Anda di halaman 1dari 5

HADITH TENTANG

SELAWAT
• Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
“sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan
berselawat ke atasnya sepuluh kali.”

• Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
“ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah
berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya
dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.”
• “Dan berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya selawatmu itu akan
sampai kepadaku di mana jua kamu berada,” (Sunan Abu Daud –
dinilai sanad yang Sahih oleh Ibn Hajar)

• Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada
seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah
kewafatanku),melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku
dapat menjawab salam orang itu.”
• Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang
paling banyak berselawat ke atas ku,” (HR al-Tirmizi – dinilai Hasan)

• Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


“Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat.
Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan
kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak
berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di
dalam Syurga).”
• Ali bin Abi Talib (semoga Allah
meredhainya) berkata :
“Doa seseorang itu terdinding
(terhalang) sehinggalah dia
berselawat ke atas Rasulullah dan
ahli keluarganya.”

Anda mungkin juga menyukai