Anda di halaman 1dari 14

PEMBACAAN

KRITIS DAN
ANALITIS
KONSEP PEMBACAAN
KRITIS DAN ANALITIS
• Satu kemahiran membaca dengan tujuan memahami kandungan sesuatu
teks yang dibaca dengan mendalam
• Pembaca bukan sekadar mendapatkan maklumat tersurat daripada petikan
yang dibaca tetapi juga memahami apa-apa jua maklumat yang tersirat
• Pada peringkat STPM, calon harus pandai mengaitkan maklumat yang
dibaca iaitu, isi dengan isi, isi utama dan isi sampingan, membezakan
pendapat dan fakta, mengesan mesej yang disampaikan oleh penulis dan
sebagainya
• Calon harus sedar bahawa pada peringkat STPM mereka harus memiliki
kemahiran membaca dan memahami, pada peringkat kognitif yang
tinggi
Peringkat penyoalan
 Terdapat 7 jenis tingkat penyoalan yang boleh dikemukakan iaitu :

1. Peringkat literal – penyoalan paling asas iaitu,


tentang perkara tersurat dalam petikan
2. Peringkat pemahaman – menjelaskan maksud
perkataan,frasa,atau ayat atau perenggan tertentu.
3. Peringkat aplikasi – memadankan situasi dalam teks
dengan sesuatu kiasan,perumpamaan, atau menyatakan
tindakan yang akan dilakukan jika ia berada dalam keadaan
sedemikian
4. Peringkat analisis – membezakan atau mengkategorikan fakta
mengikut kriteria tertentu,membezakan pendapat dengan fakta,
mengasingkan pendapat penulis dengan pendapat
5. Peringkat sintesis – membuat rumusan atau kesimpulan
mengenai kandungan petikan, mengesan mesej, perasaan,
pendirian, harapan, dan pegangan penulis yang tersirat
6. Peringkat penilaian – memberikan ulasan, pandangan, dan
penilaian tentang kandungan teks
7. Peringkat mereka cipta – menghasilkan sesuatu yang baharu
berdasarkan isi teks
Cara meningkatkan
kemahiran membaca
 Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu ada
pada seseorang calon untuk meningkatkan kemahiran
membaca dan memahami :
 Keluasan kosa kata
 Penguasaan tatabahasa yang cemerlang
 Pengetahuan asas tentang maklumat yang
terkandung dalam petikan
 Penguasaan tentang sosiobudaya masyarakat
penutur bahasa itu
 Kecekapan dalam mengenal pasti makna perkataan
mengikut konteks
 Kepekaanterhadap penggunaan sesuatu penanda
wacana juga penting untuk mempengaruhi
pemahaman dan kepantasan pembaca untuk
memastikan sesuatu perkara tertentu dalam teks
 Pengetahuantentang hubungan atau kaitan
makna antara kita juga membantu memudahkan
pemahaman bacaan
 Kecekapanmembaca dengan sebutan yang betul
dan dengan jeda atau tempat berhenti yang betul
 Pengenalpastian
maksud penanda rujukan yang
merupakan kata ganti nama diri orang juga
penting
6. Panduan menjawab soalan akhir (150 patah perkataan):
1. Calon perlu memberikan pandangan, pendapat, dan
ulasan sendiri
2. Calon tidak boleh menyalin semula isi dalam teks
3. Calon dikehendaki mengemukakan 3 hingga 4 isi sahaja
4. Pastikan isi yang dikemukakan
5. Jawapan tidak perlu ada pendahuluan dan penutup
6. Jumlah patah perkataan tidak boleh lebih daripada 150
patah perkataan
7. Pastikan tidak ada kesalahan bahasa yang terlalu serius
semasa calon menulis jawapan
8. Kesalahan bahasa dari segi morfologi dan sintaksis boleh
menjejaskan pemarkahan aspek bahasa, oleh itu calon
diminta menyemak jawapan terlebih dahulu sebelum
menghantar kertas jawapan
9. Jumlah perkataan mestilah 150 patah perkataan.
10. Jumlah perkataan wajib ditulis pada akhir jawapan calon
Tip menjawab soalan bahagian
pembacaan kritis dan analitis
1. Baca petikan dengan teliti dua atau tiga kali untuk
mendapatkan gambaran kasar tentang kandungan teks
2. Teliti teks yang mengandungi kata,frasa, atau ayat
yang dicondongkan hurufnya kerana bahagian ini
biasanya akan ditanya dalam soalan.
3. Baca soalan dan tentukan kehendak soalan, sama ada
soalan itu berkaitan dengan isi tersurat atau isi
tersirat
4. Perhatikan juga penanda-penanda wacana yang
digunakan oleh penulis supaya sesuatu yang
dimaksudkan oleh penulis dapat dikenal pasti
5. Panjang jawapan seharusnya berpandukan kepada
peruntukan markah yang diberikan
Jumlah soalan yang
ditanya
 Jumlah soalan yang ditanya tidak terhad kepada 3
soalan sahaja
 Jumlah soalan boleh berubah menjadi 4,5 atau 6 soalan
 Soalan yang ditanya biasanya mencakupi semua
peringkat penyoalan iaitu literal, pemahaman,
aplikasi,analisis,sintesis, penilaian, dan mereka cipta.

Anda mungkin juga menyukai