Anda di halaman 1dari 14

KEMULIAAN

AL-QURAN
SURAH AL-HASYR AYAT 21-24

HAFAZAN
BACA
AN
MAKSUD AYAT
Sekiranya kami turunkan alquran ini ke atas gunung, nescaya engkau
dapati gunung itu khusyuk serta berkecai kerana takut kepada Allah.
Dan ( ingatlah ) contoh-contoh perbandingan ini kami kemukakan
kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya. Dialah Allah yang
tiada tuhan selain Dia, yang mengetahui perkara yang ghaib dan nyata,
Dia maha pemurah lagi maha mengasihani. Dialah Allah yang tiada
tuhan selain Dia. Yang menguasai ( sekalian alam ) yang maha suci,
yang maha selamat sejahtera ( daripada segala kekurangan ). Dia
melimpahkan keamanan, yang maha melengkapi segala kebesaran-Nya.
Maha suci Allah daripada segala yang mereka sekutukan dengannya.
Dialah Allah yang mencipta sekalian makhluk, yang mengadakan
( daripada tiada kepada ada ) yang membentuk rupa ( makhluk-Nya
menurut yang dikehendaki-Nya ) bagi-Nyalah nama-nama yang sebaik-
baik dan semulia-mulianya. Bertasbih kepada-Nya segala yang dilangit
dan dibumi. Dan Dialah yang tidak ada tolok bandingnya, lagi maha
bijaksana.
INTISARI AYAT

• Allah menyatakan sekiranya al-Quran


diturunkan ke atas gunung yang teguh,
nescaya ia akan pecah.
• Ini disebabkan gunung tidak mampu
melaksanakan tanggungjawab untuk
menyebarkan ajaran al-Quran serta
melaksanakannya.
• Allah mempunyai nama-nama yang indah
dan sifat yang sempurna.
• Semua makhluk di langit dan di bumi tunduk
dan bertasbih kepada Allah.
KEISTIMEWAAN AL-QURAN
• Al-Quran mempunyai banyak
keistimewaan, antaranya ialah :
1.Mukjizat agung kepada
Rasulullah.
2.Kandungan al-Quran lengkap
merangkumi semua aspek
kehidupan seperti akhlak,
ekonomi, sosial, sains dan
politik.
3.Ajarannya sesuai dilaksanakan
untuk semua bangsa, tempat
dan masa.
4.Terpelihara dari sebarang
perubahan dan
penyelewengan hingga
kiamat.
5.Tiada makhluk yang
mampu menandingi
keindahan bahasa al-
Quran.
6.Membimbing manusia
menuju kebahagiaaan
hidup di dunia dan akhirat.
7.Setiap huruf yang dibaca
dikira ibadat dan diberikan
pahala.
MAKHLUK SELAIN MANUSIA TUNDUK
DAN PATUH KEPADA ALLAH
• Dalam ayat 24 surah al-Hasyr
Allah menyatakan bahawa
semua makhluk tunduk dan
patuh kepada Allah.
• Antaranya dengan cara
bertasbih dan mengikut semua
ketentuan dan peraturan yang
ditetapkan oleh Allah.
• Contohnya matahari dan bulan
sentiasa beredar mengikut
paksinya.
• Sebagai manusia yang
mempunyai akal, kita
sepatutnya tidak menderhakai
Allah yang telah mencipta kita.
CARA MENGHAYATI AL QURAN
Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk
menjadi seorang yang menghayati al-Quran :

• Istiqamah dalam membaca al-Quran


• Memahami dan mengamalkan kandungan al-Quran
dalam kehidupan seharian
• Sentiasa mempelajari dan mendalami isi kandungan al-
Quran
• Membaca al-Quran dengan bertajwid dan bertarannum.
PERBANDINGAN ANTARA GUNUNG
DAN ORANG YANG INGKAR KEPADA
ALLAH
• Allah membandingkan keingkaran manusia menerima
al-Quran dengan sifat gunung yang hancur berkecai
apabila diturunkan al-Quran.
• Allah membuat perbandingan ini sebagai peringatan
kepada orang kafir yang keras hati dan bersikap
kasar.
• Allah juga mengingatkan orang yang tidak khusyuk
membaca al-Quran.
• Sekiranya gunung mendengar ayat-ayat Allah
nescaya akan hancur berkecai kerana takut kepada
Allah.
PENGAJARAN AYAT

1.Allah memerintahkan kita supaya mengambil


iktibar daripada peringatan yang terdapat
dalam al-Quran.
2.Gunung-ganang yang kuat dan kukuh akan
musnah sekiranya diturunkan al-Quran ke
atasnya kerana keagungan al-Quran
3.Haiwan dan tumbuhan sentiasa tunduk dan
bertasbih kepada Allah.
4.Allah mengetahui perkara-perkara ghaib
5.Allah memiliki nama yang agung lagi suci
supaya manusia mengambil iktibar.

Anda mungkin juga menyukai