEAN.
• Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan
radio.
• Menganjurkan Sukan SEA.
• Menjalinkan kerjasama menyertai Tahun Melawat
ASEAN 1992.
Globalisasi
• Globalisasi - “Perubahan dunia tanpa sempadan
kerana kepesatan atau kepantasan IT”.
• Segala aspek penting kehidupan seperti barangan,
modal, tenaga manusia, kemahiran dan nilai
menyeberangi sempadan dalam masa yang singkat.
• Perubahan ini semua kerana kemajuan teknologi
khasnya ICT.
• Dua pandangan tentang globalisasi;
• Berfaedah (kunci kepada pembangunan ekonomi
dunia pada masa depan).
• Tidak Berfaedah (meningkatkan jurang Bandar/luar
Bandar dan negara maju/membangun, menyekat
peluang pekerjaan, merendahkan taraf hidup dan
menghindarkan perkembangan sosial).
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
• ICT - kaedah/peralatan yang membolehkan proses
komunikasi berlaku dengan pantas, mudah dan
berkesan tanpa mengira sempadan.
• Bagi menyahut cabaran ini Malaysia telah
menyediakan prasarana ICT dan menjalankan
promosi penggunaan ICT.
• Bagi memenuhi hasrat Wawasan 2020, Projek MSC
memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa
sempadan, e-dagang dan penyiaran digital.
• Peralatan ICT baru seperti internet, teknologi
telekomunikasi telefon mudah alih kini menjadi
pemangkin hubungan antara manusia dan antara
negara, dan ia berlaku dalam jangkamasa yang
singkat.
Koridor Raya Multimedia (MSC)
• Kerajaan Malaysia menggalakkan ICT kerana
perlaksanaan k-ekonomi akan berjalan lancar
dan seterusnya ekonomi negara membangun
dan meletakkan Malaysia terbaik pada era
globalisasi ini.
• MSC yang dilancarkan pada 27 Jun 1998,
ialah kawasan yang mencakupi Kuala Lumpur
City Center (KLCC) sehingga ke KLIA.
• MSC dibangunkan berperingkat dan akan
mencakupi seluruh negara.
• Tujuan MSC untuk memanfaatkan IT dan
multimedia global, seterusnya melahirkan
masyarakat bermaklumat.
K-ekonomi

• K-ekonomi, ialah ekonomi berlandaskan pengetahuan


merujuk kepada keupayaan seseorang menggunakan
ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang
dapat membawa kemajuan.
• Sebelum ini, dunia mengukur kekayaan negara
berdasarkan simpanan emas, tanah jajahan dan
sumber semula jadi. Kemudiannya beralih kepada
jumlah hasil barangan pertanian atau industri.
Ciri K-ekonomi

• Bersaing dalam meningkatkan mutu pengeluaran dan


perkhidmatan, teknologi dan industri berasaskan
pengetahuan akan menjana keuntungan, kemajuan
perniagaan, pekerjaan dan perkongsian pintar.
• Sumber paling berharga ialah modal intelek dan
pekerja berpengalaman.
• Modal intelek boleh dihasilkan melalui kekayaan
pengetahuan, dan semangat daya saing yang tinggi.
• Tenaga kerja berpengetahuan amat diperlukan untuk
membangunkan industri berasaskan pengetahuan.
• Inovasi merupakan kunci utama yang menentukan
kejayaan k-ekonomi dan ini boleh dicapai melalui
penyelidikan dan pembangunan (R&D).
• R&D akan menggalakkan penciptaan baru dan
pendaftaran paten.
K-masyarakat
• K-masyarakat merujuk kepada masyarakat yang
sentiasa membaiki dan memperkayakan diri dengan
ilmu pengetahuan agar terus dapat bersaing.
• Ini selari dengan konsep pembelajaran sepanjang
hayat.
• Prasarana K-Masyarakat khasnya pendidikan di
Malaysia ditumpukan contohnya Sekolah Wawasan
(memupuk perpaduan melalui interaksi murid
pelbagai kaum yang berdaya saing) dan Sekolah
bestari pula lengkap dengan IT.
• Kurikulum turut diubahsuai agar dapat melahirkan
pelajar yang kreatif, dinamis, kritis dan analitis.
Usaha ini diharapkan dapat melahirkan tenaga kerja
yang berpendidikan tinggi, bermotivasi tinggi dan
berkemahiran tinggi.

Anda mungkin juga menyukai