Anda di halaman 1dari 36

Modul 9

Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

MODUL 9: MIKROORGANISMA DAN KESANNYA KE ATAS HIDUPAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
9.1 Memahami pengelasan mikroorganisma
9.2 Mensintesiskan idea tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan
mikroorganisma
9.3 Mengaplikasikan pengetahuan tentang mikroorganisma yang berfaedah
9.4 Menganalisis kesan berbahaya mikroorganisma
9.5 Menganalisis cara-cara mencegah jangkitan penyakit yang disebabkan oleh
mikroorganisma
9.6 Memahami cara bagiamana penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma dapat
dirawat.
9.1

PENGELASAN MIKROORGANISMA
JENIS MIKROORGANISMA

Virus

Bakteria

Protozoa

Kulat

Alga

Rajah 9.1 Pengkelasan mikroorganisma

Mikroorganisma
Saiz
Virus
0.02m
0.4m
Paling
kecil
Bakteria
0.5 1.0m
Unisel

Rupa bentuk
Pelbagai
bentuk seperti
pilin, sfera, rod
dan vibro

Kulat

Bentuk filamen
(mukor), sfera
(yis)

10 100m
Unisel
atau
multisel

Cara pembiakan
Nutrisi
Membiak secara parasitik
replikasi dalam sel
perumah

4 bentuk utama Membiak secara


(kokus, basilus, belahan dedua
vibrio, sprilum)

Pembiakan aseks
secara
pembentukan
spora dan
pertunasan

Habitat
Hidup dalam
sel perumah

autotrof,
Hidup di
sapropfitik, merata-rata
parasitik
tempat
seperti
dalam air,
udara, tanah,
tumbuhan
dan haiwan.
saprofitik,
Tempat yang
parasitik
gelap dan
lembap

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

Protozoa

5250m
Unisel

Berbeza-beza.
Kebanyakan
mempunyai
silium yang
membantunya
bergerak.

membiak secara
aseks (belahan
dedua) dan seks
(pengkonjugatan)

saprofitik,
parasitik

Kebanyakan
hidup dalam
air tawar.

Alga

1
10000
m
Unisel
atau
multisel

Mempunyai
struktur sel
tumbuhan
tetapi tidak
mempunyai
batang, akar
atau daun
sebenar.

membiak secara
aseks (belahan
dedua) dan seks
(pengkonjugatan)

mempunya
i klorofil
dan
dinding sel,
menjalanka
n proses
fotosintesis
- autotrof

Kebanyakan
hidup dalam
air. Juga
boleh hidup
di dalam
tanah
lembap, atas
batu dan di
kulit pokok.

Jadual 9.1 : Pengkelasan mikroorganisma

Contoh-contoh mikroorganisma
1. Virus

2. Bakteria

3. Kulat

4. Protozoa

5. Alga

Rajah 9.2 Contoh-contoh mikroorganisma

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

Latihan 9.1
1. Mikoorganisma boleh dibahagikan kepada lima kumpulan berdasarkan ciri-ciri yang ada
pada mereka. Lengkapkan jadual di bawah.
Lima kumpulan mikroorganisma

Bakteria
2

Virus

Kulat

Alga

Protozoa

Rajah di bawah menunjukkan beberapa jenis mikoorganisma.

Tentukan jenis bagi mikroorganisma A, B, C, D dan E.


A: Protozoa

B: Kulat

D: Alga

E: Virus

C: Bakteria

3. Lengkapkan Jadual 1 di bawah.

(a)

Ciri-ciri
Wujud dalam pelbagai bentuk dan biasanya nama
berdasarkan bentuk mereka

(b)

Tidak membiak di luar sel

Virus

(c)

Boleh menghablur

Virus

(d)

Mereka boleh menghasilkan makanan sendiri melalui


Fotosintesis

Alga

(e)

(f)

Kebanyakannya membiak secara pembiakan aseks


melalui pembentukan spora atau secara pembiakan
seks
Mereka adalah haiwan unisel dan mempunyai struktur
am sel haiwan
Jadual 1

Jenis mikroorganisma
Bakteria

Kulat

Protozoa

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

9.2

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARHI PERTUMBUHAN MIKROORGANISMA

SUHU
35 C - 400C suhu
optimum bagi
pertumbuhan
mikroorganisma
Suhu sangat rendah
menjadi
pasif dan tidak membiak
Suhu terlalu tinggi
dimusnahkan / mati
kerana enzim yang
terhasil termusnah
0

NUTRIEN
Diperlukan untuk
menghasilkan
tenaga dan
membiak
Parasit (menyerap
nutrien daripada sel
perumah)
Saprofit (menyerap
nutrien dari
organisma yang
telah mati dan
mereput)
Mikroorganisma
yang mempunyai
klorofil boleh
membuat makanan
sendiri melaui
proses fotosintesis

FAKTOR-FAKTOR
YANG
MEMPENGARUHI
PERTUMBUHAN
MIKROORGANISM
A

CAHAYA
Mickroorganisma yang
mempunyai klorofil memerlukan
cahaya untuk menjalakan
proses fotosintesis untuk
menghasilkan makanan sendiri.
Mikroorganisma yang tidak
mengandungi klorofil
membesar dan membiak
dengan aktif dalam keadaan
tanpa cahaya (gelap).

NILAI pH

pH 7(neutral)
aktif membiak
pH terlalu tinggi
atau rendah
merencat
pertumbuhan
/ mati
Keadaan berasid
atau beralkali
lemah
hanya sebahagian kecil
boleh hidup.

KELEMBAPAN
Mikroorganisma memerlukan air
untuk hidup.
Kebanyakan tinggal di tempat
lembab atau berair
Kelembapan relatif antara 25%
dan 40%.
Suasana yang kurang lembab
sel mikrob akan kehilangan air
dan menjadi tidak aktif.
Dalam keadaan kering, bakteria
membentuk spora. Apabila
keadaan sesuai, bakteria aktif
semula.

Rajah 9.3: Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

Latihan 9.2

1. Rajah 1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan pH terhadap pertumbuhan


bakteria.

