Anda di halaman 1dari 1

5E

ENGAGE (Pelibatan)
- memperkenalkan konteks
- menyediakan situasi bagi episod pembelajaran
- memberi kerelevanan kepada pembelajaran
- menggalakkan perasaan ingin tahu mengenai 'the big idea'
- menggalakkan murid memberi idea awal
- mengetahui pemahaman sedia ada murid dan mengesan salah konsep
- membolehkan guru mengetahui bagaimana untuk memulakan pembangunan pemahaman murid

EXPLORE (Penerokaan)
- paling penting
- murid membina pemahaman konsep berasaskan first hand experience
- mula menjawab soalan yang diutarakan
- dalam penerokaan, murid boleh dibimbing atau diberi maklumat yang tambahan bagi
memudahkan pembelajaran
- yang penting, murid perlu mempunyai ownership
- murid boleh membina pemahaman daripada idea sedia ada mereka

EXPLAIN (Penerangan)
- peringkat ini memerlukan input dari guru setelah murid membina pemahaman konsep, ini
melibatkan pemantapan dari segi terminologi, definisi, model dan analogi
- guru perlu melibatkan murid dalam membuat penerangan dan pembinaan idea selanjutnya melalui
refleksi apa yang telah murid temui dalam penerokaan dengan menggunakan soalan
- sekiranya perlu, guru boleh menambah idea baharu dengan ulangan peringkat: penerokaan ->
penerangan -> penerokaan -> penerangan

ELABORATE (Pengolahan)
- mengukuhkan, mendalami dan mengembangkan pemahaman konsep melalui pengaplikasikan
konsep tersebut
- murid diberi masalah untuk diselesaikan bagi memahami bagaimana big idea dipraktikkan

EVALUATE (Penilaian)
- pentaksiran melalui pelbagai kaedah dan tugasan
- perlu dilakukan di akhir setiap E untuk menyemak perkembangan pemahaman murid iaitu
pentaksiran formatif
- apabila pentaksiran dilakukan di akhir setiap unit maka ia berbentuk sumatif untuk mengukur
pencapaian murid

Anda mungkin juga menyukai