Anda di halaman 1dari 2

Lateks

Tujuan
Mengkaji proses penggumpalan lateks dan cara mencegah lateks daripada menggumpal

Penyataan masalah
Bagaimanakah penggumpalan lateks dapat dipercepat dan dicegah?

Hipotesis
Kehadiran asid mempercepat penggumpalan lateks dan kehadiran alkali mencegah
penggumpalan lateks

Pemboleh ubah
Dimanipulasikan : Keadaan berasid atau alkali
Bergerak balas : Penggumpalan lateks
Dimalarkan : isipadu lateks

Radas
 Bikar 100cm
 Rod kaca
 Penitis
 Silinder penyukat

Bahan
 Lateks
 Asid etanoik 1.0 mol dm
 Larutan ammonia 1.0 mol dm
 Kertas litmus biru dan merah

Prosedur
1. Tiga bikar masing-masing dilabelkan sebagai P, Q dan R
2. Sebanyak 20cm lateks dituangkan ke dalam setiap bikar
3. Bikar P dijadikan sebagai kawalan
4. Dengan menggunakan penitis, 5 cm asid etanoik dititiskan ke dalam bikar Q sambil
dikacau dengan rod kaca
5. Sehelai kertas litmus biru dicelupkan ke dalam larutan. Penambahan asid dihentikan
apabila warna kertas litmus biru bertukar kepada merah
6. 5cm larutan ammonia ditambah ke dalam bikar R sambil dikacau dengan rod kaca
7. Sehelai kertas litmus merah dimasukkan ke dalam larutan. Penambahan larutan ammonia
dihentikan apabila kertas litmus merah bertukar kepada biru
8. Lateks di dalam bikar P dibiarkan terdedah kepada udara
9. Semua pemerhatian dalam bikar P, Q dan R direkodkan selepas 1 hari

Pemerhatian
Bikar Pemerhatian
P Penggumpalan lateks berlaku perlahan-lahan
Q Penggumpalan lateks berlaku dengan cepat
R Tiada penggumpalan lateks berlaku

Kesimpulan
1. Kehadiran asid mempercepat penggumpalan lateks
2. Kehadiran alkali mencegah penggumpalan lateks

Anda mungkin juga menyukai