Piring Petri P

Piring Petri Q

Piring Petri R

Agar agar nutrien


+
Asid hidroklorik (pH 2)
+
Kultur bakteria

Agar agar nutrien


+
Air suling
+
Kultur bakteria

Agar agar nutrien


+
Natrium hidroksida (pH 12)
+
Kultur bakteria

Rajah 1
Selepas dua hari, bilangan koloni bakteria setiap piring petri dihitung. Keputusan adalah
seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.
Nilai pH

Bilangan koloni bakteria

26

13

0
Jadual 1

Berdasarkan Rajah 1 dan Jadual 1, padankan Bahagian A dengan Bahagian B.

Bahagian A

Bahagian B
pH lebih daripada 7
Untuk mengkaji kesan pH
terhadap pertumbuhan bakteria.

Tujuan eksperimen
Pembolehubah bergerakbalas

Mikoorganisma membiak dan


semakin berganda.

Pembolehubah dimanipulasi
Dalam keadaan neutral

Pertumbuhan bakteria tinggi


pada pH 7

Alkali
Hipotesis

Jenis nutrien

Pembolehubah dimalarkan

Pertumbuhan bakteria
Nilai pH

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

2. Rajah 2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan pH terhadap pertumbuhan


bakteria.
Selepas
2 hari

5cm bubur
nutrien +
3
1cm kultur
bakteria +
3
1cm asid
hidroklorik
cair (0.1 M)

5cm bubur
nutrien
+
3
1cm kultur
bakteria +
3
1cm
air
suling

5cm bubur nutrien


3
+
1cm
kultur
3
bakteria + 1cm
larutan
natrium
hidroksida

Jernih

Keruh

Jernih

Rajah 2
(a) Nyatakan satu hipotesis untuk eksperimen ini.
Nilai pH 7 paling sesuai untuk pertumbuhan bakteria. / Bakteria tumbuh dengan
baik pada nilai pH 7.
(b) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini.
(i) Pemboleh ubah dimanipulasi:
Nilai pH
(ii) Pemboleh ubah bergerak-balas:
Kekeruhan bubur nutrien / pertumbuhan bakteria.

(c)

Berdasarkan keputusan yang ditunjukkan di dalam Rajah 2, apakah pH optimum


untuk pertumbuhan bakteria ?
pH 7

3.

Suatu eksperimen dijalankan untuk mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan


bakteria. Jadual 2 menunjukkan keputusan eksperimen.
Suhu/ oC
0
10
20
30
40
50
60

Diameter koloni bakteria / mm


0
4
8
12
16
8
2
Jadual 2

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

(a) Dengan menggunakan data dalam Jadual 2, lukiskan graf diameter koloni bakteria
melawan suhu dalam kertas graf di bawah.

Diameter koloni bakteria


/ mm
20

16

12

X
X

0 X

10

20

30

40

50

60
Suhu / C

(b) Apakah hubungan antara pertumbuhan bakteria dengan suhu?


Apahila suhu meningkat, pertumbuhan bakteria meningkat, selepas 400C,
apabila suhu meningkat, pertumbuhan bakteria menurun.
(c)

Daripada graf, tentukan suhu optimum bagi pertumbuhan bakteria:


40 0C

(d) Ramalkan keadaan bakteria pada suhu:


(i) 5 0C? Bakteria menjadi tidak aktif.
(ii) 100 0C? Bakteria mati.

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

4.

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

Susunan radas disediakan untuk mengkaji kesan kelembapan dan nutrien terhadap
pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma. Ketiga-tiga piring Petri X, Y, dan Z
ditelangkupkan dan dibiarkan selama dua hari. Keputusan eksperimen ditunjukkan
dalam Jadual 3.
Piring Petri
X
Y
Z

Keadaan agar-agar
Agar nutrien lembap
Agar nutrien kering
Agar biasa lembap

Pertumbuhan bakteria
Banyak tompok bakteria
Tiada tompok bakteria
Tiada tompok bakteria

Jadual 3
(a) Apakah hipotesis yang dapat dibuat bagi eksperimen ini?
Kelembapan dan nutrien perlu untuk pertumbuhan dan pembiakan
mikroorganisma.
(b) Apakah pemboleh ubah yang
(i) dimalarkan?
Jenis bakteria / keamatan cahaya / nilai pH / suhu.
(ii) dimanipulasikan?
Kelembapan dan jenis nutrien.
(iii) bergerak balas?
Pertumbuhan bakteria.
(d) Mengapakah piring Petri Y dan Z tidak ditumbuhi bakteria?
Piring Petri Y: Bakteria memerlukan kelembapan untuk pertumbuhan
Piring Petri Z: Bakteria memerlukan nutrien untuk pertumbuhan.

(e) Mengapakah piring Petri ditelangkupkan?


Untuk mengelakkan air yang terkondensasi terjatuh ke atas permukaan agar
nutrien yang akan menghalang pertumbuhan bakteria.

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

SOALAN ESEI
Jawab soalan-soalan yang berikut.
1

Kaji pernyataan berikut.


Faktor cahaya mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma

Anda dibekalkan bubur nutrien, larutan kultur bakteria dan radas lain.
(a) Cadangkan satu hipotesis yang sesuai untuk menyiasat pernyataan itu.
[1 markah]
(b) Huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda di 1(a) berdasarkan
kriteria berikut:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Tujuan eksperimen
Pengenalpastian pemboleh ubah
Senarai radas dan bahan
Prosedur atau kaedah
Penjadualan data

[1 markah]
[2 markah]
[1 markah]
[4 markah]
[1 markah]

JAWAPAN
(a) Pertumbuhan mikroorganisma sangat aktif dalam kawasan gelap /
Kawasan gelap paling sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma
(b)

i. Tujuan: Untuk mengkaji faktor keamatan cahaya terhadap pertumbuhan


mikroorganisma
ii. Pemboleh ubah dimanipulasi: keamatan cahaya
Pemboleh ubah bergerak balas: pertumbuhan mikroorganisma
Pemboleh ubah dimalarkan: suhu / nilai pH / jenis kultur bakteria
iii. Radas dan bahan: Bubur nutrien, larutan kultur bakteria, 2 tabung uji
steril, kapas steril, picagari.
Kapas
steril

iv. Prosedur:

Tabung
uji
steril

5 cm bubur nutrien + 1cm kultur bakteria


1. Alat radas seperti di atas disediakan dan tabung uji dilabel P dan Q.

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

2. Tabung uji P diletakkan di atas meja di dalam makmal manakala


tabung uji Q disimpan di dalam almari gelap selama 3 hari.
3. Pemerhatian dijalankan dan dicatat di dalam jadual.
v.

