Anda di halaman 1dari 9

Tajuk : Seronoknya Keluarga Amar

Standard Kandungan : 5.1 – Memahami dan menggunakan golongan kata


dengan betul mengikut konteks.

Standard Pembelajaran : 5.1.1 – Memahami dan menggunakan pelbagai kata


nama am dan penjodoh bilangan mengikut
konteks dengan betul.

Objektif Pembelajaran : Menggunakan lapan kata nama am dan


penjodoh bilangan dengan betul secara
individu.
Meneliti gambar dan
mencari kata nama am
serta penjodoh bilangan

Menghasilkan cerita
dengan menggunakan kata
nama am dan penjodoh
bilangan
Seronoknya Keluarga Amar

Keluarga Amar sering melakukan aktiviti rekreasi pada hujung


minggu dan musim cuti sekolah. Baru-baru ini, mereka berkunjung
ke Hutan Lipur Lata Bayu, Baling Kedah.

Encik Zakaria memandu ____________________ .


Encik Zakaria memandu sebuah kereta
untuk membawa keluarganya berkelah. Mereka
telah melalui sebatang jalan kampung yang
indah. Sepanjang perjalanan, mereka dapat
melihat beberapa buah rumah tradisional
Melayu di situ. Beliau memandu kereta dengan
berhati-hati

Buah

batang
gumpal Sebelum tiba, Amar dan
keluarganya singgah merakam foto di
kawan hadapan pintu masuk ke Hutan Lipur,
Lata Bayu. Terdapat beberapa batang
pokok yang rendang dan unik di kawasan
batang tersebut. Kelihatan sekawan burung
terbang riang bebas di angkasa.
Pemandangan di situ bertambah cantik
apabila kelihatan beberapa gumpalan
awan putih menghiasi ruang langit biru.
Setelah tiba di kawasan perkelahan, ibu
Amar membentangkan sebidang tikar
mengkuang. Amar meletakkan segugus buah
langsat, seikat buah rambutan, seikat buah
pisang dan sebiji kek. Amar juga meletakkan
beberapa biji gelas dan mengisi beberapa ketul
ais ke dalam jag.

potong ikat
ketul
gugus
bidang biji
Setelah menikmati makanan, Amar
dan keluarganya bermandi manda dengan
gembiranya. Ayahnya menasihati mereka
supaya berjaga-jaga ketika mandi-manda
kerana kawasan tersebut terdapat beberapa
ketul batu bersaiz besar. Kelihatan beberapa
ekor ikan berenang-renang di dalam air yang
jernih. Mereka amat teruja dengan keindahan
yang dilihat.
Ketul

ekor
Perkelahan tersebut bukan sahaja
menggembirakan tetapi juga mengeratkan
hubungan kekeluargaan . Amar dan Irfan berasa
sungguh seronok kerana dapat beriadah bersama-
sama dengan keluarga.

Anda mungkin juga menyukai