Penjadualan data:
Tabung uji / Keamatan cahaya

Kekeruhan bubur nutrien

P (dalam makmal)
Q (dalam almari gelap)

2. Kaji pernyataan berikut


Nutrien mempengaruhi pertumbuhan bakteria

Anda dibekalkan agar nutrien, agar biasa (tanpa nutrien), kultur bakteria dan radas lain.
(a) Cadangkan satu hipothesis untuk menyiasat pernyataan di atas.
[1 markah]
(b) Huraikan satu eksperimen untuk mengkaji hipotesis anda di 2(a) berdasarkan
kriteria berikut:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Tujuan eksperimen
Pengenalpastian pemboleh ubah
Senarai radas dan bahan
Prosedur atau kaedah
Penjadualan data

[1 markah]
[2 markah]
[1 markah]
[4 markah]
[1 markah]

JAWAPAN
(a) Bakteria memerlukan nutrien untuk pertumbuhan yang baik
(b) (i) Tujuan: Untuk mengkaji kesan nutrien terhadap pertumbuhan bakteria
(ii) Pemboleh ubah dimanipulasi: kehadiran nutrien
Pemboleh ubah bergerak balas: pertumbuhan bakteria / Bilangan koloni
Bakteria di atas agar nutrien
Pemboleh ubah dimalarkan: suhu / nilai pH / keamatan cahaya /
jenis kultur bakteria
(iii) Radas dan bahan: Agar nutrien, agar biasa (tanpa nutrien), kultur
bakteria

10

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

(iv) Kaedah:
Agar-agar nutrien lembab
+ 1cm kultur bakteria

A
1.
2.
3.
4.

Agar-agar tanpa nutrien


lembab + 1cm kultur
bakteria

Piring
petri

Alat radas seperti di atas disediakan dan piring petri dilabel A dan B.
Piring petri dililit dengan pita selofen dan ditelangkupkan.
Piring petri A dan B disimpan di dalam almari gelap selama 3 hari.
Pemerhatian dijalankan dan dicatat di dalam jadual.

(v) Penjadualan data:


Piring Petri / Kehadiran
nutrien

Bilangan koloni bakteria di atas


agar nutrien

A (agar-agar nutrien)
B (agar-agar tanpa nutrien)

3. Kaji pernyataan berikut


Puan Aminah menyedari yang kari ayam yang dia masak telah basi setelah
dbiarkan selama tiga hari pada suhu bilik.

Anda dibekalkan agar nutrien, kultur bakteria dan radas lain.


(a) Cadangkan satu hipothesis untuk menyiasat pernyataan di atas.
[1 markah]

(b) Huraikan satu eksperimen untuk mengkaji hipotesis anda di 10(a) berdasarkan
kriteria berikut:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Tujuan eksperimen
Pengenalpastian pemboleh ubah
Senarai radas dan bahan
Prosedur atau kaedah
Penjadualan data

11

[1 markah]
[2 markah]
[1 markah]
[4 markah]
[1 markah]

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

JAWAPAN
(a) Pertumbuhan bakteria sangat aktif pada suhu bilik/
Suhu bilik paling sesuai untuk pertumbuhan bakteria /
Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah merencat pertumbuhan bakteria
(b) (i) Tujuan: Untuk mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan bakteria
(ii) Pemboleh ubah dimanipulasi: Suhu
Pemboleh ubah bergerak balas: pertumbuhan bakteria
Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis bakteria / nilai pH / kelembapan
(iii) Senarai radas dan bahan: Bubur nutrien, kultur bakteria, tabung uji,
kapas steril, ketuhar, peti ais dan selinder penyukat
(iv) Prosedur:

1. Radas seperti rajah di atas disediakan.


2. Tabung uji P disimpan di peti ais, tabung uji Q disimpan dalam almari
gelap manakala tabung uji R disimpan dalam ketuhar selama 3 hari .
3. Pemerhatian terhadap bubur nutrien dicatat dalam jadual.
(v)

Penjadualan data:
Kekeruhan bubur
nutrien

Tabung uji / suhu


P (dalam peti ais pada 5 0C)
Q (almari gelap pada suhu bilik)
R (dalam ketuhar pada 60 0C)

12

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

9.3

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

MIKKROORGANISMA YANG BERFAEDAH


1. Mikroorganisma memainkan peranan yang penting dalam:
Pencernaan makanan
Proses pereputan
Perubatan
Pertanian
Perindustrian
Pencernaan Makanan

Sesetengah
mikroorganisma
membantu dalam
pencernaan makanan
dalam salur makanan
haiwan herbivor
misalnya lembu,
kambing, biri-biri, kuda
dan arnab.
Bakteria ini
merembeskan enzim
selulase yang dapat
mencernakan selulosa
kepada glukosa.

Protozoa dalam usus


anai-anai menghasilkan
enzim selulosa untuk
mencernakan selulosa
dalam kayu kepada
glukosa.

Bakteria yang terdapat


dalam usus besar
manusia membantu
dalam pencernaan dan
memusnahkan
organisma yang
berbahaya. Bakteria ini
juga menghasilkan
vitamin yang
kemudiannya diserap ke
dalam badan untuk
mengekalkan kesihatan.

Jadual 9.2: Peranan mikroorganisma dalam pencernaan makanan

13

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

Proses Pereputan

Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat


menukarkan bahan organik mati kepada
bahan yang lebih ringkas yang dapat diserap
oleh tumbuhan untuk pertumbuhan.
Di samping menyingkirkan bahan organik
mati seperti bangkai haiwan dan tumbuhan
mati dari permukaan bumi, mikroorganisma
ini juga membantu dalam mengekalkan
kesuburan tanah.

Bakteria, protozoa dan kulat


digunakan dalam loji
pengolahan kumbahan untuk
menguraikan bahan kumuh yang
toksik kepada bahan tidak
berbahaya seperti air, karbon
dioksida dan garam mineral.

Jadual 9.3: Peranan mikroorganisma dalam proses pereputan

Perubatan

Virus dan bakteria digunakan untuk


menyediakan vaksin untuk melindungi
manusia daripada penyakit tertentu.
Sebagai contoh, vaksin hepatitis
mengandungi virus hepatitis disuntik ke
dalam badan manusia. Virus ini merangsang
badan menghasilkan antibodi untuk
menentang penyakit hepatitis

Sesetengah kulat digunakan


untuk menghasilkan antibiotik
seperti penisilin.
Bakteria tertentu juga dapat
menghasilkan antibiotik seperti
streptomisin yang digunakan
untuk menrawat penyakit batuk
kering.

Jadual 9.4: Peranan mikroorganisma dalam perubatan

14

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

Pertanian

Bakteria dan kulat


pengurai menguraikan
tumbuhan dan
haiwan mati
menghasilkan
ammonia dan
seterusnya
menambahkan
nitrogen kepada tanah
dan mengembalikan
humus mengandungi
mineral ringkas yang
sedia diserap oleh akar
tumbuhan

Bakteria pengikat
nitrogen yang hidup
dalam nodul akar
tumbuhan legum
(kekacang) dan dalam
tanah mengikat gas
nitrogen di atmosfera
dan menukarkannya
kepada nitrat.
Nitrat kemudian diserap
oleh akar tumbuhan dan
digunakan untuk
membina protein.

Bakteria pengurai
mencernakan sisasisa tumbuhan
daripada kelapa sawit,
padi dan kelapa untuk
menghasilkan bahan
api seperti gas metana.
Bahan organik yang
tertinggal boleh
dijadikan makanan
haiwan dan baja
tumbuhan.

Jadual 9.5: Peranan mikroorganisma dalam pertanian

Perindustrian

Yis
digunakan untuk
menaikkan aduanan
roti dan kek.
Proses penapaian yang
berlaku apabila yis
bertindak dengan
karbohidrat
membebaskan karbon
dioksida menyebabkan
adunan naik.

Yis digunakan untuk

membuat
minuman
beralkohol
seperti bir, wain
dan wiski.

Bakteria
digunakan untuk
membuat
makanan seperti
cuka, dadih dan keju.
Bakteria bertindak balas
dengan alkohol
menghasilkan cuka.
Bakteria bertindak balas
dengan susu
menghasilkan dadih dan
keju.
Sejenis kulat digunakan
dalam pembuatan kicap
kacang soya.

Dalam
industri pengeluaran
tekstil, bakteria
bertindak balas
dengan tumbuhan
untuk menyingkirkan tisu
lembut dan meninggalkan
gentian panjang. Gentian
ini kemudian ditenun
menjadi kain, benang atau
tali.

Dalam industri pembuatan


barangan kulit, bakteria
menyingkirkan tisu dan
lemak daripada
kulit haiwan.

Jadual 9.6: Peranan mikroorganisma dalam perindustrian

15

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

LATIHAN 9.3
1. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai tentang faedah mikroorganisma.
(a) Virus dan bakteria digunakan untuk membuat vaksin.

(b) Bakteria pengikat nitrogen mengikat nitrogen di udara dan menukarkannya


kepada nitrat dalam tanah.

(c) Bakteria membantu mencernakan selulosa dalam salur pemakanan haiwan


herbivor.

(d) Bakteria dan kulat saprofit menyingkirkan hidupan mati daripada permukaan bumi.

(e) Yis digunakan untuk menaikkan adunan roti dan kek.

(f) Bakteria digunakan untuk membuat makanan seperti cuka, dadih dan keju.

9.4.

KESAN BERBAHAYA MIKROORGANISMA


1. Mikroorganisma parasit menyebabkan penyakit kepada manusia.
2. Mikroorganisma menyebabkan keracunan makanan di mana bakteria yang
tumbuh pada makanan menghasilkan toksin menyebabkan gejala-gejala seperti
sakit perut,cirit birit dan muntah pada manusia.
3. Bakteria saprofit yang hidup pada celah-celah gigi mencernakan sisa makanan.
Asid yang dihasilkan menyebabkan pereputan gigi (karies gigi).
4. Penyakit yang di sebabkan oleh Mikroorganisma

Mikroorganisma berbahaya yang menyebabkan penyakit disebut patogen.

Kebanyakkan patogen adalah parasit yang hidup pada perumah dan


memperoleh nutrien daripadanya.

Toksin yang dihasilkan menyebabkan penyakit pada organisma yang


diserangnya.

Patogen terdiri daripada bakteria, virus, kulat atau protozoa.

16

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Penyakit
disebabkan
oleh bakteria

Tibi

Taun / Kolera

Sifilis (penyakit
jangkitan seks)

Gonorea
(penyakit
jangkitan seks)

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

Bahagian badan
yang dijangkiti
Sistem pernafasan
seperti peparu,
tulang, sendi, dan
nodul limfa

Gejala penyakit

Letih, batuk, kahak berdarah,


berpeluh waktu malam,
demam, berat badan
menyusut, tiada selera makan.

Cara jangkitan
Udara atau
titisan air (batuk
atau kahak
kering)
Air dan
makanan yang
tercemar
Lalat (vektor)

Salur pencernaan

Cirit-birit, pendehidratan
(kehilangan air yang banyak),
muntah, letih.

Sistem pembiakan

Peringkat 1
Kudis tumbuh di kawasan
kemaluan
Peringkat 2
Letih, hilang selera makan,
demam, sakit otot dan sendi
serta sakit kepala.
Peringkat 3
Lumpuh dan lemah jantung

Perhubungan
seks (melalui
sentuhan
langsung)

Sistem pembiakan

Peringkat awal
Berasa sakit pada zakar
semasa membuang air
kencing, air kencing
bernanah, demam dan sakit
kepala.
Jangkitan pada organ
pembiakan perempuan,
berasa sakit semasa
membuang air kencing.
Peringkat akhir
Testis (lelaki) bengkak
Uretra, uterus dan tiub
Fallopio (perempuan)
bengkak

Perhubungan
seks (melalui
sentuhan
langsung)

Jadual 9.7 : Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh bakteria

17

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Penyakit
disebabkan
oleh virus

Selesema /
Influenza

Demam denggi

Hepatitis A

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

Bahagian badan
yang dijangkiti

Sistem pernafasan

Darah

Hati

Hepatitis B

Hati

AIDS

Darah
(memusnahkan
sel darah putih)

Demam
campak

Sistem respirasi
dan mata

Poliomielitis

Sistem saraf pusat


seperti saraf
tunjang dan saraf
motor

Beguk

Kelenjar air liur,


organ pembiakan,
pankreas

Gejala penyakit

Cara jangkitan

Demam, bersin, sakit kepala,


sakit kerongkong, hidung
berhingus

Udara atau
titisan air

Demam, sakit kepala, bintik


merah pada kulit, sakit otot dan
sendi yang teruk, sakit tekak,
ruam pada badan

Nyamuk
Aedes (vektor)

Demam, letih, sakit di belakang


abdomen, hilang selera makan,
loya, muntah, cirit-birit, jaundis
(badan menguning), hati
bengkak

Air atau
makanan yang
tercemar
Lalat (vektor)

Demam, letih, hilang selera


makan, loya, bahagian putih
mata kelihatan kuning, jaundis,
hati bengkak, sakit teruk di
bawah sangkar rusuk, air
kencing berwarna gelap, sirosis
hati (hati berparut)

Daripada cecair
badan atau
darah
pembawa
melalui:
Pemindahan
darah
Perkongsian
jarum yang
tercemar
Perhubungan
seks (melalui
sentuhan

Lumpuh sistem keimunan badan,


kurus, cirit-birit teruk, demam,
susutan berat badan, mudah
dijangkiti penyakit lain.
Demam, batuk, sakit
kerongkong, hidung berhingus,
mata merah, ruam seluruh
badan
Demam panas, sakit kepala,
sakit kerongkong, sakit otot,
anggota badan menjadi lumpuh,
kadang kala membawa maut
Peringkat awal
Bahagian pipi, leher, rahang
bawah dan kelenjar air liur
bengkak
Peringkat serius
Testis dan skrotum sakit dan
bengkak (boleh
menyebabkan mandul)

Sama dengan
Hepatitis B
Udara atau
titisan air
Air atau
makanan yang
tercemar

Udara atau
titisan air

Jadual 9.8 : Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus

18

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Penyakit
disebabkan
oleh kulat

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

Bahagian badan
yang dijangkiti

Kurap

Gejala penyakit

Tompok merah yang


merebak pada kulit, gatal
Kulit

Panau

Tompok putih pada kulit,


gatal

Cara jangkitan

Sentuhan secara
langsung atau tidak
langsung seperti
berkongsi tuala,
pakaian dan sikat
(dijangkiti melalui
spora kulat)

Jadual 9.9 : Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kulat

Penyakit
disebabkan
oleh protozoa

Bahagian badan
yang dijangkiti

Gejala penyakit

Cara jangkitan

Malaria

Darah

Demam panas yang berulang


dalam selang masa tertentu,
berpeluh banyak, sakit kepala,
sakit otot, menggigil, kadar
denyutan jantung dan
pernafasan bertambah

Nyamuk tiruk
(Anopheles)

Disenteri

Salur pencernaan

Demam, letih, muntah, loya,


sakit perut, cirit-birit, tinja
berdarah dan bernanah

Melalui air atau


makanan yang
tercemar

Jadual 9.10 : Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh protozoa

19

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

Cara Jangkitan penyakit


Melalui Udara
Patogen di bawa melalui
udara.
Patogen akan memasuki
badan seseorang
apabila bernafas.
Patogen akan
dibebaskan dari
seseorang melalui titisan
air apabila batuk, bersin
atau selsema.
Penyakit :Tibi, selsema /
influenza

Melalui makanan tercemar


Pengendalian makanan
yang tidak betul boleh
menyebabkan pencemaran
makanan.
Patogen dari persekitaran,
najis atau vektor.
Penyakit: Hepatitis A, kolera

Melalui Air
Air yang mengandungi
patogen mengalir dari satu
kawasan ke kawasan lain.
Apabila air itu diminum, maka
patogen memasuki badan
orang itu.
Penyakit:Kolera,disenteri

Bagaimana
Penyakit
merebak?

Melalui sentuhan
Secara langsung (aktiviti
seksual) dengan
pasangan yang
berpenyakit menyebabkan
patogen dipindahkan
kepada pasangan
Secara tidak langsung
(berkongsi alatan) boleh
merebakkan patogen.
Penyakit: Sifilis, gonorea,
kurap, panau

Melalui Vektor
Contoh Nyamuk
Apabila seseorang digigit nyamuk, patogen dalam air
liur nyamuk akan memasuki salur darah dan ini
menyebabkan orang itu jatuh sakit.
Lalat rumah
Patogen pada kaki atau sayap lalat dipindahkan ke
makanan apabila lalat hinggap pada makanan yang
terdedah. Orang yang makan makanan tersebut akan
mengalami keracunan dan jatuh sakit.
Penyakit: Demam denggi, malaria.

Rajah 9.4: Cara jangkitan penyakit

20

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

LATIHAN 9.4
1.

Jadual 1 menunjukkan beberapa jenis penyakit yang disebabkan oleh patogen


tertentu dan cara patogen tersebar.
Penyakit

Patogen

Cara Merebak

Influenza

Virus

Titisan air

AIDS

Virus

Perkongsian jarum suntikan

Kurap

Kulat

Sentuhan

Malaria

Protozoa

Melalui vektor

Tuberkulosis

Bakteria

Melalui air

Jadual 1
(a)

Lengkapkan Jadual 1.

(b)

(i)

Namakan vektor yang merebakkan malaria.


Nyamuk betina Anopheles

(ii)

Bagaimanakah vektor (b) (i) merebakkan penyakit tersebut?


Nyamuk betina yang telah dijangkitan patogen menggigit
seseorang dan menyuntikkan patogen ke dalam badan orang
tersebut.

(d)

Nyatakan satu cara lain bagaimana AIDS disebarkan.


Melalui hubungan seks

21

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

9.5

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

PENCEGAHAN JANGKITAN PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH


MIKROORGANISMA
JANGKITAN OLEH PATOGEN
BOLEH DICEGAH
MELALUI

PENSTERILAN

KAWALAN VEKTOR

Nyamuk

Penggunaan
haba

Lalat
rumah

Penggunaan
bahan kimia

KEIMUNAN

Penggunaan
sinaran

Semula
jadi

Aktif

Buatan

Pasif

Semula
jadi

Buatan

Kawalan vektor

Kawalan Nyamuk

Guna penyembur serangga untuk


memusnahkan nyamuk
larva dewasa.
Guna kelambu atau ubat atau lingkaran
nyamuk untuk mengelakkan diri dari
digigit nyamuk.

Dewasa
Telur
Pupa
Air

Air

Larva
Sembur minyak pada
permukaan air untuk
menghalang nyamuk
bertelur
Bela ikan seperti gapi
untuk memakan jentikjentik
Bubuh ubat jentik-jentik
kedalam air bertakung

Memusnahkan tempat
pembiakan seperti parit,
kolam, bekas dan
takungan air

Rajah 9.5 Kitar hidup nyamuk dan kawalannya

22

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

Kawalan lalat rumah


Lalat Rumah Dewasa
Gunakan penyembur serangga
Perangkap elektrik
Pelekat lalat

Dewasa

Pupa

Telur

Larva

Untuk menghapuskan telur, larva dan pupa


Musnahkan tempat pembiakan seperti menutup tong sampah, membuang sisa-sisa
makanan ke dalam tong yang bertutup dan menjaga kebersihan rumah dan
sekelilingnya.

Rajah 9.6 Kitar hidup nyamuk dan kawalannya

Pensterilan
Pensterilan ialah cara menghapuskan patogen yang menyebabkan penyakit.

Penggunaan haba
- Pendidihan:

Hanya membunuh bakteria tetapi tidak membunuh sporanya.


Mensteril botol susu.

Pemanasan

Biasanya digunakan di dalam rumah untuk mensterilkan jarum


yang digunakan untuk mengeluarkan nanah atau selumbar.

Autoklaf:

Membunuh bakteria dan sporanya pada suhu 1210 C selama


15 20 minit.
Mensteril alat pembedahan dan agar nutrien.

Penggunaan bahan kimia


- Antiseptik:
Bahan kimia yang digunakan untuk membunuh atau merencat
pertumbuhan bakteria pada permukaan kulit tanpa
merosakkan tisu kulit.
Contohnya: larutan iodin, alkohol.
-

Disinfektan:

Bahan kimia yang digunakan untuk memusnahkan bakteria


pada bukan benda hidup. Ia boleh merosakkan tisu badan kita.
Digunakan untuk membersihkan pakaianan, dinding, lantai dan
peralatan di hospital.
Contohnya: formalin, fenol.

23

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Penggunaan sinaran
- Sinaran ultraungu:

Sinaran gama:

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

Digunakan untuk membunuh bakteria dan vuris.


Biasanya digunakan untuk mensterilkan peralatan
pembedahan dan bilik pembedahan.
Boleh digunakan untuk merawat penyakit riket (penyakit tulang
yang disebabkan oleh kekurangan vitamin D).
Digunakan untuk mensterilkan alatan perubatan.

Pengimunan
Pengimunan ialah proses yang meningkatkan keupayaan badan untuk menentang
penyakit.
Keimunan ialah keupayaan badan manusia untuk melawan serangan patogen dengan
penghasilan antibodi.

Keimunan aktif (Badan menghasilkan antibodi sendiri)


- Keimunan aktif semulajadi
Seseorang yang sembuh daripada jangkitan penyakit akan menghasilkan antibodi
untuk menyerang penyakit.
Contohnya: demam campak dan cacar memberi keimunan seumur hidup kepada
pengidapnya.
-

Keimunan aktif buatan


Vaksin disuntik ke dalam badan seseorang untuk merangsang pengahasilan
antibodi.
Contohnya Vaksin BCG untuk tibi, vaksin anti-hepatitis A dan B, dan vaksin antirubella.

Rajah 9.7 Keimunan aktif buatan: Aras antibodi dalam darah selepas suntikan vaksin
pertama dan suntikan kedua (dos penggalak)

Keimunan pasif (Badan menerima antibodi dari luar)


- Keimunan pasif semulajadi
Diperolehi apabila antibodi daripada ibu dipindahkan kepada fetus melalui plasenta
dan semasa penyusuan bayi.

24

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

Keimunan pasif buatan


Serum yang mengandungi antibodi disuntik ke dalam badan pesakit.
Keimunan ini adalah serta merta tetapi tidak kekal.

Rajah 9.8: Keimunan pasif buatan: Jumlah antibodi dalam darah selepas suntikan
antiserum dos pertama dan dos kedua
Perbandingan antara keimunan aktif dan pasif buatan

Keimunan aktif
(penggunaan vaksin)

Persamaan
Melawan penyakit

Keimunan pasif
(penggunaan
antiserum)

Perbezaan
Bakteria atau virus yang
dilemahkan atau dimatikan

Kandungan bahan yang


disuntik

Plasma darah haiwan


yang mengandungi
antibodi atau antitoksin

Mencegah penyakit

Tujuan keimunan

Merawat penyakit

Merangsang badan
menghasilkan antibodi untuk
melawan patogen

Peranan bahan dalam


badan

Antibodi dari haiwan


melawan patogen
dalam badan

Lambat

Gerak balas bahan dalam


badan

Serta merta

Orang sihat yang belum lagi


dijangkiti penyakit

Jenis penyakit yang diberi


keimunan

Orang yang sedang


dihidapi penyakit

Tahan lama

Ketahanan keimunan

Tidak tahan lama

Rajah 9.9: Perbandingan antara keimunan aktif dan pasif buatan

25

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

Kepentingan keimunan kepada manusia


Keimunan membantu manusia mencegah diri daripada jangkitan penyakit.
Pemvaksinan dapat membantu mengelakkan penyakit daripada merebak.
Pemvaksinan dapat mengurangkan kadar kematian di kalangan kanak-kanak.
Latihan 9.5
1. Kaji istilah-istilah di bawah.
Vektor
Vaksinasi

Keimunan

Pensterilan

Antigen

Serum

Antiseptik

Patogen

Vaksin

Antibodi

Lengkapkan ayat dibawah dengan istilah yang betul.


Pernyataan

Istilah

(a) Proses menyuntik vaksin.

Vaksinasi

(b) Satu proses membunuh mikoorganisma.

Pensterilan

(c) Bahan kimia yang digunakan untuk membunuh atau menghalang


pertumbuhan mikoorganisma pada kulit.

Antiseptik

(d) Dihasilkan daripada sel darah putih untuk melawan serangan


antigen.

Antibodi

(e) Mikoorganisma berbahaya yang menyebabkan penyakit.

Patogen

(f) Bahan yang mengandungi antibodi haiwan.


(g) Patogen atau mikrob di dalam darah.

Serum
Antigen

(h) Satu agen pembawa penyakit.

Vektor

(i) Bahan yang mengandungi patogen lemah.

Vaksin

(j) Keupayaan badan untuk menentang serangan patogen.

26

Keimunan

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

2. Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis pelalian.


Keimunan

Aktif

Contoh: E

Semulajadi

Contoh: F

Contoh:

Contoh : G

Vaksin
Nama
A : Pasif
B: Semulajadi
C: Buatan
D: Buatan

E : Demam campak
F : Bayi yang minum susu ibu
G: Tetanus / kancing gigi

3. Rajah 1 menunjukkan graf kepekatan antibodi di dalam darah lawan masa dalam
vaksinasi BCG.

Rajah 1
(a) Apakah vaksin?
Bahan yang mengandungi patogen yang mati atau yang dilemahkan.

27

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

(b) Apakah jenis keimunan yang diberi melalui vaksinasi?


Keimunan aktif buatan.
(c) Berdasarkan Rajah 1, suntikan kedua diberikan selepas 6 tahun. Berikan satu sebab.
Suntikan kedua sebagai dos penggalak untuk merangsang badan menghasilkan
lebih banyak antibodi sehingga melebihi aras keimunan.
(d)

Seorang bayi tidak diberikan suntikan BCG mungkin dijangkiti penyakit.


(i) Namakan penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin berkenaan.
Tibi
(ii) Terangkan jawapan anda dalam 1 (d) i.
Kerana vaksin BCG akan merangsang badan untuk menghasilkan antibodi
yang dapat melawan penyakit tibi.

(e) Nyatakan penyakit lain yang boleh dicegah melalui vaksinasi.


Hepatitis,

Soalan Esei
Jawab soalan-soalan yang berikut.
1

(a) Nyatakan dua perbezaan antara keimunan aktif buatan dengan keimunan pasif
buatan.
Sertakan satu contoh penyakit yang dapat dicegah atau dirawat oleh setiap jenis
pengimunan ini.
[4 markah]
(b) Satu jangkitan demam denggi telah dikesan di sebuah kampung. Terangkan
bagaimana penduduk kampung itu dapat mengatasi masalah merebaknya penyakit
itu. Jawapan anda hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
Kenal pasti masalah
Penjelasan masalah
Kaedah-kaedah penyelesaian
Pilih kaedah terbaik dan jelaskan pilihan anda.

28

[1 markah]
[1 markah]
[3 markah]
[1 markah]

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

Jawapan
(a)
Keimunan aktif buatan

Keimunan pasif buatan

Vaksin disuntik ke dalam badan


seseorang untuk merangsang
pengahasilan antibodi.

Serum yang mengandungi antibodi


disuntik ke dalam badan pesakit.

Badan menghasilkan antibodi


sendiri.

Badan menerima antibodi dari luar.

Contoh :BCG / Anti rubella

Contoh: Suntikan antiserum bagi


tetanus (kancing gigi)

(b)
Kenal pasti masalah:
Jangkitan demam denggi dikesan di sebuah kampong
Penjelasan masalah:
Untuk mengatasi masalah demam denggi daripada merebak
Kaedah-kaedah penyelesaian:
Kuarantin pesakit-pesakit demam denggi
Membersihkan kawasan takungan air dan sampah sarap
Memasang kelambu semasa tidur, menggunakan jaring pada pintu dan
tingkap rumah
Menyembur racun serangga
Kaedah terbaik:
Membersihkan kawasan takungan air dan sampah sarap untuk
memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.

9.6 RAWATAN PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH MIKROORGANISMA

Antibiotik
Ialah bahan kimia yang
diekstrak daripada
mikroorganisma hidup
terutamanya bakteria dan
kulat untuk membunuh
patogen.
Membunuh bakteria
Menyembuhkan penyakit
yang disebabkan oleh
bakteria seperti tibi dan
sifilis

Antikulat

Disapu pada bahagian


yang dijangkiti kulat
seperti kurap dan
panau.

29

Antiserum
Diekstrak daripada
darah haiwan dan
disuntik ke dalam
badan pesakit untuk
merawat penyakit
seperti tetanus.

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

Latihan 9.6
1.

Seorang pelajar menjalankan ujikaji untuk mengkaji kesan antibiotik terhadap


pertumbuhan bakteria, dua cakera kertas turas dengan saiz yang sama telah
digunakan. Cakera tersebut direndam dalam penisilin dan satu lagi dalam air suling.
Cakera tersebut kemudiannya diletakkan pada piring petri yang mengandungi bakteria
basilus subtlius. Piring petri itu ditutup rapat dan dibiarkan selama 3 hari. Keputusan
ditunjukkan dalam Rajah 1.

Kertas turas yang


direndam dalam

Kertas turas
yang direndam
dalam air
suling

penisilin

Rajah 1
a) Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini
Antibiotik merencat pertumbuhan bakteria / antibiotik membunuh bakteria
b) Nyatakan pemboleh ubah
i)

Pemboleh ubah dimanipulasi : Kehadiran antibiotik

ii)

Pemboleh ubah bergerak balas : Pertumbuhan bakteria / kawasan jernih di


sekeliling penisilin

iii)

Pemboleh ubah dimalarkan : Jenis bakteria

c) Apakah fungsi menggunakan cakera kertas turas yang direndam dalam air suling?
Sebagai kawalan

d) Nyatakan pemerhatian dalam ujikaji ini.


Terdapat kawasan jernih di sekeliling kertas turas yang direndam dalam
penisilin, tetapi terdapat koloni bakteria di sekeliling kertas turas yang
direndam dalam air suling.
e) Apakah definasi operasi bagi penisilin.
Penisilin ialah bahan kimia yang menghasilkan kawasan jernih di atas
permukaan agar nutrien.

30

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

Rajah 2 menunjukkan dua piring Petri, X dan Y yang mengandungi agar-agar nutrien
dan bakteria dibiarkan selama tiga hari di dalam makmal.

Rajah 2
(a) Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini.
Penisilin membunuh bakteria / antibiotik merencat pertumbuhan bakteria.
(b) Nyatakan pemboleh ubah yang
(i) dimalarkan: Jenis bakteria / isipadu agar-agar nutrien
(ii) dimanipulasikan: Kehadiran antibiotik
(iii) bergerak balas: Pertumbuhan bakteria / kawasan jernih di sekeliling
penisilin
(c)

Nyatakan inferens bagi pemerhatian pada piring Petri Y.


Terdapat kawasan jernih di sekeliling penisilin kerana penisilin merencat
pembiakan dan pertumbuhan bakteria.

(d) Nyatakan definisi secara operasi bagi antibiotik.


Antibiotik ialah bahan kimia yang menghasilkan kawasan jernih di atas
permukaan agar nutrien.
(e) Namakan satu contoh penyakit yang dapat dirawat dengan antibiotik.
Sifilis / gonorea / tibi / taun.
(f)

Rajah 3 menunjukkan mikroorganisma P, Q, R dan S.

Rajah 3
(i) Kelaskan mikroorganisma P, Q, R dan S kepada bakteria dan virus.
Bakteria:
P dan Q
Virus
:
R dan S
(ii) Nyatakan mikroorganisma yang dapat dibunuh oleh antibiotik.
P dan Q

31

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

SOALAN OBJEKTIF
Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat pilihan jawapan, A, B, C dan D. Pilih
jawapan yang terbaik.
1

Apakah suhu optimum untuk pertumbuhan patogen yang menyebabkan penyakit?


A
B
C
D

5 oC
30 oC
37 0C
60 0C

Rajah 1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji pertumbuhan bacteria.

Rajah 1
Apakah faktor yang dikaji dalam eksperimen ini?
A
B
C
D
3

Antara mikroorganisma yang berikut, yang manakah hanya tumbuh dan membiak di
dalam sel hidup?
A
B
C
D

Alga
Virus
Kulat
Bakteria

Antara mikroorganisma yang berikut, yang manakah menyebabkan penyakit panau?


A
B
C
D

pH
Suhu
Cahaya
Nutrien

Kulat
Virus
Bakteria
Protozoa

Antara mikroorganisma yang berikut, yang manakah digunakan untuk menaikkan roti?
A
B
C
D

Yis
Mukor
Bakteria
Spirogira

32

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Antara penyakit berikut, yang manakah disebabkan oleh bakteria?


A
B
C
D

Tibi
Kurap
Beguk
Malaria

Apakah cara yang paling sesuai untuk mengawal populasi lalat rumah bagi mencegah
penyakit taun?
A
B
C
D

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

Pensterilan
Suntikan vaksin
Kawalan vektor
Kebersihan kawasan

Bagaimana seseorang individu boleh memperoleh keimunan aktif buatan?


A
B
C
D

Meminum susu ibunya


Disuntik dengan vaksin
Disuntik dengan antiserum
Sembuh daripada suatu penyakit

9 Apakah mikroorganisma yang membantu mengikat nitrogen daripada atmosfera dan


menukarkannya kepada nitrat dalam tanah?
A
B
C
D

Alga
Kulat
Virus
Bakteria

10 Persamaan di Rajah 2 menunjukkan tindakan mikroorganisma X ke atas larutan glukosa.


Didapati bahawa gas karbon dioksida mengeruhkan air kapur.
Larutan glukosa + Mikroorganisma X

Etanol + Gas karbon dioksida


Rajah 2

Antara yang berikut, yang manakah mikroorganisma X?


A
B
C
D

Yis
Virus
Bakteria
Paramesium

11 Apakah gas yang menaikkan adunan roti setelah dicampurkan dengan yis?
A
B
C
D

Oksigen
Sulfur dioksida
Karbon dioksida
Nitrogen dioksida

33

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

12 Rajah 3 menunjukkan hubungan antara bilangan koloni bakteria dan suhu.

Rajah 3
Antara yang berikut, yang manakah suhu optima bagi pertumbuhan bakteria?
A
B
C
D

37 0C
40 0C
50 0C
75 0C

13 Seorang pelajar mempunyai gejala-gejala yang berikut:

Demam panas berulang


Menggigil

Antara yang berikut, yang manakah boleh menyebarkan penyakit ini?


A
B
C
D

Melalui gigitan nyamuk


Minum air yang tercemar
Melalui pemindahan darah
Melalui titisan air dalam udara

14 Mikroorganisma yang manakah adalah alga?

15 Yis digunakan untuk menghasilkan alkohol.


Apakah proses yang terlibat?
A
B
C
D

Penapaian
Fotosintesis
Pengesteran
Penyulingan

34

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

16 Mengapa daging yang disimpan dalam peti sejuk dapat dikekalkan kesegarannya?
A
B
C
D

Enzimnya telah dimusnahkan


Mikroorganisma telah dibunuh
Aktiviti mikroorganisma meningkat
Kadar pertumbuhan mikroorganisma diperlahankan

17 Rajah 4 menunjukkan sejenis serangga yang boleh menyebarkan patogen sejenis


penyakit.

Rajah 4
Apakah penyakit itu?
A
B
C
D

Taun
AIDS
Malaria
Hepatitis B

18 Wabak demam denggi telah berlaku di sebuah kampung.


Apakah tindakan yang boleh diambil untuk mengawal wabak tersebut?
A
B
C
D

Tutup makanan
Hapuskan air bertakung
Elakkan bersentuhan dengan pesakit
Mewujudkan sistem pembuangan najis yang cekap

19 Seorang budak lelaki dan keluarganya mempunyai gejala-gejala berikut.

Tompok putih pada kulit

Tompok kelihatan pada muka, leher dan lengan

Antara yang berikut, yang manakah boleh menyebarkan penyakit ini?


A
B
C
D

Melalui gigitan nyamuk


Berkongsi tuala atau pakaian
Makan makanan yang terdedah
Minum air yang tidak dididihkan

35

Modul 9
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan

Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

20 Rajah 5 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji pertumbuhan bakteria pada suhu
bilik.

Roti lembap

Roti kering
Rajah 5

Antara faktor berikut, yang manakah yang dikaji dalam eksperimen ini?
A
B
C
D

Suhu
Cahaya
Nilai pH
Kelembapan

36

Anda mungkin juga menyukai